Wednesday, April 1, 2015

Selamat Datang April *_*

Salam kawan-kawan!

Wah, cepatnya masa berlalu! Hari ni dah masuk bulan April. Rasa macam baru semalam ternampak percikan meriam buluh bunga api kat belakang rumah sempena sambutan tahun baru; rupa-rupanya dah nak masuk empat bulan kita di tahun 2015 ni ya. Apa jadi pada azam tahun baru? Dah berkubur ke? I tak pasang azam tahun ni makanya takdalah apa-apa azam yang telah terjunam jatuh ke tangga terakhir, bersemadi bersama sifat malas nak mengubah diri ~_^ 

Hari ni juga bermulanya GST. Entahlah apa akan berlaku selepas ini. Makin miskin ke, makin kaya tak pasti lagi tapi yang pasti I bukan orang berniaga makanya memang 'susut nilai' lah my poket. I ambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Nak komen bermati-matian pun, bukan boleh lari ke mana. Nak ke Timbuktu, tak diterima pulak kerakyatannya ~_^

Eh, apa cerita tentang harga minyak? Naik ke turun? Semalam I merajuk dengan suami makanya I tidur awal sebab minta dipujuk tetiba sedar-sedar dah pukul 5.30 pagi ~_^ Pagi ni dok juga tanya kawan-kawan dan pasang telinga rapat-rapat ke radio (Ah... tipu lagi! Tak baik tau MD walaupun untuk menyedapkan jalan cerita telenovela. Menipu itu satu dosa. Hehehe...) tapi katanya takda turun-naik harga minyak. Kalau betullah, ini merupakan satu berita gembira juga dalam kehangatan nak mengimplement GST katanya *_* Tak gitu? Tak gembira juga? Oh, kita tak sama gerabak happinesslah pagi ni yek ^_^

Apa-apa pun I masih sayangkan negaraku Malaysia tercinta walau penuh berliku hidup jadinya dan semakin dipenuhi pancaroba. Eh, eh..... apasal pulak watak MD berbeza hari ni? Tersalah makan jamu ke apa ni!

Meh, tak mahu cerita apa yang I tak pandai dan tak mahu mengupas sampai ke akar umbi. Lagipun kalau I berborak ilmiah, pengsanlah you all ternganga tak katup-katup mulut tu dok membaca lepas tu pitam! Marilah kita kembali ke sifat MD yang selalu, dok buat lawak ala-ala clever tapi tak berapa nak stupid. Eh, apakah ini....

Kalaulah my superheroes membaca blog Mommynya ini memang kena pangkah, diberinya markah 5% je lepas tu komplen ~ 'Mommy ni mengata anak dia yang lebih tapi dia sendiri tulis pun banyak errors sana sini situ. Habis  tatabahasa segala languages dijodohkan menjadi satu!' Teruslah I kena sack daripada jadi tutor anak kat rumah. Tidak boleh dipercayai ajarannya, laksana ketam mengajar anaknya jangan berjalan peng-ko. Hiks!

Eh, I nak cerita apa tadi? Lupa pulak....

Oh, alahai.... I want to tell you a story about my spending habit ler.... Cerita is quite panjang, korner baring here and there and I  tak rasa pun sesuai disatukan dengan tajuk ini makanya, datanglah balik ke rumah I nanti I story-mory about that, hokey ~_^

Adios! Kak Ton tumpang lalu jap. Nak buat kerja sekolah anak pejabat dulu ya *_*

Hahaha.... sia-sia je datang baca. Kak Ton ni memang spesies tulis main redah jerk, takda berilmiah langsung tau. Lemps sekali kang, putus kawan pulak ~_^

 

 








24 comments:

  1. Huhuhu... baru je tongkat dagu, alih-alih dah habih! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lupa nak bagi amaran! Jangan tongkat dagu dulu. Ini bulan baru. Saya tengah teruja nak menulis entri part by part. Huahahaha....

      Nanti Kakcik datang baliklah, bawa nasi berlauk satu dulang dengan air satu jug tau. Jangan tak datang pulak. Kutunggu mu datang menongkat dagu sampai menguap!

      Delete
  2. yang pentingnya MD..April bukan saja permulaan GST.tapi bulan kelahiran acik.tapi tak sama dengan permulaan GST..bulan je sama
    makin berkurangan la umur acik...tak tau la berapa lagi kita dapat sembang2 disini kan MD..tau2 nanti dah hilang je nama acik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ucap selamat ulangtahun siap-siaplah ya, Acik *_*

      Alahai, Acik! Janganlah buat ucapan macam tu. Sedih pulak. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Tak semestinya yang tua pergi dulu, yang muda pergi kemudian. Dunia sekarang ni unpredictable. Macam-macam boleh berlaku.

      Yalah, baik juga kalau selalu beringatkan, Acik. Selagi boleh, kita berkawanlah. Dah sampai masanya, siapalah kita nak melawan perintah Allah, ya tak *_*

      Delete
    2. cik pun 'April Babies gak ke'? kita serupa...kak MD, sila beli kek untuk we olls please!

      Delete
    3. Sal, kek Doraemon 2kg cukup tak?

      Hahaha....

      Delete
  3. betul tu tak kuasa nak kupas isu gst ni tau..nak tak nak kena hadap juga.lagi bagus persiapakan ilmu didada tentang gst supaya bila ada peniaga yg jual barang mahal n guna kan isu gst kita boikot.klu mahal tak payah beli..sbb yg sama..sy masih sygkan bumi malaysia ni..sapa pimpin pun janji aman damai sudah!walaupun tak berapa nak damai dah la ni kan.huhu..

    pasal ur spending habit tu pun pepandailah ye..klu rasa mampu aopa salahnya..gst ni pun bukan semuanya barang naik..pepandailah berbelanja dengan bijak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, saya pun setuju. Kita bersedia sebelum tertipu. Tapi 'Tipah' dah tertipu sekali PK. Belum GST sedap-sedap je depa jual air minuman siap dengan GST 6%. Tipah sibuk layan anak dan suami, tak sempat nak bertegang urat katanya *_*

      Sampai bila nak spend duit PK... lama-lama habis juga. Anak-anak kecil lagi. Kena fikir pasal anak-anaklah pulak. Pasal diri sendiri dah tua bangka, haruslah berubah sejajar dengan usia. Hahaha!

      Delete
  4. laa...gitu aje
    baru ingat MD nak tunjuk sesi lain diri dia =)
    apa yang pasti kita perlu tunjuk kuasa kita sebagai pengguna
    tak kisah u ni jenis big spender ke, apa ke kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada sesi lain lagi. Semua kain batik dah terbuka dalam blog ni. Hahaha!

      Itulah hari ni nak pi berbelanja. Nak tengok gaya mana. Kalau rasa tertindas, haruslah maju ke depan. Ya tak?

      Delete
  5. Weyh Kak Ton.....ni kira pembuka kata untuk entri tadilah yek hihi....
    Yelah Kak Ton mmg cepat sungguh masa berlalu..... diam tak diam dah nak menopouse hihi.... abislah mak kalau cenggini kak Ton hikhik... kalogen dah kurang, kendurlah nampaknya

    Baru perasan mak dah turun takhta....huh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak buat entri selepas ni tapi tetiba merapu-meraban sampai dah penuh kertas kajang ni hah. Kenalah buat entri lain pulak *_*

      Hahaha...nasib baik Mak dah sedar. Ingatkan lupa bila kena puji. Kah3x.

      Delete
  6. Lupa lak nak tanya napenya merajuk tu? Tak dapat ke? haha......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ni hari ni baru Rabu apa yang tak dapatnya? Oppsss....

      Saling melontar suara kerana cat dinding jerk. Nampak sangatkan dah lama kahwinnya. Hal remeh pun nak merajuk *_*

      Delete
  7. betul tu.. kita tunggu dan lihat je..
    hahaha.. siaran tergendala la pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam dengarnya banyak komplen. Yalah benda baru, memanglah complicated dan harus tak faham. Tengoklah nanti perbandingan perbelanjaan sebelum dan selepas gst ni macamana pulak :)

      Delete
  8. yay..April! sebenarnya saya ni nama je kerja surat khabar tapi tak berapa nak faham GST tu apa. yang saya tau Gerrard Suarez Torres...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab bola campak baling ajelah kat Sal ya. Ada je jawapan bernasnya. Akak pun bukan faham sangat GST ni tapi baihuk or baikruk, tetap gak kena tatap resit yang ada tulis GST di bawahnya *_*

      Delete
  9. Nak tak nak.. kna hadapi. Telan n hadam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau bising-bising pun mungkin awal-awal macam ni sebab kita kurang faham. Tapi ini bukan perkara sementara so nak ke tidak, memang kena hadapi juga!

      Delete
  10. Tak suka GST sebab kita pon GST...Gila Stress Tengok hariga barang naik...ppffttt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak stress. Yang suka 'terapi minda' ni pun dah tak tahan minda tengok amaun GST *_*

      Delete
  11. alhamdulillah , pendek je kali ni ... heheheee .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan buat saya gelak besar, Vee... saya ni tengah sakit gigi. Klunyalah ya... kalau dia tulis pendek makanya dia nak tulis 10 entri sehari. Hiks! (Tengok ketawa pun buka mulut sikit je ni selalunya besar ketawa....)

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...