Posts

Showing posts from March, 2015

Mulakan rutin kembali....

Image
Salam kawan-kawan!

Okey, kali terakhir sepasang telinga ini mendengar, katanya Mami (ini adalah ibu mertuaku pada yang tak tahu ~_^) nak datang ke Malaysia selepas 10 April. Bila tarikh pasti pun tak tahu. Berapa lama nak duduk di Malaysia pun tak tahu....

Pendekata dah tak berdebar lagi jantung I ni bila dengar Mami nak datang. Dok menunggu dari hujung tahun sampailah ke hari ni cuma jawapan penuh kesamaran jerk yang dihintkan dek suami tercinta. 

Betul juga kata Lyd, sajalah tu mak mertua dan anak lelakinya berpakat nak suruh kita berpeluh jantan dok mengemas rumah, rapi sepanjang masa demi ibu mertua! Oh, ya... minggu lepas I beli 5 helai baju kelawar baru untuk menyambut kedatangan Mami. Itu aje baju sopan yang terbayang dalam kotak ingatan. Huahaha.... (ingatkan beli apalah tadi....)

Dek kerana Mami, marilah kita warm up aktiviti kegemaran beliau ~ riadah di taman bunga ^_^

Sejak minggu lepas memang kalau ada peluang aje, kami bawa superheroes beriadah. Memandangkan masing-masing dah…

Ini barulah MD's ~_^

Image
Salam kawan-kawan!

Sorry guys! I terlalu sibuk dengan bos yang terkial-kial nak menyesuaikan keadaan. Makanya semua kerja menjadi 'slow motion' kerana mengikuti stylenya yang baru nak bermesra-mesra dengan suasana kerja di Malaysia ni. It takes time. I faham. Makanya, berilah bos ni peluang.

Cumanya yang I tak berapa nak suka bila ada junior yang cuba nak tunjuk pandai. Itu, ini serba-serbi tahu. I biarkan aje. Bila tak tahu nak buat apa nanti, pandailah mereka cari I. I memang bukan spesies yang suka mengampu ~_^

Okay, lama juga I tak dapat bersiaran kerana mood terbantut dek menurut 'rentak' bos bekerja. Ada sikit kekalutan perasaan. Walaupun idea ada, bila mood tak sampai susah jugakan. Nanti nak cerita lain, lain pulak jadinya (Eh, selalu pun macam tu juga sebenarnya ~_^)

Sepanjang 'bercuti' membebel, banyak perkara yang I dah lakukan tapi jangan ditanya apalah ya. Nanti kalau nak explain, banyak pulak entri menyusul. Jenuh membaca. Antaranya, mood rajin ke dap…

JJCM : Jom (Ber) Western

Image
Salam Selasa kawan-kawan!

Eh, hari ni Selasakan? 

Lupalah pulak hari apa...

Sejak ada bos perempuan ni bukan main sibuk pulak ah kak sekarang ni, tak dan nak sopan-sopan melawat rumah kawan-kawan bergosip. Nak menaip pun semput. Itu yang entri celah belum je kewujudannya hari-hari. By the way, esok nak cuti. Ada urusan peribadi. 

Yalah, takda siapa tanya tapi saja je nak feeling macam selebriti. Asal hilang je, orang gusar mencari. Gitulah kekdahnya....

Marilah kita bercerita pasal makan-makan kerana menikmati makanan sementara masih boleh diterima anak tekak yang besar ni amatlah indah sebenarnya ~_^

Kali ini kita ke Jom Western, adik kembar kepada Jom Bali, yang selalu I kunjungi bersama my family. Lokasinya adalah di Aeonbig Wangsa Maju (Eh, apasal tak best sekarang ni pergi Aeonbig yang ni? Tengah renovation, naik semput berjalan nak menuju ke hypermarket. Dahlah I ni sayang sangat-sangat nak bazir lemak yang ada. Penat ternak tau...)

Kami tak pernah makan di sini makanya inilah kali per…

Marilah beriadah....

Image
(Eh, silap tajuk! Kena tukar sebab entri takda kaitan dengan tajuk langsung! Nasib baik I perasan tau....)

Maka tajuk entri hari ini ialah ~ Bujang-bujang kebanggaan (dan kegusaran) ku ~_^

Salam Isnin kawan-kawan!

Wah, malasnya nak pi sekolah kerja pagi ni! Dah seronok bangun pukul 6.30 pagi selama seminggu tetiba pagi ni kena bangun sejam lebih awal macam selalu... Haruslah menggeliat duplohlapankali ~_^ (Dah upgrade nampaknya MD dari 18 dah jadi 28 sekarang ^_^)

My anak bujang rileks je, sekali tepuk lengan dah bangun. I je yang kena letak alarm kiri-kanan, atas bawah badan supaya tak terlanjak laris pepagi buta bangun. I kan dah kata, kalau I lewat sampai pejabat, takpa tapi kalau my Bubbly Abang lambat sampai depan pagar sekolahnya, mahulah dia membebel sambil mencemik-cemik dalam kereta. Itu pun pagi tadi dia tanya kat I boleh tak kalau kita keluar rumah pukul 6.30 pagi!

6.30 pagi! Uhuh... biar benar Abang!


I pun elaborate panjang berjela sebab musabab mengapa kita tak boleh buat begit…

Kisah gulai keladi (dan MD) .....

Image
Salam Khamis kawan-kawan!

Eh, dah Khamis rupanya! Sekejapnya masa berlalu. Dek kerana sibuk, sampai tak sedar dah hampir penghujung cuti sekolah. Anak bujang kat rumah tu pun bukan main enjoy duduk depan komputer macam selalu. I dah pasang password kesemua gadget yang ada. So, kalau Mommy takda di rumah, jangan haraplah dapat main apa-apa. Tapi memanjang je dia kata dia sibuk google macamana nak buat game baru. Bila kita jeling, dia tengah sibuk main game yang sebenarnya! Dengan Mommy memang takda istilah bohong sunat ni....

Eh, I nak cerita topik apa tadi ek? Tetiba pulak lupa bila dapat menaip kat keyboard ni....

Oh, ya... minggu lepas I pergi supermarket berhampiran rumah (kena cerita juga salasilah tajuk ni, nanti tak faham pulak...) Tetiba I ternampak keladi. Dah lama tak makan gulai keladi. Kalau dulu-dulu, gulai keladi maklah yang paling sedap. Sampai sekarang kesedapannya tak hilang di anak tekak walaupun mak dah pencen memasak dekat 4 tahun sudah! (Melampau weyh ni, MD. Kalau ya…

Anak bujangku si Bubbly Abang *_*

Image
Salam kawan-kawan!

Okey, meroyan dah sampai! Satu hari sampai nak buat banyak entri. Tapi nasib baiklah sebab I ni spesies novelist, tak reti nak tulis pendek-pendek, makanya dapat dua entri ajelah hari ni ya!

Silalah layan kerenah I yang memang tak reti menulis direct to the point ni!

Dah lama juga tak cerita tentang my eldest superhero ni. Sekarang ni Bubbly Abang dah tak macam dulu. Dah tak makan hasutan, ugutan, melodrama yang direka beloved Mommy. Yalah, anak dah besar. Dah pandai berfikir sendiri. 


Tetiba je I terasa emosi menguasai diri ini ~_^ Gone are the days bila Abang suka bermanja dengan Mommy. Menangis tersedu-sedu bila Mommy sakat kata nak lari. Berpeluk-pelukan hiba setiap kali lepas buat salah dan minta maaf dengan Mommy. Teman Mommy menonton drama Korea sambil 'mengarah' drama bersama. Sekarang ni Abang dah kurang beremosi, tak tiru style Mommy lagi dah. Maklumlah anak lelaki, tentulah nak jadi macam Daddy. Tak mahu haru-biru selalu ditenggelami emosi macam Mommy…

Ibu mertuaku....

Salam kawan-kawan!

Ahah, tajuk bukan main! Agak-agak boleh jadi tajuk drama Melayu tak Melayu, Indon tak Indon, western mungkin pukul 7 malam tak? Boringlah asyik letak tajuk 'suami' itu, ini, kita tukar pulak ke ibu mertua (Eh, mertua ke mentua? Rasanya mentua...) 

Tapikan ada ke orang nak tengok drama kisah ibu mertua ni? Kalau kisah suamiku en sotong, sebenarnya aku isterinya dan seangkatan dengannya memanglah syok nak tengok. Habis cerita dalam kelambu semua masuk TV ~_^ Barulah best melekat kat depan TV kan....

Okey, okey, back to the topic perbincangan kita hari ni (Oh, feeling macam Dr Muhaya nak bagi ceramah pulak! Oh, ahkakku perasan!) Nampakkan tajuknya apa.... Of courselah cerita pasal ibu mertua saya yang jauh beribu kilometer itu ~_^

Ahah, sebelum tu. Kita  commercial break-kan entri ni jap. You all ni memang tau. I dah tulis panjang berjela pastu boleh pulak komen tanya 'Kak Ton, apa motif entri ni? Puas scroll dari atas ke bawah banyak kali tak jumpa motif!'

Alhamdulillah, selesai sudah tugas!

Salam kawan-kawan!

Ahah, hari Selasa baru nampak bayang I di alam maya ya ~_^ Sibuklah geng.... Tengoklah blogwalking pun tidak. Nanti-nanti I balas balik lepaskan bom tangan ke serata rumah kawan-kawan ya ~_^

Memang sibuk tak tipu. Dah katanya 3 hari bekerja dok bertangga di imigresen. Haruslah takda masa nak menaip entri baru. Nak sambung kisah imigresen ke?

Sambunglah ya terlanjur dah mengamuk sebelum ni *_*

Dek kerana urusan yang tak selesai di imigresen sejak Khamis lalu, sampaikan jiwa kacau hujung minggu yang lalu. Dua hari cuti pun dok memikirkan tentang kerja yang tak selesai ni. Sampai bila I diam seribu bahasa, HD pun tanya,

You fikir apa? Jauh mengelamun!

Apa lagi, hal passport my bos yang nak balik Jepun itulah!

Macam-macam perkara yang I fikirkan. Manalah tahu hari Isnin pun system down lagi. Parah. Apa nak buat? Apa nak beritahu pada bos? Imigresen kata apa nanti? Atau mereka sengih je lepas tangan sebab 'bila system down memang di luar kawalan' mereka!

Pagi Isnin lalu,…