JJCM : Jom (Ber) Western

Salam Selasa kawan-kawan!

Eh, hari ni Selasakan? 

Lupalah pulak hari apa...

Sejak ada bos perempuan ni bukan main sibuk pulak ah kak sekarang ni, tak dan nak sopan-sopan melawat rumah kawan-kawan bergosip. Nak menaip pun semput. Itu yang entri celah belum je kewujudannya hari-hari. By the way, esok nak cuti. Ada urusan peribadi. 

Yalah, takda siapa tanya tapi saja je nak feeling macam selebriti. Asal hilang je, orang gusar mencari. Gitulah kekdahnya....

Marilah kita bercerita pasal makan-makan kerana menikmati makanan sementara masih boleh diterima anak tekak yang besar ni amatlah indah sebenarnya ~_^

Kali ini kita ke Jom Western, adik kembar kepada Jom Bali, yang selalu I kunjungi bersama my family. Lokasinya adalah di Aeonbig Wangsa Maju (Eh, apasal tak best sekarang ni pergi Aeonbig yang ni? Tengah renovation, naik semput berjalan nak menuju ke hypermarket. Dahlah I ni sayang sangat-sangat nak bazir lemak yang ada. Penat ternak tau...)

Kami tak pernah makan di sini makanya inilah kali pertama. 




Yang seorang tak reti diam, seorang lagi suka buat muka sekarang ni. Memang tak aman dunia bila nak makan tau!


Bila menu diberikan hidangan pertama yang menangkap muat sepasang mata ayu ni (Aha, silalah muntah. I alright jer kalau you all tak tahan dengan puji-pujian ke atas tubuh badan sendiri. Dengan syarat, mop lantai bersih-bersih lepas muntah ya ^_^) sudah tentulah spaghetti olio. Asal nak makan western food je, nampak olio. Asal nampak olio je, of courselah tekak minta menu western gitu....

Unfortunately, hasil amukan masa lunch masih belum reda dalam perut makanya tak bolehlah nak memesan makanan kegemaran sepanjang masa. Marilah kita tengok pesanan MD sekeluarga ya....

Nasi Goreng Tomyam

Bihun goreng ayam

Nasi Goreng Tiga Rasa dengan Ayam

Adik perasan diminati bila ada gegirl dok perhatikan dirinya. Makanya, dia toleh ke sebelah itu aje sebab 'Nape dia asyik tengok Adik jerk, Mommy?' 

Nak tahu apa komen MD ke?

Aha... silalah baca lagi!

Kesimpulannya, servis memang bagus. Lagipun masa kami datang, restoran tak ramai pelanggan. Makanya berebut-rebut waitress nak ambil order. Masing-masing menunggu pelanggan singgah. Masa tu adalah dalam 4,5 kumpulan pelanggan yang ada.

Dari segi keenakan makanan, yang ni I ada sikit kekonflikan dalam jiwa raga. Nak kata tak sedap, tak juga. Nak kata sedap bangat sampai mimpi-mimpi bila balik rumah, pun tidak juga. Kiranya okeylah boleh diterima anak tekak kami sekeluarga.

Nasi goreng tiga rasa dengan ayam si Bubbly Abang ada sikit kurang. Nasinya terasa manis. Selepas dua, tiga suap, Abang tukar suka sama suka nasi dengan Daddynya. Tapi ayam goreng kekal di pinggan Abang manakala tomyam pun kekal di pinggan Daddy. Itu perjanjiannya *_*

Lepas Hubbydearie makan pun, sama juga komennya. Nasi terasa manis sikit. Kalau di Jom Bali, memang nasi goreng tiga rasa yang menjadi favorite kami tapi tidak di sini. I tak cubalah makanya tak pasti apa yang manis sangat tu.

Setakat bihun goreng tak payahlah susah-susah hati nak review,kan. Sebab janji nak kongsi dengan Adik makanya ayam Adik kaut masuk mulut manakala Mommy kena makan bihun (sambil mengasingkan sayur dengan penuh tabah). Itu pun tak habis. Kita tapau bawa balik.

Dari segi harga, berpatutanlah. Sama je kalau makan di mana-mana restoran yang seangkatan. Not too expensive, not too cheap juga ~_^

So, itu ajelah review tak berbayar JJCM kami sekeluarga. Yang sebenarnya, semasa cuti sekolah yang baru ni banyak restoran kami terjah  tapi I diserang penyakit malas nak snap gambar. Makanya nanti buat review tanpa gambar, kena marah pulak (nak nangis jerk rasa tau...) 

Yang boleh I kata, pengalaman di Restoran Chawan di Bangsarlah yang amat mengecewakan. Servis sangat slow dan tak teratur. Makanya kami makan dan pulang dengan hampa bangat dalam hati. Dah, tak pi lagi dah rasanya!

Restoran lain kita review bila ada masa ya ~_^
 


Comments

  1. Adik ensem..sebab tu ada orang pandang2...

    selalunya restoran yang tak sedap dan servis hampeh tu yang orang nak baca sangt..hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malas nak ambil gambar itu yang malas nak tulis review. Bila keluar restoran dengan hati hampa, lagilah malas rasanya nak menulis. Eh, sekarang ni saya dah pandai malas tahu nak taip entri. Hahaha....

      Delete
  2. Pehhh ada orang usha bakal menantu I tuu. ehhhh nani perasan. Hahahahaha. nani pun tak pernah makan dekat sini. Chawan tu sokmo masuk sebab nak makan asam pedas. setakat ni servisnyaa ok lah lagi ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...Nani, Nani..... Itulah akak tahu orang kata asam pedas kat Chawan tu best. Itulah akak teringin nak cuba. Tapi kami pergi sarapan. Servis lambat sungguh, Nani. Dah habis makan air pun tak sampai. Nak tercekik dah rasanya.... Makanan untuk sarapan pun takdalah best mana....

      Delete
  3. Bila makan rasa manis lebih dari pedas memang spoil mood nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tahu dalam nasi goreng tu ada letak kismis. Selalunya sedaplah tak manis mana pun tapi kali ni tak tahu kenapa rasa manis sangat. Dah tak kuasa nak try, so tak tahulah tahap kemanisannya tu sampai mana *_*

      Delete
  4. Tak suka manis manis. Eh ! Hahaha. Yang adik tu kemain kuat perasannya. Noty tau. Gegirl tu usha sikit je. Hahahaha. Eh akak , kita pernah pergi Chawan tu sekali. Tapi masa tu service okay la. Asam pedas dia best. Ekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kismis sebenarnya dalam nasi goreng tiga rasa tu. Tapi selalu makan di Jom Bali takdalah pulak manis sangat. Adatlah bila tergigit kismiskan... Yang ini akak tak tahulah tahap manisnya macamana sebab akak malas nak rasa. Dahlah tengok bihun goreng pun hilang mood nak makan (mood tak mari, bukan sebab tak sedap). Chawan tu akak selalu baca orang tulis, itulah nak try. Pergi pagi untuk sarapan tapi orang ramai. Kelam kabut waiter banglanya! Sampai habis makan tak dapat minuman si Adik tu. Kesian sungguh!

      Delete
  5. x pernah rasa nasi goreng 3 rasa ni tapi kalau manis , mmg tolak tepilah . saya lbh suka nasi goreng padprik ... adik tu bila start sekolah , mesti sengih meanjang bila ramai gegirl dok perhati dia ... heheheee ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada kismis tu mungkin terasa sedikit manis. Tapi manis tahap mana kali ni saya tak tahulah sebab tak rasa. Takda mood sangat sebenarnya nak makan sebab lunch pun penuh lagi dalam perut *_*

      Adik kata kalau sekolah nanti dia tak takut. Dia okey jerk.....

      Delete
  6. besar sgt ke portion nya kak sampai kena bawak balik?
    nampak mcm biasa2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perut tak lapar lagi, Lyn. Itu yang tak berapa lalu nak makan. Sebenarnya akak bukan suka sangat bihun goreng ni tapi sebab dok fikir nak share dengan Adik, order ajelah. Habis cerita...

      Delete
  7. Seharian mak tunggu jiran komen hari ni tau tp hampa......ingatkan fengsan tergolek je apa rupanya sihat walafiat siap nak cuti lagi esok......psst nak gi mana tu?

    Tak pernahlah gi area sana.....tapi tengok makanan dia mcm dapppppp jer tu...

    Biasalah tekak org lain lain....kira kali ni tekak abg tak sama dgn tekak tukang masaklah yek hihi.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uhuh... Mak rindu kat kita ke? Awat tak WA? Letaklah love dalam 20 keping barulah laju kita datang. Kita ingat tiada siapa yang merindui kita di sini. Hahaha....

      Kita ada pi rumah Mak tapi kita sempat baca jerk. Nantilah kita repeat sekali lagi baru komen pulak.

      Makanan kat Jom Western ni lebih kurang macam di Jom Bali tapi lebih banyak varietieslah.

      Betul tu, Mak. Tekak masing-masing tak sama. Bagi kita kali ni kurang umph sikit tapi nak kata tak sedap tu tidak juga. HD kata tomyamnya sedap. Likat, masam dan pedas semuanya bergabung tenaga. Eh, ada ke HD kata gitu? Macam takda jerk....

      Delete
    2. Macam lagu Adam ngan Stacy jer bawah tu.....Bergabung, melotop...hoho...
      Alah macam tak biasa ngan Kak Ton, Kak Ton kan suka tambah untuk penyedap rasa hihi....
      Babai mak nak tido ...

      Delete
    3. Yalah, Mak. Kak Ton memang over bab buat manuskrip ni *_* Hahaha....

      Mak ni sekarang rajin datang masa nak tidur. Ni baca penuh khusyuk dan tawadduk ke atau main bantai perenggan terakhir jerk ni?

      Delete
  8. MASAKAN YG XSERASI DGN SELERA MMG XBERSELERA DIBUATNYA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau dah tak berapa berkenan, memang hilanglah selera. Tapi nak kata semua tak sedap, tak jugalah. Lebih baik daripada sesetengah restoran yang kami pernah pergi; yang memang gagal terus dalam review *_*

      Delete
  9. baru sedar dah lama tak singgah kat jom bali hahahha.. sejak ada anak ni acara makan2 ni asal kenyang jer katanya.. anak jenis tak nak makan lepas tu tak reti diam maka mak bapak dia makan macam telan2 jer la. Nasi manis2 ni kita pun tak berapa nak suka makan jugak.. macam tak match pulak nasi @ lauk manis2 hahaha... tapi kalau spaghetti ni tengah kenyang pun boleh terliur.. tekak italy la katakan hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... mampu juga rupanya pi Jom Bali? Hahaha... gurau jerk Suria. Jangan merajuk pulak pastu tak nak datang. Akak ni lebih kurang jerk dengan Cik Anon yang simpati kat Suria tu *_*

      Betul tau. Bila ada anak kecil ni kalau mak-mak makan mesti macam rasa nak tercekik je walaupun segelas air dah habis diminum. Kadang tu memang betul pun tercekik dek tengok keletah anak!

      Delete
  10. tempat dia nampak menarik dan selesa
    kalau tengok gambo, cam sedap
    tapi yelah kan, lain orang lain selera dia

    amboi adik, silalah setia pada yang satu
    tak usah perah santan cam mummy ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Situasi dalam restoran memang so tempting nak suruh kita masuk. Makanan pun banyak pilihan. Servis tak menghampakan. Cumanya dari segi rasa adalah kurang sikit di sana, sini. Boleh lagi dimaafkan *_* Kalau tengah jenjalan kat sini dan terasa lapar, boleh lagi singgah ^_^ Takdalah saya nak ban terus!

      Sekarang pun tak setia tau, YY *_* Dia ni bab perahsantan lagi hebat daripada Mommy. Asal ada boboi ke gegirl ke, memang dia mula terasa diri tu selebriti. Terus ajak pergi sebab malu orang dok tengok-tengok!

      Delete
  11. eh...pendeknya entry.ish adik tu, perasaan betul..menurun peel sape lah ek.hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendek ke, Sal? Itu bahana nak cepatlah. Keluar entri pun entah pukul berapa ek, lupa pulak nak check. Asal keluar lambat tu maknanya SIBUK lah....

      Adik memang perasan. Entahlah ikut siapa. Tapi kalau dah tahu agak tu, tak payahlah tanya. Nanti tanya lebih-lebih, sesat jalan pulak ^_^

      Susah Sal ada anak macam diva ni.......

      Delete
  12. Rindunya nak baca semua entry fasal abang dan adik ni...
    saya pun lama berhibernasi, MD...
    tunggu masa nak keluar aktif semula. banyak yang kena qadha ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama tak nampak Anim tau. Memang hibernasi habis-habisan ni. Polar bear pun kalah. Jomlah keluar dari tempat pertapaan tu. Rilekslah, kerja mana pernah habisnya kita ni!

      Delete
  13. Replies
    1. Adik bukan pemalu. Dia perasan diva. Ikut Mommynya *_*

      Delete
  14. Eleh... siapa tak kenal adik. Auntie yg tak pernah jumpa pun tahu. Cuba kalau di rumah mahu abang dibuli selalu utk kemas mainan dia. Kat luar konon aje tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menjadi-jadi sekarang ni, Kakzakie perangai penuh sopan-santun depan orang. Kalau di khalayak, dia memang aktif tapi asal ada je yang menjeling, memerhati, mulalah nak sembunyi belakang Mommy sambil hisap 5 jari sekaligus! Kalau kat rumah, habis semua orang dibulinya termasuklah atok maknya *_*

      Delete
  15. boss baru garang ke MD?ke tak cukup masa nak tunjur ajar boss baru..almaklumlah katanya senior kan kt opis tu.hehe..

    makan2 nasik pun boleh pulak manis ye..terlebih gula ke apa.huhu..

    mana cerita adik dok ushar budak perempuan tu?saja tak nak sambung ke apa ni?ha marah dah bakal mak mertua.muahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bos baru tak garang tapi dia 'baru' dalam department ni. So banyak yang tak berapa nak tahu. Masih terkial-kial lagi. Makanya bila bos terkial-kial, anak-anak buah pun 'merangkak-rangkaklah' buat kerja. Akhirnya kelam kabut!

      Budak gegirl tu yang dok perhati Adik. Makanya Adik perasan, langsung tak nak toleh ke kiri. Bila budak tu dah pergi, sibuk dok tanya Mommy mana pergi budak perempuan tu tadi! Jual mahal lagi. Padan muka!

      Delete
  16. Dh lm x ke sini... Adik cute mkn cute. Bubbly abg mkn ensem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sal luangkan masa ke sini. Saya ni tengah kelam-kabut. Nak update entri pun rasa nak pitam. Maklumlah entri taip sebelum start buat kerja *_*

      Blogwalking pun dah semput ni. Tak dan nak mai rumah kawan-kawan dalam masa sehari jerk! Bila nak dikhatamkan tak tahulah. Nanti dah senang-senang, kita tinjaulah rumah kawan-kawan semua ya!

      Delete
  17. Tak perasan jom western ni. Kalau ke aeon perasan jom bali je hihi. Nanti boleh try. Tp btlla malas nk masuk ke aeon. Nk kena jln jauh huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak silapnya tak berdekatan pun Jom Bali dengan Jom Western ni. Yang Jom Western ni berhampiran KFC dan Orchid Bistro. Jom Bali tu dekat dengan McD. Kalau saya tak silaplah....

      Leceh sekarang kalau ke sini, jauh 'perjalanan', penat bakar lemak. Sayang ler *_*

      Delete
  18. Ahaaaa peminat blog MD lah tu. klu nmpk adik dan abg LM pun tau tu MD dan HD. Kalau LM segan nk tegur skodeng je dari jauh . Mmg dah cam sgt muka mereka berdua tu.

    Tang tom yan tu mak aii nmpk sedap. Tp x la smpi masuk dlm mimpi eh? Okey okey.. Cuba pujuk hati x terliur . Ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak segan, tegur je walaupun MD perasan diva. Hahaha... Takdalah gurau jerk. Kalau ada yang nampak, MD sembunyi bawah meja dulu. Kalau ada tempat nak sembunyilah. Kita ni pemalu tahap dewa 19 tau!

      Tomyamnya memang sedap. Cukup rasa tapi yang spoiled sikit tu bab nasi goreng tiga rasa yang jadi kegemaran. Abang entah kenapa order yang itu, selalunya tidak sebab dia tak suka kismis!

      Delete
  19. seb baik adik x suruh mommy pi mintak no tepon gegirl yg ushar2 dia tu.hehe

    i suka review2 x berbyr u ni..ala2 tgk prog TV jjcm gitteww ;p

    tak lama lagi ada la tu, rezki buat review berbyr pulak..insyaAllah..amiin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Adik suruh, Mommy hantar Adik pergi minta sendiri! Agak-agaklah kalau nak bersopan pun. Mommy alright jer kalau anak-anak nak ushar gegirl. Hahaha....

      Amiinnnn!

      Insya Allah, kalau kekal rajin berblogging. Manalah tahu ada rezekikan. Setakat ni membebel free ajelah, Syida *_*

      Delete
  20. Kiranya..rsanya bolehlahhhh...
    bru2 ni 1st time try spageti oglia.. not my taste laaaa.. huhyhuhu..lg suka bolognese or carbonara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lapar, memang bolehlah. Kalau perut kenyang, mungkin ada jerk benda nak komplen....

      Hahaha...itu tandanya tekak tak omputih sangat tu *_* Akak memang suka alahai olio. Maybe olio yang Lya try tu tak best kot *_*

      Delete
  21. Arrgghhh...makanan lagi. Lapar ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesiannya. Tenung ajelah makanan tu kasi kenyang yerk :)

      Delete

Post a Comment