Skill Kak Ton yang paling rare terjadi....

Salam Isnin kawan-kawan!

Hai, kenapalah penyakit malas melanda sekarang ni? Bukan malas menaip entri tapi malas bekerjalah....

By the LEKAS highway, 4hb Mac ni, bos perempuan baru akan sampai ke pesisir KLIA setelah dua tahun di Beijing, China. Keesokan harinya dia akan datang ke pejabat beramah mesra dengan staff baru di Malaysia dan kita akan keluar makan - welcome lunch untuknya dan farewell lunch untuk dua orang bos yang akan pulang ke tanahair tercinta mereka!

Perasaan Kak Ton? Biasa-biasa aje walaupun baru-baru ni Kak Ton tengok dalam akaun bank ada 'duit terpijak' my company bagi. Masa tu je Kak Ton senyum dengan bos lepas tu Kak Ton buat-buat tak nampak dah the three stooges tu! Hahaha.... Panjang langkah Kak Ton lepas tu tau *_*

Okey, kita lupakan yang itu! Nanti kalau Kak Ton tulis panjang-panjang, you all kata mengahlah, penat lap peluhlah, karangan SPM lah...macam tak biasa baca karangan budak sekolah tau. Ni bukan esei biasa-biasa, ni esei straight A's student tau. Huhuhu..... bertambah titis peluh di muka nampaknya *_* Rasa bersalah sebab mengumpat Kak Ton depan komputerlah tu ~_^

Umum mengetahui (chewah....) skill menjahit Kak Ton memang di tahap zero. Sebenarnya bukan skill menjahit aje, banyak skills lain yang Kak Ton tak lepas kecuali membebel. Janganlah suruh Kak Ton tanam bunga di laman rumah (mahupun di belakang rumah); bela kaktus pun kaktus mati... hebat tak Kak Ton ni? 

Janganlah suruh Kak Ton menggubah jambangan bunga, nanti tetiba kelopak bunga tu jadi dedaun berguguran di karpet rumah Kak Ton... Skill Kak Ton yang macam ni memang hebat sangat sampaikan nak buat itu jadi ini pulak. You all memang kalahlahkan kalau bab-bab macam ni....

Selepas dua tahun bersekolah tetiba si Bubbly Abang komplen. Katanya lencana sekolah bukan dijahit di poket tapi di atas poket. Name tag pulak seharusnya di bahu (biar benar ni, Abang!) Sejak sekolah sesi pagi ni banyak betul ngomelan anak bujang Kak Ton tau... 

Kak Ton buat tak tahu je. Dah dua tahun di sesi petang takda pulak cikgu komplen pasal kedudukan lencana sekolah dan name tag, kenapa baru-baru ni nak dendalah, nak itulah, nak inilah... Mengada-ngada tau cikgu Bubbly Abang ni! Kak Ton babat punggung cikgu dengan rotan nanti, baru tau!

Tapi, tapi, tapi... disebabkan Kak Ton tak tahan dengar keluh-kesah anak bujang Kak Ton yang takut sangat kena tegur cikgu berkali-kali, makanya Kak Ton kuatkan semangat mencari kotak menjahit di rumah yang very rare jari jemari Kak Ton memegangnya....

Niat asal nak hantar tailor je tapi memandangkan nak suruh tailor buka jahitan lencana dan jahit semula di kedudukan yang sebenarnya, membuatkan Kak Ton tetiba terasa stingy nak bayar harga upah *_* Lebih baik duit tu Kak Ton gunakan untuk order Salmon Shioyaki Set. Eh, tetiba pulak air liur meleleh....

Makanya, pada suatu malam Ahad yang indah, Kak Ton pun duduk bersila di atas lantai sambil cuba beratus kali nak masukkan benang ke jarum. Puas berusaha dengan jarum kecil, Kak Ton ambil jarum yang besar sikit. Pun mengah Kak Ton dibuatnya, tak dapat masuk juga benang ke jarum. Nak minta tolong Hubbydearie, Kak Ton tak sanggup 'dipersendakan' dengan kata-kata sindiran gitu.... 

Akhirnya Kak Ton guna jarum paling besar dalam kotak jahit. Duh, barulah berjaya masukkan benang ya *_*

Setakat nak jahit lencana sekolah dan name tag ni, kacang je rupanya. Sungguhpun macam kacang macadamia yang Kak Ton suka kunyah tu, satu lencana sekolah dan name tag mengambil masa Kak Ton selama 30 minit ya ~_^ Yalah, yalah....tak payah gelak kuat sangat! Kak Ton tahu Kak Ton memang hebat berwibawa orangnya!

Nak tengok ke rupa lencana yang siap Kak Ton jahit? Alahai... malulah pulak Kak Ton nak tunjuk. Bukan apa, Kak Ton takut masing-masing rasa teruja nak menjahit pulak bila tengok jahitan Kak Ton yang kemas, cantik dan rapi tu, tak nampak pun di mata kasar tau (Huahaha....dah guna warna yang sama memanglah tak nampak....)

Tapi takpalah, demi semua yang ingin belajar dan memperbaiki kesilapan, biarlah Kak Ton tunjuk juga kat sini ya ~_^ Dengan syarat,  tutup mulut tu rapat-rapat jangan sampai masuk seekor lalat pun!

Nah, nilah hasil jahitan Kak Ton yang ohsem dan very rare berlaku dalam hidup ini *_*



Kemas kan? Meh tengok belakang pulak....


Pada kawan-kawan yang pandai menjahit tu, tak payahlah nak tunjuk ajar kusifu sangat-sangat dengan hasil jahitan Kak Ton ni. Kalau tunjukajar pun, Kak Ton memang tak dengar kata punya student. Berbuih nanti mulut dok tulis komen suruh buat itu ini, Kak Ton baca sepintas lalu je komen tu nanti. 

Kalau nak kutuk pun, berpada-padalah. Raya lama lagi nak minta maaf dengan Kak Ton. Ahah, nanti Kak Ton merajuk, susah tau, takdalah keluar entri gelak ketawa khas untuk teman skodeng yang suka mengumpat Kak Ton terang terangan.

Eh, eh, jangan takut nak mengomen pulak. Kak Ton tak akan delete walau apa pun kata-kata berbaur 'hinaan' tentang skill Kak Ton yang satu ni. Kak Ton tahulah Kak Ton memang rare spesies di muka bumi Allah ni ~_^












Comments

  1. berjaya akhirnya hi hi..acik pun macam tu jugak MD..jahit sendiri je..tu belu lagi bila balik anak kata..mak..cik gu.kata.mak jahit nama ni tak lurus..senget..salah tempat tu memang biasa la tu MD..buka dan jahit semula tu memang dah biasa sangat dah..
    nasib baik la..semua tu dah berlalu..mula tahun lepas 2014..dah tak de dah jahit2 lencana dan nama ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kira kali pertamalah saya jahit dengan 'penuh bergaya', Acik. Pernah sekali dulu terdesak kena jahit lencana nama si Abang ni, kacau bilau saya dibuatnya. Hahaha...

      Hari tu pun tengah sedap menjahit tetiba terjahit sekali dua belah bajunya. Aduhai, terpaksalah buka semula!

      Delete
  2. Kak kalau nani kak prefer masak dari menjahit. pehhh tersiksa batinku kalau bab menjahit ni, hahhahaha. kita geng lah kak ton. ehhh. tapi nani punya lagi dahsyat kot sebab pernah jahit sampai terpatah dua jarum tu. homaiii tolong lahh. hahahaha. tak sukaaa menjahit. nasib bailah dulu mak cik tukang jahit senang apa apa suruh dia. Eheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, memang akak tak boleh memilih, Nani.... Bab menjahit ni akak gagal bergayalah! Akak pernah jahit hujung lengan baju kurung sebab dah banyak yang tetas, warna-warni benang akak guna tau!

      Kalau sampai patah jarum tu ala-ala Incredible Hulk baru belajar menjahit, Nani... Kah3x.

      Delete
  3. hahaha...intro entry tu mengundang je...ingat malas update blog, tu memang rare.kalau malas bekerja tu takdelah terkejut sangat.pasni kena belajar cakap mandarin dengan Abang tau, nak borak ngan bos from Beijing.

    nanti boleh belajar menjahit dengan jiran sebelah..dia kan terer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish, mana tau tetiba akak jadi malas nak update blog. Haruslah jadi macam Villa Nabilla, penuh lalang jerk.... Ni bos baru nak sampai, tak tahulah apa kisahnya. Kalau dia banyak songeh, terpaksalah akak buat autopublish. Tapi kalau dah kat rumah tu, jarang akak rajin meroyan dalam blog *_*

      Uih, jiran sebelah akak tu mana pandai sangat menjahit. Dia eksyen je up gambar padahal dia hantar kedai potong lengan baju. Kah3x...

      Tapikan bila tengok mesin jahit si tukang jahit, teringin sangat akak nak ada satu kat rumah. Sekadar hiasan pun jadilah *_*

      Delete
  4. Memang nampak pelik bila lencana kena dijahit atas poket baju sekolah. Sibongsu kakcik masih pakai seragam tahun lepas yang lencananya di jahit atas poket. Selagi tak ada komplen, selagi itu kakcik tak akan buka.

    Seragam barunya kakcik belum bagi pakai lagi dan masih belum ada lencana. Dia pun tak komplen, jadi silalah dia guna seragam lamanya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... puas saya 'skodeng' baju sekolah budak-budak sekolah Abang. Yalah kotnya Abang salah tafsir kata-kata Laoshinya kan... Ada ke name tag atas bahu...biar benar. Fikir ada pangkat sarjan, kapten, koperal apa-apa ke? Hahaha....

      Saya pun baru jahit satu helai je, Kakcik. Itupun 30 minit tau. Kalau 3 helai lagi, mahu saya nangis-nangis menjahit sambil mengenangkan nasib diri yang tak reti menjahit nih!

      Delete
  5. Skill mjahit sy xnk komen tp skill buat kelakor mmg ada...tsengih2 sy bc entry ni...kui3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, jangan komen skill menjahit saya! Kang kecik hati nih, terus 'terdelete' komen! Hahaha....

      Delete
  6. malas kerja sebab nak hadap but as barulah tu kan kakton!tau takut.hahaha..

    oklah ni..kita sama je rarenya MD. jait lencana tanda nama anak macam apa ja.tp kita jait takdalah smp setengah jam.muahaha sambung gelak lagi!

    nasib baik tak malas taip entry,kita pulak tengah sawan update skang ni.muahaha gelak lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada Kak Ton takut, PK. Kak Ton tak tercabar pun dengan kehadiran bos baru dan mood uptown girlnya tu *_* Tapikan kalau saya kurang meroyan itu tandanya bos sangat prihatin ambil berat tentang skrin pc saya nih. Hahaha....

      Yalah, yalah tu dia lagi terror. Seminit dah siap jahit. Kita ni pentingkan kekemasan, kerapian, keselamatan dan sebagainya itu yang ambil masa 30 minit sehelai baju! Eh, PK tengah sawan rajin update ke? Laaa....saya ni dah seminggu mc alamayalah! Baru nak panas enjin kapal layar den *_*

      Delete
    2. yelah kita ni Jenis tangkap muat.terkenal sgt dengan sifat loklaq..apa org kata, asal ada..janji melekat kat baju tu Kira oklah.huhu

      Delete
    3. Hahaha.... ni jenis orang cepat buat kerja. Yang penting mata terang nak menjahit, okeylah walaupun tak pandai jahit. Saya ni nak masuk benang ke lubang jarum pun makan masa, manalah tak lama cik PK oi....

      Delete
  7. Malas kerja tu dah sama dah kak. Hahaha. Part tanam pokok kaktus pun ranap , itu pun sama juga. Hahaha. Cuma bab makan je mujur tak fail. Wakakakaka. Bab lencana and name tag ni masa zaman sekolah dulu dah jahit da. Tapi usah di belek belakangnya. Hancus harapan. Hahahahaa. Name tag pun mujurlah kalau straight. Wakakakaka. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab makan pun gagal, memang hidup meranalah tu, Nadia... Hahaha.... Ni, dengar nasihat akak. Belajar menjahit sekarang. Nanti 10 tahun lagi anak masuk sekolah, naya tak reti jahit lencana. Bikin malu jerk. Huahahaha... mengata orang denlah nombor 1 ^_^

      Delete
  8. Baru sempat dtg sini weyh....siang tadi mak tak de tenaga nak menaip, lemah longlai! Mak puasa hokay!....Puasa gantiiii Nak mengumpat dlm hatilah tu...dah dekat Ranadhan baru terhegeh hegeh nak ganti!

    Dah tau mata tu rabun dekat tahap power tebal....ada hati gak nak masuk jarum haha...Nasib at last clever, pandai pun cari jarum paling bapak hikhik...
    Apa kelas jahit tangan!

    Oklah....oklah..... tang jahitan tu mak kasi 7 bintang, mmg kemas ...... bolehlah....Padahal diri sendiri kalau jahit lagi hancur! hoho....

    Amboi dapat bonus nampak.....tak mo main lanting lanting duit dgn jiran sebelah rumah ke? Maklumlah dah banyak sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Mak mengelak buat dosa masa puasa rupanya.... Habis tu lepas je berbuka dah tak sabar-sabar nak kutuk Kak Tonlah tu ya! Hehehe...

      Ish, Mak ni....kita tak terniat pun nak mengumpat. Kita pun selalu macam tu juga. Minggu terakhir sebelum Ramadhan baru kita ganti ^_^ Cuma tahun lepas je kita menuju kebaikan, dah siap-siap ganti!

      Alahai, Mak ni.... janganlah cabar. Kita dah lama aim mesin jahit kat Lazada, hak paling murah. Tapi itulah, jahit tangan pun tak lepas, ada hati nak jahit mesin. Kang dengan jari jemari sepuluh ni termesin sama!

      Apa? 7 bintang Mak nak bagi? Tak sangka rupanya Kak Ton ada bakat terpendam dalam pada kata tak pandai tukan.... Nanti nak cuba tanam cili pulaklah. Manalah tahu cili subur, boleh jual kat pasar malam!

      Hahaha....pantang nampak duit! Tak kata bonus pun dah pandai meneka *_*

      Delete
  9. sebagai seorang yang bukan pakar menjahit nampak ok jer hahahaha.. tak sampai hati nak kutuk sebab kalau kita jahit pun mungkin nampak rupa macam kembar seiras jugak hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, kembar seiras ya? Awat tak kata macam kembar siam jerk? Ni spesies yang kalau menjahit, dengan jari-jari pun terjahit sama. Hahaha....

      Delete
  10. Ok lah tuh kak ton.. Asalkan terjahit.. Haha... Kita geng la kak ton.. Failed bab jahit menjahit nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau baca blog tu, terkesima tengok hasil kerja orang yang pandai menjahit. Puas dok fikir apalah skil yang aku ada... Rupa-rupanya, memang ramai bedo'oh sama spesies macam Kak Ton juga! Hahaha!

      Delete
  11. dapat duit terpijak, teruss pandai jahit ye kak tonnn? haha bagus2, walaupun ada ciri2 stingy sbb xmo hntr ke tailor, jahitan yg penuh kasih syg dari mama..sure abg adam suka!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya sebaliknya, Syida. Masa duit banyak ler semua hantar upahkan. Hahaha....

      Tetiba je rasa macam membazir hantar tailor tu. Dahlah benda senang. Kacang je nak buat! Pejam mata pun boleh! Eh, itu statement melampau! Kalau pejam mata menjahit memang terjahitlah lima jari nih *_*

      Semalam I menjahit lagi you... ditemani Hubbydearie *_* Suami tukang buka jahitan lencana lama, si isteri tukang jahit semula. Lomantik I tell you ^_^

      Delete
  12. Adoi alahai... ada juga yang cemburu *_* Itu jahitan 'biasa-biasa' aje. Kalau saya buat jahitan luar biasa, memang ramai agaknya kengkawan senasib yang meraung cemburu ni, Diana *_*

    Hahaha...pi lah buka kotak jahit tu, mulakan menjahit kemas macam saya yek ~_^

    ReplyDelete
  13. kata baru dpt duit yg tak disangka kenapa tak hantar aje ke tailor? Tapi betul juga jimat kalau jahit sendiri. Kakak tengok oklah tu. Nak cantik macam mana lagi. Janji dah melekat sudahlah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kak. Bukan ke akak yang suruh berjimat, belajar menjahit lagi bagus daripada hantar tailor! Hahaha....

      Tak sangka pulak boleh juga jahit. Kejap tengok bawah baju, kejap tengok atas baju. Nak make sure benang tak terkeluar dari garisan. Keh3x.

      Delete
  14. at least tahu lah jugak menjahitkan..
    dari zero skill hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, akak ni jahit butang baju pun tak lepas sebenarnya, Lyn! Terkejut pulak berjaya jahit lencana sekolah dan name tag si Abang ni. Ini yang terinspired nak beli mesin jahit ni. Macam ada bakat terpendam jerk *_*

      Delete
  15. Apa ya kaedah cikgu si abang ni guna sampai abang kemain takut tu? Rasanya abang ni memang jenis yang baik mematuhi arahan.. jadi cikgu dia tak payah nak bersinga bagai.. saya ni, rasanya kalau bab kutip duit ke bg pesanan dah menyinga tapi, hampeh.. yang mana nk ikut jelah.. yang mana buat dek tu kenala repeat sokmo.. sampai rasa malas dah nak sebut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa perhimpunan cikgu dah banyak kali pesan mesti betulkan kedudukan lencana sekolah dan name tag. Cikgu bagi sampai seminggu lepas cuti CNY. Abang cakap sejak masuk sekolah awal tahun, baru lah ni saya ada masa nak buka jahitan kedai dan jahit balik sendiri. Hai, susah jadi cikgu sebenarnya. Dapat anak murid yang buat derk je, memang pengsanlah. Lagi pulak awak tu mengajar 'budak-budak besar'. Budak kecil senang sikit rasanya. Sergah sikit dah takut *_*

      Delete
  16. saya pon xda skill dlm bab jhit menjahit ni
    zaman sekolah dlu x ambik subjet ert.tp.ambil kmt

    pernah skali bljar jahit langsir.sekali mak suruh buka balik semua jahitan.katanya x kemas.nk blajar jahit kena buat kemas2 dari awal..
    bila dh terbiasa x kemas sampai bila dok mcm tu..
    huhuhu..

    kak ton ni kira mnjadi juga la tu jahitannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab jahit menjahit takda skil tapi bab memasak, Ciksu memang hebat. Saya ni Ciksu, semua skil pun takda. Hahaha....

      Saya pun pernah jahit kaki langsir sebab panjang sangat. Lepas siap jahit tengok sengek sebelah. Terus buka dan-dan tu juga tapi minat jahit semula udah lenyap ditelan kepenatan!

      Delete
  17. haha..
    skill mnjahit lya pon kelaut..
    seksanya nk jaht lencana ats tdudung,, byk kali jahit, pastu senget.. kena buka balik.. stress sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni semua pun hantar kedai je, Lya. Lepas tu dok fikir sayang pulak dah hantar kedai, pastu kena buka and then kena jahit pulak. Berapalah pulak kedai nak cajkan. Lebih baik try buat sendiri. Walaupun takda skil, tapi terharu pulak sebab dapat juga jahit nametag dan lencana sekolah ni. Hahaha!

      Delete
  18. Owhhh...kena jahit atas poket erk. Saya jahit kat poket. Memang seksa. Hentam kromo jer janji berjahit. Kira ok lah tu MD. Nampak kemas lah jugak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa...masa di Tahun 1 dan 2 takda pulak cikgu tegur. Masuk sesi pagi Tahun 3 ni tetiba je cikgu warning berulang-kali. Dah anak murid tak dengar, cikgu pun bagi last warninglah. Lintang-pukang semua takut. Itu yang paksa juga Mommynya ni menjahit.... Terharu pulak dapat jahit sendiri. Hahaha!

      Delete
  19. tak dapatlah nak komen psl jahitan . gambar tak de . yg ada cuma mr . black je . nape jadi camtu , mesti kak ton pun ternganga ... heh heh heh ... melepaslah saya nak menengoknya ... yg pth lencana dan nama tu dah melekat at baju si abg lah MD . x de sape pun nak tgk guna kanta bagai ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, macamana gambar black je? Sebelum ni okey je mereka komen. Rugilah Vee tak dapat tengok 'kekemasan' jahitan saya yang memang very rare terjadi tau *_*

      Depan okeylah, ikut warna lencana dan name tag. Belek belakang, memang nangis pro tailor melihatnya. Hahaha....

      Delete
  20. secara jujurnya, tak nampak pun kesan jahitan
    mati-mati ingat tampal gitu aje
    dekatkan mata kat screen lagi, tak nampak juga
    nak kena tambah powerlah gamaknya...emm

    kira okaylah tu MD wei, nak baguih camne lagi
    saya tak akan gelak, cuma sengih aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, kiranya saya ada bakat terpendam dalam menjahitlah ya! Ni yang terus nak beli mesin jahit brother macam si Lyd ni ~_^

      Eh, YY... kalau nak bandingkan dengan Mychintahati YY tu, memanglah jahitan saya jauh lebih baik kot walaupun mak saya bukan tailor macam mak mentua YY tu. Hehehe...

      Delete

Post a Comment