Salam kawan-kawan!
Waduh! Nak terkehel tangan rasanya! Takpa, takpa tak payah tanya mengapa sebab memang pun I nak beritahu apa sebabnya ~_^ Nampak tak betapa lewatnya hari ni nak publish entri? Komen pun tak berjawab lagi. Bukan sebab I lupa daratan sejak jadi mak sedara selebriti ni tapi I memang sibuklah, tak dan nak curi tulang tau!
Masuk je kerja pagi tadi tengok atas meja walla..... banyaknya 'homework'. Semua sengih-sengih minta siapkan kalau boleh, kalau bolehlah, sebelum lunch time. Yes, I knowlah I ni memang pekerja mithali, berhemah, berwibawa, super -E and what not, tapi biarlah berpada-pada kalau nak bagi kerja pun. Sekeh juga bosses ni kang....
Dahlah bagi kerja bertimbun-timbun sepakat membawa berkat, nak cepat siap tapi info boleh pulak main tarik tali, kejap dah bagi, kejap belum. Lepas tu beria-ia 'melutut (aha, ni statement tipu buat penyedap skrip jerk) macam nak melamar orang, minta sesegera mungkin disiapkan!
Tak sempat I nak telan air liur okey (ni pun tipu...dah 2 cawan teh tarik diminum pada sesi pagi plus satu tumbler Mickey Mouse berisi plain water milik si Abang). Nak touch-up, touch up make up pun tak sempat!
Okey whatever it is, semua kerja yang bertimbun tadi dah selesai! So dengan bahagianya I pun buka blog nak taip entri ~_^
Dah lamakan tak borak santai pasal si Adik Cute. Wah, sejak dua menjak ni berhati tisu je! I suspect Adik ni rindukan si Abang Afiq, itu yang hati mudah tersentuh. Tapi bila Abang Afiq nak bercakap, tak mahu pulak dia buat melodrama. Sungguh tak faham! Kita suruh kemas Lego and segala maknek blocks pun boleh dia meratap hiba lari sembunyi belakang pintu sambil membebel kata tak sayang Mommy!
Okey, fine! Sikit-sikit mengada Mommy layanlah. Dah banyak mengada-ngadanya memang nak kena marah jugalah! Mommykan bekas girlfriend tarzan masa muda-muda dulu. Haruslah ada perasaan nak marah juga!
Malam kelmarin punya cerita....
I baru je siap mengemaskan Lego masuk elok-elok dalam tin simpanannya, pastu asing-asingkan blok ikut warna tiba-tiba diselongkar semua dan sepahkan atas karpet. Berbulu je Mommynya tengok tau, dahlah kerja rumah tak siap-siap lagi. Nak layan kerenah suka menyepahnya lagi...
I pun suruh Adik kemas. Macam biasalah dia tak nak sebab penat! Makanya I pun pukul sikit kat tangan sebab tak dengar kata. Teruslah lari masuk bilik, lanting diri atas katil bujang meratap hiba sebab kena marah. Puaslah I memujuk suruh keluar sambil kata tak payah kemas semua tu, biarlah bibik jer buat macam selalu! Pun dia tak mahu keluar.
So, I pun kononnya clever, I guna taktik lain. I ugut kalau tak nak kemas jangan main lagi. Itu semua Mommy yang beli.
Oh, no.... lagi kuat raungan dan ratapan hibanya! Erkkk... terus tak jadi nak ugut lebih-lebih. I pun pujuk balik mailah datang kat Mommy. Mommy nak hug busyuk-busyuk manja. Pun tak nak. Alasannya....
Tadi Mommy kata semua Mommy punya! Semua Mommy beli! TAK SAYANG MOMMY!
Okey, okey! Kalau tak sayang Mommy, takpa.... I pun ugut nak lari dari rumah. Konon nak bangunlah ambil kunci kereta, nak lari ni!
Langsung Adik tak kisah. Dia buat derk je. Layan ratapan hiba, tangisan bulan madunya yang penuh dengan sayu-pilu tu.
I tengok trick ni pun tak jalan, so I duduk balik. You know what he said to me?
Mommy, pergilah ambil kunci. Pergilah lari!
Mommy nak lari ke mana? Nak tidur mana malam ni?
Mommy tidur sorang-sorang! Pergilah! Pergilah lari! Pergi ambil kunci kereta Mommy!!!!
Siap tolak-tolak lagi suruh I bangun dari sofa dan 'lari dari rumah' bagai dikata!
Agaknya, kalau kena kat you all scene hiba yang sungguh tragik macam ni, nak buat apalah lepas tu ya.....
The tragic scene ended when ....
I terpaksa pujuk si Adik Cute setengah nak pengsan supaya tak perlu lari dari rumah. Apa-apa kesalahan Adik terpaksalah Mommy maafkan aje. Lagipun kalau lari, Mommy nak tidur mana? Nak tidur sorang-sorang tak biasalah, takut..... *_*
Malam kelmarin punya cerita....
I baru je siap mengemaskan Lego masuk elok-elok dalam tin simpanannya, pastu asing-asingkan blok ikut warna tiba-tiba diselongkar semua dan sepahkan atas karpet. Berbulu je Mommynya tengok tau, dahlah kerja rumah tak siap-siap lagi. Nak layan kerenah suka menyepahnya lagi...
I pun suruh Adik kemas. Macam biasalah dia tak nak sebab penat! Makanya I pun pukul sikit kat tangan sebab tak dengar kata. Teruslah lari masuk bilik, lanting diri atas katil bujang meratap hiba sebab kena marah. Puaslah I memujuk suruh keluar sambil kata tak payah kemas semua tu, biarlah bibik jer buat macam selalu! Pun dia tak mahu keluar.
So, I pun kononnya clever, I guna taktik lain. I ugut kalau tak nak kemas jangan main lagi. Itu semua Mommy yang beli.
Oh, no.... lagi kuat raungan dan ratapan hibanya! Erkkk... terus tak jadi nak ugut lebih-lebih. I pun pujuk balik mailah datang kat Mommy. Mommy nak hug busyuk-busyuk manja. Pun tak nak. Alasannya....
Tadi Mommy kata semua Mommy punya! Semua Mommy beli! TAK SAYANG MOMMY!
Okey, okey! Kalau tak sayang Mommy, takpa.... I pun ugut nak lari dari rumah. Konon nak bangunlah ambil kunci kereta, nak lari ni!
Langsung Adik tak kisah. Dia buat derk je. Layan ratapan hiba, tangisan bulan madunya yang penuh dengan sayu-pilu tu.
I tengok trick ni pun tak jalan, so I duduk balik. You know what he said to me?
Mommy, pergilah ambil kunci. Pergilah lari!
Mommy nak lari ke mana? Nak tidur mana malam ni?
Mommy tidur sorang-sorang! Pergilah! Pergilah lari! Pergi ambil kunci kereta Mommy!!!!
Siap tolak-tolak lagi suruh I bangun dari sofa dan 'lari dari rumah' bagai dikata!
Agaknya, kalau kena kat you all scene hiba yang sungguh tragik macam ni, nak buat apalah lepas tu ya.....
The tragic scene ended when ....
I terpaksa pujuk si Adik Cute setengah nak pengsan supaya tak perlu lari dari rumah. Apa-apa kesalahan Adik terpaksalah Mommy maafkan aje. Lagipun kalau lari, Mommy nak tidur mana? Nak tidur sorang-sorang tak biasalah, takut..... *_*
wah kena cari trick baru.. trick lama dah basi dah tak mengugat adik katanya... dia tau trick tu selalu guna tapi tak pernah buat. hahahhaa
ReplyDeleteRasanya Adik memang tak makan trick dan ayat-ayat sendu macam si Abanglah. Penat akak dok ugut, dok buat muka marah, dok buat muka sedih, pendekata segala dah dicuba, pun tak jalan dengan si kecil ni. Akhirnya, Mommy give up. Tak mahu dah guna batu belah batu bertangkup lagi. Memang tak relevanlah!
Deleteohh kecik2 dah jadi si tanggang,jangan smp besar ye..kesian nti anak ibu kena halau dekat suami tanggang bila bergaduh suami isteri,muahaha...
ReplyDeleteadik cute ni bijak Sgt MD..dah tak layan trick nak lari dari rumah cantu..human main lagi ye dia punya merajuk..boleh kawan dengan cik pia..cmna ni klu dua2 kuat merajuk..susah nti rumahtangga nak aman harmoni.hakhak..
Ke mana tumpahnya kuah kari kalau tidak ke pinggan sendiri, PK....
DeleteAlah, kalau anak ibu teringin sangat nak kahwin dengan anak raja Gopal ni, siapkan benteng kawalan air mata tu dulu. Kalau tidak, memang hari-hari makan hati, hari-hari minum air mata okey!
Semalam pun saya kena lagi. Ajak balik dari rumah my sister, dia tak mahu. Disuruhnya saya balik. Puas pujuk, puas nangis, selamba je dia kata 'Adik tak sayang Mommy!'
Haru-biru, berkecamuk dalam dada ni tau perasaannya!
hahahaha. dia tak heran dah dgn taktik mummy dia tuh.. drama sinetron sgt kan.. taktik dah lapuk dah kak woiii. tu yg dia tak kisah pun..
ReplyDeletelepas ni kena carik taktik baru lah kak.. hehehe
Hari tu lari keluar rumah sembunyi belakang pintu, pun tak jalan. Kelmarin, ditolaknya kita suruh bangun dari sofa ambil kunci kereta dan lari dari rumah! Aduhai.... rasa macam nak gelak, nak nangis pun ada dalam hati ni. Keras hati ikut siapalah agaknya si Adik ni aduhai....
DeleteHa.. budak sekarang ni. Kemain.. nak kenakan dia, dia pulak kenakan kita ya.. kena cari helah lain lah pulak tu ya..
ReplyDeleteMD, nak bagitahu bungkusan MD dah sampai ya.. cepat sampainya..terima kasih banyak2.. dah lapang sikit saya buat entry ya..
Nampak gayanya tak jalanlah main-main ala-ala sinetron sedih ni. Tak dipedulikannya pun. Si Abang pun sekarang ni dah kurang takut pada ugutan Mommynya. Hahaha!
DeleteMenangis air matalah saya lepas ni dok mengimbau kenangan indah masa anak-anak tak tahu apa-apa, tak pandai cakap lagi :(
Alhamdulillah, dah sampai pun. Harapnya AN sukalah ya dengan pemberian tu. Tak tahu apa lagi yang boleh dibungkus masuk plastik RM6 tu *_*
alahaiii berdrama pulak uols berdua ni ye ;p
ReplyDeleteseb baik mamanya pikir 10x sblm pi lari keluar..kot tak, kenyanggg dah batu belah tak bertangkup tu haha
Kita orang tiga beranak memang selalu buat drama sebabak kat rumah, Syida.... Kalau tak Mommy, si kecil. Kalau tak si kecil, si besar tu. Adakalanya bapak pun ikut serta jadi pelakon tambahan.
DeleteEh, mana boleh keluar rumah sehelai sepinggang! Hahaha....
Hahahahhaha. wuuu akak penah jadi ex girfrend tarzan. takutnyaaaa. hahaha.
ReplyDeleteAlahaii adik cute pasal apa emosi sangat ni. huhuhu. kesian mummy balik kerja penat penat adik cute suruh mummy lari dari rumah pulak. ehh nani dulu masa kecik2 sokmo jugak cakap ibu tak sanyang nani bila kena marah. hahahahah . adoilahhh :D
Akak masa muda-muda dulu, habis semua superheroes tu bekas boyfriend akak. Pelakon A-list Hollywood jangan ceritalah, semua akak sapu bersih. Kekasih lewat malam jer namanya. Tarzan ke, Hulk ke, semua pun akak pernah couple, Nani.... ^_^
DeleteAhah, itulah. Masa kita buat kat Mak kita, kita tak rasa apa punkan (yalah masa tu akal pun pendek) tapi bila kita jadi Mak, anak buat kat kita, barulah tahu langit tu tinggi bebenor alahai.....
haha...gitulah anak zaman sekarang..... tak makan dek pujuk, tak makan dek ugut suruh pergi lagi ada. Ingat lepas ni jangan berani nak ugut ugut lari dari rumah dengan adik.....hihi...
ReplyDeleteAlah...dah namanya ibu dengan anak, pulak tu kecik baye adik cute, memang mengalah ajelah sambil cium mulut gomol gomol dia..... Lainlah dah besar mcm TLBD tu, rasa mcm nak melempang ajelah ....
Weyh kak Ton cepat jer siap kerja tu! Kalau kira bulu sure ambik masa.... Emm...kira apa agaknya yek?+@#.......
Semangat nak berbloglah tu...
Kak Ton taubatlah, tak nak main ugut-ugut lagi! Maklumlah ugutan Kak Ton dah tak berjaya melembutkan hati hero-hero cilik ni lagi. Sebenarnya Kak Ton terhibur dengan keletah mereka yang kekwat bila bercakap ni tapi at the same time, sedihlah juga dalam hati - baru sedar anak-anak dah makin besar, dah ada pemikiran sendiri. Oh, tak leh teruskan...mahu basah lengan baju Kak Ton ni nanti!
DeleteMak ni, bulu apa yang Kak Ton nak kira kat office ni? Pagi semalam 7 surat rasmi Kak Ton karang tau. Esok Kak Ton nak kena pi imigresen, Mak. Tak nak skodeng ke? Hahaha...sure tak tahu jalan! Kak Ton pi sana pakai driver pejabat lagi *_*
Itut.....jumpa disana!
DeleteTakmo, takmo! Sibuk arrrghhhh.......
DeleteSinggah pagi... :)
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah, Nieyl *_*
Deletekalah jugak mami ngan adik cute ye..siap suruh pergi lagi..apasal mami tak keluar betul2 dari pintu tu..tutup pintu tapi dok luar je.dengar kan adik cute tu meraung ke tak..hi hi..suami acik dulu bukan dia yang nak lari..kain baju anak yang dibungkusnya..siap bawak betul2 anak yang sedang meraung2 tu ke bas stand..ish3..tapi masa dia buat tu acik tak de kat rumah kerja..kalau ada dirumah agaknya,..mau acik pulak bungkus kain baju ayah nya suruh pergi..pandai2 halau anak keluar he he..kejam lak bunyinya acik kan..ye ye je..
ReplyDeleteHahaha... Acik ni lagi brutal. Suami kemas baju anak suruh keluar rumah, Acik pulak nak kemas baju suami sebab suruh anak keluar? Hebatlah, Acik ni... Kalau ada kejadian tak diingini macam tu, agaknya ada tak diikuti dengan Perang Badar suami isteri, Acik? Hehehe....
DeleteEhe tak laku ye ugutan MD tu... kalau akak ugut nak lari memang ketakutan budak 3 orang tu.. siap pegang pintu tak bagi akak keluar.. sebabnya akak pernah buat betul2 lari dari rumah .. siap start enjin kereta terus blah... meraunglah budak tiga orang tu dirumah.. akak siap kunci grill dari luar.. lepas tu akak patah balik tengok apa reaksi budak2 tu.. rupa-rupanya siap jiran akak keluar rumah pujuk mereka.. tak mama tu pergi kedai, kejap lagi balik lah tu.. saya dengar dia org cakap.. tak mama kata nak lari sebab kita orang degil tak dengar cakap mama ... sejak hari tu memang seriklah dorang bertiga tu hahahhaaa :D
ReplyDeleteTak jalanlah, CH. Buat penat berlakon je. Nasib baik skrip pendek jerk. Takdalah kering tekak berlakon watak sedih, watak marah bagai. hahaha....
DeleteAnak saya si Abang tu kalau kita sakat gaya ugut gini memang dia takut sikit. Merayu jangan buat bagai dikata. Tapi si Adik ni memang tak makan saman betul. Kita menangis, dia buat derk je. Kita pula yang terasa over-over berlakon!
kalau saya dulu masa kecik-kecik
ReplyDeletemak cari kangkung kat paya pun saya nangis kata nak tinggal saya..
sekarang ni dah lain,
zaman dah berubah
kena perah idea lain la mummy hehe :)
Kalau kita memanglah sayang je emakbapakkan. Kena marah pun tunduk aje. Budak-budak sekarang ni, dijawab balik nak menegakkan benang basah katanya...
DeleteLenkali memang tak jalanlah ugut mengugut ni. Silap haribulan diri sendiri kena ugut. Hahaha!
owh , maknanya adik ni jenis yg tak boleh marah direct . kena guna psikologi . berkias - kias sikit . rasanya adik ni jenis degil dan hati keras . selalunya masa umur time ni mmg cakap ikut rasa je . bila dah besar dan boleh fikir , akan berubah , insha Allah . Tapi klu dimanjakan terus , bisa pijak kepala itu buk ya ...heheheee ... terima kasih atas kiriman tu . dah terima petang tadi ... senyum saya sensorang . mana tak nya , dah mcm rezeki dtg bergolek lak sbb pencuci dah nak habis ... thanks MD . semoga dilimpahkan rezeki oleh Nya ... aaamin .
ReplyDeleteMemang ni spesies melawan dan keras hati. Actually sifat degil dan keras hati tu tau ajelah ikut siapakan. Hahaha....
DeleteSama-sama kasih, Vee. Puas dok fikir lepas tu ambil jelah satu. Alhamdulillah, dah sampai ke tangan Vee. Guna jangan tak guna. Jangan simpan sampai expired pulak. Hehehe....
salam perkenalan sis...
ReplyDeletekelakar jugak cerita mummy merajuk dengan anak nih...hahahha
Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah *_*
DeleteAnak-anak baya gini memang jadi penghibur hati. Layan ajelah perangai mereka. Nanti dah besar buat perangai macam ni memang nak minta hempuklah.... ^_^
huhuhu.. macam dak Adik the only anak bujang dalam umah ai tu..
ReplyDeletesekali dah kena marah dia punya sentap payah wooo nak pujuk balik.. huhuhu..
Bezanya anak-anak I ni semua teruna. Tapi memang berbeza jugalah yang sulung dengan bongsu ni. Kalau si Abang tu, kita sakat dengan ugutan macam ni, dah meraung kesedihan takut hilang Mommy. Tapi kena kat Adik ni, aduhai....tak jalan semua tricks sebelum ni!
Deletesalam kenal kak,,,,
ReplyDeletehahah best cerita,,,,tabah gila memujuk,,,,sampai nak lari rumah,,,tu pun tak jalan ,,,heheheh,,,try la trick baru,,,cakap nk bli lego lain keee,,,hahahhhaha,,,pokai :D
Salam kenal, Dik *_*
DeleteDah, dah guna cara beli lego baru tu. Sekali je trick tu jalan, lepas tu dia tak peduli apa dah! Azab sengsara rasanya bila anak terlebih over daripada mak tau :)
Hahaha...sudahnya mommy jugalah yang jadi 'pengalah' dan adik tetap pemenang...:)
ReplyDeleteSelalu tau Kakcik saya kena jadi pengalah. Jarang sangat jadi pemenang ni. Hahaha...
DeleteDitolaknya kita suruh 'nyah' dari sofa tu! Beria-ia suruh ambil kunci kereta dan larilah (yalah,yalah, kita juga kata nak larikan bukan salah dia....) Hahaha...
ReplyDeleteLenkali tak boleh guna taktik peras ugut dengan Adik ni. Memang sendiri merana, sendiri berendam air mata nanti. Ni tengah fikir cara diplomasi bagaimana pulak gayanya. Hehehe....
Alhamdulillah dah sampai. Sama-sama kasih! Apalah gunanya Kak Ton baca berpuluh entri kalau tak dapat 'tangkap' keperibadian kawan-kawan blogger geng meroyan ni? Itu tandanya Kak Ton memang baca dengan khusyuk dan tawadduk setiap entri walaupun Kak Ton asyik nak berkelakar je bila mengomen. Hehehe....
Hahaha...trick dah tak menjadi. Kena cari trick lain ni MD.
ReplyDeleteMemang pun kena perah otak fikirkan idea yang lebih bernas. Susah juga dengan si kecil ni. Tak makan saman, hati pun tak tisu mana....
DeleteErkkk sah la kena kemas pastu adik
ReplyDeleteSuruh larik. Mmg hiba. Ehehehe..
Adik merajuk tu mintak dipujuk, mummy pulak nk bawak diri watpe. Cer merajuk esok ke lusa ke topik yg sama tp episod lain2. Mummy ni pun... Drama kan kena sambung2. Hehehe.
Biasa sangat kita kemas, dia sepahkan lepas tu dia penat kita kemas lagi. Memang hari-hari macam tu. Tapi la ni suka merajuk pulak. Bila merajuk mulalah menangis macam orang putus tunang jerk tau. Hiba yang amat! Pening kepala jadinya....
DeleteDia bukan minta pujuk pun, LM. Kalau kita pujuk, lagi dia buat perangai. Itu yang saya selalu guna trick ugut nak lari dari rumah. Eh, eh, dia suruh kita lari seperti dikata... Habis dah idea, tak tahu nak buat apa lagi!
wahh...adik cute nak pandai dan hadam trick mummy
ReplyDeletetu pasal tak jadi trick tu
kalau saya setakat ni jadi sebab bila ugut memang buat sungguh
walau tak sampai hati kadang tu...hehe
Saya ni je yang tak sampai hati tapi Adik Cute dia buat dunno je, YY. Tension saya meronta, melalak, meratap hiba, dia langsung tak datang nak pujuk. Cumanya kalau mood dia baik, saya pura-pura sakit kaki ke, tangan ke, lajulah dia datang sembur-sembur kat tempat sakit tu bagi baik *_*
DeleteHahahah.. Lawak je kisah ni. Taktik MD dah tak menjadi la. Harus diingat, ini adik kiut. Lain dgn abang kalo nak guna taktik yg sama. Lepas ni, kalo dia ngamuk lagi, u cuba cara silent treatment plak. Jgn cakap sepatah pun, takyah marah, tapi muka masam. Bila dia tanya, buat tak tau je. Test je, tgk dia tersentuh tak hati. Kalo tak makan saman juga, heheh... tak tau la.
ReplyDeleteDengan si Adik Cute ni semua tak jalan. Kalau kita buat kat dia, dia buat kat kita balik. Pernah I kata 'tak nak kawan Adik!' Dia jawab balik bila dah reda, 'Tadi Mommy tak kawan Adik, kan!'
DeleteKalau I senyap, dia pun buat senyaplah sampai dia nak 'tutu' (susu). Kalau nak apa-apa, pandailah ditegur Mommynya ni. Lupa dah kisah perang mulut *_*