Salam kawan-kawan!
Oh, pleaselah! Ada RM terlebih-lebih pun tak mampu menginspirasikan diri ini supaya menjadi pekerja yang terlebih rajin dan berwibawa! Nak buat macamana ni? Macam ni punya feeling ke nak sambut bos baru Khamis ni? Haruslah zero-zero increment next year kalau begini gayanya ~_^
Okey, lets start our story. Eh, my story but you baca jerk dendiam sambil katup mulut ya!
Cuti CNY yang lalu (Apalah Kak Ton ni raya dah habis baru nak cerita, very the slow motion and full of kelembapan tau!) si Bubbly Abang bercuti dari 18hb sehingga 24hb. Seminggulah senang cerita. I pun bukan main gembira isi leave form. Hajat di hati nak ke Penang. Itinerary dah disiapkan katanya.... Kita nak pi jadi 'foreign tourists' kat Penang sambil JJCM. Eh, itinerary penuh sesak I tell you...
Tetiba baru teringat yang my nephew kata flightnya pada 22hb. Lepas tu otak I yang clever nak pecahkan plan seminggu tu jadi 2,3 hari aje. Kita pi sampai Ipoh ke, Taiping ajelah. Hari Sabtu kita balik KL so hari Ahad boleh pi ikut rombongan ke KLIA tu.
Tetiba sekali lagi mentol blink, blink dalam kepala. My nephewkan dah request nak pinjam sepupu cilik ni untuk tidur sama di rumah mereka! Takkan I nak kata tidak! Furthermore, time tulah dapat I merasa second time honeymoon dengan Hubbydearie, dah anak-anak tak tidur di rumah. Hahaha!
Makanya, punahlah harapan nak berjimba! Tapi takpa, kita buat anjakan paradigma kononnya hujung minggu berikutnya kita jenjalan. I dah siap tulis surat cuti untuk si Abang. Kononnya nak cuti sekolahkan si Abang pada 27hb sebab nak juga pi Penang orang kata! Ingatkan nak pi kerjalah on 23hb tu. Biar my boss kena heart attack little-little bila tengok I terpacak kat depan pintu pejabat walaupun katanya nak cuti!
Pun tetiba, malam Ahad selepas menghantar my nephew ke KLIA petang tu, I tumbang. Demam gigil-gigil gitu... si Adik tak demam merindu Abang Afiqnya, I pulak yang tumbang. Oh, I bukan demam rindu tapi demam sebab penat ternak kolesterol ~_^
Dalam pada melayan demam, my niece (to be)/girlfriend my nephew yang dah terbang ke Kuwait tu beritahu pulak suruh cancel je plan aunty sebabnya dia nak BERTUNANG pada Sabtu lepas. Oh, dalam pada mereka sibuk meratap hiba kat KLIA, boleh pulak buat rundingan dua belah pihak nak bertunang. Dahsyat korang berdua ni. Tapi takpa, aunty dulu sebulan nak kahwin baru beritahu tokmak, 'Mak, oghang nak kahwin dengan anak raja!'. So, ke mana tumpahnya kuah dal kalau tidak ke pinggan sendiri. Ya tak?
By the way, mereka dah merisik suka suki ikut hati sendiri (my sister(mak lelaki) + makcik perempuan+ niece to be + nephew) tapi lepas tu pihak perempuan minta buat a proper way walaupun si bujang itu sudah jauh di perantauan. Yalah, orang perempuan haruslah nak rasa havoc masa majlis macam ni. Yang lelaki, no problem. Sarung cincin pun cukup dah. Jimat banyak kos... Yalah, mana tau lepas tu ada dua, tiga, empat kali lagi sarung cincin. Opss...celuparnya mulut! Minta dijauhkan... kalau my niece to be ni baca, harus kejap lagi sambung WA pulak! Tak buat kerjalah I ni nanti....
So, Sabtu baru ni rombongan Mak Jemah, Cik Kiah, Kak Bedah dan Kak Jah ke Senawang pulak, berkonvoi ke majlis pertunangan.... Gone again my plans! Lepas ni I dah takda plan lagi walaupun cuti sekolah dah hampir tiba. I malas plan-plan lepas tu tak jadi. Kalau kita bangun tidur tetiba kata nak pergi Penang, itu kemungkinan besar kita akan berjaya sampai ke Penang *_* Plan-plan tertib macam ni memang tak sesuai untuk my small family!
Eh, sebenarnyakan tadi masa mula-mula menaip entri I nak cerita kisah makan-makan masa cuti CNY tetiba jadi lain pulak entri ni *_*
Nah, I belanja gambar superheroes sekeping dua walaupun takda berkaitan dengan entri. Kalau tidak, ada pulak yang komplen kata tak bestlah Kak Ton ni menulis penuh mukasurat tapi satu gambar pun takda! Kak Ton ni sejak dua menjak sensitif je dalam hati. Maklumlah bunga-bunga dalam taman hati semuanya layu ~_^
Orang sibuk cari baju sejuk dan kot, mereka berdua pun nak cari kot juga! Abang mogok sebab tak dapat beli baju kot dengan bow tie. Dia kan nak jadi CEO lagi 15 tahun! |
Hahahahahaha kenapa kita rasa tergantung ni , ke kita sorang je yang rasa macam ni ? Sambungan pleaseeeeee. Hahaha.
ReplyDeleteHahaha! Akak rasa macam pendek je entri hari ni tapi itulah, sebenarnya akak nak tulis benda lain tapi dah separuh jalan main point tak masuk-masuk lagi. Terus letak titik noktah *_*
Deleterasa benda yang sama jugak..macam pendek je entry ni..hahaha
DeleteBarulah kena dengan tajuk, Sal. Dah namanya kelam-kabutkan *_*
Deleteabang masam kemain.. adik biasa la kerek je bila bergambar
ReplyDeleteAbang tak dapat beli kot, bow tie dan juga kasut seperti yang diidamkan. Asal dia pegang jerk, harganya lebih daripada RM100. Memanglah tak mendapat impian dalam hati tu kan....
DeleteHahahahahha. akan pergi senawang tu pun bejalan lahh jugak bejalan membawa hajat gituu. pehhh memang cerah masa depan kalau abang jadi CEO lagi lima belas tahunn. nak cop dulu buat jadi menantu nani nanti. Hahahahhaha :P
ReplyDeleteBayangkan Nani, akak tak ambil satu gambar pun kat majlis bertunang tu. Akak again tetiba rasa macam wanita Melayu terakhir di muka bumi ni, makanya malulah nak snap-snap foto sambil baring kat lantai *_* Cerita bertunang tu habis di sini ajelah. Hahaha....
DeleteKenalah kahwin sekarang, cepat-cepat buat anak barulah boleh berbesan dengan akak *_*
hehe entry MD pun dah kelam kabut :p Memang abang dah gaya CEO sungguh tu MD :)
ReplyDeleteSempena dengan tajuk yang kelam-kabut, Linda *_*
DeleteBeria-ia Abang beritahu saya yang dia dah ada cita-cita - nak sign chequebook jerk. Nama company pun dah ada. Hahaha...
kat mana u beli kot utk your boys tu?
ReplyDeletenak cari lah for my boys :)
Boleh pergi H&M ataupun Uniqlo, DZ. Comel-comel kot budak-budak ni. Si Abang tu merajuk makanya Mommy rembat satu kot perempuan suruh dia posing.Lagilah merajuk *_*
Deleteblh jer bertunang lelaki nya takde.. yg penting dah sepakat..
ReplyDeletelyn terbaca td lain plak. ingat nak bertunang dgn org lain... haru nnti.. maafin kok...
Hahaha... kawan dah lama, sejak sekolah. Suruh bertunang tak mahu, dah nak pergi kerja jauh baru nak bertunang. Plannya nak kahwin bulan March tahun depan *_*
DeleteApa yg kelam kelibutnya kak Ton.......
ReplyDeleteNgantuk pulak mata mak ni memalam....hish....
Setakat htr anak sedara bertunang, apalah sgt, bukan kak Ton yg buat hantaran pun....kak Ton kan keras tangan....hihi
Ni sambung pulak komen subuh....
Sebenarnya kak Ton yg rindu abang Afiq kannnnn.... Mengalahkan adik cute! Cakap jerlah kak Ton...
Tengoklah perjalanan cuti CNY Kak Ton yang haru-biru ni. Boleh pulak cuti panjang bantai demam. Tetiba Kak Ton jadi pekerja contoh, tak nak pi cari mc. Kalau tidak boleh tukar cuti tu ke mc, dah betul-betul sakitkan.... Lupalah nak cari DZ masa nih *_*
DeleteMak, Kak Ton pun sejak dua menjak ni pukul 9 malam mata dah tak boleh buka. Bila sedar balik tengah malam, dah tak boleh tidur. Lepas tu keesokan pagi rasa macam tak cukup tidur. Tension seyh...
kenapa kak Ton, ada masalah ke sampai tak cukup tido..
DeleteEh, Kak Ton tak tengok bola tapi itulah, mengantuk paling azab rasanya. Tertidur cepat lepas tu terbangun tengah malam. Haruslah sambung buat kerja rumah yang terbiar masa tertidur tu....
DeleteBilalah rutin nak back to normal macam ni....
Alahhhhh Sal, Kak Ton dah ada simptom simptom awal M tu hihi
DeleteM tu untuk apa, Mak? Menopause ke Malas? Ngumpat depan kena terang-terang sikit, apatah lagi ngumpat dalam rumah oghang *_*
Deletehahah...cepat jer dia reply.....
DeleteOh, dah balik patah balik rupanya dia.... Bab-bab ngumpat ni kena kerja lebih masa sikit *_*
DeleteDia kan nak jadi hacker. Siap dah ada nama company. Tapi itulah, duit modal tak cari-cari lagi. Hahaha!
ReplyDeleteMacam kakcik ada komen kat catatan ini, mana pulak hilangnya? (^_^)
ReplyDeleteTakdalah, Kakcik *_* Saya dah habis approve komen memang tiada komen dari kakcik. Maybe entri panjang sebelum ni tak....
DeleteMD dah sihat?..nak terima kmenantu ye..tu sebab sampai demam@..dah sampai senawang ye..kat mana tu..kot tak boleh je acik skodeng nak tengok abang nagn adik
ReplyDeleteAlhamdulillah, sihat dah Acik. Batuk je bersisa sikit lagi ni....
DeleteKami ke Taman Bukit Margosa, ikut highway LEKAS. Penghujung highway tu tamannya. Saya dah berkurun tak masuk bandar Senawang ni. Bila balik dari rumah mak saudara bakal niece ni, maju makmur juga rupanya bandar Senawang ya! Bagi saya kalau ada hypermarket, ada deretan kedai moden, ada shopping mall tu kira majulah Acik. Hahaha!
hacker mana boleh ada company.kena Anonymous.mungkin dia nak hack blog Mommy, banyak sangat cerita pasal dia.hahaha
ReplyDeleteHa'ahlah, ya tak ya juga! Kalau dia ada company dok hack system, mahulah kena tangkap. Tak pun itulah hacker paling bodoh abad ini sebab terang-terang beritahu dalam portfolio dia hack company sekian, sekian, sekian. Tapikan, Abang dah plan nak datang pejabat naik Lamborghini lepas tu kerjanya sign cheque jerk. Mesti nak ada company jugakan *_* Setakat ni memang dia plan nak jadi hacker jerk ^_^
ReplyDeleteuwaa rasanya dah komen entry ni.mana hilangnya I punya komen?
ReplyDeleteMD turun Penang nti rodger2 la.boleh kita sama2 berjimba di penang hill.hakhak
cute gila adik cute pakai lot.yg si abang pun kemain lagi dengan cita2 CEOnya..layankanlah angan2 dia tu.jadi kenyataan nti mommy jugak yg tumpang senang
Hahaha...dah, dah! Ini memang tak boleh buat entri bila terdelete komen tau. Tengok, kalau komen tak keluar je semua 'suspect' saya dah terdelete *_*
DeleteItulah PK... hajat di hati nak ke Penang tak dapat-dapat dilaksanakan. Sedih terharu ni... cuti sekolah kami memang jarang berjalan, tidur bermalam di tempat orang ler.... HD kan wajah esklusif, memang takdalah nak dok tayang muka ke hulu ke hilir.....
hensem la boy pakai blazer...
ReplyDeleteTerima kasihlah, cikgu! Nak buat proposal datang meminang tak? Hahaha....
DeleteHaha.. orang tu komen pendek dia..dia pun reply.. boleh tahan juga idea nak reply komen pndek ni ya? Haha...
DeleteKalau idea tak kering, orang komen sepatah perkataan pun kita belasah reply berpatah-patah perkataan. Hahaha!
DeleteNi payah kalau dah masuk blog ni.. sawan..sawan.. hihu.. dah lama saya tak dtang nampaknya makin ramai geng meroyan dengan nama2 baru menepek kat sini. Berapa la tu pageview blog ni setiap hari? Mesti ribu riban kan? Ai syoknya.. blog saya jugala.. menulis ke tak menulis ke lebih kurang je. Tu yang malas menulis ni.. haha..apa komen tak berkait dengan entry ya.. jangan la marah ..kan dah kata kena sawan.. dah terikut perangai Kak Ton ni..
ReplyDeleteTahniah buat anak buah MD tu ya.. moga selamat kat sana dan panjang jodoh dengan pasangannya ni. Risau gak kalau PJJ ni.. apa pun lalau dah jodoh tak ke mana.. ala nati mami datang, pegila Penang, bawa mami sekali..barulah meriah jadinya..
Manalah ada tinggi pageviews macam orang lain padahal hari-hari menulis. Dah memang suka menulis, AN. Makanya ada orang datang baca ke tidak, tulis tetap tulis. Kalau orang tak baca, kita yang syok sendiri baca ulangkali. Hahaha!
DeleteTerima kasih. Harapnya sampailah ke jinjang pelamin. Kawan dah lama sangat, dari sejak sekolah menengah sampailah ni. Kalau jadi, nak kena tempah baju ni. Majlis kahwin insya allah, March tahun depan. Yeah, dapat buat baju kahwin! Oppss.... auntynya pulak yang melebih-lebih!
sudahnya x sampai penang tapi sampai ke senawang ye.. boleh la kan.janji berjimba juga..
ReplyDeleteamboi abg makin segak.tapi awat masham tu..
aamiin
nape.kak ton x selit pic semasa rombongan cik kiah, mak jemah semua tu.kenangan katanya
Penang dah lama memanggil-manggil ni, Ciksu. Asal plan je macam nilah jadinya. Lebih baik duduk senyap-senyap je kat rumah!
DeleteAbang merajuk sebab tak dapat beli sneakers yang dihajati. Nak kot pun takda saiz yang sesuai untuknya. Last-last kita rembat kot perempuan jer lah *_* Itu yang masam muka lagi!
Masa pi rombongan meminang, memang Kak Ton langsung tak ambil gambar. Budak berdua ni bergambarlah, dah namanya kesayangan sepupu tu. Tapi gambar yang ada pun bukan untuk sebaran alam maya katanya *_*
adakah anak sedara MD y retis tu bertunang?
ReplyDeletejeng..jeng..jeng.. tetibe je kan?? hehe
kemain smart lagi... CEO to be kah tu??
Hahaha...bukan, bukan, bukan. Rasanya dah terjawab kot dalam entri sebelum ni. Si sepupu kesayangan mereka ni yang kini berada di Kuwait.
DeleteHajat di hati nak jadi CEO. Mommy pun tak menghalang janji duit masyuk. Hahaha!
Handsome nya abang ngan adik. Abang...napa masam jer muka tu ☺
ReplyDeleteAbang merajuk sebab kot yang dimaunya takda size. Nak beli sneakers pun tak dapat. Asal dia pegang je, harganya RM199 ke atas okey. Nampak sangat ala-ala CEO tu dah menjelma dalam diri.
Deletegaru pala jap ... bukan MD lah klu citer tak habis . ni mesti sdg dok menaip tetiba bos tersembol depan mata atau tetiba je ada yg menghantar kerja utk diselesaikan atau perut meragam masuk ladies atau terlupa belum makan ... yg mana satu agaknya ni ...
ReplyDeleteHahaha...sememangnya saya selalu cerita tak habis eh, Vee? Tak perasan pun. Ingatkan dah tulis panjang-panjang, dah corner baring baik punya, dah habis cerita dah. Rupanya tak habis lagi *_*
DeleteNi kalau buat entri di pejabat haruslah terhenti bila ada kerja sampai atas meja. Setakat haus, nak pergi washroom, nak makan minum semua tu bisa tunggu giliran buk....
ooo dah merisik, bila nak bertunang
ReplyDeletesaya nak join sama ni...hehe
alahai adik cute, walau muka gitu
tetap daku pandang cute
Merisik mereka buat sesama sendiri, kira informallah. Tetiba hari nak berlepas tu, sebelah perempuan minta proper majlis bertunang walaupun sebelum tu kata tak payah susah-susah. Nak terbang tu pun belanja besar juga ooi....
DeleteBulan March tahun depan mereka rancang buat majlis kahwin tapi sebelum itu si abang sulung dah booked pulak tetiba nak kahwin bulan Oktober tahun ni. So, kita dapatlah melaram 2 x dalam masa setahun *_*
Nak join ke? Kakak kata kalau pandai-pandai jemput orang ke majlis anak dia, kena bagi duit lebih sikit. Hahaha.....