Ibu mertuaku....

Salam kawan-kawan!

Ahah, tajuk bukan main! Agak-agak boleh jadi tajuk drama Melayu tak Melayu, Indon tak Indon, western mungkin pukul 7 malam tak? Boringlah asyik letak tajuk 'suami' itu, ini, kita tukar pulak ke ibu mertua (Eh, mertua ke mentua? Rasanya mentua...) 

Tapikan ada ke orang nak tengok drama kisah ibu mertua ni? Kalau kisah suamiku en sotong, sebenarnya aku isterinya dan seangkatan dengannya memanglah syok nak tengok. Habis cerita dalam kelambu semua masuk TV ~_^ Barulah best melekat kat depan TV kan....

Okey, okey, back to the topic perbincangan kita hari ni (Oh, feeling macam Dr Muhaya nak bagi ceramah pulak! Oh, ahkakku perasan!) Nampakkan tajuknya apa.... Of courselah cerita pasal ibu mertua saya yang jauh beribu kilometer itu ~_^

Ahah, sebelum tu. Kita  commercial break-kan entri ni jap. You all ni memang tau. I dah tulis panjang berjela pastu boleh pulak komen tanya 'Kak Ton, apa motif entri ni? Puas scroll dari atas ke bawah banyak kali tak jumpa motif!'

Eh, eh.... ni bukan crime scene investigation yang semua perlakuan ada motif tersembunyi. Ini blog MDlah. Memang dia takda motif tulis entri. Dia tulis tajuk lain lepas tu dia corner 360 darjah cerita lain. Lepas tu adalah satu, dua ayat (dari beribu patah perkataan yang ditaip) yang berkaitan dengan tajuk. Ish, kome ni... kalau tulis entri yang bermotif, itu bukan MDlah. Lenkali bila I tulis, baca jer senyap-senyap sambil kunyah kerepek pisang. Jangan banyak tanya. Tak payah susah-susah cari motif, tak masuk periksa UPSR pun lah!

Okey, commercial break tak boleh lama-lama! Nanti kena boo macam Kak Bedah! I is tak rela di'boo' begitu rupa because I'm not jutawan who can ignore je komen negatif! (Kak Ton, Kak Ton, pleaselah kembali ke pangkal cerita, kita orang dah penat membaca. Jauh sangat lari dari tajuk ni Kak Ton oooi.....)

Okey, tarik nafas dalam-dalam, meh kembali ke pangkal cerita ~_^

Dari hujung tahun lepas ya, Mami (pada yang tak mengikuti telenovela MD, Mami ni mak mentua saya....) beritahu nak datang ke Malaysia. Plan asalnya lepas Krimas yang lalu. Lepas tu postpone jadi awal Januari. Lepas tu postpone lagi masuk Februari. Lepas tu postpone lagi katanya dalam 20hb Mac nak datang. 

Tapi hari ni dah 18hb, takda pun khabar berita dari tanah seberang nun jauh dari Tashkent yang roger kata Mami nak terbang ke Malaysia (Eh, dah macam superman pulak mak mertua den! Imagination dah runs wildlah nih...~_^) Dahlah menantu Melesya sorang ni spesies kalut. Dengar nak datang jerk, terus spring clean rumah. Dah berapa kali yek sejak Disember I dok spring clean rumah tapi Mami tak juga datang-datang....

Of courselah gusar. You all kalau mak mertua nak datang takda rasa apa-apa ke? Okey je, nak datang, datanglah. Kami sedia berkhidmat, Mak! Gitu gayanya ek? Janganlah dok tipu. Kalau mak mentua kata nak datang jer, teruslah lintang-pukang kutip baju kat ruang tamu, kutip mainan anak yang bersepah dalam bilik, bentang cadar baru kat bilik tetamu and so on. Tak kiralah mak mertua macamana perangainya. Kalau dapat yang macam mak mertua Kassim Selamat, haruslah menggigil kepala lutut. Mahu terus dapat arthritiskan.....

Oh, well! Pada yang 'mengenali' mak mentua I di alam maya tu, sebenarnya Mami takdalah garang mana. Jauh sekali buas dengan anak menantu dan cucu. Cumanya yalah, sesekali datang rumah anak kesayangan, pujaan hati seUzbekistan, memang I pun seriau. Mami tak pernah komplen apa tapi I ni memang teruja beremosi lebih-lebih tau!

Kalau Mami datang, penyakit rajin ke dapur pun datang. Sure tak makan di luar sebab Mami tak suka. Yang penting, Mami suka betul masakan menantu Melesyanya ni especially yang pedas-pedas. Mami suka menantu Melesya main campak je berapa banyak lada ikut suka hati tanpa mengira apa yang berlaku pada masakan tersebut akhirnya.

Sawan taman pun hari-hari menjelma, dah Mami memang suka jalan-jalan hirup udara segar di taman. Selalunya semua gembira pi taman ni kecuali I ler. Tapi tak berani nak komplen. Nak kena hempuk ngan anak kesayangannya aka my beloved Hubbydearie ke? Of courselah tak mahukan....

Oh, bab berlakon baik ni, I dah penat! Tak buat lagi dah sejak Mami rajin ke Malaysia. Kalau first and second time tu memang propa gila I tau. Hebat betul lakonan. Sampai Mami kata menyesal arrrgghhh dulu-dulu masa depa baru kahwin, kita tak terjah rumah mereka! Sekarang ni nak datang jer, telefon kata dah tempah tiket kapalterbang. Itu yang I seriau alahai.....

Sekarang ni I macam menunggu buah durian yang tak gugurlah. Hari-hari dok tanya kat Hubbydearie bila Mami nak mai. Takda khabar berita pulak. Kalau tanya kat superheroes amboi bukan main teruja nak suruh 'buvi-jon' (bukan Bon Jovilah.....) datang as soon as possible. Mereka tak tahu gelora hebat dalam hati Mommy mereka ni. 

Tapikan I rasa-rasa, telek-telek kinetik, kemungkinan besar hujung bulan ni sampailah Mami ke Malaysia sekali lagi. Actually Mami sakit kaki tak baik-baik. The only ubat yang sesuai, hanya terdapat di sebuah klinik di Malaysia. Makanya, atas alasan itulah Mami nak datang sini. Tapikan menantu Melesyanya ni suspect Mami dah mula merindui anak kesayangannya tu. Maklumlah right now, semua anak-anak Mami ada di Tashkent termasuk my adik ipar bongsu yang tinggal di US tu. 

Masa HD telefon Mami baru-baru ni Mami ada kata dengan penuh sayu (dah siap translatelah ni...) ~ 'Alangkah bagusnya kalau kau, anak lelaki kesayanganku ada di sini juga. Seluruh adik beradikmu termasuk keponakan kita ada bertandang di rumah. Mereka juga ingin melihat keluargamu di Melesya!' (Eh, sebiji pulak macam bunyi mak mentua Kassim Selamat!)

I ni pun belum pernah bersua muka ya dengan seorang adik ipar dan keluarganya yang tinggal di Tashkent. Pernah tengok gambar adik HD tu beberapa kali. Baru-baru ni adik ipar yang bongsu yang kini berada di Tashkent WA kepada HD gambar semua anak-anak saudara mereka di Tashkent. Wah, comel-lote memasing! Dari jauh pun rasa macam nak cubit je pipi masing-masing!

HD pun sibuklah WA gambar superheroes pulak! To completekan semua gambar cucu Mami seramai 10 orang tu ~_^ 4 cucu Mami tak pandai berbahasa Uzbek ya. 2 di Malaysia dan 2 di Amerika. Hahaha.... kesian sungguh!

Takpa anak-anak Mommy! Nanti biar Mommy je ajar Bahasa Rusia. Sedangkan bahasa Mandarin pun Mommy pejam mata mengajar inikan pulak Bahasa Rusia. Enteng mah!

Oh, ya dah terlanjur bercakap pasal adik HD tu. Teringat insiden lucu ni. Pada suatu malam, si adik ipar yang duduk di US tu called abangnya. Dia tanya kenapa masa tengah google something dalam bahasa Uzbek tetiba nampak gambar Bubbly Abang dan Adik Cute. Dia pun teruslah pergi ke blog tersebut. Dia kata ada blog yang letak gambar my superheroes tapi dia tak faham sebab semua dalam bahasa asing!

Hubbydearie pun gelak. Katanya blog siapa lagilah kalau bukan blog kakak ipar kamu ~_^ So si adik ipar pun tanyalah kakak ipar tulis apa. My Hubbydearie kata ~ Kakak ipar kamu memang suka membebel dalam blognya!

Lepas tu HD pun beritahu I tentang Moheera (my adik ipar) jumpa my blog and gambar my superheroes. Lepas tu sempat lagi teased I ~

Mummydearie! Mummydearie! What's my nickname? Aha... Hubbydearie!




Rasa macam nak buat kickboxing competition right away jer tau!

Okey, okey, I nak minta diri dulu. Kerja menunggu ni. Dah siap nanti baru I blogwalking ya ~_^


P.S. Selalunya I 'bom' rumah kawan-kawan tetiba semalam I kena 'bom' dengan bakal besan yang seorang lagi tu ~_^ Begini  rasanya semput bila kena bom yek! Hahaha *_*









Comments

  1. panjang lebar entry ni..dari KL sampai ke Tashkent..hahaha.saya x tau lagi cmane rasa mak mentua datang rumah, kakak mertua adalah datang blog sekali-sekala.amboi, buvi jon-bon jovi tu buat I sentap kejap..hahaha.good luck menantu kesayangan..kat part translate tu dah rasa macam teater bangsawan!

    nasib baik mak mentua sawan taman...kalau sawan troli jugak pengsan Hubbydearie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. See, akak bawa jalan-jalan dari KL ke Tashkent tak payah naik kapal terbang pun *_* Ni bukan cerita pertama kali mak mertua nak datang rumah tapi biasalah Sal, menantu perempuan ni kalau mak mertua kata nak datang rumah (apatah lagi nak duduk sebulan) mahu kecut perut, lintang-pukang kemas rumah dan seangkatan dengannya ~_^

      Delete
  2. Dah faham dah, Mukadimah jer dah setengan muka surat, Belum citernya lagi...hahaha...Tapi iolls baca sampai nokhtah yg terakhir tau.

    MD...Macam tak sabar² plak menunggu kedatangan mak mertua terchenta kan....nnggeee...Selamat menjadi menantu mithali sepanjang mak mertua ada yerp.

    Sila letak widget google translate. Boleh ahdik ipar baca blog kakak ipar dia ni ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik dia nak buat setengah muka je mukadimahnya, Fiza. Bila datang meroyan, satu mukasurat memang untuk mukadimah jerk *_*

      Oh, ni bukan tak sabar nak tunggu Mami datang tapi tak sabar supaya segalanya berakhir cepat sikit! Hahaha.... dasar menantu kurang asamkan, macam nilah. Bukannya happy mak mertua dari jauh nak datang tapi happy nak tunggu tamat episod sebulan tu *_*

      Delete
  3. Pehhh akak sebut kerepek pisang kan tetiba nani teringat kerepek pisamg yang sedaaap gila ibu beli hari tu.hahahhaha ;P

    Ehh akak nanti nak ajar superheroes ajar bahasa rusi mohon contact nani jugak.nak belajar samaaa.hahahhaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun dah jarang makan kerepek pisang yang sedaplah, Nani. Selalunya keras berdentung gitu. Sambil baca entri sambil kunyah kerepek pisang, hirup air kopi/teh panas, alahai sedapnya.....

      Hahaha...ingatkan dia nak tolong ajar, rupanya dia nak suruh kita ajar for free gitu *_*

      Delete
  4. Aiyok tatayok.. hahaha.. mami dah nak datang.. hihu.. memang sayang tul mami pada menantu melesia dia ni nampaknya.. sopan mestilah, ai, mesti depan mami takde cakap panjang2 macam ni.. mesti sepatah2 je cakap, sebab hormat kan? Plus tambah alasan tak faham sangat bahasa depa kan? Haha.. ha, jaga2 kan tetiba malam ni smapai.. awal dari jangkaan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semalam masa HD berbual dengan adik perempuannya, saya tanya sekali lagi bila Mami nak datang. Pun tak confirm lagi. Katanya selesai urusan adiknya di sana, barulah Mami akan terbang. So saya pun gatal ler tanya berapa lama kali ni Mami nak datang, sebulan ke atau dua minggu jer... HD kata takda makna pun sebulan ke, tiga bulan ke, 2 minggu ke, apa ada beza. Yalah, pada HD takda beza sebab itu Maminya tapi pada kita menantu ni, banyak bezanya tau! Betul tak, AN?

      Delete
    2. betul2, kita ni walaupun sehari bezanya banyak terasa.. orang lelaki gitulah kan, anggap mudah je banyak perkara, geram betul saya ni.. kalau mak sediri lain la pulak...itu kita suka lagi lama pun

      Delete
    3. Hahaha...tak dapat nak dinafikan. Memang setuju 200% rasanya! Satu hari pun beza, kita ni macam nak mati bersopan-santun walaupun mak mertua dah arif sangat perangai menantunyakan. Yalah, kalau boleh tak mahulah sampai mak mertua kecil hati dengan kita. Nanti disangkanya kita tak suka pulak dengan kehadirannya. Bukan tak suka, cuma rasa 'kebebasan' terbatas sikit jerk *_*

      Delete
  5. hehe...dapat bayangkan keadaan atau situasi tu
    kalau saya pun sebut mak mentua nak datang memang seriau sangat
    padahal orang tu relax aje, idaklah garang cam mak mentua kassim selamat
    sampai nak masak pun berpeluh semacam, takut betul tak sedap
    tapi setakat ni dipuji ajelah, tapi keyakinan tetap tak ada
    lagi kalau tetiba dia datang, memang berdezzzuppp kemas apa patut
    wahhaha...tak guna menantu sorang ni

    sebenarnya ada berapa banyak besan MD ada ni
    baik cakap bebetul, kang majuk kang
    cari besan lain kang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya paling nak mengelat memasaklah tapi terpaksa juga sebab Mami memang tak suka makan luar. Membazir katanya. Bila Mami tengok keadaan di Malaysia ni yang kebersihan tak seberapa diambil peduli, lagilah dia tak mahu makan luar. So, untuk mengelakkan pandangan yang tidak diingini, saya masaklah! Nasib baik kata HD, Mami suka masakan saya walaupun saya rasa so-so aje *_*

      Eh, anak kitakan lelaki! Lelaki kuotanya berapa, YY? Hahahaha......

      Delete
  6. nasib baik la telenovelanya mempesonakan.tak perlu kerepek pisang sekelip Mata je habiskan satu entry Tanpa fikir motif sbb tau dah mmg takda motif.hahaha...

    tak keruan juga hati bila mak mertua nak dtg rumah.bukan sbb apa,sbb penat kena kemas rumah dalam keadaan kelam kabut.dah la kuarters sy dok ni besar.ruang tamu ja makan sehari nak mop.hahaha.pastu pening fikir nak jamu depa makan apa.mmg la hari2 masak, tapi biasa msak utk diri sendiri n keluarga je.bila org dtg jadi otomatik blur.adik ipar pun dah komplen asal dtg sini mesti makan kedai.sentap ai.hahaha...

    uwaa nmpknya blog MD ni agak mesra googlelah ye smp sedara di Tashkent pun dah jumpa blog kak iparnya.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik juga PK tak pening kepala dok fikir apa motif Kak Ton hari ni. Hahaha....bila time meroyan lebih je itu yang keluar pelbagai isu terkeluar tajuk *_*

      Hahaha...siapa suruh mop time mak mertua nak datang? Hah, itulah... Saya bab kemas mengemas ni tak susah hati sangat tapi bab masak tu ada pening sikit. Nak ngam dengan style Mami tu yang susah. Pastu bila Mami ada, HD tetiba jadi anak yang taat dan berbudi pekerti mulia tau tak. Itu yang saya tak boleh tahan tengok drama dua beranak ni ^_^

      Delete
  7. Hihi... hihi......nampaknya mak pun kena berlakonlah jugak bila nak komen pasal Bon Juvi kat sini, serem weyh .... kang tertangkap kang ha.....tak pasal pasal...hoho

    Jap ....jap....nak korek mata jap betul ke apa yg mak baca ni..... Beruntung tau Bon Juvi ni dpt menantu yg tak sabar sabar tunggu mertua datang. Tak sabar sabar gayanya tu nak laga pipi. Susah nak jumpa ni tau, menantu cenggini.....

    Agaknya menantu dlm dunia ni mmg sama jer kot. Dengar jer mertua nak dtg, terus kelam kelibut kemas rumah, mak le tu hihi.....Walaupun dah berbelas tahun jadi menantu.... mak rasa depa ni memakailah kot kak Ton.....
    Dahlah kak Ton mak nak tidur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah bacalah, Mak ni. Mana ada untungnya Bon Jovi dapat menantu macam ni. Eh, buvi jon ler, terbalik pulak *_*

      Saya kalau boleh nak cepat tamat episod ni. Barulah lega. Tau ajelah perangai HD tu kalau Mami ada di sini. Memang tak nampak orang lain dah. Saya beritahu kat HD hujung minggu depan ada majlis kahwin anak sepupu saya so kalau Mami ada, macamana nak buat? Majlis eksklusif pulak. HD kata takpa, pergi je dengan kakak saya dan HD dok rumah dengan Mami. Nanti Mami tanya apa nak jawab, awat menantu keluar lawa-lawa tak bawa suami? HD kata takpa, bisa diatur jawapannya! Nyampah tau!

      Delete
    2. Laaaa.....tak bestlah ek.....HD tak dapat gi.....Dahlah pakai lawa lawa, majlis ekslusif pulak tu.
      Tak dptlah nak selfie ngan org yg ala ala Tengku Mahkota Johor katanya ..... Rugi!!

      Delete
    3. Saya memang dah biasa dulu-dulu masa baru kahwin. Selalu je kalau ada majlis keluarga kena pergi dengan kakak. Dulu HD pemalu sekarang ni pemalas. Oppss.. termengumpat pulak. Dah berdosa. Balik ni nak kena peluk cium minta maaflah *_*

      Delete
  8. Hahaha tak pasal2 blog sendiri yg kena sekodeng dek adik ipar ye MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah! Siap telefon Abangnya dari US lagi dok tanya kenapa gambar nephewsnya ada dalam satu blog ni.... Puaslah saya kena gelakkan! Nyampah tau!

      Delete
  9. Kalau nak bukak class bahasa uzbek tu bagitau kak. Nak panggil nenek bonjovi juga. Hahaha. Eh buvi jon. Hahahaha. Tapi part mak mertua nak datang tu memang sahihla kelam kabut spring clean. Rasa macam ada spotcheck je. Ekekekeke. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, Nadia pun kenal Bon Jovi ye? Ni kira sebaya dengan akaklah ni *_*

      Akak ni macam-macam kelas nak buka tapi cikgunya pemalas. Makanya kelas terbantut sampai sekarang, Nadia ^_^

      Delete
  10. Walaupun mdk mertua kakcik dekat shj kampung halamannya, tidak pula dia main datang terjah rumah menantuhantunya ini. Almaklumlah, menantuhantunya ini pandai sangat berlakon...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit, Kakcik. Saya pun pandai juga jadi primadona. Setakat ni memang belum kena hamun lagi. Tapi yalah, kalau datang selalu haruslah terserlah kegedikan menantu Melesyanya ni nanti *_*

      Delete
  11. I tersenyum tersipu2 blia baca perenggan last2 tu bila HD tanya nickname dia dlm blog istewi tewcintew diew tew. Hewhew. Tersimpul tak otak bila baca ayat 'w' i tu.

    MD, betul2 i tau perasaan kalau mak mentua nak dtg tu. Wp mak mentua takde pun complen tp kita nak buktikan yg kita menjada anak lelaki beliau dgn baik. Maka kehikporitan tu muncul setiap kali mereka kata nak bertandang. Pastu biasanya tak jadi dtg. Tp ada hikmahnya. Umah kemas. Ntah2 husband aku dah berpakat dgn mak mentua untuk trick menantu dia ni konon buat2 nak dtg supaya gelupur menantu dia kemas rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... I sebenarnya malu. Darah membuak-buak naik ke muka menahan malu tapi at the same time, rasa macam nak ajak muay thai jerk suami tercinta itu *_* Kalau HD buka blog ni, mesti nak gelak-gelak sakat I tau. Tension jiwa raga jadinya! Nak baca, baca ajelah. Tak nak baca, jangan dok gelak. Sumbat dengan botol susu baru tau!

      I pun suspek benda yang sama tau. Mereka ni saja nak suruh kita berkemas. Tapikan rumah I terbalik pulak. Kalau mak mentua nak datang, anak mak mentua yang rajin sungguh mengemas rumah. I pun pelik jadinya macam tak kenal suami sendiri tau *_*

      Delete
  12. Akak, suami akak ada plan ke nak move ke uzbek nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni takdalah pulak. Dia memang lebih selesa tinggal di sini berbanding di sana. Namun dalam hati, manalah tahukan mungkin ada juga niat nak tinggal di sana.

      Delete

Post a Comment