Kubeli, kumakan dan kau lihat saja ^_^

Salam kawan-kawan!

Aduhai, tajuk! I dah tak tahu nak letak apa sebenarnya.... Bab nak mengenakan tajuk dengan isi entri ni memang ada sikit mengundang kekalutan dalam jiwa. Yalah, dah namanya terlebih rajin menulis (ke menaip?), idea menulis memang tak pernah kering tapi idea nak letak tajuk yang kebaboom mahupun sesuai dengan isi kandungan karangan merangkap novel/skrip drama sinetron, memang gagal ^_^

Inilah baru cerita makan-makan masa bercuti panjang baru-baru ni. Yalah dah basi, tapi I  tetap kuatkan semangat menulis dan berkongsi cerita kerana satu sebab - hasad dengki nak bagi you all tengok juga gambar makan sambil tahan air liur daripada meleleh. I memang kejam, tak tahu lagi ke? Hehehe ....

Apa-apa pun I minta maaf siap-siap sebelum raya muncul kembali tahun ni sebab berperasaan hasad dengki dengan buat entri sebegini ya  ~_^

Disebabkan kami ni selalu je  tertipu dengan review dan gambar cantik molek restoran yang kami tak pernah terjah, kami ambil langkah selamat ^_^ Kami mengulang jejak ke restoran-restoran yang pernah bertakhta di hati sajalah demi menjaga selera makan dan ketulusan mengeluarkan kos makan-makan *_*

Mari kita terjah balik restoran-restoran ini..... 

1. Our new found love ~ Restoran Chengal








Rasanya masuk kali ni dah tiga kali kami ke restoran ini. Boleh tahan rasa makanan dan harganya. Servis pun tak mengecewakan. Oleh itu, apa salahnya kita tolong restoran ni buat untung lebih sikit walaupun our contributions  takdalah banyak mana pun setiap kali datang ~_^

2. Our ATF ~ Restoran Al-Rawsha



Tengoklah muka tension Abang bila dia tak tahan bau shisha yang disedut dua Arab yang duduk bersebelahan dengan meja kami. Masam mencuka!

Adik yang takda 'identiti'. Suka ikut apa si Abang buat. Dia pun membebel-bebel kata 'Apa bau ni!'

Roasted Chicken with Mandy Rice
Last kami mengunjungi restoran ni sebab I  teringin sangat nak makan roasted chicken yang sedap di Al-Rawsha ni. Pada tekak I, inilah roasted chicken terbaik yang I rasa. Pernah sekali kami ke sini dan I memesan half roasted chicken with rice tapi diberinya I seekor roasted chicken ya. Bertapau I akhirnya. Tak akanlah nak makan seekor ayam dengan rupa gembira. Haruslah tak habis.

But kali ini, memang I minta seekor ayam dimakan berempat ~_^ Tak habis juga, kita tapaulah apalagi....

Banyak-banyak nasi arab yang I rasa, di restoran inilah yang paling I suka ~_^

3. The cheapest western restaurant ~ Restoran Polperro Steakhouse

Fresh Orange Jumbo tu bukan HD punya tapi sebaliknya si Bubbly Abang yang punya ~_^

Black Pepper Chicken Chop

My favorite ever,Tiger Prawn Olio Spaghetti

Lamb Chop Combo

4. Restoran Saba

Si Bubbly Abang kalau ditanya sekarang ni nak makan kat mana, asyik-asyik sebut nama satu restoran mamak yang famous amos ni. Menunya tetap sama, nasi dengan AYAM *_* Berat dah naik balik 2kg bila Mommy kurang memantau!


Masa ni Adik Cute demam dan selsema. Sebab itulah dia ada behave sikit. Kalau tidak, jangan harap dia nak duduk sopan-sopan tak buat apa-apa!

Mandy Chicken

Grilled Chicken with Mandy Rice

Restoran ni kalau sesekali nak hirup angin di Cyberjaya, memang kita akan singgah. Banyak kali juga masuk ke sini sampai tak ingat dah berapa kali. Lain kali nak cuba Restoran Sanaa ke apa namanya tu, pun terletak di Cyberjaya juga. Actually di sini banyak juga restoran nak dicuba tapi kalau datang ke kawasan ni dah tentu-tentu teringat pada Restoran Saba aje. Cawangan yang dekat ada tapi tetap nak jalan jauh sikit, dapat bayar tol. Lagipun masa ni minyak murah ~_^

Selain daripada itu kami sekeluarga dah berulang kali ke Khadijah's Kitchen dan Aroma Hijrah. Cumanya I tak ambil gambar sebab my sister ada bersama. Malaslah nak meroyan snap gambar di depan kakak dan mak. Kesemua restoran ni memang boleh 'diharapkanlah' dari segi servis dan rasa enak hidangannya. 

Walaupun kadangkala rasa jemu mengulang makan menu sama di tempat sama, adakalanya bila dah kebulur main singgah je mana-mana port yang kami dah biasa ~_^ Ada juga beberapa restoran yang dah banyak kali kami terjah tapi tak pernah tulis dalam blog. Bila malas datang, memang gambar takda. Makanya cerita tak keluarlah. Kalau tidak, jadilah JJCM tanpa gambar macam kisah ini ~_^

Nota bukulima : Kos makan-makan sepanjang cuti seminggu ni dah menghabiskan kos bilik hotel kalau jadilah pergi ke Penang selama seminggu. Makanya takdalah I terkecewa sangat tak dapat pergi Penang sebab perut dah kenyang dok makan aje kerjanya. Takut dah nak naik penimbang. Penimbang pun dah diharamkan dari pandangan mata I ni buat sementara waktu sampai nafsu diet membuak-buak datang kembali (yang rare sangat occasionnyalah) ^_^










Comments

  1. Restoran Al-Rawsha jer saya pernah makan antara semua restoran sedap MD tayang kat entri ni.. Terus rasa lapar macam 5 hari tak makan setelah baca entri ni. Maka mari la jenguk dapur apa yang boleh tunaikan permintaan tekak even tak dapat nasi arab pun... hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah bergeng dengan hantu memang cepat laparlah, Suria *_*

      Ni tengah musim malas memasak (ke memang malas masak akak ni....) makanya memang hari-hari makan kat luar. Habis dah duit poket. Lepas ni kena makan maggi time lunch kat pejabat!

      Delete
  2. Polperro tu macam best ! Hahaha. Sebab kita bukan kaki makan makanan Arab so not to fancy dengan Al Rawsha. Ekekeke. Kedai nombor 1 tu tak jejak dah atas sebab sebab tertentu kata koooo.

    p.s : mehla kita bandingkan berat kak. muahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, melampaulah tu nak ajak compare berat badan. Taulah awak tu bekas anak dara *_* Nantilah akak adjust mana-mana penimbang yang rosak lepas tu suruh Nadia naik. Dah tentu-tentu jarum terus pergi berat yang paling max. Wakakahhh....

      Ada satu lagi menu si Adik Cute kat Polperro akak tak snap - buttered chicken rice. Sedap wa cakap lu ^_^

      Delete
    2. hahah..sape-sape pun lawan Nadia ni akan kalah..dia makan banyak pun tak naik..kalau gemuk tu semua sebab Wan. hehehe

      Delete
    3. Itulah! Berani dia nak ajak compare berat. Dahlah dia tu makan banyak, naik tak juga. Akak pulak makan banyak, naik pun banyaklah. Salahkan pada kadar metabolisme yang kurang umpph katanya bila usia dah meningkat. Bukan salah anak tekak. Hahaha!

      Delete
  3. Akakkkkk. apa ni tayang makanan sedap sedap. Hahahah. terliur tengoknyaaaa. pehh nasi arab tuu menggoda betul aihh. akhirnyaaa nani tergoda tengok. Kahkahkah ! nani tak pernah try nasi arab dekat restoran saba tu ada harapan ni weekend ni pegi. belanjaaa nani akak. Hahahhaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jealouslah Nani asyik nak tayang makanan dimasak dan dibeli kat sana makanya akak dengan penuh hasad dengki nak aim kawan-kawan macam Nani ni jadi terliurlah *_* Hahaha...nampak tak kejahatan perempuan Melayu terakhir terkontang-kanting ni?

      Mehlah ikut akak pi Saba hujung minggu. Pukul 8 pagi Nani tunggu depan rumah nanti supir akak datang amik. Kalau lambat, byebye...makanlah nasi lemak makcik gerai tepi jalan depan rumah tu...

      Errr...rumah Nani kat mana? Akak tak tahulah.... Memang sah dengan niat nak ditinggalkanlah tu. Kah3x!

      Delete
  4. mujur baru lepas lunch..lunch lewat balik rumah pas keja baru masak,harini menu ikan caru with sotong blacpepper.haha takda kena mengena ngan entry daku komen.nmpk sangat jeles tgok makanan sedap2.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK memang rajin. Tak main makan di luar. Masak je memanjang. Entah bilalah saya boleh buat begitu. Kalau saya kerja syif macam PK ni haruslah selalu je dapur tak berasap. Penatlah katakan kononnya *_*

      Delete
  5. Apa apa tajuklah kak Ton....mak tak kisah , janji kak Ton suka...

    Maklumlah dah jadi jiran sebelah yang trade marknya rentung, so mmg ghairahlah kan nafsu nak makan ayam roasted hihi ....

    Satu hari nanti mmg teringin nak pergi salah satu restoren yg kak Ton dah promote ni. Yelah org tu asyik memromote je, lelama mak pun jadi teringin tau....

    Alah apa ada hal sangat....setakat bazir duit sama dgn seminggu duit hotel, tu baru 3 % gaji jer.....tak campur lagi duit terpijak yg baru dapat tu...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ton bab nak letak tajuk ni memang kecewa sikit rasa hati. Sebab semua nak tulis makanya tak tahu apa nak letak tajuk. Hahaha....

      Itulah privilege duduk berjiran dengan jiran yang suka merentungkan segala makanan. Sipi-sipi dapat juga penyakit rentung tu *_*

      Mak nak pergi anak beranak ke atau Mak nak bawa Kak Ton sekeluarga dan belanja kami juga? Yalah, Kak Ton tau Mak nak kata apa. Mesti nak ngaku housewife sesaja pastu Mak pun PakJilap belanja. Memanglah Kak Ton tau. Ni Kak Ton suruh Mak pelawa Kak Ton sekeluarga pastu suruhlah PakJilap belanja kita orang *_*

      Mak, duit tu walaupun 3% jerk ikut kata Mak, tetap duit Mak. Membazir ni perangai si setan. Tak baik jadi ikutan. Tetiba Kak Ton insaf tapi masa perut lapar, tak pernah insaf datang dalam diri ^_^

      Delete
  6. adui masuk sini, makin berkeroncOng perut ini hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...lupa nak tulis warning kat tajuk - Jangan masuk kalau lapar ^_^

      Delete
  7. Takutlah nak naik penimbang. Takut penimbang tu berpusing tak berhenti terus putus bersepai jarum penimbang. Hahaha... Okey, tau dah! Nak suruh pakai penimbang digitallah tu...Takut pulak nombor tu tak berhenti...ke tak tahu nak berhenti kat mana!

    Hahaha....

    ReplyDelete
  8. masuk blog MD tak rasa lapar, macam tak sah la pula gayanya.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira macam menyesallah ya masuk sini sebelum perut kenyang. Hahaha!

      Delete
  9. akak suka gi kedai yang biasa kita singgah.. selalu singgah restoran baru dan tak menepati selera rasa cam tak seronokjer.. dahler keluarkan duit tak selera pulok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Cho. Biasanya kalau malas nak masak (ni memang perkara biasa) memang akan cari restoran yang kita dah biasa. Kecualilah kalau hujung minggu rajin sikit nak berJJCM. Kalau nasib baik, balik rumah tersenyum puas. Kalau tidak, memang mengumpat berjemaah lakibini, buat dosa lite-litelah nampaknya tanpa sedar!

      Delete
  10. alahaiii lapar plak dah petang2 ni..
    spaghetti tu mmg terliur tgk... cam nak kena buat jer weekend ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spaghetti olio tu memang memenuhi citarasa akaklah, Lyn. Rasanya ini je restoran yang serves western food dengan harga murah. Satu lagi akak selalu order buttered chicken rice untuk Adik Cute lepas tu akak tolong perabihkan. Nampak tak kat situ betapa besarnya nafsu makan. Hahaha!

      Delete
  11. makanan Arab ni saya hadap bila dah betul-betul lapar je.Taulah perut kecik.Saya memang suka baca cerita JJCM akak dalam blog ni!nanti saya jumpa bos TV3, lobi akak MD jadi pengacara ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..... akak kalau masuk TV, malu! Kalau jadi pengacara makan-makan, lagilah tak lalu nak makan, Dik Sal *_* Membebel dalam blog secara percuma ajelah cukup *_*

      Delete
  12. Memang lihat jelah.. patut MD bagi kupon makan percuma ke baucar rm50 ke sebab nak cover rasa bersalah tunjuk makanan banyak2 sini.. haha

    Yang pelpero tu kami dah jejak 4 kali lepas baca entry MD yang dulu.. ai.. Papa N la.. suka nau jimat duit dan sedap apa yang dia pilih katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nantilah, AN. Manalah tau terbuka hati nak bagi kupon makan percuma walaupun takda restoran sendiri *_* Nak berkerjasama, nama bukan besar mana pun ^_^

      Hahaha, ya ke? Saya dah berapa kali pi Polperro ni ek? Dua, tiga kali maybe lebih tak pastilah. Tapi memang salah satu restoran yang kami suka ulang sampai jemu dengan menunya!

      Delete
  13. kesemua restoren yg disenaraikan x pernah lg pergi
    nengok nasi nasi nya mcm menggamit je soh pergi .hiji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi Arab ni kalau perut kecil je Ciksu kenalah makan sepinggan demi mengeratkan silaturrahim gitu. Hahaha....

      Delete
  14. va vav vavavavava..

    mmg edisi jln2 cari makan ni..
    y pic last kat retoran chengal tu apa?
    udang celup tepung ke ape tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Udang celup tepung tapi besar betul. Pengsan nak habiskan satu-satu! Alahai, terpecah rahsia pulak *_*

      Delete
  15. Haishhhh...lapar balik tgk makanan² ni. MD...klo gi cyberjaya cer makan kat Sultan plak. Sedap ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, restoran Sultan ya? Tak pernah pulak tahu dan of course tak pernah sampai. Orait, nanti kita pi JJCM kita singgah sini pulak *_*

      Delete
  16. wow.. memang dengki entri ni! hahaha.. macam terus rase nak pegi try test cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah niat asalnya, Yeen. Kalau tak dengki, apa lagi maksud tersirat yang ada. Ni cakap terus terang jerk. Hahaha....

      Delete
  17. kesemua yang disebutkan di atas tidak pernah ku jejakkan kaki
    kecuali palperro, itu pun sebab orang belanja...hehe
    ni nak kira cite sedih ke apa ye? hehe

    paling kerap makan kedai roti canai depan rumah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah, Polperro tu pun saya terpedaya dek YY jugalah. Dah banyak kali kita ulang datang makan di sini, YY. Saya memang sukalah restoran ni senang cerita. Harga pun tak mahal mana....

      Delete
  18. rasanya saya x sesuai masuk restoran arab sbb perut kecik . mkn ayamnya nan seketul tu pun dah kenyang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perut kecil memang tak sesuailah pergi makan nasi Arab. Biasalah nasi Arab ni portionnya besar. Tengok ajelah orang Arab tu besar manakan...

      Kami sejak dah tahu memang sharelah makanan. Kalau tidak, memang bertapaulah makanan tu semuanya. Tapi bab makanan HD biasanya tak sempat nak tapau. Hehehe...

      Delete

Post a Comment