JJCM : Lala Seafood, Kg Bharu

Salam kawan-kawan!

Mari kita mulakan hari Rabu yang tak pernah wordless ini dengan jalan-jalan isi perut cari makan ~_^

Sebenarnya sebelum ke restoran ini, I memang tak pernah menternak kolesterol di area Kg Bharu. Nak masuk ke kawasan ini aje I dah pening, inikan pulak nak makan di sini. Pun begitu, I pernah je terliur nak ke Rosdet Tomyam. Adalah dua, tiga kali cuba nak terjah restoran ni tapi kali pertama tu tak jumpa tanpa bantuan gajet, kali kedua jeling je restoran sebab hajat utama beralih ke restoran lain dan kali ketiga pulak dah sampai depan restoran, parking penuh, pelanggan penuh maka selera kita satu famili terus hilang ditelan kepenatan melihat segala kepenuhan yang ada ....

Dalam pada sibuk bercerita, terbaca pulak tentang Lala Seafood ni. Setiap kali kita mencari Rosdet Tomyam, memang akan terperasanlah tentang restoran ni. I pun ada juga mengoogle cari bahan bacaan tambahan ~_^ Response nampak macam bagus so kita masukkan dalam senarai JJCM keluarga MD ^_^

Dah kubilang pada supirku aka suami tercinta till jannah, kalau nak makan di Kg Bharu, silalah bergerak dari rumah lepas Asar. Agak-agak restoran open for business, kita mesti jadi pelanggan pertama! Dengan itu, tak perlulah kita pening kepala nak cari tempat parking mahupun malu-malu kucing nak melantak bila tengok pelanggan ramai dalam restoran!

Maka, pada suatu petang, kami pun pergilah ke restoran Lala Seafood ni.... (makanya masuklah babak air mata lepas ni.... get ready ya!)

Sampai aje di restoran kami terus park kereta betul-betul dekat dengan pintu masuk. Senangnya hati tengok parking kosong lagi. Masuk ke dalam restoran adalah dua, tiga pelanggan sedang menikmati hidangan. Tengok pada keadaan restoran memang nampak cantik dan bersih. Hati pun rasa gembira nak mencuba hidangan di sini.




Kami pun ambil tempat duduk dan mula membuat pesanan. Disebabkan restoran ini more to Thai food, makanya macam biasa Hubbydearie asyik teringat kat tomyam. I think my beloved husband ni dalam secret mission mencari tomyam terbaik di Malaysialah!

Mehlah tunjuk gambar je! Disebabkan orang tak ramai, bolehlah I bermaharajalela mengambil gambar tapi bila tengok hidangan yang sampai, hilang terus selera ambil gambar dan selera makan juga!

Kami order nasi putih dan tomyam campur....


Kailan ikan masin....


Siakap tiga rasa....


Mulanya order juga ayam pandan tapi dah habis pulak katanya... (hai, restoran baru mula operasi takkan ayam dah habis?)

Minuman pulak kami pesan dua jus oren, satu jus nenas dan satu jus tembikai. Ini je gambar yang sempat ambil...



Nah, sekarang mood membebel I dah betul-betul on *siapdengananginpuspusberasap*

Biasanya bila mencuba restoran baru yang menghidangkan menu ala-ala Asian ni, kami akan order hidangan untuk dikongsi bersama contohnya macam nasi putih, tomyam ( a must sekarang ni), our favorite menu dan signature dish restoran tersebut berdasarkan review. Kalau sedap, memang kami akan datang lagi bahkan adakalanya berkali-kali kami terjah untuk mencuba hidangan yang lain pulak.

Keseluruhannya, kami rasa makanan di sini TAK SEDAP langsung. Mungkin banyak faktor yang mempengaruhinya. Paling senang, kita anggaplah nasib kita sedikit malang bila semua orang memuji kata sedap tapi kita sekeluarga rasa sebaliknya. Maybe chef mc hari tu dan diganti dengan chef lain. Manalah taukan...! Atau mungkin juga kami tersilap perkiraan semasa memilih menu untuk dirasa!

Bila minuman sampai ke meja, kami pun rasalah sebab tekak dah haus sangat. Sebelum tu kita melenjan di tempat lain sampai terlupa nak basahkan tekak. Sama ada jus oren, jus nenas mahupun jus tembikai, rasanya sama aje. Memang pihak restoran tak mahu kami ni terlebih gula, takut hyperaktif pulak sampai tak jumpa jalan keluar restoran!

Bila tomyam sampai, I tengok pencinta tomyam (Hubbydearielah tu...) terus ambil sudu nak merasa. Lepas tu, lepas tu, lepas tu.... tak nampak pun keterujaan di wajah kesayangan hamba! I tengok kuah tomyam tu pun alahai, dah macam kuah asam pedas! Cair meleleh pulak.... I cedok rasa sikit, memang gagal, tasteless, harmless, fruitless dan segala less yang ada dalam vocabulary I semuanya keluar! Nasib baik kami order hak kecil jerk! Itu pun tak habis! Hubbydearie langsung takda intention nak menghirup kuah sampai licin macam selalu!

Makanan kegemaran I pulak - siakap tiga rasa. Dari segi kegaringan ikan, memang superb tapi bila tengok sosnya tu, macam ambil sos tomato dan cili campak je sesudu dua dalam hidangan tu lepas tabur segala maknek sayur! Cair meleleh juga! I berjaya jumpa 4 kiub nenas dalam hidangan ni. Of course I kira sebabnya bab nenas memang I je yang makan among the four of us!

Jenuh ya I menghabiskan ikan siakap ni sendirian (most of the siakaplah) dah Hubbydearie hilang selera nak makan! Tak kuhabiskan, tau tak berapa harga siakap ni aje?

..... RM47 seekor terlentang atas pinggan tu ya!

Makanan yang sampai pun macam bukan baru dimasak. Tak panas pun. Suam-suam gitu adalah. Kita pun pelik. Takkanlah semua dah get ready. Selalunya memang masak on the spot bila ada permintaan. Barulah makan tak ingat orang kelilingkan...

Sambal belacan, kacang panjang dan timun ada juga diberikan. Tak mampu dah I nak cuba sambal belacan tu. I tengok pun semacam jerk. Hubbydearie telan dengan penuh kepayahan kacang panjang mentah tu itupun katanya lembiknya... 



Si Bubbly Abang tetiba teringin nak makan timun (remember my son tak makan sayurkan...) so I pun of courselah alu-alukan keinginannya yang very rare tu. Tetiba dia terus berhenti makan dan asyik sedut jus oren sampai tinggal air batu jer. I tanya kenapa. Katanya timun tu rasanya so weird sampai dia hilang selera nak makan lagi!

Alahai... kesian anak bujang Mommy. Dahlah tak pandai makan sayur. Tetiba baru nak try, ada bad taste pulak tertinggal dalam mulut!

Dari mula kita melangkah keluar restoran, sampai masuk kereta dan sepanjang perjalanan balik, Hubbydearie tak berhenti komplen ya. Sampaikan I cakap kat Hubbydearie, takpalah dah selamat masuk perut pun. Kita terima ajelah sedap ke tidak. Lain kali jangan pergi lagi.

Yalah, rasa macam kecewa je bayar mahal-mahal tapi hati tak puas dan perut tak kenyang. 

Malam tu, tetiba Hubbydearie tanya,

Jom kita pergi mamak belakang rumah! Makan roti nan tandoori mamak lagi sedap!

Oh, suami tercintaku si peminat mapley!
















Comments

  1. Beberapa minggu lalu, kakcik dan suami bawa anak2 makan di luar. Selepas berbincang2 dalam kereta, sibongsu ajak makan di D'Lala. Sebelum ini pernah juga makan beberapa kali kat situ.

    Sebab lama menunggu (pelanggan sangat ramai malam tu), bila makanan tiba takdelah kakcik nak ambil gambar. Siakap tiga rasa tanpa rasa, tomyam entah apa-apa, telur dadar penuh minyak dan kailanyangakhirnyataktibadandikanselsaja, beberapa jenis minuman juga dua bungkus nasi goreng USA yang bila balik dan dibuka macam nasi goreng entah apa-apa...semua sekali hampir RM150.00. Tak habis2 En Suami membebel dengan kata-kata 'jangan pergi lagi lain kali'... huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke, Kakcik? Saya ingat nasib kami je malang! Puaslah nak menyedapkan hati dok kata maybe chef bertukar nih kot. Orang kata best, kita dapat tak best, macamana ni...

      Hubbydearie tak berhenti-henti komplen sampaikan saya pulak rasa menyesal order siakap sampai RM47 tu *_* Lain kali kami dah rancang. Kalau first time try, jangan order macam ni lagi. Kita ambil ala carte je, tengok signature dish. Kalau dah nama signature dish pun tak sedap, haruslah pangkah besar-besar. Takkan kupilih lagi di kemudian hari. Hahaha....

      Delete
  2. MD..kalau nak makan ikan siakap 3 rasa tu..pi balik kampung he he..acik kalau pi tengok hero bongsu acik tu..dekat hotel bajet yang acik tidur tu ada satu kedai..buka petang kemalam je..ikan nya sedap..setiap kalai pergi..memang makan dikedai tu.
    dan nasihat acik..cewah..pandai nak nasihat..maaf ye MD..kalau HD..MD tu suka sangat makan tomyam..MD kena gigih..usaha usaha dan usaha..masak tomyam sampai dia rasa sedap sangat10x.sampaikan dimana pun dia makan tomyam..tomyam masakan MD juga idamana hati...macam tu la MD..acik dulu muda2..kalau makan dikedai..acik tengok apa yanga anak2 dan suami suka..acik gigih masak sampai mencapai piawaian tekak anak2 dan suami.
    dah tua2 ni tak kuasa dah acik ...suami acik dah banyak ambil alih tugas masak2 ni..sebab malas berebut senduk periuk tu acik biarkan aja dia masak..hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ni napa Acik tak beritahu apa nama restorannya? Saya kalau balik BP selalu pi restoran dekat dengan AeonBig tu. Kalau tidak memang terjah nasi bryanilah gayanya! Ada satu tempat abang saya bawa tapi di kawasan kampung, saya lupa apa nama kampung dan gerainya tapi memang sedaplah *_*

      Hahaha.... terimakasihlah atas nasihat tu, Acik! Sebenarnya memang saya rajin juga buat tomyam kat rumah tapi masih belum mampu mencapai piawaian rasa HD. Saya tahu HD memang suka yang masam-masam, sangat kontra dengan saya yang suka pedas-pedas.

      Delete
  3. baca entri ni dah buat saya cukup faham yang masakan mereka fail semuanya..presentation nampak menarik juga kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkataan je - GAGAL. Habis cerita. Memang tak terjah lagi lepas ni. Ingat nak juga pergi Rosdet sebab katanya tomyam sangat best. Tapi itulah, dah terkena ni macam malas dah nak masuk Kg Bharu lagi :(

      Delete
    2. kadang-kadang tak boleh judge dari rupa, tapi rasanya hampa..

      Delete
    3. Betul tu, Sal. Apa-apa pun don't judge the book by its cover. Kena ingat selalu. Lagipun, tekak lain-lain. Mungkin ada orang kata sedap, ada kata tak sedap. So, kalau bergantung pada review pun, 50-50 juga nasibkan *_*

      Delete
  4. kalau nani pun akan blacklist lerr kedai kedai yang tak sedap ni. mungkin dia dah masak siap siap kot kak sebab tu suam suam aje rasanyaa. nani penah jugak terkena macam ni sekali. lepas tu memang tak pegi dahh. bayar mahal tapi tak sedaap memang sedih lahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak panas tau. Kuah tomyam tu boleh hirup tanpa terjelir lidah kepanasan. Peliklah juga sebab kami antara pelanggan yang terawal. Nasib baik akak tak ikut sangat nafsu habis semua nak order!

      Delete
  5. Eeeeee kenapa nampak sangat sedih semua lauk tu !! Alhamdulillah tiap kali kita pergi tidak mengecewakan. Tapi mungkin betul cakap akak tu , tukang masak nan hado kot. Sebab kedai Thai ni satu je , bila tukang masak dia takde. Automatik lepas tu lauk semua jadi cam haram jadah. Bertabahlah kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak teringat Nadia cakap pasal siakap stim tu. Ingat nak orderlah tapi bila HD kata tak mahu makan ikan, nak rasa tomyam je, akak pun orderlah favorite akak -siakap tiga rasa tu.

      Hancurlah kalau ikut piawai tekak akak dan suami. Anak-anak pun pandai komplen jugak! Maybelah nasib kami malang, chef mc kot *_*

      Delete
    2. Chef cirit birit ! Ekekekeke.

      Delete
    3. Hahaha.... rasanyalah, Nadia *_*

      Delete
  6. Nampak kedai dia mcm mengghairahkan tu.... Mak tengok dpd celah celah abang tu...
    Tapi malangnya rasa dia, banyak less pulak ek kat hujung dia tu, kesian kak Ton ek...
    Berapa RM kat Ton?

    Tulah lain kali tak yah le nak JJCM sangat, mana yg sedap terjah je kat tempat tu lagi.Tak yah nak cari tempat lain. Ni ha dah tak sedap sapa yg sakit hati??? Laki Kak Ton jugak yg sakit hati. Kak Ton pun sakit telingakan....
    Ni dah sakit telinga lagi kena bebel ngan mak hihi....

    Agaknya dia jenis kuah masak siap tak Kak Ton....

    Lama dah tak pekena Nan Tandoori ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah namanya Kg Bharukan. Rumah kayu lama direnovate buat restoran. Cantik dan kemas. Tapi itulah, lepas sampai je hidangan, kita dah mula konpius sikit. Lepas rasa je hidangan, bertambah-tambah kekonpiusan yang datang. Memanglah tak pergi lagi, Mak lepas ni.

      Eh, JJCM berulang banyak gila cuma tak sempat buat entri lagi. Nantilah seminggu kita khususkan untuk cerita basi buat hidangan basi *_*

      Delete
  7. Kalau ai.. confirm terus pangkah kedai tu (dah mcm cerita P.Ramlee main pangkah2).. hilang selera dibuatnya.

    psstt: mood baru nk blogwalking lepas seminggu di wad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah kena pangkah pun. Takdalah I nak datang terhegeh-hegeh lagi mencuba di sini. Sama ada chef mc ke atau missing in action atau bertukar chef, I tetap dah pangkah. Seriklah!

      Delete
  8. agaknya dulu2 mmg kedai ni best..tapi makin lama makin fail,lepas ni klu terus tak upkan kualiti rasa tu,rasanya mmg bungkus la!sy faham cmna perasaannya makan benda yg takedap langsung lagi2 bayar mahal2.mmg panas membara org yg kemut ni membacanya.huahua...setuju kata acik, MD mmg kena Cuba improved seni kulinari memasak tomyam.Kata org memikat suami dari perutnysa.sahut cabaran memasak tomyam terbaik untuk HD.

    oklah.!kita ubati sakit hati di kedai mamak.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, PK. Rasanya masa membaca review, semua kata best. Tapi bila sendiri pergi, alahai sedih pilu rasa di hati tau! Tak berhenti membebel laki-bini (laki lagi teruk!) dok rasa ralat keluar duit tapi perut tak kenyang, hati tak senang. Dah namanya makanan masuk perut, haruslah redha aje dengan rezekikan...

      Aha, saya memang rajin masak tomyam kat rumah! Jangan terkejutlah tapi itulah, masih tak mencapai piawaian. HD nak apa-apa sup putih style orang kampungnya tapi pedas dan masam-masam. Kang kubantai letak daun limau secekak, tomato seguni kang....barulah sedap kot!

      Baru semalam kita orang santai kat mamak *_*

      Delete
  9. tapi tgk ruper sedap je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca orang cerita pun macam sedap. Kira famouskan Lala Seafood ni. Entahlah kotnya nasib tak baik hari tu. Hancur luluh hati, sedih tengok poket susut tapi perut tak kenyang *_*

      Delete
  10. tengok gambar tomyamtu pun dah rasa cam eh.. tomyamkertu... entahler yerk... orang dah review baik2 buat tak elok memang cari masalahlerkan.. bukan senang nak panggil orang masuk kedai kita.. ehm sedih.. takperler banyak lagi kedai yang baguih2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cair meleleh tomyamnya, Cho. Kalau tengok betul-betul dah macam kuah asam pedas pulak. Nasib baik ikan siakap garing walaupun keseluruhannya, siakap tiga rasa tu tak sedap langsung. Dah beli, dah terhidang, haruslah makan. Tak kan nak angkat kaki tinggalkan hidangan. Duit tu semua...Huhuhu!

      Delete
  11. tgk mcm mernarik.. tapi indah khabar dari rupa.. mmg sekali jer lah dia rasa duit akak yer.. lepas ni mmg tak pergi lagi lah..
    ermm klu JJCM ni kena redha lah makanan sedap jer tak... klu tak sedap.. apa nak buat.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak je impressive semacam tapi rasa memang gagal menetapi citarasa anak tekak kami sekeluarga. Memanglah akak tak akan datang lagi. Kalau pun servis tak bagus, mungkin ada peluang kedua. Tapi kalau rasa tak sedap, memang kena pangkah besaq-besaq orang utagha kata!

      Delete
  12. mapley jugak endingnya ye!meh lah, datang rumah saya buatkan Tomyam baik punya terus menyesal separuh nyawa.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni minat sungguh kat roti nan tandoori. Arghh... pening akak memikirkan! Akak ni bukan jenis pi makan kat mapley. Kalau tak lapar bolehlah pekena roti canai ke, roti boom. Kalau lapar sangat, memang tak ingin kupandang mapley ni!

      Eh, Sal expert buat tomyam ye? Apa kata pos kan ke rumah akak! Biar akak rasa dulu. Kalau sedap, akak order seminggu sekali! Hahaha....

      Delete
  13. Alahai..dh kena macam ni memang tak jejak lagilah ke kedai ni nampaknya.. kalau satu je yang tak best tu lainla.. ni semua ya.. ada komen tak? Ke balik macam tu je..haha. mana ada orang yanv nak komen kepada pemiliknya ya?

    Kami yang makan kat limau nipis yang terjumpa mata kail tu.. makan je ikan tu macam biasa.. dah siap bayar baru bgtahu taukenya.. dia panggil balik dan bagi semua duit ikan tu.. jadi bayar yang lain jelah hari tu.. memang puas hati..sebab makanan dia mmg sedap..agaknya hari tu ada lah yang kebetulan nak kena pada kami. Eh hari ni pegi makan kat kedai tu lagi. Memang sengkak perut bila balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak gaya memang tak akan jejak lagi, AN. Kalau servis kurang memberangsangkan, mungkinlah akan fikir nak pergi lagi. Tapi bab rasa ni, takdalah saya nak membazir duit nak datang dua, tiga kali lagi nak pantau rasa makanan di restoran yang sama.

      Eh, la ni memang selalu sangat makan di restoran yang sama berulang kali. Rasa 'selamat' pula ^_^

      Kami kalau bab rasa ni malas nak komplen. Kalau mereka tengok tak habis, taulah apa sebabnya ^_^

      Delete
  14. la, kat mana restoran ni kak ton ?
    kg baru juga erk.

    bg saya kalau dh mcm tu mmg x berbaloi la kan.
    kompelen x masa bayar ?
    kalau cik abe saya mmg laju je dia ckp kat cashier tu.. tp sy selalu pesan, sudah la. lain kali x payah dtg.
    kiranya blm merasa lg la di rosdet tomyam tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi jalan jerk kat Kg Bharu tu. Apa nama jalan, Kak Ton lupalah CikSu! Rosdet tu sampai la ni tak try lagi. Rasa trauma pulak nak masuk Kg Bharu ni, Ciksu alahai....

      Saya memang huhahuha dalam blog je. Kat luar saya jarang komplen orang. Perempuan Melayu terakhirlah katakan. Lagipun kalau saya meluru komplen, HD lagi teruk perangai. Saya takut pulak masuk berita tolong leraikan pergaduhan suami nanti *_*

      Delete
  15. biasalah mcm tu.. kdg2 org kata sedap..sedap sbb restoran tu femes.. mcm y lya makan y restoran ana ikan bakar petai tu.. mmg la femes n ramai kata sedap.. bila pergi test.. bg lya biasa2 aje.. lg sedap kat restoran/warung2 biasa y x femes plok.. serius..

    kdg2 maybe sbb org dh bwk nama restoran tu sedap.. tu y dari mulut ke mulut sedap..sedap..walaupon biasa2 aje rsanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut tekak masing-masingkan, Lya. Itulah dok fikir memang nasib kami agak malang kot hari tu tapi bila baca komen Kakcik Seroja tu, rasa macam memang betullah restoran ni tak sesedap mana pun. Kalau ikut JJCM TV3 lagi teruk tau. Mostly tak sedap. Dalam TV je nampak bukan main sedap alahai....

      Delete
  16. Alahaiiii...kecewa jer rasa bila makanan nak menepati piawaian tekak kan. Dah lah mahal plak tu. Memang 1st & last gi situ kan. Mcm saya ni dah tau memang tak pergi lah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah boleh baca masa depan macam Doraemon tu, memang tak sempat masuk ke restoran ni. Tapi itulah, dah masuk, dah order, dah makan pun apa lagi nak kata. Nak suruh komplen bab-bab makanan tak sedap ni memang kurang gemar sikit. Kalau servis tu mungkin jugalah boleh lagi ala-ala Mak Datin hentak meja dok komplenkan *_*

      Delete
  17. pernah gak kena camtu tapi still mkn juga isi - isinya . x nak membazir kan . selebihnya kira sedekah je rm tu . dah x puas hati kan ... tapi dah tahap melampau la klu semua hidangan x sedap . tak kan lah x de sorg pun kat situ yg tak pernah masak kat rumah wpun chef x de kan . kan lbh kurang je masakan kat rumah dgn restoran . ke chef mrk cabut lari dan still x de pengganti ... for long term , restoran tu gak yg rugi bila pelanggan mention nama kat media sosial . sapa lah dia punya boss yg x panjang akal tu ... kesian . x de otak marketing , x reti cari jln penyelesian on the spot ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah dah terhidang atas meja takkan tak mahu makan. Kalau ikut HD, memang nak ditinggalkan aje tapi saya ni ada sikit sayang duit nak dibazirkan begitu sahaja. Tak sedap takpalah nanti kita jangan datang lagi. Lesson learned.

      Entahlah apa sebabnya baca review orang kata sedap tapi tekak saya memang outlah, tak menepati citarasa langsung.

      Delete
  18. kalau sedap bayar mahal takpelah dak, kira puas hati
    ini dahlah tak sedap, mahal pula tu
    ni yang buat bernanah hati,
    aim jangan pergi restoran tu, cehwah! cam la boleh pergi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini memang nyesal separuh jalan punya ceritalah, YY. Dah, tak masuk senarai lagilah nampaknya. Ingat tentang Burgerbyte yang buat HD mengamuk dulu? Sampai sekarang kami tak jejak sebab fobia dah!

      Delete

Post a Comment