Posts

Showing posts from April, 2016

Kisah makan ...

Image
Salam 20 Rejab dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Kenapa ya bila sampai hari Jumaat aje tentu my office terasa sunyi-sepi walaupun cukup korum pekerja semuanya!

Bila sampai aje hari Jumaat, tentu keterujaan bekerja menyusut dengan drastik sekali. Rasa macam malas aje nak kerja. Tapi dek kerana setiap hari dibayar gajinya, maka kenalah juga merajinkan diri buat kerja mana yang patut. Eleh, kerja pun tak banyak mana tapi komplennya memang banyak sungguh ^_^

Kita lupakan hal kerja sebab entri ni bukan tentang kerja. Tapi tentang apa?

Yang sebenarnya sampai ke abjad yang terakhir ni ditaip, I masih tak tahu nak tulis apa. Hehehe ...

Setiap pagi, selepas hantar Bubbly Abang ke sekolah, I akan terus ke pejabat. But then, the main door nak masuk ke dalam pejabat ni, cuma dibuka selepas pukul 7.45 pagi. I pulak selalunya sampai di area pejabat dalam pukul 7 pagi - 7.10pagi macam tu.

Kalau I masuk ke perkarangan pejabat pun, cuma boleh duduk dalam kereta sambil-sambil main game. Adakalanya kalau mengantu…