Down again!

Salam 5 Rejab kawan-kawan!

Dugaan kalau nak datang, bukan kira masa ...

Alkisahnya, my Adik Cute demam sejak minggu lepas. Dah bawa ke klinik dua kali. Kali kedua ke klinik, doktor kata tekaknya di sebelah kanan ada sedikit merah. Itu punca demam. Ingatkan dah fully sihat bila boleh bermain, berlari dan menjerit macam selalu. Tetiba malam semalam again demam semula ...

Si Bubbly Abang pulak sebaik aje nampak kelibat Mommy balik kerja petang semalam, teruslah menangis kata sakit kepala. I pun letak tangan di dahi. Oh, panas badan! Ubat demam semua dah takda, maklumlah si Bubbly Abang ni jarang-jarang sakit. Korek punya korek dalam fridge, terjumpa panadol kanak-kanak dan Cool Fever. Teruslah beri dua biji, tempek Cool Fever kat dahi dan suruh dia baring berehat. My anak-anak selalunya setahun 2,3 kali aje demam. Sebab itulah ubat demam, ubat batuk mahu pun ubat selsema selalu aje kena buang sebab dah expired and so on.

Adik Cute pulak sejak masuk tadika ni, asyiklah demam. Hampir setiap bulan pergi klinik sebab demam! Dahlah I mula naik menyampah dengan tadika barunya ni, bila jadi macam ni, memang I nak salahkan pergaulan di tadika aje ... 

Tak kiralah ikut logik akal ke tidak sebab hati sudah tak berapa suka!

Teacher dah WA semalam tanya kenapa dah dua hari tak datang tadika. I kata dia tak sihat. Walaupun dah beli beg baru tahap budak Tahun 6 primary school aje gamaknya, tetap juga dia tak mahu ke tadika. Katanya kalau setakat nak show off beg baru lepas tu balik, okeylah.

Hari ni pun tak ke tadika/sekolah juga, dua-dua beradik. Kalau tak kerana demam, memang I paksa juga si kecil tu pergi tadika tapi sebab semalam dia dah kena sakit perut dan muntah, tak sampai hati I nak paksa pergi tadika. Si Abang pula hari ni ada ko-ko, kalau paksa pergi sekolah takut pengsan pulak nanti. Itulah, Mommy hati tisu, memang untunglah anak-anak. Jatuh sakit sikit, Mommy yang risau lebih beri pelepasan mengalahkan cikgu sekolah mahu pun doktor!

I pulak sejak baik sakit akibat BP naik tinggi, memang sejak dua menjak ni sukar betul nak bangun seawal 5 pagi. Padahal tidur lebih daripada cukup. Kalau dulu tidur selepas pukul 12 tengah malam, sekarang ni pukul 9-10 malam dah get ready nak tidur dan kerahkan anak-anak semua tidur cepat!

Sekarang ni bila terjaga aje dah hampir pukul 6 pagi. Lintang-pukang setiap hari menguruskan itu, ini. Berdegup kencang jantung ni sebab I kan cepat panik! So, memang takdalah main masak-masak pepagi hari lately ni.

Lagi pun terasa sangat sekarang ni cepat penat. Dizziness pun tak hilang-hilang, walaupun tak teruk macam dulu. Asal menoleh ke kiri/kanan, tetiba rasa semuanya berpusing. Tapi malas nak ambil peduli. Kalau asyik fikir sakit, memang dok merana ajelah memikirkan tentang diri.

Sejak semalam pun entah mengapa tapak kaki kiri pulak terasa sakit naik ke buku lali. Nak pijak lantai pun terasa sakit. Nasib baiklah memandu tak guna kaki kiri nak tekan brek/minyakkan. Atas sikit buku lali pun rasa macam terseliuh. Nak kata memang terseliuh, seingatnya memang takda! Aduhai... macam-macam hal!

Semalam lepas balik kerja, kena uruskan si abang dulu yang dah demam pulak. Adiknya okey masa tu, balik rumah terus tidur. Lepas uruskan anak-anak, I pun ke dapur memasak. Baru masak satu lauk, rasa semput macam apa. Duduk sekejap. Lepas  tu sambung lagi goreng ayam untuk buat ayam masak kari. Belum selesai masak, eh, rasa berpusing alam maya pulak! Rehat lagi...

Akhirnya masak dua lauk aje, tak sanggup dah nak masak lagi. Selesai masak suruh HD makan dulu. I pergi baring dalam bilik, berpeluh-peluh dek cuaca yang memang membahang sangat sekarang ni. Kepala dah berdenyut-denyut bila cuba tutup mata. Dari tengkuk sampailah ke tapak kaki, sakit satu macam rasanya! 

Si Bubbly Abang tak mahu makan sebab takda selera pulak.  Makanlah Daddynya sendirian tak berteman anak-anak dan isteri. I tak tahulah mungkin kot cuaca sekarang ni yang panas teramat membuatkan rasa mudah sakit. Lain macam tau. Rasa macam stress kepala ni dok dendiam baring atas katil menahan sakit. Macam tak boleh take it anymore!

HD kata dah biasa dengan cuaca panas, tak akanlah panas sikit pun tak boleh. Dugaan kecil tu berbanding dengan umat manusia lain yang tak cukup makan, tinggal di tempat terlalu sejuk/panas, atau pun yang sedang bergelut dengan perang di negara sendiri. Bersyukurlah sekurang-kurangnya cukup makan, ada tempat berteduh dan sikit aje Allah beri dugaan!

Oh, nak menangis rasanya...

Bukan sebab insaf tapi semua ayat-ayat yang keluar dari mulut HD tu dah macam bees yang menyerang aje rasanya.. Berdengung-dengung bunyinya masuk kepala!

Oh, I can't take it anymore!

Punyalah teruk perangai mak budak seorang nikan...

Akhirnya HDlah yang kena menguruskan anak-anak. Jenguk si abang takut-takut kalau panasnya naik tinggi sangat. Adik Cute pulak entah kenapa tetiba demam balik tengah malam. Panas semula badan! 

I sendiri dah macam apa. Merengek tak tentu arah. Baring ke kiri salah, ke kanan salah. Tidur lurus terasa sakit, tidur meringkuk pun lagilah sakit. Memang bila tertidur aje tetiba terjaga sebab badan rasa sakit sangat!

Pagi ni terpaksa juga tinggalkan anak-anak dan pergi kerja. Masih lagi sakit satu badan ni. Terasa sejuk membeku pulak bila kena aircond dalam pejabat. Bila balik rumah semalam, tak tahan panas membahang macam nak gila kepala dibuatnya! I rasa I pun nak kena demam juga ni ...

Hai, dugaan betul!    

   

   

 

  


Comments

  1. Musim demam sekarang ni. Adli semalam dah dedar2 n selsema. Bagi ubat semalam ok pagi ni.alhamdulillah. Risau kalau dia demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuaca panas sangat sebab itulah kot. Saya yang cukup dewasa ni pun tak boleh tahan. Asyik mengeluh aje tak ingat bersyukur langsung!

      Anak-anak kalau dah sakit, memang susah. Selalunya lepas bagi ubat, kebah dah demam tapi kali ni masih lagi tak pulih sepenuhnya si kecil ni. Belum habis kisahnya, si abang pulak dah demam.

      Delete
  2. Sekarang ni cuaca panas lain macam kak.. Kalau budak budak mmg senang nk kena demam dgn keadaan mcm ni. HD take over tgk bubbly abg n adik cute skrg ye. Akk jgn stress stress sgt. Tauu.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasnya memang tak boleh tahan, Aina. Akak sendiri tak mampu nak suruh diri bersabar. Asyik mengeluh panas, panas! Kalau sejuk pun sakit badan, panas pun sakit juga. Entahlah dah tua kot ...

      Delete
    2. betul tu.
      panas sgt.
      ujan tak mau turun plak ekk.
      mana la mau cari katak bebyk ni, panggil ujan :(

      Delete
    3. Katak pun lari bersembunyi bawah tempurung panas macam ni. Tak sanggup nak keluar panggil hujan katanya. Apa kata kita guna cara lain? Kita nyanyi beramai-ramai. Kalau lagi banyak 'suara katak', mungkin lagi cepat hujan turun kot ^_^

      Delete
  3. cuaca skrg tak menentu, semoga cepat sembuh ya anak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, anak-anak dah sihat kembali. Dengan saya sekali tumbang dek demam. Cuaca memang panas sangat sekarang, kalau tak tahan memang mudah jatuh sakit.

      Delete
  4. Betullah MD. Kakak rasa pun memang sebab cuaca yg panas inilah. Walaupun ada hujan turun tetap berbahang. Kita boleh rasa bila keluar aje dari tempat yg berair-cond panasnya mencucuk kulit kan. Bagi abang dan adik minum air lebih dari selalu. Kalau boleh biar berganda lebihnya.

    Harap-harap cepatlah sembuhnya. Tu MD kalau tak nak berurut pergi manjakan diri ke spa boleh juga. Bukan selalu bagi badan tu lega sikit nak jaga bebudak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang terasa sangat bezanya kak duduk dalam aircond dan tetiba keluar kena terik matahari. Satu macam punya perasaan. Nak terbakar aje rasanya!

      Haus sangat sekarang ni, kak. Main pulun air masak aje pun rasa tak cukup-cukup minum air!

      Anak-anak saya dah sihat, alhamdulillah tapi saya sendiri pun tumbang sama. Serius sedih sebab saya ni jarang demam dulu. Selalunya HD yang demam, anak-anak terjangkit demam sama dan sayalah yang tegak berdiri menguruskan mereka. Tapi sekarang ni terbalik pulak. Asal ada yang sakit, saya pun terbabit sama!

      Terasa pulak diri ni macam dah tua sangat, kak. Sedih!

      Delete
  5. memang sekarang ni musim org sakit.nasiblah sy n anak2 masih sihat sejahtera..anak2 sy pun jarang demam so stok ubat kt rumah memang tak ada.bab cuaca panas ni memang tak boleh buat apa.kadang2 tu naik hantu jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalulah juga standby ubat demam, batuk dan selsema tapi sebab jarang guna, akhirnya sampai expired. Yang lagi best, bila nak guna aje expired! Itu yang kadang-kala terfikir juga malas nak standby!

      Bila panas memang terasa lain macam kepala tau...

      Delete
  6. ehh lupa nak cakap take care..semoga MD sesisi keluarga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, PK. Alhamdulillah anak-anak dan saya hari ni dah sihat kembali ^_^

      Delete
  7. Gi klinik MD. nnt melarat x larat nak urus anak yg demam dua org tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya nak pergi tau, LM. Bila tiba-tiba teringat doktor asyik aje beri paracetamol, malas pulak jadinya. Selalu pergi klinik sebab nak MC sebab tak kerja! Seharian saya landing atas katil aje!

      Delete
  8. i hr ni br masuk kerja.. 2 hr ct el.
    luth deman. 2x ambil darah..doctor kata okey.. makan, muntah, berak..
    kesian betul..

    ni i rasa nak berhenti kerja..jga anak kat rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau memanjang demam, kebah, demam, kebah, memang patut jumpa doktor, PB. Takut pulak denggi ke apakan. Lagi pun kalau anak-anak yang sakit, kita memang risau lebih. Kalau kita yang sakit, lantaklahkan ^_^

      Hahaha...time macam ni memang selalu aje tau ayat tu keluar dalam kepala!

      Delete
  9. Kena check balik BP tu MD..
    mana tahu naik lagi mencanak kan susah pulak..
    Arwah mak CH selalu kata ingat anak2 kecik lagi..
    Susah kalau mak dah tak ada.. aduhai tu yg cepat ajer ke doktor bila sakit..

    Dah musim sekarang ni MD..
    Rata2 klinik penuh sebab ramai yg tak sihat..
    Memang sentap sungguh dgn ayat HD tu MD..
    Kalau CH mahu jer menangis di bucu katil..
    Dah isteri tercinta penat memasak..
    2 lauk lagi tu..
    CH semalam pun tak larat..
    Semalam singgah juga dikedai makan dulu sekeluarga..
    Baru balik rumah..
    Nak keluar semula dah malas hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, BP dah kembali normal walaupun sesekali tu pergi ke border juga, CH ^_^ Saya rasa saya ni banyak stresslah. Itu yang jadi macam tu. HD kata lately memang nampak saya macam orang stress, serba-serbi tak kena!

      Saya pun bila sakit, teringat kebajikan anak-anak, CH! Sedihnya mengenangkan kalau terjadi apa-apa kat kita, manalah mereka nak menumpang kasih. Masa itulah air mata tumpah bukan main deras, bukan pasal sakit sangat pun!

      Panas lain macam sekarang ni, CH. Serba-serbi tak kena jadinya. Bila terlampau panas, saya rasa fikiran jadi macam runsing sangat. Entah apa yang dirungsingkan pun tak taulah!

      Delete
  10. Memang nak kena cepuk gamaknya teacher tadika tu hihi

    Memang panas lain macam sekarang ni....Kak Ton best jugaklah duduk dlm aircond kat opis tu. Sejuk! Mak ni? Macam dlm sauna tau....lepas masak mesti tukar baju, mcm org mandi!

    Alahai, kalau anak yg demam maksudnya kita pun macam nak demam jugak kan... dah terbayang dah nak menjaga ubat mereka. Aduhhh....Tulah agaknya Kak Ton pun jadi tak sedap badan jugak tu, ke nak mengelat ni hihi.....

    Sabarlah Kak Ton, Allah sedang menguji tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah! Stress pasal tadika Adik Cute ni pun ya juga. Sampai terbawa-bawa nak tidur malam. Sampai hilang mood. Sampai stress! Kan dah tumbang! Geram!

      Duduk dalam aircond pun tiada gunanya, Mak. Bila time balik tu, keluar aje dari pejabat, macam apa mencucuk-cucuk haba panas tu kena badan tau walaupun bertutup dengan pakaian ^_^ Sakit Mak rasanya...

      Selalunya saya jarang MC sebab demam. Selalu sebab sakit sendi yang tak tahu apa puncanya. Dah check dare, takdalah pulak kata ada SLE mahu pun arthritis ke, osteoporosis ke...

      Eh, mana ada mengelat! Saya rasa kalau duk pejabat lagi rehat daripada duk rumah 24 jam tau, Mak. Kat pejabat, lepas buat kerja, boleh ngelat kejap-kejap. Kat rumah, baru nak letak punggung kat sofa, ada yang dah menyeru-nyeru nama kita nak itu, nak ini. Sesak nafas dibuatnya!

      Dosa banyak rasanya ni, itu yang Allah bagi ujian sikit-sikit nak hapus dosa kot ^_^

      Delete
  11. Cuaca panas ne. Sebab tu mudah demam. Sy kalau x cukup je minum air di musim panas ne confirm rasa pening. X terbayang kalau anak2 demam lg. Semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, sejak dua menjak ni dah pandai rasa melayang-layang. Nak memandu pun jadi kurang keyakinan. Apa puncanya tak tahulah. Ingatkan sebab darah naik tinggi baru-baru ni tapi bila darah dah jadi normal pun, tetap juga dizziness tu tak hilang!

      Delete
  12. Saya ni bila anak-anak mula demam, saya dah susah hati. Takutlah kalau mereka tak cukup kuat dengan cuaca yang panas terik sekarang ni. Tiba-tiba dengan saya sekali tumbang. Sekarang ni memang rasa kurang kuatlah berbanding dulu-dulu. Sikit-sikit pun boleh jatuh sakit.

    Saya pun banyak minum air putih sebab memang tak tahan kehausan. Anak-anak pun saya paksa minum.

    Bila pasang aircond, sejuk pulak Diana. Saya ni tak tahan sejuk. Lepas tu sejuk,panas, sejuk, panas, itu yang terus gigil kura-kura. Hahaha!

    ReplyDelete
  13. musim org tak sihat skrg ni dgn cuaca yg sgt2 panas..
    kena minum plain water byk2..
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laku betul plain water sekarang ni. Berdesup-desup masuk dalam mulut. Kalau dulu memang payahlah. Sekarang ni bila top up aje, habis! Nampak sangat memang cuaca terlalu panas sampai tekak sentiasa dahaga!

      Delete

Post a Comment