Kisah makan ...

Salam 20 Rejab dan Salam Jumaat kawan-kawan!

Kenapa ya bila sampai hari Jumaat aje tentu my office terasa sunyi-sepi walaupun cukup korum pekerja semuanya!

Bila sampai aje hari Jumaat, tentu keterujaan bekerja menyusut dengan drastik sekali. Rasa macam malas aje nak kerja. Tapi dek kerana setiap hari dibayar gajinya, maka kenalah juga merajinkan diri buat kerja mana yang patut. Eleh, kerja pun tak banyak mana tapi komplennya memang banyak sungguh ^_^

Kita lupakan hal kerja sebab entri ni bukan tentang kerja. Tapi tentang apa?

Yang sebenarnya sampai ke abjad yang terakhir ni ditaip, I masih tak tahu nak tulis apa. Hehehe ...

Setiap pagi, selepas hantar Bubbly Abang ke sekolah, I akan terus ke pejabat. But then, the main door nak masuk ke dalam pejabat ni, cuma dibuka selepas pukul 7.45 pagi. I pulak selalunya sampai di area pejabat dalam pukul 7 pagi - 7.10 pagi macam tu.

Kalau I masuk ke perkarangan pejabat pun, cuma boleh duduk dalam kereta sambil-sambil main game. Adakalanya kalau mengantuk sangat, boleh tertidur sekejap! Memang pun kalau awal pagi ni, my kereta antara lima yang terawal masuk parking. So there's no point jugalah sampai awal sebab tak boleh nak punch card pun. Ada juga harinya I akan pergi cuci kereta di Caltex yang berhampiran dengan kawasan pejabat. Those yang bekerja di sekitar area KLCC ni definitely taulah di mana Caltex station ni ^_^

So, kalau teringin nak breakfast di luar, memang selalulah I ni jadi lone ranger. Takda geng nak makan bersama-sama. Most of my colleagues suka breakfast di pantry sahaja tapi I can'tlah sebab sebaik dapat masuk pejabat, I ada urusan bukan duniawi nak dibuat ^_^

Ingat tak makcik jual mahal kat my favorite tempat makan yang pernah I cerita dulu? 

For those yang mengikuti my blog dari awal tentu pernah terbaca kisah ni. Malas I nak letak link entry tu sebabnya bukan you all rajin pun nak korek rahsia ^_^

Makcik tu dah lama tak berniaga di situ lagi tapi diganti dengan makcik yang lain. I rasalah, kat tempat ni tak kiralah siapa yang mengganti, tentu-tentu akan jual mahal juga! Kita namakanlah makcik baru ni makcik jual mahal no. 2 ^_^

Kalau dapat kat pekerja Indonnya, adakalanya boleh jugalah dapat diskaun 50 sen which is very rare ocassion ya! Kalau tidak, tak kiralah awak tu pelanggan tetap pagi dan tengahari, memang takda merasalah nak dapat diskaun dari makcik ni ya!

Pun begitu, sebab makanan yang disediakan oleh makcik ni memang boleh buat meleleh air liur dan kesedapannya sehingga menjilat jari, maka I pun redha ajelah dengan my takdir yang selalu kena caj mahal dan tak menentu harganya...

I nak juga komplen tapi itulah, kalau dalam pada komplen lepas tu ugut tak mahu lagi dah makan kat situ, tetiba teringin macamana? Buat malu muka aje menjilat air ludah sendiri ...

So pagi tadi, I pun singgahlah kat port ni untuk menikmati menu ini ...

Merecek-recek minyak rendang tapi kubaham juga masuk mulut sambil tutup mata ^_^

I tell you, memang sedaplah lontong makcik jual mahal no.2 ni! Banyak hari dah I ushar tapi tak berani nak beli sebabnya sejak kena BP tinggi tetiba tu, banyak juga makanan I takut tengok. Rasa macam nak sembunyi bawah meja aje sambil menahan nafsu daripada terbeli dan termakan. Adakalanya okey, adakalanya KO dengan nafsu sendiri! 

Bukan setakat minta lontong aje. Bila nampak rendang ayam, tiba-tiba terliur juga. Lalu mintalah tambah rendang ayam sekali. Terlanjur dah makan 'besar' tu, biarlah besar-besaran sikit hidangan dalam mangkuk tu ^_^

Dan sebab dah terlanjur tu, kita upkan juga minum teh tarik pepagi hari!

Kalau pun BP naik, at least puas hati. Hahaha! 

By the way, dah lama I tak makan ubat darah tinggi tu and the last time I checked, BP I masih normal. Tak mendadak naik macam tempohari. Ubat darah tinggi tu I ingat nak beli frame aje, simpan dalam frame sepapan ubat berserta dengan kotak ubat yang dah dileperkan ^_^

Oh, ya! Lupa pulak nak khabarkan semangkuk lontong ni berharga RM8.50. Tak tahulah murah ke tidak sebabnya tempat makan ni bukan kelas 'A' macam restoran mewah mahu pun restoran di hotel ya. Lebih kurang kelas foodcourt aje tapi janganlah samakan yang ada kat KLCC nun!  

Disebabkan dah kekenyangan di awal pagi, tengah hari nanti bolehlah I meronda KLCC dengan perut tak berbunyi. Kalau lapar juga, I masih ada ini ...



Oh, ya! Sebelum menutup entri entah apa-apa untuk hari ini, I nak jugalah cerita kejadian yang berlaku semalam ^_^

Lepas kerja I singgah di AEON sebab ada AEON Member Day katanya.

Dekat pintu masuk tu adalah salespersons dok pujuk-pujuk suruh sign up credit card. Offer voucher AEON lagi yerk. So bila I sampai aje, satu salesperson ni terus meluru kat I...

Nak ambil troli ya, saya tolong ambilkan!

Takpa, takpa! I boleh ambil sendiri troli kosong...  kata I ni lagi!

Cikgu! Cikgu! Baru balik kerjakan. Sign uplah nanti on the spot dapat voucher percuma!

Oh, alahai! Hangpa fikir I ni cikgu sekolah ka?

Nak gelak pulak....

Dua, tiga orang lagi gengnya datang kat I sambil dok panggil, 'Cikgu! Cikgu!'

Ada rupa cikgu ke I ni?

Oppsss.. sukar you all nak bayangkan sebab rupa dan keperibadian I pun you all tak tahukan ~_^

Silap tanya soalanlah!        
 
Okeylah, selamat berhujung minggu kawan-kawan semua! Lebih sehari cuti hujung minggu kali ni. Enjoylah masa yang ada bersama family ya. I pulak nak pergi IKEA somewhere esok. Kalau rajin, kita ceritalah lagi next week ^_^ 

Adios ~_^   

 

  

 

  

   

     


Comments

  1. mahallah jugak 8.50 tu. xpelah mahal sikit asal sedap.
    makanan yg mahal ni kita makan bila teringin je...
    sb dia rasa mkanan dia sedap, xleh chalenge org lain...tu yg dia confident letak harga tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalkan! I tak berapa taulah mahal ke tidak sebab selalu pun I beli makanan kat sini. Bila balik bercerita dengan kawan-kawan pejabat katanya mahal. So, mahallah kot!

      Tapi apa ada pada mahal kalau sedapnya boleh buat kita teringat-ingat sampai mimpi di malam harikan. Hahaha!

      Delete
  2. RM 8.50 tu kira mahallah klu standar fod court tesco tu kira ok kot harganya.klu klcc kompem lg mahal.hahaha..yg penting sedap..mahal sikit dimaafkan kot.hihi

    Cikgu?hahaha gelak smbil tutup mulut

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLCC tak payah comparelah memang semua mahal termasuk parking ^_^

      Itulah, kalau sedap tu bolah jugalah kita redha dengan harganya yang mahal. Tapi cubalah dah makan tapi tak terasa kesedapannya di mana, memang nak minta orang komplenlah tu!

      Apa? Tak sesuai ke kita jadi cikgu?

      Tapi tulah, tang mana yang kita nampak macam cikgu-cikgu ni! Konpius betullah!

      Delete
  3. Dah cikgu suruh tambah rendang ayam tu yg rege nya RM8.50..
    Cikgu pun .. jangan lah cakap mahal nanti orang tak nak dtg beli tau hahhaha..
    Boleh ke CH jawab bagi pihak makcik tu MD..

    Kat shah alam ni MD..
    Kalau lontong kosong ajer RM4.50 tau..
    Kalau special baru dia charge RM8.50 tu..

    Tunggu raya jer lah kita makan lontong puas2 MD..
    Letak rendang ayam, daging , paru dan limpa hahahha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu terliur tengok rendang ayam, nak buat macamana? Takkan nak tengok aje. Kalau tak beli hari ni, minggu depan Selasa baru dapat bau lontong balik tau! Hahaha!

      Sebelum saya beli, ada seorang perempuan ni beli. Lontong kosong dengan telur mata satu. Harganya RM6.50. Maka sebab saya minta rendang ayam, dia up lagi RM2. Tapi kalau beli rendang ayam aje, kena caj RM3.50 dan kalau beli ayam (goreng/lauk ayam), harganya jadi RM4 tau.

      Itu yang buat cikgu konpius! Dah berbelas tahun cikgu mengajar Matematik, takda pun rasa konpius macam ni selalu tau. Kalau bagi pada si Najeeha suruh fikirkan campur, tolak, bahagi atau darab yang nak kena guna, memang pengsan budak Najeeha tu tau!

      Hari raya kita panggil ni masak lodeh dengan nasi impit. Lain feelingnya tau, CH! Takda dah feeling-feeling cikgu beli makanan tapau!

      Delete
  4. Tempat perumahan kakak ada org jual guna payung besar murah MD. Boleh cedok sendiri lepas tu tunjuk dia nanti dia katalah 4 ke 5 ringgit gitu. kalau sikit macam kakak dah tua ni kadang dia charge RM2.50 aje.

    Beli makanan aje yg jarang ada tawar menawar kan. Itulah sebabnya ada yg suka letak harga tak sama. Hari ini seringgit esok seringgit setengahlah. Tapi kita ni sebab dah suka airtangannya beli ajelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, bestnya, kak! Kalau macam tu, ikut suka hati kitalah berapa nak ambil, lepas tu peniaga caj ikut sikit/banyakkan. Kalau gitu, barulah puas hati. Takdalah rasa apa kalau kena caj banyak sebab kita sendiri yang cari pasal ^_^

      Itulah yang selalu saya kena dengan makcik jual mahal no.2 ni. Saya pulak jenis yang boleh makan lauk yang sama untuk berhari-hari. Hari ni caj lain, esok lain pulak cajnya. Susah nak belajar memahami matematik dengan makcik jual mahal no.2 ni :)

      Delete
  5. Yelah....taulah.... kak Ton kan nak wakil Qariah KLCC surelah training bertaranum pagi pagi kat work place tu....hihi
    Beb serious beb mak pun kecur tengok lontong tu.... Sambal dia pergh!!! merah maroon menggoda sungguh. Rendang dia pun menggoncang nafsu weyh....Udah teringin lontong pulak mak ni.... Kat mana Gerai Makcik Mahal No 2 tu? Hishh.... bagi nama pendik sikit boleh tak? Penat ar nak tulis...

    Balik kang jangan lupa check BP tau..... kalau tak de alat tu meh datang BMC...

    Camnelah gaya cikgu agaknya yer....mesti pakai kebaya hari ni kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Mak nak ajak Kak Ton join sekali ke bertanding? Bukan ke Mak yang nak mewakili Malaysia? Kang kalau Kak Ton menang kawasan, terus pergi negeri, terus pergi negara, Mak nak jatuh nombor berapa pulak? *_*

      Memanglah, Mak. Siapa yang tak kecur kalau tengok lontong macam tu. Penuh kolesterol jahat ke, BP mencanak ke, apa ke, tolak dulu ke tepi. Lepas kenyang makan baru fikir balik tentang kesihatan!

      Alahai, kalau tunjuk pun Mak bukan tau jalan ke KLCC area ni. Buang karen aje Kak Ton bagi details!

      Cubalah bayangkan camna gaya cikgu-cikgi! Cikgu BM kita pun dah lama tak kelihatan di radar alam maya!

      Delete
  6. kira mahal lah tuh.. maybe murah kat area2 sana kot..
    see u at ikea lalallalalalala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal ek? Akak fikir memang standard harga lontong+rendang kat area KL ni. Tapi itulah, gerai makcik jual mahal no.2 ni memang terkenal jual mahal ^_^

      Delete
  7. owh , mahal tu ! tapi klu sesekali teringin , pejam mata je lah ... lontong memang sedap wooo . yg tgk jer ni pun , dah terliur , lagi le yg tgk depan mata ... ada org mmg kenal gaya cikgu mcm mana . klu saya , semuo rog sama je kot ... heh heh heh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah teringinkan, Vee. Pejamkan mata ajelah. Tapi kalau dah terpejam mata, macamana pulak nak rasa nikmat makan lontong. Hahaha!

      Delete
  8. boleh tahan mahalnya...kalau saya sekali tuh aja beli..nak merasa punya hal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baiklah tak mengidam. Kalau tidak memang asyik kena bayar mahal aje sebab nak rasa lontong sedap makcik jual mahal no. 2 ni tau ^_^

      Delete
  9. kalau ada rendang tak boleh nak kata mahal sangat kot MD..kat sana la..kalau kat tempat acik ni memang la mahal..lontong ada ayam tak lebih dari 5 ringgit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda rendang, dia jual RM6.00, Acik. Kalau letak telur goreng, ditambahnya jadi RM6.50. Kalau letak merapu-meraban lagi dalam lontong tu, menangislah masa nak bayar!

      Delete
  10. kalau mahal tapi sedap, pejam mata mu, hiks. layan..
    makann lontong di pagi hari mmg nyummmmsss lah..
    saya suka mkn lontong sejak ddk joho dlu, lah.

    yup sayaa tahu caltex tu..
    selamat pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang marbeleslah dapat makan lontong di pagi hari, Ciksu. Lagi-lagi kalau dapat lontong yang murah dan sedap. Memang hari-hari menambah kolesterol dalam badan!

      Aha, orang kat area ni mesti taulah Caltex mana yang saya maksudkan tu.

      Jumpa nanti bila cuci kereta pepagi hari ^_^

      Delete
  11. Mak oiiii....MD..mahal tu..tp sekali sekala APA ada hal kan..kagum dengan pencinta lontong ni..sbb SA x pandai makan lontong...macam x kena dengan selera....pasal salesperson Kat AEON tu kadang2 they approach mcm annoying Sgt..dh org x nak tp tetap ikut...yg bagusnya xde plak nak ikut sampai ke Parking..hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. La, biar betul ni SA tak pandai makan lontong? Ke diet sampai tak sanggup nak tengok minyak rendang merecik-recik dalam lontong? Hehehe...

      Kalau dia ikut sampai parking, lepas tolong tolak troli dan angkat barang tu, saya spray dengan pepper spray! Hahaha! Jahatnya!

      Delete
  12. Sesekali nak lepas kempunan mahal pun takper, janji sodap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Bunda. Dah lama aim lontong makcik ni tapi takut nak makan sebab BP tak berapa cantik baru-baru ni. Kononnya nak berjaga sikitlah makan tu tapi tak tahan juga dugaan!

      Delete
  13. Nak komen bab makanan tu...
    kalau dapat makanan minyak camtu, memang bercinta jugak nak habiskan tapi kalau sedap, boleh aje..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok berminyak dan berlemak, memang seram bila fikir tentang kesihatan. Tapi bila dah teringin, lupa sekejap!

      Delete
  14. amboiiii masuk masuk je gambar lontong dlu di tayang noh!. hahaha eh mcm lama pulak tak pekena lontong. aina pun suka lontong plus rendang... terasa mcm raya pulak tetiba.. eh. haha. tp rm 8.50 tu blh tahan la kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak lontong murah, akak rasa akak kena balik BPlah, Aina. Lain kali masa balik BP nak makan lontong buat sarapan pagi selama mana kita ada kat kampunglah! Hahaha!

      Delete
  15. sekarang dah mula dapat bayangkan penampilan MD bila ramai salesperson panggil cikgu. Mesti berspek mata kan? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah! Silap dah! Masa tu akak tak pakai spek mata pun tau! Spek mata hitam pun tak!

      Entah celah manalah agaknya yang nampak macam cikgu baru balik mengajar tau!

      Delete
  16. fuhhh...kalau saya pun nampak rendang ayam mmg tak tolak lah...makanan sedap tu...BP naik pun naik lah...hahaha...janji puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Sayang nak tolak mentah-mentah ^_^ Dah rezeki depan mata!

      Delete
  17. mahal jugak tu kak MD, peniaga sekarang kan suka ambil kesempatan juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Bila minyak turun, takdalah pulak mereka turun harga dengan alasan harga minyak dah turun. Bila minyak naik 10 sen, berlumba-lumba nak naikkan harga RM1 tau!

      Delete
  18. Hari ni blogwalking ini kali ketiga dhidangkan dengan gambar lontong. Sedapnyaaa lontong, feveret Nani jugak tu. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedaplah Nani dapat makan lontong masa sarapan. Tak boleh bayangkan dengan kata-kata. Kalau nak tau perasaannya, silalah pergi cari lontong ^_^

      Delete
  19. cubalah up skali pic MD,teringin jgk nk tgk wajah kecikguan MD ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... akak sendiri tak tahulah bab mana yang nampak akak macam cikgu tu tau tak! Kalau tau, boleh juga nak up gambar bagai ^_^

      Delete
  20. huuuuuu kalau kat alor setar kira mahal la tu. tapi kalau sedap boleh la tutup sebelah mata je dengan harga cekik darah tu. kalau tak sedap sila jangan pergi lagi hihihihi

    akak mesti pakai baju kurung that day kan? mesti pakai kasut tutup tumit hitam. tu yang dorang ingt cikgu kot. kotttttt ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau belah-belah utara mesti jauh lagi murahkan, Kira. Kat kampung akak di BP tu pun murah. Kenyang juga makan semangkuk ^_^ Tapi yalah, nasib baik sedap. Akak pejam mata aje tau. Kalau tak sedap, mahu akak blacklistkan aje makcik jual mahal no. 2 ni!

      Hahaha...betullah tu pakai baju kurung. Tapi tak pakai spek pun. Tak pakai kasut hitam pun. Entahlah bab mana yang nampak macam cikgu sangat!

      Delete

Post a Comment