Throwback : Final Episode Kompang Dipalu @_@

Salam 18 Rejab kawan-kawan!

Aduhai... 

Lama benar nampaknya I perap final episode ni ya!

I know, I know. You all semua dah tak teruja nak tahu kesudahan penyakit sawan pengantin I tu tapi nak buat macamana, I tetap juga nak masukkan ending story sawan pengantin ni dalam my blog. Makanya, kenalah you all hadam aje ceritanya. Baca pelan-pelan sambil minum kopi cicah biskut sampah (tawar) yerk!

Sebenarnya I memang ingat pun cerita ni tak berkesudahan tapi I malas nak watermark gambar. Lagipun believe me, takda satu pun gambar pengantin yang I ambil tau tak! Kata sawan pengantinnya bukan main meligat masa kena dulu tapi itulah, perempuan Melayu terakhir yang low profile, down to earth macam I ni selalu aje buat kerja macam ni tau ^_^

Dan paling best sekali, lepas siap album pengantin kedua belah pihak, takda satu pun gambar I anak beranak tau! Gambar my anak-anak yang jadi flower boys pun langsung takda! Kalau ada pun sipi-sipi belakang dayang-dayang pulak! Sedih den... 


My sister punyalah bebel katanya apalah nak jadi empat beranak ni. Cuba tengok adik beradik lain, celah belum memasing bergambar satu family dengan pengantin. Cuma my family aje yang takda gambar dengan pengantin! 

Yalah nak buat macamana... Si Adik Cute lepas jadi flower boy terus merengek nak berdukung sebab penat alahai! Si Bubbly Abang bila Mommy tak sibuk bergambar, dia pun buat tak peduli aje. Apa ada pada gambar pengantin. Takda dihairankannya! 

HD pulak bila Adik Cute buat hal, teruslah dibawa pulang ke rumah lepas took over tugas mendukung from me. Mereka dua beranak lepak tidur kat rumah. I pulak dah beransur jemputan balik baru perasan, takda bergambar pun dengan pengantin. Nasi dah jadi bubur ayam okey, tak boleh nak diulang tayang semula ^_^

Kisah sawan pengantin yang dulu-dulu, kalau rajin boleh baca di sini, di sini , di sini, di sini, di sini dan di situ ~_^

Oh, ya terlupa pulak nak beri amaran! Entri ini amat panjang yerk! Jangan mengeluh lepas habis baca dan jangan mengelat main tali skipping pulak masa membaca. I know what you did masa membaca entri ah kak ^_^

Alkisah, seperti yang diberitahu sebelum ni, I pilih jaga candy buffet ^_^ Menang tanpa bertanding ya! Sebabnya I rasa lagi senang nak jaga candy buffet dan budak-budak daripada menjaga tetamu dan sebagainya ^_^ 




Pukul 10 lebih macam tu, kami dah bergerak dari rumah. Masing-masing dah bersiap melaram pakai pakaian tema pengantin kononnya. Yang paling tergeram hati, my kain ela  my sister @ mak pengantin lelaki yang pilih tapi bila dah berkumpul adik beradik,  pakaian I yang terkeluar dari warna tema tau tak! Grrrr....sabar ajelah akak kita sorang ni tau!






My bujang-bujang semuanya pakai baju biasa aje. Agak-agak majlis nak bermula barulah tukar pakaian flower boy masing-masing. Kalau tak buat begitu, you all pun tahu apa akan  terjadi. I tak mahulah ambil risiko pakaian mereka comot masa berarak masuk dewan nanti!



Sampai aje di dewan, kami makan siap-siap. Kalau tidak, jangan haraplah dapat makan bila tetamu dah mula sampai. Lepas makan, mak angkat kepada Abang Iwan @ pengantin lelaki@ my-nephew-ler-tu, sibuk alahai suruh kami suami isteri berposing ala-ala pengantin. Suruh duduk bersanding atas pelamin oranglah, suruh pura-pura tengah makan beradaplah, suruh posing ala-ala pengantin dulu-dulu letak bantal atas ribalah.


Maklumlah masa kami kahwin dulu manalah ada pre-wed shoot, post-wed shoot bagai. Yang ada pun semuanya 'indoor' - melingkar atas pelamin, melingkar atas katil dan masa makan beradap suap menyuap macam tak pernah buat aje masa dating (~_^) So, kononnya dia nak bagi chancelah kami merasa majlis kahwin ala-ala moden zaman sekarang ni ^_^

Yang pelik tu, HD boleh akur aje. Selalunya bab-bab sharing is caring, lovey dovey in public ni bukan kerja HDlah. Kamikan kalau berjalan mesti isteri 1 meter di belakang suami gitu... Ala-ala raja dan permaisuri kekdahnya! Penuh tangan kiri-kanan pimpin anak-anak, HD jalan menonong aje kat depan sensorang macam orang bujang sampailah kita jerit manja minta tolong pegang satu anak!

Okey, back to majlis kenduri ni tadi... (Jauh pulak berceloteh merewang-rewang ke majlis orang lain pulak perginya!)

Selepas siap makan dan berposing, I pun teruslah bawa anak-anak masuk bilik persalinan pengantin. Nak tukar pakaian flower boy masing-masing. Ish, risau pulak bila flowerboys lebih mengancam daripada pengantin. Hahaha!



Dalam pukul 11.30 pagi I pun mulakan tugas menjaga candy buffet. HD biasalah duduk di sebelah isteri mithalilah. My anak-anak pun ada di dalam dewan dengan sepupu mereka. 


Nak tau apa terjadi?

 Weyh, weyh! Candy buffet belum officially buka, my anak-anak buah yang cinonit tu semua dah menerpa. Masing-masing kaut masuk poket aje tau! Itu baru anak-anak buah sendiri, belum lagi anak-anak tetamu. Kelam-kabut jadinya. Kerja kita dok refill ajelah segala apa yang patut!

By the time tetamu sampai, candy buffet I dah tak tahu apa rupa! Ditambah dengan anak-anak tetamu, memang nak gila I rasanya ^_^ Menyesal pulak ambil job ni. Ingatkan senang nak kawal budak-budak. Lupa pulak yang mereka ni semua tak ikut kata! Tak akanlah kita nak kata jangan ambil pulak, inikan majlis! Memang sediakan semuanya untuk dihabiskanlah! I cuma takut tak cukup aje ^_^

Dalam pada I kecoh dengan my candy buffet sekali bila buka handbag sendiri, mak hai... banyaknya gula-gula my anak bujang masukkan dalam beg Mommynya! Amboi...siapalah punya angkara ni. Yang besar ke atau yang kecil... Mentang-mentanglah majlis abang sepupu kesayangan, mereka buat macam kat rumah MakNgah depa! Macam hakmilik sendiri aje! So, macamana nak salahkan anak orang kalau anak-anak sendiri pun dua kali lima aje rasa teruja tengok candies banyak sangat?

Masa pengantin nak diarak masuk, I suruh my anak buah take over tugas jaga candy buffet. Ah kak nak pergi ambil gambar flower boys kat luar tengah bersiap nak masuk ke dewan. Masa mereka masuk tu, tetiba I feeling shy-shy gitu, makanya tak dapatlah I nak menyelinap di celah-celah orang ramai untuk ambil gambar pengantin, pengapit, dayang-dayang dan my comel-comel-belaka flower boys masuk dewan! Cis! Mengapalah rasa malu menerpa masa ni!



I really hope masa tu photographer pro yang diupah akan ambil banyak gambar mereka...

Malanglahkan... photographer pi concentrates kat pengantin aje! Gambar yang ada flowerboys pun semua terselindung. Si kecil tu of courselah my anak buah, Kak Saranya yang lead the way. Kalau Kak Sara takda, mahu dia mencemik malas nak jalan sepanjang dewan ke pelamin nanti! So, semua gambarnya terselindung di belakang Kak Sara! 

Huwaaaaa...memang nak menangis rasanya bila tengok album pengantin selepas tu!

Bila pengantin naik pelamin, my flower boys tunggu kat bawah aje. Selesai aje tugas, si Adik pun terus buat hal. Bantai menangis melalak sebab penat. Kaki pun melecet sebab semalamnya meronda keliling dewan sampai nak dekat tengah malamkan... 

Si Bubbly Abang dah buat haluan sendiri. Ke hulu ke hilir ikut sepupu, pergi mana nak. Si Adik Cute memang berdukung ajelah dengan I tak mahu turun. Nak patah riuk pinggang mendukung si kecil ni. Itu yang I minta HD take over. Teruslah HD balik rumah! 

My family members masing-masing take turn bergambar dengan pengantin tapi I aje yang duk kat bawah tu, malas nak naik. Masa tu pun I sibuk borak dengan my colleague (Aha, I dapat izin my sister untuk jemput my colleagues tau...)

Agak-agak nak masuk Asar, my sister yang tukang jaga duit dan beri door gift kat tetamu di pintu masuk tu minta tolong kat I gantikan tempatnya. So, I pun okeylah, takpa. Pergilah solat dulu, biar I ganti. Kerja mudah aje. Kutip duit dari my sister @ mak pengantin and campak dalam beg di belakang sambil-sambil beri door gift pada tetamu yang nak pulang!  

So, my sister campak sampul duit atas meja, I tukang campak masuk beg kat belakang tempat duduk. I berdiri aje masa tu. Jumpa saudara mara atau kenalan my sister yang I kenal, I pun borak sama. Most of my sister punya kenalan memang I kenal sebab mereka ni kenal I since  I comel lote kecil-kecil dulu sebaya Bubbly Abang memang rajin ikut my sister ni pergi pejabat ^_^ Kalau mereka tengok I, memang mereka ingat sangat si budak kecil yang selalu pakai bare-back tak pun dress comel-comel tu, toncang rambut dua. Alahai comelnya den! Opppsss!

 La ni, terkejut depa tengok dah tua rupanya budak comel tu. Dah ada dua anak dah pun ^_^

Masa inilah kejadian yang tak diingin terjadi... 

Dalam pada sedap my sister baling sampul duit dan I baling sama ke belakang tetiba bila I nak baling ke belakang sampul duit tu tengok beg hitam isi duit tu dah TAKDA!

Oh, mak! Menggelupur I sekejap. Semua orang yang ada berdekatan pun dok tengok I. Pucat lesi dah tentu. Mana pulak pergi beg isi duit pemberian tetamu ni? Bukan sikit okey! Majlis dah nak tamat dah.

My sister pun bila tau, mampu mengeluh ajelah. Tak gila ke kalau habis semua duit tu hilang? Oh, tidak...


Yang lagi best, Bubbly Abang duduk di sebelah kiri beg and my 14 years old nephew duduk near to the right. Both of them bila tanya siapa ambil beg tu jawabnya tak tahu, tak nampak!

Takda orang lain pun masa tu yang duduk berhampiran kecuali kami bertiga and my mother. Siapalah lagi nak ditanya! Mana mungkin ada orang boleh main rembat beg tu tanpa I sedarkan!

Tetiba my nephew suruh telefon kakaknya. Agaknya sebab terkejut tengok I terkejut beg hilang, dia terlupa tentang kakaknya yang kebetulan lalu di belakang sebelum tu. I pun telefonlah my niece ni. Katanya ya dia ambil sebab beg tu nampak dah penuh duit. Tak cakap dengan aunty sebab aunty tengah sibuk berbual!

Duh, kita dah nak luruh jantung ketakutan boleh gitu gayanya....

Legalah bila  tau rupa-rupanya beg berisi duit pemberian tetamu tu tak hilang ke mana! Separuh semangat hilang tau bila akhir-akhir majlis jadi macam tu...

Kesimpulannya majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan. La ni pengantin pun dah basi gamaknya. Yalah, dah 6 bulan lepas punya cerita ^_^ Okeylah, tempek jugalah gambar pengantin yang dah kena cropped (tapi ini masa majlis nikahnya ya ^_^) dan sepupu sepapat Bubbly Abang dan Adik Cute yang penuh ceria sepanjang masa ~_^


         
(Pssstttt... buat anak-anak saudaraku yang berani dok menyelinap masuk blog ni tak bagi salam, sorrylah eh termasuk satu gambar dalam blog. Kalau tak suka, add aunty masuk group sepupu sepapat korang, barulah aunty delete gambar ni. Hahaha!)

Kalau diikutkan 'tilikan' tahun ni sepatutnya ada dua majlis  tapi itulah, bakal-bakal pengantin belum buat keputusan muktamad gitu. Boleh yerk macam tu... Majlis pertama baru aje nak merisik hujung minggu ni. Majlis kedua sepatutnya majlis Abang Afiq kesayangan my anak-anak. Yang sepatutnya buat majlis dulu memang pun Abang Afiq sebabnya dia yang sibuk bertunang, sibuk nak kahwin tetiba si abangnya beritahu emak mereka, dia pun nak kahwin juga. So, kenalah beri laluan kat abang sulung dulu manakala si adik kena tangguh majlis ^_^

You all jangan bimbanglah I kena sawan pengantin lagi ya. Mungkin takdalah teruk sangat. Tapi kalau teruk pun apa salahnya. You all kena faham, I dulu-dulu kahwin takda tau inai penuh menjalar di badan tangan dan kaki, photoshoot bagai. Bagilah I peluang yerk ^_^

 P.S. Heavy duty betul entri ni sampai loading pun sopan-santun aje. Tengoklah betapa tekunnya I hari ni nak update entri kompang dipalu ni sampai sanggup tak keluar lunch okey ^_^ Oleh itu, silalah baca sampai habis demi tanda sokongan, jangan skip @_@  

 

   

 

     

     


Comments

  1. Kakcik tumpang tengok gambar dan baca 'tebuk-tebuk ' saja ni... Kesihatan kurang memuaskan... :(

    Tapi bab beg isi duit tiba-tiba hilang itu memang boleh meluruhkan jantung!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpalah, Kakcik. Takda paksaan pun suruh tekun membaca. Warning ala-ala mengada jerk tu ^_^

      Mau tak luruh jantung tengok beg isi duit hilang! Gelap dunia tetiba tau!

      Delete
  2. Huh! jenuh kakak nak habiskan entri MD ni.
    Tapi itulah dlm pada majlis utk bergembira macam-macam boleh jadi.
    Cuma satulah yg terkilan juga sebab MD own family tak bergambar dek adik dan HD balik tidur tu yg kakak macam nak gelak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah warningkan, kak. Memang pun panjang. Itulah kenapa akak baca senafas aje. Keh3x.

      Memang kakak saya yang lebih terkilan sebab gambar anak-anak saya takda. Pengantin pun panggil juga tapi sebab korum keluarga saya tak cukup, malaslah saya nak posing dengan pengantin dah!

      Delete
  3. haha..kelakar part MD menyesal jaga candy buffet tu...ye lah mcm mana nak ckp kat anak orang kan, anak sendiri pun kaut candy tak ingat...hahaha...sama lah kalau anak2 saya pun...budak2 kan mmg suka sweet tooth gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tengok budak-budak berebut-rebut kutip gula-gula kita pun pening. Nak kata tidak, tak boleh. Budak-budakkan. Nak kata ambillah semua masuk poket masing-masing ya anak-anak, takut tak cukup pulak. Majlis belum bermula lagi tau! Hahaha!

      Rupa-rupanya anak-anak sendiri pun bukan main mengutip masuk handbag Mommynya. Entah bila masa mereka buat kerja pun tak perasan!

      Delete
  4. Gambar semua kita dah siap tapis elok-elok, tak akan termasuk bloglah ^_^ Jangan hampa. Kita beri klu sikit. Nampak tak anak saudara yang tak pakai tudung tu? Dialah yang paling seiras dengan saya ^_^

    ReplyDelete
  5. cik baca habis tau MD..dua kali pusing tengok gambar.cantik pelaminnya..mana dia gambar MD ngan suami tu..tak nak tayang he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus Acik ni, baca sampai habis! Itulah tandanya beri sokongan supaya saya merapu banyak dan banyak lagi akan datang ^_^

      Pelamin tu dah tersilap. Mulanya kakak saya benganglah juga. Malam sebelum majlis datang tengok pelamin salah pasang, bukan yang dikehendakkinya. Tapi bila tengok-tengok balik, macam cantik pula. Malaslah kakak saya nak komplen!

      Delete
  6. wah gigihnya saya membaca...ensem2 boy MD,,beg hilang,,gambar pengantin...gambar MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahu tak gigih ^_^ Ini kira pembaca yang terbilanglah walaupun dah beri warning entri ni memang panjang, tetap juga baca sampai habis ya, Mar. Tq ~_^

      Delete
  7. huwaaa....kalau jd kt akk maunya meroyan 1 kampung..mana taknya duit ribu riban tetiba hilang dr pantuan..nasib baik hilang manja2 gitu.....fuh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahunya tak meroyan, kak. Kakak saya nak marah juga tapi nak buat macamana, tak tahu siapa yang ambil beg. Kejap betul rasanya dalam pada kami campak baling tu sekali nak campak lagi tengok dah takda begnya! Lesi tau tak muka saya!

      Delete
  8. Why the title itself so confusing? At first i thought MD nak bercerita kisah kawin sendiri 11 tahun lalu. Kisah anak buah hari tu rupanya.. kalau gtu mmg sahla xde gambo tuan tanah kat sini. Kecuali ada kejadian pelik la baru ada gambo ekslusif tuan tanahnya terselit.. entah bila tahun tu.

    2 majlis meriahla korang tahun ni, bertambah ramai ahli keluarga yg baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 11 tahun punya cerita nak throwback, entahlah ada yang nak baca ke tidak. Meroyan pulak kang kawan-kawan kata. Cerita lama sibuk nak masuk blog ^_^

      Hahaha... memanglah takda keinginan lagi nak selfie untuk blog macam jiran sebelah yang awet muda tu ...

      Delete
  9. pjg betul entry kali ni...
    uissshhh lemah semangat. ingat hilang kemana lah duit salam tuh. tau lah zaman skrg ni, pantang ada kenduri kawin, ada jer tetamu yg tak di undang dtg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik akak dah warningkan. Kalau tak warning, mesti ramai yang baca perenggan pertama dan terakhir aje. Hahaha!

      Nasib baik tak hilang betul-betul. Kalau tak mana nak cekau kena ganti balik. Mahu melalak meroyan lepas tu...

      Delete
  10. klu kat kg , majlis buat depan umah je . bila habis majlis , perghhh nak pengsan mengemas drdpn sampai belakang . blm dlm rumah lagi sampai ke dapur . klu buat kat dewan , krg sikitlah penatnya sbb guan katering kan ... saya dpt bygkan mcm mana kecohnya candy buffet tu . dulu masa majlis my kakak , ada juga tabur gula2 . bebudak berebut sakan ! ... suka dgn pelamin yg ringkas tu . Nice ... tu lah kan , bila jaga rm org , mmg boleh buat kecut jantung bila tetiba rm hilang ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada jugalah pengalaman merasai majlis kenduri kahwin rewang ramai-ramai ni. Maklumlah kakak ramai. Memang lebih seronok kalau dapat rewang. Tapi after event punya kerja, macam Vee cakaplah, boleh terkangkang kiap kita dibuatnya!

      Sekarang ni jarang jumpa orang rewangkan. Semuanya guna catering aje. Majlis sekarang meriahnya lain macam meriahnya majlis dulu-dulu...

      Delete
  11. Alhamdulillah tak skip baca.hensem la superheroes flowers boys MD..budak bila dh penat..mula la buat perangai.sabar jer la mummy oi.hehe..

    Terkejut juga ban duit salam kokok tu hilang..ingatkan betul2 hilang..klu betul memang MD la suspek utama yg akan dilersalahkan.hahaha..

    Kira oklah ada juga kenangan..walaupun entry dah peram setengah tahun.hihi

    Next wedding peram lg setengah tahun ye..tahun seterusnya baru up entry.ehh ini perli ke apa.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Walaupun semput, dapat juga habis baca ya, PK ^_^

      Kaki dia melecet sehari sebelum. Itu yang takut dia buat perangai. Nasib baiklah masa majlis tu dia okey. Tapi lepas aje selesai majlis, aduhai penat betul melayan rengekannya!

      Hahaha... entri pergi Penang pun dah 4 bulan tak lepas-lepas lagi masuk blog tau! Kalau ada majlis kahwin lagi, tengoklah berapa lama nak peram. Kalau banyak gambar anak beranak, kurang sikitlah peramnya. Ada model nak masuk blogkan ^_^

      Delete
  12. Fuhhh semput habiskan entry ni. Hahahaha. Lawaaa sangat pelamin ni, suka suka sukaaa. Huhi. Ahaa lepas ni kalau masa kahwin ada candy buffet jangan ambil bahagian dah kak. Hahaha. Memang semput kan, bebudak ni bukan senang nak larang nak pulak majlis besar macam tu. Hihi. Kalau Nani surrender lah kalau bab dengan bebudak ni, tak berapa ngam betul. Anak buah pun takut dengan mak cik diorang ni haaa. Hahahahha ! Fuh part yang duit hilang tu memang seriau betul. Nasib baiklah tak ke mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Akak dah pesankan entri ni panjang dan janganlah ngengada nak baca senafas. Siapa yang semput sekarang? Tapi TQ lah ya, Nani baca juga sampai habis ^_^

      Dah, lepas ni candy buffet ke, jaga duit ke, akak tak mahu in charge. Akak nak rileks ajelah lepas ni. Nak guna alasan anak-anak kena perhati sebab orang ramai ^_^

      Budak-budak bukan makan saman. Kalau kita beri saman pun dia buat muka toya aje. Hahaha!

      Delete
  13. gigih saya baca dari mula entry kak MD ni. tapi yelah memang gitu rupanya kalau kenduri ni kak MD. camne pun kita plan, time kenduri mesti ada kecoh punya kan. Comel2 anak kak MD jadi flowerboys

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Memang kena gigihlah dah panjang berjela jadinya! Kasihan kat kawan-kawan yang datang membaca tapi itulah sekali kemaruk menulis dah sampai, memang never ending storylah jawabnya ^_^

      Oh, thank you! Kalau tengok Mommynya jangan-jangan lagi comel. Hehehe!

      Delete
  14. Habis juga baca entry ni. Lea pernah masa kahwin sepupu makcik suruh jaga beg duit. Tak berani kemana-mana takut beg hilang. Makan pun last sekali . Besar tanggungjawab tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam takda seorang pun yang komen tak kata tak penat baca entri ni. Hahaha! Kasihan alahai kawan-kawan. Tapi nak buat macamana, I is suka meroyan dalam blog sendiri!

      Saya tak mahu bab jaga duit ni tapi sebab kakak nak pergi solat, itu yang saya okeykan ajelah. Bukan saya ke mana pun tau. Saya berdiri betul-betul di depan kerusi yang letak beg duit tu. Kiri ada anak bujang, kanan ada anak saudara. Memang tak mungkin orang boleh curi sebab depan saya tu meja panjang letak doorgift. So saya pun pelik siapalah punya angkara boleh ambil beg tu tanpa saya sedar. Legalah bila telefon anak saudara katanya dia ambil. Dia beritahu kat si adik tapi si adik sibuk main game, tak dengar apa kata kakak. Nak beritahu auntynya, auntynya tengah sibuk berborak ^_^

      Delete
  15. 10 kali telan air liur tau MD..
    Baru habis baca entri ni 😀..

    Bab beg isi duit tu HILANG..
    CH pun CEMAS membacanya MD..
    Alhamdulillah.. ada rupanya..
    Kalau toreh muka MD ketika itu mau tak berdarah sebab takuttt 😵😵

    Tak pe lah utk 2 kenduri ni pastikan ada gambar MD satu family dgn pengantin tu ye 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 kali telan air liur tu kira okeylah, CH. Ingatkan sampai terminum-minum air liur tak sempat telan baca entri saya. Hahaha!

      Cemas melampau dah CH bila toleh beg duit tu takda. Kakak saya sampai mencemik muka. Nak salahkan adiknya pun dah takda selera!

      Tak payah toreh pun memang dah takda darah. Pucat lesi. Terjerit sikit sampai orang tengok! Malu I tau!

      Next kenduri, saya hantar anak-anak posing atas pelamin dengan pengantin untuk masuk blog. Makpak depa, biarlah kita simpan gambar dan external drive jerk ^_^

      Delete
  16. Akak pun gigih membaca ....no skip2 tau.
    Part tengok dlm beg sendiri penuh gula2 tu yang akak tersengih sorang...
    Pasti ada je peristiwa2 cemas bila ada majlis2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya, kak baca sampai habis. Mesti tertelan-telan air liur macam yang lain-lain sambil dalam hati berkata, 'Bilalah nak habis entri si MD ni! Panjang pulak dia meroyan hari ni! Silap timing aku datang sini!' Hahaha!

      Biasalahkan kak bila majlis macam ni memang macam-macam perkara boleh berlaku tapi bab duit pemberian tetamu hilang sekejap tu rasa nak luruh jantung dibuatnya!

      Delete
  17. Mana boleh skip.. mesti baca kot2lah ada terjumpa nama ai kat dalam entry u.. kihkihkih.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Kelakarlah you ni. Tapi mana tau kan tetiba 'aku tersebut namamu'!

      Delete
  18. Assalam MD, fuhhh meriah giler tu majlisnyer.. tu baru 2 bujang kenit tu kecik lagi tak gtaulah dh bujang nnti mana rupa pulak !...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumsalam!

      My sister cuak gila takut majlis tak berjalan lancar tapi alhamdulillah semua tetamu memuji majlis yang kali pertama dibuat my sister ni. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, anak kedua/bongsunya akan naik pelamin pulak hujung tahun ni.

      Delete
  19. Hahaha gigih aina baca ni kak... Walaupun tgh on leave ni nak jugak usha entry hakak.. Terharu takkk! Haha. On leave seminggu. Tggu aina update noh. Oh btw kak kalau aina pun menggelepur bila tgk tgk bekas duit xde silap silap meroyan sat.. Haha yela bukan skit kann! Risau duit orang. Kacak je bujang akk jd flower boy.. hihi jaga candy buffet mmg xdpt nk control budak kak.. centre of attraction.. tmpt tu medan utama. Hihi =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak sampai tak taip entri baru tau semalam sebab kepenatan menaip entri ni. Hahaha!

      Anyway, TQ Aina kerana ingat kat blog akak walaupun tengah bercuti. I lap u, bebeh ^_^

      Eh, Aina bercuti sampai Labour Day ke? Ni sebab cuti dah applied siap-siap pasal hal tu ya? Ishhh....kecohnya akak ni nak tau! Okeylah, akak tunggu Aina bercerita nanti!

      Mahulah tak menggelupur bila tengok beg duit tu takda. Pucat akak jadinya, Aina. Silap haribulan kita pulak yang kena cekau ganti. Tak ke parah!

      Dah, lepas ni dalam mana-mana majlis kahwin anak-anak saudara, akak tak mahu dah in charge candy buffet atau jaga duit. Kalau boleh akak nak jadi mak sedara pengantin@ tetamu VVIP jerk!

      Delete
  20. meriahhhhhhhhhhhhhh gile kak...tgk dari pelamin...dari meja makan semua lahhhh..candy buffet jgn ckp...lawoo sgt2 smapai jadi tumpuan haahahha...mmg kak, nampak mcm senang, tapi lagi leceh jaga meja buffet...kene serbu ngan budak2 letih wooo ekekekekeekeke....yg pasti bagus family akak, tak kedekut..betul2 bagi org makan hah....meriah isi candy buffet tu....

    lagi satu nak komen, flowerboys tu...mak oiiii hensemmmmm....sekali tgk mcm artis kpop...dua kalitgk mcm hero hidustant....tiga kali tgk mmg sah leee besar nanti hensem2 anak ko kak oiiiiiiiiiiiii...siap lee kawin nanti candy buffet kene buat 3 kali ganda besar dari yg ni kekeekekekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah masa akak kahwin dulu takda candy buffet bagai. Kalau ada pun, of course bukan akak yang jagakan ^_^ Ni kira first timelah. Ingatkan senang. Duduk aje lakibini kat belakang tu sambil sila-silakan bebudak ambil candy bagai. Rupa-rupanya budak-budak mana takut saman macam kita orang tua nikan. Mereka buat suka hati mereka! Anak-anak akak pun sama naik sembunyikan gula-gula kat dalam tempat yang paling selamat! Hahaha!

      Eh, ada ke macam hero Hindustan? Masa pregnant dulu akak tak pernah termimpi anak-anak jadi macam hero Hindustan tau, Lieya ^_^

      Kalau depa yang kahwin, tengoklah macamana meroyannya akak jadinya nanti tau! Sambil-sambil drama air mata macam Kathy Fauziah tu! Hahahaa!

      Delete
  21. Peramlah lagi, kurang kurang lepas mami datang hujung tahun ni hihi....Ni kira awai sangat ni tau?
    Rugi tau tak de gambar anak beranak dengan pengantin. Kata always over! Ni low profile lak, dah kenapa? Huh.... obses sangat dengan Candy Buffetlah tu.....

    Mau tak panik! Duit tuuuuuu.... bukan sebag dua tapi sekarung! Mau menangis meraung org yg tak jaga betul tu haha.....
    Weyh mana penyanyi tu? Tak datang ka? Elehh.... Zarina Zainordinlah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, apa kaitan pulak entri kompang dipalu dengan Mami? Langsung tak relevan tau, Mak! Saja-sajalah tu nak kenakan kita!

      Kita kalau in public memang low profile, down to earth, Mak. Lagilah tetamu tengah ramai nak suruh kita berposing dengan pengantin. Silalah jangan harap! HD pun awal-awal dah balik bawa si kecil tu. Family kami tak cukup korumlah, tak mahulah posing!

      Itulah pasal. Itu beg terakhir rasanya. Yang lain bila penuh mereka ambil. At least cakaplah kat aunty depa ni dia ambil beg tu. Buat orang kecut perut aje tau. Turun berat 5kg sebab berpeluh-peluh ketakutan! Hahaha!

      Mak, come onlah! Zarina Zainordin tu layak ke jadi anak saudara Kak Ton? Apalah Mak ni...

      Delete
  22. full stop. hbs baca hiks
    kussss semangat, kan bila beg hitamm berisi duit tu hilang sekejap. ekekek.
    pucat lesi org tu.
    alhamdulillah rezeki masih berpihak kpd kita..

    time kenduri macam ni, mmg pon akan jd gituu.

    nasiblah mommy jaga candy buffet ye
    tak pe next majlis tak yah jaga situ dah. bg anaak anak sedara je jaga. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Tahniah kerana berjaya baca sampai habis! Bukan senangkan ^_^

      Mahunya tak seriau Ciksu bila beg kutip duit hilang. Bukan sikit-sikit yang hilang. Tapi itulah peliknya sebab betul-betul kat belakang tempat kita berdiri dan oang lain tak boleh nak ambil sebab ada meja panjang di depan tu. Entah macamanalah anak saudara saya boleh pergi ambil tak beritahu!

      Next time takda dah nak jaga candy buffet ke, jaga duit ke. Kita melaram, posing dan makan aje macam tetamu!

      Delete
  23. adoiiiii sayangnya takde gambar!!!! macam kira masa nikah dulu lah. konon nanti dah lepas majlis baru nak bergambar dengan baju nikah tu sebab baju sendiri. sampai ke sekarang nk masuk anak dua dah pun takde pun photoshoot dgn baju nikah tu. geram aje tau. sikit aje gmbr nikah masa tu.

    wuuuu memang berderau la darah kalau beg berisi duit tu lenyap hilang. memang kenyang la orang yg ambik tu klu dia dapat hahahaha. tapi syukurrrrrr rupanya ada orang lain yg tlong simpan hihihi. tp mmg bagus tau tindakan dia sebab kita tatau mata2 orang lain yg datang bertandang ni. mcm masa kenduri kakak kira dulu. hp kira hilang. rupanya 'orang dalam' sendiri yang mencuri hurmm hurmmm. sampai sekarang orang dalam tu tak berani nak angkat muka bila terjumpa dengan kira.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dah jadi bubur, tak usahlah ditangisi. Lagipun itu bukan majlis kita. Hahaha!

      Kata-kata nak menyedapkan hati aje tu. Padahal... huh!

      La, ni pengantin tak ambil gambar lagilah haru. Kalau majlis orang lain kita tak bergambar, boleh lagi dimaafkan tau, Kira!

      Gambar pengantin akak habis hantar kat imigresen aje. Dahlah gambar sikit. Dahlah gambar zaman dulu-dulu. Mana ada simpan dalam komputer ke apakan!

      Mahu tak berderau kalau duit kutipan hilang, Kira. Pucat lesi jugalah muka. Kepala dah berpusing tak tahu berapa yang hilang dan nak dibuat macamana. Dalam majlis macam ni biasalahkan macam-macam boleh berlaku sebab kita tak boleh nak kawal semua orang. Alangkah budak-budak pun tak terkawal inikan pulak orang dewasakan!

      Delete

Post a Comment