Ke Ikea kita ...

Salam 19 Rejab kawan-kawan!

Amacam, dah dapat balik nafas panjang selepas membaca entri ah kak sebelum ni?

Kasihan alahai you all semuakan tapi nak buat macamana. Itulah kalau I dok bertapa tu jangan diumpan-umpan untuk keluar dari gua. Kalau tidak, begitulah jadinya. Dia punya mengarang, tiada siapa yang mampu menghalang suruh berhenti! 

Maklumlah, perempuan over memang selalu macam tu kekdahnya ...

Hari ni ah kak janji entri pendek aje, tak macam kelmarin ya ^_^
 
Kisah ke IKEA ni pun sebenarnya dah lama berlalu. Kira macam throwback jugalah ketika kami first time ke IKEA Cheras. Rasanya minggu ni memang minggu throwbacklah gamaknya @_@

Ya, ya, ah kak dah sampai dah pun ke IKEA Cheras nun!
 
Dah beberapa kali dah pun!

Sepelaung ajekan katanya, tak akanlah makan berzaman baru jejak kakikan! Kita beri orang reda-reda dulu teruja dengan pembukaan IKEA ni, barulah kita terjah. Masa kami pergi ni pun kalau tak silap hari bekerja. So, takdalah berasak-asak penuh orang di IKEA!

Ini entri menceritakan kisah kali pertamalah ya ^_^   

Of course, selain dari Mommy mereka, my beloved superheroes pun antara yang gembira bila nak pergi IKEA ni. I pun tak tahu mengapa...

Maybelah sebab tempat ni luas dan mereka boleh berlari ke sana ke mari dengan gembiranya. Mereka berdua memang suka posing-posing kat IKEA ni. Tak payah disuruh-suruh!

Ingat tak gambar si kecil ni?





 
Adik Cute memang sejak kecil ya suka sangat IKEA ni. I mencari another gambar of him dengan MakNgah dan Tok Maknya tapi tak tahu mana pulak perginya. Gambar banyak sangat sampai tak boleh cari!
 
Sekarang ni walaupun dah nak masuk 5 tahun, keseronokan pergi IKEA memang tak pernah pudar. I guess my superheroes ni sampai dewasa pun suka pergi sini dek penangan perangai Mommynya ^_^
 
Jom tengok apa Mommy mereka beli  mereka berdua suka buat di IKEA ni ^_^ 
 







 
IKEA ni siapalah yang tak sukakan. Cumanya sentiasa padat dengan orang kalau silap pilih masa. Kalau dah masuk kat dalam ni, lupa segala kerunsingan yang melanda tau!
 
Eh, rasa macam nak pergi IKEA aje hujung minggu ni....  
   


Comments

  1. jom g dating ikea.
    x sampai lg ni...
    mmm md beli apa kat ikea? pokok pandan ada beli tak? bila nak berkebun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomlah. You nak belanja I makan kat IKEA ke atau nak belanja beli pokok-pokok sikit. Sambil tu ajar I cara-cara bercucuk tanam ^_^

      Pokok pandan I rembat aje kat rumah my sister! Yang tu tak payah tunggu pergi IKEA. Hahaha!

      Ahah! Itulah! Niat dah lama ada. Dulu kata kalau IKEA Cheras buka nak pergi cari pasu cantik-cantik nak tanam pokok-pokok keliling rumah. Tapi lama dah niat tu, tinggal niat aje dalam hati, tak keluar-keluar dari hati tau!

      Delete
  2. best gi ikea, segala macam nak beli. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Rasa menyesal sangat-sangat kalau keluar tak beli apa-apakan ^_^

      Delete
  3. Janganlah perasan mak termakan humpan Kak Ton tu ek....Tak denya nak ke IKEA haih....
    Bab Ikea ni bukan 2 hero cute tu aje suka tau, mak yg jiran sebelah blog ni pun suka tau!!! Entah kenapalah kan..... rasa damai tenang jiwa raga dapat tengok deko deko dia tu....sambil dapat beli cermin kecik yg harga Rm3.90 tu kot haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah! Kalau macam tu legalah Kak Ton! Nampaknya line clear hujung minggu ni. Takda siapa yang nak minta signature Kak Ton. Hahaha!

      Mak, yang RM3.90 tu cermin kecil ke atau jam dinding?

      Kak Ton baru aje ingat nak beli 2,3 jam dinding yang harganya RM3.90. Bukan jam dinding rupanya...

      Delete
    2. Sama jer harganya....cermin tu pun Rm3.90 jugak Kak Ton...

      Delete
    3. Oh, ya ke... Kita nak beli jam aje. Nak letak kat bilik air ^_^

      Delete
  4. betul kak..sape laa yg tak suke ikea....lieya ni salah sorangnyer...konon pergi tak mo beli ape....nak makan meatballs je...tapi last2 tersoping gak heheheeheheh..... tapi takpe laa, brg ikea comel2...umah pun jadi lawoo jek dgn brg ikea heheeheheh

    bagus akak simpan lagi pic lama....patut akak suruh adik posing sebijik mcm tu pegang beg...pastu nanti buat pic sebelah2 ala2 throwback gituuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulahkan! Senang cerita orang perempuan memang macam ni! Kalau dia kata takda apa nak beli, nak jalan-jalan aje, itu memang omongan kosong! Hahaha!

      Pic tu ada dalam blog ni dulu. Teringat, itu yang tekun mencari balik supaya banyaklah sikit gambar dalam entri ni. Hahaha!

      Delete
  5. heheh jue pun pantang gak g ikea ni.. kang macam2 beli.. kunun nak aim 1 2 benda keluar mak aihh bnyak juga rembat hat murah2 tu.. hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel-comel kadangkala itu yang tak boleh resist ^_^ Lagipun adatlah perempuankan, mana boleh keluar shopping mall dengan tangan kosong!

      Delete
  6. Dah entry PT3 pulak MD ni..
    500 patah perkataan jer ye..
    Elok lah tu.. tak lah penat nak telan air liur CH ni hahahha..

    Suka benor adik cute tu ke IKEA ye..
    Tengok tu lebih besor beg pada orangnya hihihi..

    Ikut jer lah perangai mommy tu Adik Cute..
    Untung esok isteri adik cute sebab adik suka gi IKEA tu kihkih kih

    CH yg tak gemor sangat gi tempat yg besor2 ni MD..
    Pastu orang ramai..
    Boleh tumbang CH kat situ..
    Kalau CH nak pergi pun time kerja ambil cuti..
    Melenjanlah 2 laki bini kat situ..
    hmmm bestnya..
    pastu beli barang yg harga RM3.90 jer..
    Tak boleh lebih dari itu..
    Baru boleh penuh trolly ..
    Tak gitew jiran sebelah.. Nom oiiii :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! Sempat lagi tu CH kira berapa patah perkataan saya taip! Hahaha!

      Kata kelmarin tertelan-telan air liur nak menghabiskan entri. Itu yang saya kasi pendek ini hari punya entri sebab kasihan tau tak! Kalau ikut nafsu menaip saya, jangan haraplah karangan PT3, CH. Saya kalau buat entri semuanya gaya assignment universiti tau!

      Oh, CH biasa jugalah ambil cuti nak pergi 'honeymoon' dengan suami kat shopping mall yerk. Baru tau rahsia ^_^

      Kalau beli 100 produk harga RM3.90 tu CH cuba kira berapa duit habis. Banyak juga tu...

      Tapi itulah sebab RM3.90 punya entri saya sudah rindu-rinduan dengan IKEA ni tau! Memang nak kena belasahlah jiran sebelah tu! (Cakap belakang jerk, cakap depan tak berani. Takpa! Takpa! Dia dah komen dah entri ni ^_^)

      Delete
  7. Malangnya kat tempat kakak ni tak ada kalau tak kakak pun suka juga nak pergi cuci mata. kalau dah adik pun tahu menikmatinya apa lagi yg mak-mak ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan bimbang, kak. Tak lama lagi adalah tu. Kan IKEA dah bilang (^_^) dia nak buka cawangan di JB, Perak dan Penang. Usah risau. Masa akak untuk melenjan di IKEA akan tiba tak lama lagi ^_^

      Delete
  8. Tepat tu MD, mmg boleh hilang segala kerunsingan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Bukan pendapat saya seorang sahaja. Hampir semua perempuan pun sama. Release tension mak-mak, kata omputih!

      Delete
  9. Tak pernah cuba lagi ke sana.. nak pergi tapi ntah bila.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You kalau nak bawa anak-anak kita dating, pi lah IKEA Cheras. Kita belanja mereka meatballs, yerk ^_^

      Delete
  10. serius,tak pernah gi Ikea dan teringin sangat nak shoping sana, ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best tau kalau masuk IKEA ni. Cuci mata pun dah best sebab banyak tempat pameran. Kita beranganlah itu dalam rumah kita dengan pelbagai gaya susun atur dalam satu rumah. Hihihi!

      Delete
  11. Sapa yg x suka IKEA. Lagilah mak2 org ni.lg syok pergi klu org x ramai.Adli klu kesini memang syoklah dia....semua katil n sofa nak di testnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang tak ramai, memang best. Bebas sikitkan kita nak posing dalam 'rumah' kita ^_^ Barang-barang IKEA ni ada yang seronok juga untuk dibelek dan .... dibeli ^_^

      Delete
  12. kalau adik abang suka ke ikea..mummy diorang apatah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apatah, apatah lagi ... ^_^

      Kalau tak Mommy yang selalu terhegeh-hegeh nak ke IKEA, mana mungkinlah mereka dapat pergikan ~_^

      Delete
  13. Salam Jumaat. lama x terjah ikea ni MD. Ha2 comey Adik mcm makcik2 bila gendong beg ikea mcm tu .. cute !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Jumaat, KA!

      Kalau ada masa, terjahlah. For sure tak mahu keluar ^_^

      Favorite dia masa kecil kendong beg IKEA tu tapi sekarang ni pemalas!

      Delete
  14. Tak pernah smp IKEA..sedihnya.hahaha

    Tp sukalah bila org cerita las ikea.brg murah comel2..paling best brg2 deco rumah.memang klu masuk rumah baru nilah tempat berbaik pergi smp rabak poket kan..ala dpt cuci mata pun jadi.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar, PK. Sabar!

      Jangan bimbang. Tak lama lagi kalau IKEA buka di Penang, hang seranglah setiap hujung minggu ya ^_^

      Memang pun barang kat IKEA ni comel-comel belaka. Yang besar bagak tak payah tengoklah sebab lebih mahal dari perabot di luar.

      Ingat hari tu bercita-cita nak jadi petani berjaya. Lepas IKEA Cheras buka, kita naklah beli pasu cantik-cantik lepas tu mula menanam macam kawan blogger PB tu. Tapi dah setengah tahun IKEA buka, niat tinggal niat aje tau1

      Delete
  15. mmg niat nak pergi ikea jugak weekend ni..
    tapi sure ramai org dgn cuti nya... tgk lah bebila amik off ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun macam terasa-rasa dipanggil oleh IKEA ni tapi tak sukalah pergi hujung minggu. Mesti ramai betul orang!

      Delete
  16. saya ni nasib baik dok dgn akak . klu dok umah sendiri , confirm mcm2 benda dah ada dlm rumah . saya paling suka set dapur sebenarnya . tgk pinggan mangkuk dan langsir je dah blh buat saya dok berjam2 . lagilah klu motif bunga ... pergh ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duduk sendiri ni rasa saya memang penuh bunga-bunga dan motif bunga pada barangan rumah. Ya tak, Vee?

      Best tau pergi IKEA ni sebab boleh menjamu mata! Suka tengok dekorasi setiap showroom tu!

      Delete
  17. tak pernah jemmu tiap kali menjenguk ke sini, kan. ade aje idea dekorasi nya yg diamati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Ciksu. Takda maknanya nak jemu dengan IKEA ni. Kalau sekali pergi, asyik nak pergi!

      Delete
  18. Tgok perkataan IKEA tu terus keterujaan kembali menjelma..OK..nanti nak Ajak cik Abe pi IKEA la...ari tu pergi tp x beli APA pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi tau SA kalau dah masuk IKEA tak beli apa-apa. At least dapat beli lilin pun jadilah ^_^

      Jomlah kita pergi IKEA berjemaah. Buat sesak ramai-ramai ^_^

      Delete
  19. kalau tanya siapa tak suka IKEA tak berani jawab tapi malas jugak nak pergi IKEA alih2 bawak balik pensil & pita ukur IKEA je. Dari dulu sampai sekarang. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! At least bawa juga balik pensil dan pita ukur IKEA. Adalah kenangan pergi IKEAkan tapi jangan pulak buat hal nak buat entri shopping kat IKEA. Hahaha!

      Delete
  20. Nani ni pun teringin jugak nak ke ikea sebab nak cari loyang untuk bakar kek. Hahaha ! Adehh busy kemain sekarang ni, tak sempat nak ke Ikea bagai. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi, nak cari loyang kat IKEA! Kat tempat lain takda ke, Nani?

      Cuba cari barang lain kat IKEA ^_^

      Delete
  21. bestnye... teringin sgt nk ke sini.. last smpai sini 5-6 thn lps kot.. haha..bapok lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti-nanti adalah peluang tu nak ke IKEA, Lya. Lain kali kalau melawat KL, masukkan IKEA dalam itinerari siap-siap ya ^_^

      Delete
  22. mohon jangan merobek2 tangkai hati ni. dah plan dah tau nak ajak somi pegi ikea sempena masih cuti lepas pantang nanti. tapi tapi tatau la dapat realisasikan ke idak hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... siap pasang plan nak pergi IKEA masa cuti berpantang ek! Okeylah, akak janji akak tak akan cakap pasal IKEA lagi. Akak cuma tulis aje pasal IKEA dalam blog yerk ^_^

      Delete

Post a Comment