Salam 3 Rejab kawan-kawan!
Tahu tak betapa tak seronoknya bila celah belum aje muncul di alam maya? Memang tak best langsung tau bila hari ni ada entri, esok lusa takda. Kejap muncul, kejap tenggelam, muncul sekejap, lama tenggelam ~_^ For me, memang I tak sukalah. Nak blogwalking sekarang ni pun azab alahai. Itu yang tetiba rasa macam nak diactivate terus blog ni...
Untuk hari ini kita sambung lagilah cerita luahan hati si emak budak ...
Kalau tak silap, Selasa minggu lepas I dengan tabahnya mengharungi jalanraya di waktu lunch break semata-mata nak tengok keadaan tadika si Adik Cute. Nak bayar yuran mid term sebenarnya dan terlanjur tu, marilah kita tengok persekitaran di tadika yang berjenama baru ni katanya ...
Oh, by the way, sebelum I sempat ke sini, ada lagi panggilan dari Smart Reader pagi tu...
Puan, do you know whether they already moved out from our building or not?
Laaaa! Memang nak kena hempuklah ni!
Dahlah hati I masih berbara, ada ke patut tanya I soalan macam ni. I pun jawablah, manalah I tahu. I tak hantar anak pergi sekolah hari-hari dan my anak pun baru start sekolah minggu lepas sebab tadika tutup kerana buat renovation for a week! Pergilah tanya directly pada new managementkan! I ni pun baru hari tu nak tengok-tengok keadaan tadika baru ni!
Sampai-sampai aje, I tengok signboard pun tak up lagi. I pun dok called HD tanya belah manalah tadika baru si Adik Cute ni. Kata HD, sebelah pintu aje dari Smart Reader lamanya.
I pun tengok pintu yang bermangga. Macamana ni nak masuk. Loceng pun takda. Nasib baik ada satu parent ni tengah tunggu anaknya turun, so masa pembantu tadika tu bawa turun anaknya, I pun katalah nak jumpa teacher.
Tunggu ya, puan! Nanti saya suruh teacher turun!
Hah? Nak suruh saya bayar yuran kat depan pintu ni ke?
Maaf ya, puan! Tunggu sekejap!
Aduh! Panas pulak persekitaran tetiba ...
Lepas tu, another pembantu pula terjeling-jeling dari atas dan tanya nak jumpa siapa. Keluar pulak another teacher ...
Oh, Mommy Luth! (Again teacher ni ingat anak bujang tersado I aje instead of anak bujang tercomel ^_^)
Bila dapat naik ke atas, I pun bayarlah duit yuran. Sambil tu menjeling juga keadaan persekitaran. Aduhai, satu apa pun tak siap lagi. Pintu grill takda loceng. Dinding tadika pun kosong aje. Kerusi meja pun belum habis berkemas. Buku resit pun main cop tadika aje!
How about the uniform?
Oh, have you seen the new uniform? So nice, Mommy. Beige t-shirt and yellow pants... InsyaAllah! I think by this week can getlah, Mommy ...
Janji ajelah... Until hari ni pun tak dapat juga!
Oh, together with school bag, socks and shoes, right?
Oh ... we won't provide bag, socks and shoes, Mommy! He can use his own bag and wear own shoes, Mommy!
Apa? Oh, syahdu tetiba dalam hatiku ini....!!!
But, I already paid for the bag, socks and shoes!
The principal will return the money later, Mommy....
And last Friday, my anak bawa balik bukukerja dalam paper bag yang teacher beri kerana bag sekolah yang dia ada, kecil bangat; tak muat nak masukkan buku-buku bersaiz A4 tu! Teacher sempat beritahu HD yang kena belikan beg sekolah baru untuk Adik Cute! Weyh, kalau I tau tak dapat beg sekolah, memang dah lama I belikan anak I beg sekolahlah!
Yalah, memang I tak belikan pun Adik Cute beg sekolah memandangkan Smart Reader akan provide beg sekolah. Jadi, bawalah si kecil tu beg yang selalu diangkutnya ke hulu ke hilir kalau berjalan. Memang tak sesuailah nak letak bukukerja yang 'tinggi-tinggi' belaka tu! Manalah tahu tetiba bila tukar management, beg sekolah tak diberikan pulak! Pulangkanlah baki duit tu cepat supaya senang I beli beg sekolah yang sesuai untuk budak Tahun 6 yang nak ambil UPSR. Maklumlah lepas ni kawan-kawan, anak I ni tak pergi primary school ya. Terus masuk pra-U sebab belajar pun dah tinggi sangat!
Hujung minggu ni I pun beleklah bukukerja baru si Adik Cute ni....
Aduhai...
Budak beginner dah diberi homework alah-alah budak Tahun 1. Of courselah yang mengajar lebih banyak buat kerja sekolah daripada yang belajar! Eh, memang tak berkenan sungguhlah rasanya! I knowlah education is getting tough, budak-budak makin bijak pandai belaka dek persekitaran yang hebat sekarang ni, tapi kasihanlah anak bujang I macam ni!
Si kecil tu dah demam ya! I rasa sejak masuk tadika ni, hampir tiap bulan kena demam! I pun sekarang ni macam takda rasa nak menghantar anak ke tadika. Obviously, Mommy lebih kecewa dan kecundang rasanya berbanding dengan Adik Cute! Nampak sangatkan!
Kami dah berbincang. Kita biarkan Adik Cute belajar di sini sampai Julai nanti. Kalau takda perubahan yang memberangsangkan minda my anak, I nak keluarkan Adik Cute dari sini. Home schooling for another 6 months and at the same time, hantar tuisyen Mandarin. Next year, I mungkin masukkan Adik Cute ke GA pulak demi mencukupkan kuota belajar tadika katanyakan!
Kalau ada kemajuan, I akan biarkan Adik Cute habiskan 'pengajian pra-universiti'nya di tadika ini!
Laaa... tak faham cerita kenapa ah kak marah sangat? Kenalah rujuk entri ni yerk!
Oh, aku kuciwa hangpa tau tak!
Dah! Stress ah kak dah kembali mengamuk! Memang naik balik dara(h) macam ni tau!
Setup tadika baru ..
ReplyDeleteMemang macam tu MD..
Banyak yg tak selesai..
Kena try and error lah MD..
Kesian kat anak-anak ni.. kekadang mereka juga stress..
Macam anak akak yg nak ambil UPSR ni..
Tahun ni kan UPSR bermula format baru KSSR..
Aduh kesian mereka.. banyak sungguh cikgu bagi kerja rumah..
Kekadang sampai 10 muka surat..
tu baru satu subjek..
CH pun nak menangis tengok..
Anak saya dah malas nak pergi tadika. Saya pun macam dah malas nak hantar anak ke tadika ni. Kecewa punya pasal. Tapi dek kerana memikirkan masa depan anak, sekurang-kurangnya mestilah nak achieve something bila dah hantar anak ke tadika mahal-mahalkan, CH!
DeleteBudak-budak sekarang tak macam kita dulu-dulu,CH. Indah aje dunia waktu jadi pelajar. Sekarang ni tak tahulah apa yang dikejar-kejarkan sangat dek budak-budak ni ...
kan.. bayar mahal2 tengok tadika dalam keadaan macam tu kadang2 kewarasan kita boleh bertukar ke level budak tadika tantrum jugak. Takpe MD sabar (sambil urut dada MD & di samping itu ambik kesempatan jugak hahahhaa)... Insya Allah besar ganjaran orang yang bersabar. Berkat dari kesabaran MD manatau adik cute dapat tadika baru Julai nanti. Kita pun tak sempat nak BW.. ni pun curi masa nak iron baju sekolah anak BW jab ke blog MD. lama tak singgah takut jadi berhantu pulak tinggal lama2 hahaha
ReplyDeleteYang geram sangat tu Suria sebab mereka tukar management tanpa inform awal-awal. Kalau kita tahu mereka nak keluar dari Smart Reader, senanglah kita nak fikir apa patut buat. Ini dok kata nak tukar syllabus yang lebih baik aje...
DeleteDah terlanjur membayar habis, terpaksalah si kecil ni tabahkan hati belajar di sini. Tapi sebenarnya yang tak tabah tu Mommy dia!
Amboi sempat lagi nak ambil kesempatan! Ada feeling ke sesama perempuan? Hahaha!
ee.. nanti zn luth mcm mna lah belajar.. i dulu kecil2 mna pernah belajar.. tau main je. stress nya jd budak.
ReplyDeleteEntahlah, PB. Zaman si Luth yang itu, I tak tahulah ikut gaya sukatan pelajaran yang mana pulak. Manalah tahu nak jimat kos, boleh aje hantar anak pi tadika lepas tu terus masuk degree kat universiti macam anak I ni ^_^
DeleteAlahai...kita yang tumpang baca ni pun rasa nak ikut semput sama...
ReplyDeleteSampai tak tidur malam dibuatnya, Kakcik! Kasihan si kecil ni. Ingatkan dapatlah berlaku adil dengan si Abang dan si Adik, rupa-rupanya tidak juga. Geram sungguh saya ni tak habis-habis lagi tau!
DeleteLaaa...ingatkan tukar management jer tp sekolahnya tetap yg lama. Rupanya tidak ek....Mau tak geram, dia pulak yg call kita tanya pasal sekolah, ceh!!
ReplyDeleteGeram jugak kalau cenggitu ek Kak Ton. Dahlah mahal bukan main lagi. Nampaknya tahun depan ajelah gamaknya Kak Ton boleh tgk adik cute pakai uniform.
Tadika dah bertukar nama, Mak! Itu yang marah. Kita ni termimpi-mimpilah nak tengok anak pakai uniform Smart Reader macam abangnya. Punah impian. Hancur harapan gitu katanya ...
DeletePatutnya kalau dah takda francais fee, murahlah sikit yurankan. Bagilah diskaun. Ni nak tunggu duit beg, stokin dan kasut ni, entah bilalah agaknya boleh dapat. Nak juga belikan si adik tu beg barang 2,3. Aduh! Geramnya!
Selamat mlm MD, Lama, kaknoor tk singgah sini jgnlah keciwa dik akak pun turut stress jugak ni
ReplyDeleteHai, KakNoor! Apa khabarlah di sana agaknya! Jauh sangat saya nak blogwalking, KakNoor! Hahaha!
DeleteStress masih bersisa ni, KakNoor. BP tak check lagi. Takut naik balik kang!
Aduh, sampai naik darah tinggi dibuatnya! Salah satu sebablah tu. Tak tidur malam tau saya dibuatnya dok memikirkan tentang nasib si kecil ni. Kita tengoklah sampai bulan Julai nanti. Kalau banyak improvementsnya selepas memperkenalkan syllabus dari UK ni, kita teruskan. Kalau tidak, kita cari jalan lainlah tahun depan!
ReplyDeleteadoi malang sungguh nasib mommy n adik cute.nk buat cmna mungkin ada hikmah kot..benda dh berlaku nk tarik balik pun takde guna..yg membaca ni pun kecewa apatah lg yg mengalami..dh byr tu redha ajelah..lgpun adik cute br 4 tahun kan..tahun depan masih ada 1 tahun kan utk tadika.mommy jangan stress sgt tau.hehe
ReplyDeletebenda baru kan msti byk kekurangan.byk benda nk kena buat..nak kena set up.budak2 pun jadi bahan ekaperimen..kesian la
Itu yang buat stress sangat, PK! Dengan rasa tak sihat, dengan masalah tadika anak lagi, memang tak boleh terimalah! Sekarang ni pun saya rasa tak mood nak hantar anak ke tadika tu tapi nak buat macamana. Tak akanlah nak pindahkan dia tengah tahun, mulai all over again! Memang mengamuk lagilah si kecil tu. Kita juga yang susah nanti!
DeleteTengok macam semua pun tak set up betul-betul lagi. Masa saya pergi tu pun baru 3 hari kot berpindah ke bangunan baru. Tapi renovate dan seminggulah!
Huhu byr je kat dpn grill bermangga tu MD. pastu surud dia turin antar resit
ReplyDeleteHaishh klu sy pun angin. Maka kenalah beli beg nmpknya. Huhu
Hilang mood nak hantar anak pi tadika sekarang ni, LM. Tak tahulah nak buat apa. Tengoklah, kalau saya ajar anak lagi cepat dari syllabus baru mereka, memang kena pindah tadikalah anak saya tahun depan!
Deleteklu baru nak set up payah lah klu gini..
ReplyDeletekena cari tadika yg betul2 establish..
dah dkt setengah thn dah kak... mcm2 hal lah yer
akak pun jgn stress kang naik bp..
Baru dua hari lepas dapat seluar sepasang, Lyn. Baju tak dapat lagi tapi si kecil tu bukan main happy nak pakai t-shirt biasa dengan seluar tadikanya. Kasihan akak tengok anak akak tau!
Deletemcm mana lah mrk tu buat bisnes agaknya ya tak jaga client . bila client lari , barulah nak meraung tgk income lari sama ... rasanya teacher2 tu pun dah letih dok menjawap soalan mommy lainnya kan ... pengetuanya mestilah x nak tunjuk muka ... sabar je lah MD .
ReplyDeleteMemanglah teacher yang letih. Pengetua jumpa makpak masa berbincang nak tukar syllabus aje!
DeleteFikir-fikir balik memang takda pilihan sekarang ni. Terpaksalah teruskan aje dan tengok perkembangan si Adik Cute ni macamana.