Kisah Smart Reader Kids yang dah tak 'smart' !

Salam 26 Jamadil Akhir kawan-kawan!

Ini entri luahan perasaan yang paling berapi-api gamaknya selepas menyepi hampir sebulan!

Maklumlah dah lama tak ke udara katanya, lagi afdal kalau dilepaskan api kemarahan tu di blog. Kisahnya baru aje berlaku, dalam seminggu dua begitu. So, okeylahkan kalau masih bersisa lagi api kemarahan tersebut ^_^

Nak tahu asal-usul cerita, kalau rajin boleh baca di sini.

Alkisah, ingat lagi tak pertemuan empat mata si ibu dengan teacher di Smart Reader dalam entri sebelum, sebelum ni? Inilah sambungannya ... Ish, tak puas hati betullah!

Dua minggu sudah, di pertengahan minggu, sedang I dalam kesibukan buat kerja pejabat tiba-tiba dapat panggilan dari Smart Reader. I ni pulak kalau nombor tertera kat handphone tu tidak dikenali, memang malas betul nak angkat tau. Nanti ada je yang nak jual insuranlah, nak upgrade internetlah, Astrolah, pendekata macam-macam yang nak dipujuk rayu si pemilik telefon ni tau. Itu yang buat I malas betul nak angkat telefon bila ada nombor tak dikenali mendail. Tapi kalau mood baik macam diva jerk, I angkat jugalah!

Kebetulan, I terangkatlah panggilan tu ...

Si pemanggil katanya dari Smart Reader. Soalan pertama of courselah tanya betul ke I ni Mommy si budak cute tu ~_^. Soalan kedua pulak ditanyanya sama ada my anak ni masih lagi nak kekal dengan Smart Reader ke?

Eh! Wait! Wait! Wait! 

Ini soalan memang mengancam akal fikiran I untuk memproses maklumat dengan pantas!

I pun jawablah  ... of courselah my son belajar kat Smart Reader.... (Awat bebal sangat ni tanya soalan!)

Soalan ketiga, ditanya pulak sama ada I tau ke tidak nama baru centre tersebut?

Eh, merapu apa ni beb..... 

I pun pokpakpokpaklah membebel itu, ini. I kata memang management ada called suruh attend perjumpaan. Beritahu makpak yang mereka nak upgrade syllabus. Minta  tandatangan atas kertas untuk protect principal katanya, takut nanti Smart Reader tuduh principal menghasut makpak suruh tukar syllabus yang lagi canggih. Syllabus Smart Reader katanya dah ketinggalan zaman (Betullah I dok fikir sebab zaman Bubbly Abang 5 tahun dulu dengan Adik Cute, sama aje syllabusnya. Kalau katanya tadika gomen, mahu dah berpuluh kali tukar syllabus dalam 5 tahunkan, macam peringkat sekolah-sekolah gitu! Eh, terover marah pulak!)

Masa perjumpaan dengan principal pun asyik dok kata nak guna syllabus international. Nak ajar budak-budak 5,6 tahun ni supaya 'pakai perisai kebal' bila melangkah ke Tahun 1 di sekolah nanti. 

Nanti budak-budak lain baru terkial-kial nak menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan baru nak belajar beli makanan sendiri di kantin sekolah, anak-anak kami ni kononnya dah expert campur-tolak dalam Maths, speaking pun speaking London, dan masa budak-budak lain terkial-kial belajar perkataan baru, anak-anak kami dah pandai bina ayat, okey! Buat karangan satu perenggan pun dah boleh! 

Hah, hebat tak syllabus international yang baru tu? Makanya terloponglah makpak sambil angguk-angguk kepala bersetuju. Eager bukan main nak turunkan tandatangan. I aje yang terkial-kial nak sign ke tidak (tapi sign juga ^_^) Itu aje kisahnya ya... 

Lepas tu bila jumpa teacher si Adik Cute ni, katanya kalau setuju, baguslah. I ada juga suarakan pendapat tentang my anak tapi katanya Adik Cute, okey aje. Janganlah bimbang sangat sebab teacher percaya Adik Cute boleh seiringan dengan kawan-kawan sebaya! 

Bila tanya tentang yuran, katanya tiada perubahan. 

Bila tanya tentang uniform Smart Reader, katanya kalau setuju dengan syllabus baru ni senanglah. By April boleh dah dapat uniform and etc., etc., sebabnya mereka uruskan sendiri! I confused juga dengar statement tu tapi takdalah berfikir panjang. Awat selama ni susah benar nak dapat uniform, kasut dan beg sekolah tapi tetiba aje katanya nanti centre buat sendiri, lagi cepat. Tukar uniform katanya. 

I ni pulak dok fikir mereka nak tukar uniform Smart Reader supaya nampak lagi canggih bergaya gitu katanya, takdalah I berfikir lebih mendalam lagi sebab my kepala tengah risau memikirkan tentang syllabus baru tu! Takutlah mana tau my anak tak terkejar segalanya. Usia pun muda!

Sampailah ke hari yang I dapat panggilan dari Smart Reader ni...

Mahu ah kak tak terkejut chimpanzee dibuatnya!

Dok call teacher tak dapat-dapat. Dok call centre pun tak berangkat juga!

Petang tu teacher whatsapp minta maaf dengan kekeliruan yang berlaku dan panggilan yang dibuat oleh Smart Reader kepada semua ibubapa terlibat. Ini katanya....

All my teachers are still around. Not to worry. Nothing is change except the management, brand and syllabus. Sorry for the incovenience caused by Smart Reader. Classes resume as usual on Monday, 4th April and we will be having Kentucky party for your children on Monday. Thank you for your support and token of appreciation.

Rupa-rupanya, mereka bukan upgrade syllabus baru aje! Mereka pulled out dari Smart Reader!

Dan, it's my mistake bila I tak nampak ada satu surat pemberitahuan dari mereka a few days before I dapat panggilan dari Smart Reader yang mengatakan centre akan ditutup seminggu kerana kerja-kerja renovation dan tertera dah logo baru kat surat tersebut - KidsWorld

Masa surat tu dihantar thru WA, I sendiri tengah 'huru-hara' dengan myself, maka HD yang tolong baca isi kandungan sebab mem tak nampakkan, rabun! Kami cuma baca isi kandungan aje mengatakan centre tutup seminggu untuk reno, dan akan beroperasi semula on April, 4. Kelas ganti akan dibuat masa cuti sekolah bulan Mei nanti. Langsung tak perasan pun logo baru kat kepala surat tu tau!

I kan sepatutnya buat bayaran untuk yuran pertengahan penggal so ingat nanti nak tanyalah apa ke hal sebenar yang dah berlaku ni, tapi dek kerana lepas tu I pulak 'tumbang' dekat seminggu, makanya huru-haralah segalanya. I memang kalau bab-bab macam ni, I yang paling berkuasa. Tak akan I suruh HD handle bab sekolah anak-anak ni. 

Pun begitu, I dapat jugalah telefon teacher Adik Cute ni. Katanya dia dah informed yang mereka tukar management, tukar brand baru dan tukar syllabus from UK tapi jangan bimbanglah sebab semua teachers masih ada. Cuma tukar principal aje (entah apa namanya datin tu...) sebab principal sebelum ni kena resign. Alasan logiknya, kalau pull out dari franchise program, kena dok sesenyap belakang tabir dan selepas dua tahun barulah boleh aktif menyibuk kembali!

I pun beritahulah yang kita ni makpak sememangnya pilih brand. Kalau tidak, tak akanlah bersusah-payah I nak menghantar anak-anak ke Smart Reader. I admit, teachers di centre ni memang bagus belaka tapi rasa marah jugalah sebab macam tertipu. Kenapa masa perjumpaan dulu langsung takda kata pun yang mereka nak keluar dari Smart Reader! Dok cakap pasal syllabus baru aje. Kalau masa tu mereka beritahu, I pasti tak semua makpak akan sign kertas tersebut bersetuju!

Kata aje nak protect principal konon, tapi yang sebenarnya mereka minta tandatangan sebab kononnya nak inform Smart Readerlah yang semua ibubapa bersetuju dengan centre baru yang mereka nak tubuhkan ni! Yang lagi best, lepas tu HD pun ada signed paper juga semasa menghantar Adik Cute ke tadika. Penuh katanya signature makpak, so HD signed paling bawah sekali. Lagi best, bila teacher yang menghulurkan tu minta his signature, langsung tak tanya pun untuk apa!

Yalah! I nampak all parents signed the paper, so I signed too!

Senangnya jawapan!   

So, hari ni hari pertama Adik Cute ke sekolah... party Kentucky katanya ya! 

Selepas parents tau KidsWorld ni dah independent dan bukan lagi under Smart Reader, I pun tak tahulah berapa ramai students yang bertahan. I masih tak sempat nak ke centre baru ni (next to the old Smart Reader building). Maybe esok I akan ke sana sebab yuran pun nak kena bayar untuk next term.

Dan inilah sebab-musabab my anak bujang akan kekal di centre ini :-

1. I dah bayar yuran RM2000 lebih ya untuk this whole year and I masih lagi kena bayar yuran untuk another 2 terms which is RM1000+ for each term. Duit concert untuk akhir tahun ni pun dah bayar!

2. Walaupun kalau ikutkan hati memang I NAK juga hantar anak ke Smart Reader, takda cawangan Smart Reader yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Semuanya jauh sikit dan buang masa rasanya nak menempuh jem untuk hantar/ambil anak. I pun tak naklah anak bujang I kena bangun awal pagi sebab nak pergi tadika! Lagilah dia melalak tak mahu pergi tadika nanti! I juga yang susah hati kat pejabat!

3. Adik Cute dah terbiasa dengan environment di Smart Reader, baik guru-guru dan kawan-kawan sebaya. Memang tak dinafikan, ada improvements bila Adik Cute belajar di sini. Kalau I pindahkan dia ke cawangan Smart Reader yang lain, again dia kena belajar bersosial kembali. Mesti melalak punyalah! 

4. Kami dah berbincang suami-isteri, kita tengoklah macamana keadaan this year. Kalau kami tak suka, next year dah tentu kami akan pindahkan Adik Cute ke tadika yang lain. Masih dalam perancangan, ke manalah harus dihantar kalau kami rasa tak sesuai nak sambung belajar di KidsWorld ni. Next year my anak kena belajar Mandarin pulak. So this year, dia kena mahir dengan BM/BI dan yang sepatutnya supaya tak menyusahkan lagi pembelajarannya dalam Mandarin!

Tapi dalam hati I ni memang sedih tau. Nak sangat tengok Adik Cute pakai uniform Smart Reader macam abangnya. Tak kesampaianlah nampaknya! 

Esok I nak tengok berapa kerat students yang remain di KidsWorld ni. I ada terfikir juga kalau tak ramai yang tinggal, I pun rasa macam nak keluarkan anak from here too. Tapi tengoklah macamana ya!

Oh, sedihlah tau kenapalah jadi macam ni!

Tak dapat nak selfie dengan Adik Cute lengkap beruniform Smart Reader tau!

Huhuhuhuhuhu......    

      

    

 

   

   


Comments

  1. Ini dah macam menipu..kenapa pulak nk keluar dr smart reader.mesti ada sebab munasabab yg lebih munasabah..isk dh bayar mahal2 kan..rugilah pulak kok tetiba nk blah je dr situ..klu depa pulangkan yuran at least setengah ok la jugak..betullah dh jadi satu kerja nk kembali zero bersosial klu kt sekolah baru.kesian adik cute.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnyalahkan, dari awal beritahu yang mereka nak keluar dari Smart Reader. Barulah adil kita makpak ni nak buat keputusan. Ini dok kata tentang syllabus aje. Bila semua dah setuju turunkan tandatangan, barulah kata kita dah buka centre baru guna syllabus dari UK!

      Ingat nak juga tanya dapat tak refund kalau keluar dari sini tapi memikirkan takda cawangan Smart Reader yang berdekatan, terpaksalah telan aje kekecewaan tu! Tengoklah macamana. Kalau pun nak dipindahkan, mungkin tahun depan ajelah!

      Delete
  2. OOhhhh ini kira Novel Smart Reader bertukar kepada Kidsworld lah ye MD..
    Aduh semakin mencemaskan cerita novel ni..
    Cikgu2 kat situ bertukar juga ke MD..
    Kena tengok juga tu MD...
    Kalau adik cute dah serasi kat situ.. teruskan jer lah sampai akhir tahun..
    Di tempat MD tu ada Tadika Q-Dees tak..
    Q-Dees ni pun bagus juga..
    Kalau anak2 nak sekolah mandrin ..
    elok dihantar ke Q-Dees ni..
    CH punya kakak ipar hantar anaknya ke tadika Q-Dees ni
    dan sambung sekolah jenis kebangsaan cina..
    Sampai form 3 kat situ..
    Cemerlang UPSR dapat 7A termasuk mandrin..
    Pastu PMR dia dapat 7A and then sambung kat MRSM..
    SPM baru ni dia dapat 7A juga..
    Cubalah MD.. cari pelan2..
    Jangan sampai tumbang seminggu lagi sudah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini baru novel pertama, CH. Nantikan novel-novel seterusnya ^_^

      Cikgu semuanya sama cuma principal terpaksalah letak jawatan sebab mereka pulled out dari Smart Reader dan digantikan dengan satu datin ni. Lupa pulak siapa nama datin yang disebut-sebut si teacher ni ...

      Memang nampak gaya kena teruskanlah, CH. Buang masa, buang duit kalau kena berpindah. Kalau pun dapat refund, masih lagi masalah nak cari cawangan yang berdekatan.

      Dulu masa zaman si abang lagi saya nak masukkan ke Q-Dees tapi bila baca macam-macam hal negatif, terus tak jadi... Lagi pun Q Dees pun jauh dari rumah saya. Brand yang ada berdekatan cuma Brainy Bunch, Little Caliph dan Genius Aulad. Ahah, ada juga tadika Cina yang bagus - WonderKids tak silap namanya. Tapi itulah, saya ni nak terapkan Bahasa Mandarin, itu yang payah sikit nak cari jenama lain!

      Delete
    2. Oh itu pula kisah Q-Dees disana..
      Q-Dees di Shah Alam ni ok pulak..
      Seminggu sekali ada kelas agama..
      panggil ustazah datang mengajar utk anak yg beragama Islam..
      Bergantung pada principal juga kan..

      Delete
    3. Memang betul, CH. Bergantung pada management juga. Saya rasa yang kat Shah Alam tu ownernya Melayu sebab itulah titik beratkan bab agama.

      Yang di kawasan saya ni ownernya Chinese. So, takdalah boleh harap bab-bab agama nikan ...

      Delete
    4. Smart Reader yg baru buk kat Dataran Dwitasik ni owner dia malay x silap i. Ada offer islamic syllabus for full time package.

      Delete
    5. Oh, ya ke? Sebelum tahun baru tu ada juga nak terjah singgah tapi memandangkan si kecil ni dah adapt sungguh dengan guru dan kawan-kawan di Kidsworld, susah hati pulak nak suruh dia berpindah-randah!

      Delete
  3. Wah.. complicated jugak ni...tak tau makchaq nak bagi cadangan..
    Anak2 makchaq hat sulung sorang ja pi masa 6 tahun..
    Yang lain daftar ja tapi tak pi pun....
    Ingat nafisah nak la bg pi tadika.. daftar dari 4 tahun.. tapi 4 tahun pi 2 minggu.. 5 tahun pi dlm sebulan, 6 tahun pun sebulan lebih je..
    Alhamdulillah darjah 1 ok....jarang ponteng..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke Makchaq anak-anak Makchaq celah belum aje pergi tadika? Saya ingatkan tadika pun tak boleh main-main. Mesti attend classes setiap hari. Itu pun si bujang kecil ni banyak juga ponteng especially hari Jumaat. Macam-macam alasan diberinya memandangkan dah lama (4hari) dia kena pergi sekolah apa salahnya sehari seminggu tak pergi!

      Delete
  4. Huhu dah mcm menipu gayanya dorang ni. Eh blh tak nk cop sbgi penipu? Byk sgt jumlah yg dh byr. Tp nak ikutkan br bln 4. Nak stop pun masih blh tp dgn modal baru dan kerenah dan mood anak pasti lah mula dari A balik sbb gi tempat baru kan? Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasalah sebab-musabab si adik ni tak dapat uniform lagi ada berkaitan dengan hal ini. Sebab itulah mereka bertangguh. Tak akanlah dalam semalam terus decide nak keluar dari Smart Readerkan. Mesti dah lama rancang. Tapi yang sakit hati tu fee untuk franchise tu dah tentu siap-siap kira dan caj kita!

      Takdalah LM cawangan Smart Reader yang berdekatan. Yang ada dua ni pun ownernya samalah si principal tu. Hari tu pun masa Smart Reader called, disuruhnya kita transfer ke Desa Petaling ke mana entah, jauh tu... Tempuh jem nanti.

      Delete
  5. okey2 faham2..
    pandai betul org buat bisnes. tp tulah, adik kecil lagi, kalau u tukar2 tadika kesian jgk dia nak suaikan diri.. lgi pun cikgu2 pun sama jugak kan.. cuma management tu mcm dah menipu lah..yuran pun mahal mcm smart reader.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memangnya mereka memang pandai bab bisnes dan cari untung ni. Tadi ni baru lagi, sekali lagi Smart Reader called tanya centre ni dah moved out dari building mereka ke belum. Eh, Eh... watpa nak tanya makpak! Tanyalah management baru tukan! Geram alahai...

      Delete
  6. Bila management ada masalah yg jadi mangsa adalah kakitangan dan anak-anak. Lagi pening parentlah. Patutlah uniform adik cute asyik bertangguh aje nak dibagi. Al-kisahnya mereka ada masalah dah pun. Advance macam mana pun taraf IQ budak lebih kurang ajelah MD. Mungkin yg baiknya masa masuk tahun 1 sekolah selepas usia 10 tahun keatas masing-masing dah mula berkembang otak bergantung pada struggle belajarnya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun syak macam tu, Kak. Dah lama mereka plan nak keluar dari Smart Reader. Tak mungkin decision tu dibuat dalam seharikan. Sebab itulah agaknya ada masalah uniform. Lepas ni tak tahulah bila si kecil ni boleh pakai uniform. Kalau tunggu lagi sebulan baru dapat uniform, memang tak terkata apa lagi dah!

      Delete
  7. macam taktik kotor diaorang guna ni..nampak bersih tapi cara kotor.maknanya syllabus baru tu diaorang yang pilih untuk brand baru tadika diaorang la..bukan dari smart reader..aih..macam2 la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kami pergi berjumpa guru memang takda sebut pun tentang ni. Cuma cakap nak tukar syllabus aje. Kalaulah dari awal beritahu tentang perkara ni, memanglah takda rasa marah.

      Dah dibuat macam ni, kita yang susah. Tak akanlah main pindahkan anak mana nak!

      Delete
  8. tak patut.
    tak patut.
    tak patut.
    patut nyer mereka kena explain dari awal.
    buat parents faham.
    mana bleh! yes kita parents pilih brand, kan?
    sgt tak patut la MD.
    tak tau aida nak bagi opinion pe lagi.
    kalau ada di tempat MD, memang aida da semuka dgn teachers & principal lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya macam itulahkan. Langsung tak kata pun nak keluar dari SR. Bila dapat surat thru WA tu kebetulan pulak tak sihat. Maka takdalah baca bersungguh-sungguh.

      Dah jadi macam ni, kenalah teruskan juga. Nak cari cawangan SR lain, jauh-jauh pulak dari kawasan rumah. Anak pun bukan senang nak pujuk dulu masa mula-mula masuk. Tak akan nak mula dari kosong semula bab-bab bersosial ni kan. Kasihan kat dia nanti kena mulakan semula dengan kawan-kawan baru dan guru baru!

      Delete
  9. Hari tu dah baca tp tak komen. Sejak dah kilauan ni susah betul nak buat kesimpulan kalau karangan 10 kertas kajang ni hihi....

    Biasalah tu.....anak bukan ramai 2 org jer, mestilah nak hantar tempat yg terbaik. Eh...kotnya ada tambi dlm perut tu tak sedo hihi...

    Selagi mampu tak de salahnya....education ni satu pelaburan jugakkan....

    Alah Smart Reader tu takutlah pelanggan lari tu, tu yg dia rahsiakan cite sebenar. Tak perlah kak Ton mana tau lebih bagus. Lagi pun cikgu dia pun org yg sama cuma penaung jer berbeza. Alah ....penaung tu bukan tau apa pun hihi....

    Dah tak payah nak marah sangat kang BP tu naik kita jugak yg pusing pusing bukan org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, ngaku pulak tu tetiba dah kilauan si birthday girl ni ^_^

      Amboi, mengomen bukan main lagi! Ikut sedap mulut aje hah! Pepandai aje hah! Hahaha!

      Masalahnya kalaulah mereka kata nak keluar dari SR, cakaplah siang-siang, tak main cakap malam-malam dalam kelambu macam ni! Menyusahkan orang jerk tau!

      Ingat senang ke nak pujuk anak bujang tercute tu ke sekolah? Pitam Mommy ni dengar alasan dan esak tangis bulan madunya!

      Baru kenyang makan KFC, terlupa pulak BP tinggi ke rendah ^_^

      Delete
  10. uniform pun tak dpt lagi, dah nak tukar management segala bagai..
    mcm ada sesuatu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hati sebab mereka tak beritahu pun nak keluar dari SR. Kita ni 'nampak' brand! Itu yang sesal separuh nyawa bila tetiba kata dah tukar ke tadika lain!

      Delete
  11. Boleh minta email surat tu atau receipts diberi, apakah company name bagi KidsWorld Bdr Sri Permaisuri kepada saya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh! Terkejut saya! Rupa-rupanya ada juga makpak lain yang tak berpuas hati ya? Ni semua kes tahun 2016lah ye?

      Saya mati-mati ingatkan saya seorang aje yang mencari masalah!

      Mohon maaf sangat-sangat sebab saya tak dapat nak membantu. Saya pun dah tutup chapter sedih ni lama gak!

      Delete
  12. cikgu cikgu di kidsworld telah melakukan satu kesalahan undang undang dan akan diambil tindakan yang keras oleh pihak kementerian kepengunaan dan konsumer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tak berapa tahu sangat hal-hal yang melanggar peraturan pengurusan tadika swasta macam ni. Jadi saya memang malas nak sentuh bab itu masa tu. Tapi yang saya marah sebab memang mereka panggil nak tukar syllabus tapi manalah kita tahu tukar syllabus tak boleh sewenang-wenangnya kalau ia di bawah SR (francais). Langsung tak mention nak tukar pengurusan. Cuma selepas kejadian berlaku (bila dah dapat sokongan padu dari ibubapa sepenuhnya -dengan menandatangani kertas) barulah mereka kata tukar syllabus tu maksudnya nak tukar pengurusanlah sebab SR tak benarkan mereka guna additional books kecuali yang telah ditetapkan oleh pihak SR.

      Yang buat saya mula rasa pelik bilamana uniform SR mengalami masalah di kilang katanya dan bila dihantar, tak cukup saiz atau batch by batch menyebabkan anak saya terpaksa berpakaian kasual sehingga bulan April. Bila semua dah terungkai barulah saya tahu semua masalah tersebut ada kaitan dengan motif mereka mahu keluar dari SR!

      Saya memang menyesal kerana hantar anak ke sana tapi nasi dah jadi bubur. Mujurlah saya takda lagi anak untuk dihantar ke tadika kerana saya memang pasti tak AKAN hantar ke tadika ni lagi!

      Delete
  13. Maaf nak tanya..smart reader anak puan yg dh ditukar nama ke kidsworld tu untuk branch di tempat puan shj atau satu malaysia ye? Sbb sy br tny smart reader di rumah sy klang..tak ade plak principal mention tentang kidsworld..kt website smart reader pun tak tukar nama kidsworld...masih smart reader. Mohon pencerahan ouan. Terima kasih😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya cawangan di tempat saya dan kalau tak silap di Sri Petaling sebabnya prinsipal adalah orang yang sama. Smart Reader yang lain tak terlibat. Ini kes prinsipal yang nak keluar dari francais SR ni. Bukan semua SR ya, jangan bimbang ^_^

      Delete

Post a Comment