Posts

Showing posts from September, 2013

Ulangtahun pertama

Image
I ni kan memang boleh digolongkan dalam kategori cengeng/kuat menangis. Kalaulah being emo tu merupakan satu penyakit, kira serius jugalah penyakit ai ni. Manakan tidak, ai boleh aje menangis meleleh-leleh airmata dengan hidung merah menyala semata-mata tengok adegan sedih dalam cerita Korea yang sepatah apapun ai tak faham.  Bila pelakon Korea tu menangis tersedu-sedan, ai pun join together-gether kat depan TV menangis teresak-esak. Masalahnya mereka faham bahasa mereka tapi ai satu apa pun tak faham. Kalau baca sarikata, aduhai... lebih parah kesan sedihnya tu! Kadang-kadang tengah tengok cerita komedi tetiba terselit scene berduka-lara-yang-tak-tahu-kenapa pun ai boleh meleleh air mata tau ... Hah, emo ke tidak ni? Jadi, setahun yang lalu pada tarikh ini telah berlaku suatu kejadian yang membuatkan air mata ai merembes, mengalir deras macam empangan pecah. Nak tahu kenapa? Haisshhhh, malu pulak nak cerita kat sini. Tapi takpa, ai cerita ajelah *dasar mengada-ngadalah

Baru hari Khamis rupanya ...

Ok, dah bersedia? Sudah siap nak peluk bantal busuk? Air kopi atas meja tu masih panas lagikan? Maklumlah akak manja dan gedik mengada-ngada ni kalau mula menaip, memang lupa dunia sekejap. Tetiba aje segala macam idea datang mencurah-curah macam hujan lebat gitu. Sebenarnya bila ai menulis panjang lebar berteluk-teluk bagai, the main point of my entry ada di dalam SALAH SATU perenggan atau paling senang pun mungkin tiga perenggan terakhir. Yang lainnya cuma omongan kosong yang buat tuan empunya blog ini syok sendiri memanjang. Apa nak buat, dah namanya suka berangan ... Jadi, kalau nak tahu the main point of my entry (jika ada) terus ajelah scroll down, down, and down sampai ke penamat atau lagi senang, tak payah buang masa baca *sengih* Mulanya nak aje dedicatekan hari Khamis ini untuk entri-entri seram macam dalam TV selalu buat dulu-dulu. Eh, sekarang ada lagi tak? I ni maklumlah omputih so I tengok cerita kat HBO aje ...erghh...so sorry akak mengada-ngada sikit hari ni  ~_^

Mommy, contest dan Lamborghini

Ingatkan nak blogwalking macam selalu hari ni tapi rasanya macam dah lama pula tak membaca suratkhabar. Tak tau dah apa cerita terkini. Memandangkan bos takda di sebelah pagi rasa macam merdeka pulak. Alahai ... sebenarnya hari-hari pun ai merdeka aje kat pejabat ni. Sap, sap, soi semua kerja pun enteng aje. Eish, menyombongnya kata-kata ~_~ Oh, ya! Lupa pula nak bagi tahu rahsia terbaru. Memanglah ai ni rajin upkan entri yang baru disiapkan ketika waktu pejabat. Ahah, kelas tak Cik Kiah? Kiranya Cik Kiah ni makan gaji buta ajelah datang pejabat; kerjanya sikit aje tapi lepakingnya memanglah lama. Nak buat macamana, bukan Cik Kiah yang minta jadi begini ... *sigh sikit, sigh sikit*  Pepagi tadi belum sempat buka suratkhabar, dah tertengok kat gambar isteri dan anak-anak konstabel polis yang mati kena hantuk dengan batu-bata dek budak umur 17 tahun ni. Alahai, kesiannya tengok rupa anak-anaknya yang masih kecil tu. Kalau tak silap the eldest boy tu 4 tahun dan adiknya pula