Tekanan dan umur panjang



Bila bekerja mestilah ada tekanan. Samada boleh bertahan dengan tekanan kerja tersebut ataupun tidak, bergantung kepada individu masing-masing. Nasib baiklah sekarang ni bebanan kerja pun tak banyak. Hari-hari datang kerja dengan senyuman melirik memanjang.

Kalau dulu, memang tak menang tangan nak menyiapkan kerja. Sudahlah tidak digalakkan untuk kerja lebih masa, bebanan kerja pula memang bertimbun-timbun, confirmed tak boleh dihabiskan during office hours. Breakfast memang skipped aje memanjang. Sampai aje pejabat, on computer dan tengok apa yang kena buat. Tak sempat nak berileks-rileks minum kopi ataupun touch up make-up. Apatah lagi nak join sekaki bergosip di pantri ~_~



Terbaca baru-baru ni tentang seorang investment banking intern di London yang bekerja 72 jam tanpa tidur dan akhirnya meninggal dunia. Tidakkah sadis bunyinya? Betullah tu, ketika usia muda mestilah kena kerja keras dan berusaha sedaya upaya. Nak memanjat corporate ladders ni bukannya senang. Banyak cabaran yang harus dilalui. Tapi memang tak worth it lah sampai meragut nyawa. Apa yang dapat akhirnya?  Bukan idea yang baik, I guess ...



For my company, dari dulu lagi memang usia bersara pada umur 60 tahun. Bayangkanlah betapa lamanya bekerja...  Eh, tak mungkin ai nak berkerja sampai umur pencen. Tak sanggup rasanya. Nak juga beramah mesra, bergurau senda dengan anak-anak. Anak-anak pula makin meningkat dewasa. Sayangnya masa yang terbuang untuk melihat mereka membesar dek kerana sibuk bekerja. Aduhai, syahdu rasanya!

Another article pulak tentang bagaimana sains nak dimajukan lagi dengan mencari petua untuk hidup lebih lama. Sekarang pun paling lama dalam rekod adalah 120 tahun (that's in 1997 and a woman, for your info) Yang masih hidup kalau tak silap sekarang ini more than 100 years old juga, a Japanese woman. Untuk kita orang Malaysia ni, purata umur untuk wanita adalah 79 tahun dan lelaki a few years less than that (as usual ... )

Sekarang ni baru masuk 50 tahun pun dah macam-macam penyakit yang menghinggap. Ini sakit, itu tak boleh gerak. Apatah lagi kalau hidup sehingga 100 tahun. Mahunya hari-hari menangis dan meratapi nasib diri.

Sudahlah sendirian, kesakitan, terabai dan kalau tak bernasib baik, dihumban pula ke rumah orang tua oleh anak-anak yang tak mengenang budi. Hey, banyak kejadian seperti ini sekarang ini. Alangkah ibubapa yang sihat walafiat pun dibiarkan mengurus diri sendiri, inikan pulak kalau dah sakit.

Teringat kata-kata one of my older cousin brothers, lebih baik mati dulu sebelum isteri. Menyusahkan anak-anak sahaja nanti. Anak-anak memang lebih 'memihak' kepada ibu berbanding bapa. Yalah, ibu walaupun dah tua, tahu mengurus diri, masih boleh juga tolong tengok-tengokkan cucu atau uruskan rumah mana yang mudah. Kalau bapa pula, apalah yang boleh dilakukan? Sepanjang hidup segala makan pakai diuruskan si isteri.

Kalau kehilangan isteri, memang 'patah kaki'lah si suami. Mulalah nak cari isteri baru kerana tak ada sesiapa yang menguruskan. Tak macam si isteri, walaupun suami dah lama pergi dulu tetap setia pada yang satu ... Takdalah tergedik-gedik sibuk mencari pengganti ~_^

Rasa-rasanya tak perlulah kita memikirkan bagaimana untuk hidup lebih lama sampai melebihi 100 tahun. Kalau memang sihat walafiat, itu tak mengapa. Tapi kalau dah sakit melarat-larat, takkanlah nak juga hidup sampai seratus tahun?

P.S. Gambar semua digodek dan digooglekan.

Comments

  1. tekanan kalo tak dapat tangani memang akan memudaratkan kiter kan...
    betultu skang dah 50 macam2 penyakit ader macam mana nak umur panjangkan...kalo panjangpun menyusahkan orang pun tak gunakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau umur panjang tapi sakit memanjang, nak buat apa kan...

      Delete
  2. Semoga saya dapat keluar dari rat race pada usia 35 tahun...sedang merancang dan berusaha ke arah itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah, moga Tuhan izinkan. Skrg ni dah jadi blogger berjaya mungkin impian itu akan jadi kenyataan, betul tak?

      Delete
  3. nasib baik kerja sy takde tekanan..balik rumah habislah kerja..hehe

    kesian kan jadi perempuan ni..smp tua kena bela cucu2 pulak..klu sihat ok jugak,klu sakit2 kena jadi hamba anak2 tak berbaloi hidup lama,lebih baik mati.kehkeh..

    harapnya anak2 kita bukan begitu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, harapnya anak2 kita mengenang jasa hendaknya. Bukan minta wang ringgit sebagai ganti, cukuplah kasih-sayang tak berbelah bahagi.

      Delete
  4. walau mcm maner pun, kita kena ada waktu rehat
    badan pun nak kena jaga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lyn. Tapi bila dah sibuk dgn kerja, segalanya pun terlupa.

      Delete
  5. Kehidupan makan gaji memang tidak dapat elak melakukan perkara rutin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersangat rutin rasanya lebih-lebih lagi kalau dah terlalu lama di tempat yang sama.

      Delete
  6. makan gaji gitulah gamaknyer kan !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni tak tahulah saya ni makan gaji ke makan angin. Hari-hari pun bahagia aje rasanya. Mcm dah working from home pulak rasanya. Pun begitu, takkan saya nak kerja di sini sampai umur 60 tahun :D

      Delete

Post a Comment