Mommy, contest dan Lamborghini


Ingatkan nak blogwalking macam selalu hari ni tapi rasanya macam dah lama pula tak membaca suratkhabar. Tak tau dah apa cerita terkini. Memandangkan bos takda di sebelah pagi rasa macam merdeka pulak. Alahai ... sebenarnya hari-hari pun ai merdeka aje kat pejabat ni. Sap, sap, soi semua kerja pun enteng aje. Eish, menyombongnya kata-kata ~_~

Oh, ya! Lupa pula nak bagi tahu rahsia terbaru. Memanglah ai ni rajin upkan entri yang baru disiapkan ketika waktu pejabat. Ahah, kelas tak Cik Kiah? Kiranya Cik Kiah ni makan gaji buta ajelah datang pejabat; kerjanya sikit aje tapi lepakingnya memanglah lama. Nak buat macamana, bukan Cik Kiah yang minta jadi begini ... *sigh sikit, sigh sikit* 

Pepagi tadi belum sempat buka suratkhabar, dah tertengok kat gambar isteri dan anak-anak konstabel polis yang mati kena hantuk dengan batu-bata dek budak umur 17 tahun ni. Alahai, kesiannya tengok rupa anak-anaknya yang masih kecil tu. Kalau tak silap the eldest boy tu 4 tahun dan adiknya pula baru berusia 5 bulan. Tetiba aje terasa emo. Kecil-kecil macam tu dah kehilangan ayah tercinta.

Betullah tu, ajal maut tak mampu diduga. Bila tiba masanya bukan boleh kita gostan  or minta postpone seminit, dua. Sudah itu janjiNya.  Dahsyat sungguh persekitaran sekarang ni yek. Rasa macam kat mana-mana pun tak selamat. Budak-budak sekarang pun lain macam gaya perangainya. Tak macam kita-kita zaman dulu kala. Eh, 'kita-kita' tu zaman apa yek? Oklah, buka satu lagi rahsia ... zaman 70-anlah ...he he he...malu pulak ai tetiba *sengih* 

Sebenarnya ai ni tengah menyibukkan diri nak join contest alam maya. Nak juga rasa feeling, feeling gitu. Maklumlah ai kan new blogger. Tersuperexcited pulak nak join komuniti alam maya ni. Ada sesiapa yang nak buat contest ke? Silalah jemput ai untuk mengambil bahagian *senyum lebar dengan muka tak tahu malu*  

Ada dua, tiga yang ai  dah jumpa tapi belum publish lagi. Masih enak dok kat dalam my draft ni. Teringat pula kat the first contest yang I joined dulu. Oh, itu sadis kesudahannya! Tapi tak mengapalah ai faham sebab musabab sebenar yang telah diperjelaskan kemudiannya. No worries, ai memang muka tak ambil hati walaupun seorang yang sgt emo tahap gaban. 

Bercakap pasal contest ni, teringat pulak kat my lovely Bubbly Abang. Tahukan tentang Bonanza Hari Keluarga Nestle yang still on sampai end of September ni? Dah join ke belum? Kalau belum, jomlah kita join together-gether, mana tau boleh menang one of the prizes. Lumayan gitu. Aha, ni satu lagi rahsia... ai ni memanglah Queen of Freebies. Pantang aje ada freebies, ai ler yang rembat dulu sambil berusaha mengosongkan tabung kewangan keluarga ~_^

Eh, ai ni memang cam ni lah yek! Suka benar tulis corner baring sebelum sampai to the point. Memang tak pandai direct to the point pun kalau nak menyampaikan isihati. Nasib baik masa muda-muda dulu tak perlu melamar si jejaka hati. Kalau tidak, mahunya dia terkelu lidah dengan lamaran ai yang berbelit-belit ni.

Oklah, last ni ... back to the story. So I told Bubbly Abang yang ai nak join contest Nestle since dia nampak mommynya yang lovely ni sibuk memotong itu, ini pada suatu malam yang indah. Dia tanya ai buat apa dan ai jawablah, 

"Mommy nak join contest ni. Kalau menang dapat banyak hadiah best dan duit tau..."

"Banyak ke Mommy dapat duit? Boleh beli apa?"

"Boleh beli Lamborghini satu .... " (Mommy pun mengada-ngada nak mempermainkan hati dan perasaan anak)

"Oklah, Abang tolong Mommy. Kalau Mommy menang tak payahlah Abang belikan Mommy  Lamborghini lagi bila Abang dah besar nanti!"

Dan selepas itu, dia pun sibuklah dok canang sesama kawan sekelasnya beritahu yang Mommynya sekarang nak masuk contest yang boleh bagi banyakkkkkk duit dan beli kereta Lamborghini!

Awww, malu pulak mommy, sayang!

Apa jadi dengan itu contest? Sebab dia dok membebel sama ada ai dah poskan ke belum dan bila nak beli Lamborghini, ai pun pergilah ke pejabat pos sesegera mungkin untuk menghantar kesemua borang contest *senyum lebar*

Eh, sekarang ni nak pos surat setemnya sudah 80 sen ke? Or ai tertipu ni? Nampak benar betapa lamanya dah tak mengepos apa-apa surat lagi ...

P.S. Hari-hari dok check update kat Nestle website, takda pulak nampak nama Cik Kiah dapat Lamborghini. Macamana nih? Tukar kereta Myvi aje boleh tak agaknya?






Comments

  1. all the best mummydearie..i ni pemalas nak join contest2 ni..tp ada kala join and menang gak..walau hadiahnya tak mampu nak beli lamborghini..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, akak cari contest yg first prize dapat Lamborghini :D

      Delete
  2. rajinnya.. lyn malas lah pulak nak join2 gini..
    tapi my bro mmg rajin.. pantang nampak contest.. laju jer dia participate..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mood tgh merajin ni lyn. Bila malas, semua pun bertangguh nanti!

      Delete
  3. lieya ni plak selalu takde luck tu yg mls nye nak join contest.....takpe2, lieya doakan akak supaye menang key...haah gituuu iringan doa lagi lieya bagi, kalo memang jgn lupe open table tau...ekekeekekekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah!

      Kalau menang mmg satu kg akan tahu, siap buat satu entri bermegah2 gitu. Kalau senyap aje faham2 ler, tentu tgh sayu2 sedih tak leh nak riak gitu :D

      Delete
  4. kahkah...lawak la akak ni...punya la saya baca intro akak yg panjang tu rupanya nak masuk contest point dia...ekekek...

    comel jer akak ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasalnya..tgh menaip tetiba dtg idea lain...akak mmg suka bersendaloka tak kira masa. Jgn dok menguap ketika baca udah ler. Akak tak bertanggungjawab kalau tertidur kat pejabat yek :)

      Delete
  5. Good Luck,, semoga menang hadiah UTAMA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya allah! Berkat doa semua, manalah tahu kan.

      Delete
  6. Huhu. Kelakar pulak. Insya-Allah ada rezeki tu :) Salam Perkenalan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari last day, contest tutup. Harap2 ada rezekinya yek :D Terima kasih sudi singgah.

      Delete
  7. Terima kasih sudi singgah. Insya allah, kalau ada rezeki nanti saya canang satu alam maya nih. Riak lain mcm ni kemungkinan besar tak dapat Lamborghinilah tu :D

    ReplyDelete
  8. Pasal polis tu sedih merryn baca. Kat melaka, dekat jer ngan rumah mak merryn :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya ke? Kesian kan. Anak-anaknya kecil lagi dah takda bapa.

      Delete
  9. Pasal polis tu, sedih jer merryn baca. Kat melaka, dekat ngan rumah mak merryn :(

    ReplyDelete

Post a Comment