Auwww, takutnya ...


Ini cerita sudah seminggu berlalu. Baru ini nak berstorytelling di sini. 

Alkisahnya, sedang enak menikmati makan tengahari (petang actually ...), my Hubbydearie tercekik tulang ikan siakap. Yalah, sedap sungguh masakan sweet sour si isteri sampai tercekik-cekik tulang jadinya. So dek kerana rasa sangat tak selesa selepas beberapa ketika berlalu, Hubbydearie pun ajaklah kami semua menemaninya ke klinik.

Dek kerana dalam sangat tulang tu berada, doktor menasihatinya ke hospital sahaja. So berdondonglah kami anak beranak ke hospital pulak (of course naik keretalah). I ni tadi dek kerana kelam-kabut, main pergi sehelai sepinggang aje. Beg tangan, handphone, purse semua tinggal di rumah. Malas pun ya juga nak mengheret beg tangan yang sarat dengan macam-macam benda di dalamnya. Kalau setakat sarat dengan duit semata memang ai tak akan tinggalkan di rumah. Itu memang pasti.

Dengan anak-anak yang compang-camping gitu lepas melasak di rumah, memang terrible sungguhlah keadaan kami. Cuma Hubbydearie aje yang segak macam selalu sebab dia baru balik rumah ketika kami hendak menjamu selera.

So sesampai di hospital lebih kurang pukul 5 lebih, ai dan anak-anak pun duduklah menunggu Hubbydearie menerima rawatan. Ingatkan sekejap aje rupanya makan masa berjam-jam. Si Adik Cute dah tak tentu hala. Mula-mula dok peluk kaki ai dek kerana malu konon. Lepas tu, mulalah melasak kat kawasan kecemasan tu. Tak mainlah jerit-jerit manja. Dia buat tak tahu aje. Bila  tengok Mommy tak marah macam selalu, si Bubbly Abang pun tumpang sekaki melasak dengan adiknya. Aduhai, nak luruh dada rasanya tengok gelagat mereka berdua dengan penat seharian di rumah tak hilang lagi. 

Masuk jam ketiga, dua-dua dah letih berpusing meronda kawasan berdekatan. Nak minta air pulak. Aduhai, Mommy yang kelam kabut tadi terlupa nak bawakan anak-anak bekal air. Nak beli, duit di tangan pun takda. So ai pun suruh Bubbly Abang masuk aje bilik rawatan tengok ada tak Daddydearie di dalam. Mujurlah jumpa, terus kurampas walletnya ~_^.

Pergilah tiga beranak ni ke vending machine nak membeli air. Hari dah gelap. Vending machine tu pulak gelap aje areanya walaupun sepelaung aje dari kawasan kecemasan tu. Takpa, takpa demi anak-anak tabahkan ajelah. Alangkah sedihnya bila ketiga-tiga vending machine tu tak terima duit RM1 baru. Rasa macam nak menangis pulak dah maknya tengok anak-anak dah dahaga sesangat.

Si Abang ajak balik dok dalam kereta kat parking area nun jauh di bawah sana. Alahai, satu masalah lagi, I tak bawa handphone. Pergi balik cari my Hubbydearie. Katanya  terpaksa tunggu seorang doktor pakar ni, yang sibuk melayan pesakit lain. So ai pun decided tunggu dalam kereta ajelah.

Kami pun berjalan tiga beranak menuju ke kereta. Suasana memang sedikit gelap dek kerana kawasan sekitar tengah buat renovation sikit. Malap betul keadaannya. Suruh si Abang berhati-hati, dalam pada sibuk pot pet pot pet, terpelecuk pulak jatuh ke tanah. Menangis sudahnya si Abang. I pun pujuk-pujuk suruh jalan slowly. Si Adik dah berdukung tak mahu turun. Mommy tak nampak pula dalam gelap malam how bad it was. Sesampai di kereta, rupa-rupanya melecet dan berdarah sikit kat lutut. 

Si Bubbly Abang ni kalau macam ini tak boleh dipujuk nanti meraung-raung sakitnya. So ai diamkan aje and told him nanti dah sampai rumah Mommy bubuhkan ubat kasi cepat baik luka tu. Oklah, dia pun senyap. Adik Cute tengah sibuk melenjan ke depan ke belakang dalam kereta.

Tiba-tiba masa Adik Cute toleh ke cermin kereta di bahagian front passenger, dia menjerit dan terus melompat ke atas riba Mommy. Oh, alamak! Terkejut Mommy sekejap. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Direntapnya baju ai sambil mata tertutup. Puas ai pujuk-pujuk suruh buka mata dan duduk dengan abangnya di belakang, langsung tak dipeduli. Pejam sepejamnya sambil tangan memegang sekuat hati baju Mommy tak mahu dilepaskan. I dah agak ini memang ada something wrong somewhere ni...

I pun bacalah ayat-ayat suci apa yang tahu. Takut memang takut juga tapi dek kerana anak-anak, ai beranikan diri aje. Terasa macam kereta bergegar sikit. Pelik rasanya  tapi diamkan aje. Tempat parking tu pun gelap walaupun tak jauh dari tempat bayar parking. So I pujuk-pujuk Adik suruh duduk dengan Abang di sebelah ai, tak mahu juga. I pun terpaksalah leraikan pegangannya dan paksa duduk atas riba si Abang. Cepat-cepat ai drove and parked my car next to the payment booth. 

Bila kereta bergerak, Adik pun buka mata tengok keliling dan cepat-cepat tutup mata kembali. Bayangkan dia begitu selama almost an hour. Cuak juga ai. I didn't tell anything to my Bubbly Abang takut nanti dia pun jadi takut sama. I just told him to take care of his little brother for awhile as I need to drive the car nearer to the parking booth.  

Bila my Hubbydearie balik, I terus suruh dia bayar parking and let me drive out of the area. Dia tanya kenapa ai kelam-kabut, and I told him this,

"I think this small boy saw something!"

Sampai rumah Adik Cute was back to normal. Berlari dan melenjan macam biasa sebelum penat dan tertidur. Alhamdulillah takda apa-apa yang berlaku. I told my Hubbydearie the whole story and he just kept quiet.




 

Comments

  1. fuh..maybe dia nampak sesuatu lah tu sis..meremang pulak bulu roma baca..kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybelah tu. Bebudak kecik kan tapi maknya seram sejuk gak masa tu. Nak aje keluar balik gi wad kecemasan tapi nak buka pintu pun takut giler.

      Delete
  2. huhu...mmg scary...Alhamdulillah takde apa2 yg berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sib baik mommynyer takda sixth sense. Takut gak masa tu tapi buat2 berani demi anak2.

      Delete
  3. sure nampak something..
    alhamdulillah takde pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Lyn takda apa-apa. Takut juga kalau dia mengigau ke atau tak leh tidur malam. Akak seriau gak masa tu ...

      Delete
  4. ish akak nie...seram sejuk lieya bace...nape akak tanye ape yg die nampak kak....budak2 mmg nampak kan kak....bace citer akak ni dari tekejut die tu mesti sesuatu yg scary.....mujur la tak lame takut die.....lagipun kalo buat rawatan mmg makan mase kan...dari petang sampai bawak ke mlm hah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...mmg itu intentionnya nak bagi lieya takut! Takdalah, mmg betul2 scary gak masa tu. Akak dok bygkan kalau akak yg nmpk 'something'2 gitu, apa nak buat ek?

      Delete
  5. moral of the story lepas ni klu pegi mana2 pun sila bawak benda2 penting macam wallet n hp,tak kira walau dekat mana pun kita pegi..sbb kita takbley aspect apa benda nak jadi..en suami selalu pesan benda ni..sy mmg suka letak hp merata2.beg duit pulak tak pernah berduit,lagi la campak jauh2.pastu nak pegi kerja kelam kelibut carik ic n lesen.huhu

    baca malam2 seram jugaklah..nasib baik la si adik tu terkejut nmpk bendasing tu disitu je..klu ikut blik lagi la seram..:)

    ReplyDelete
  6. Pengalaman KA di hospital dah byk berhadapan dgn benda2 macam ni. kenapa di hospital, tepuk dada tanya hati lah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital ni mmg salah satu port terbaik lah agaknya. Saya ni berlagak aje berani tapi sbnrnya dalam hati Tuhan aje yg maha mengetahui. Kalau saya yg nmpk, tentu2 tak sempat baca apa pun terus pitam!

      Delete

Post a Comment