Simple kira-kira untuk si kura-kura!


Semenjak bertahun kerja di company yang sama, ai rasa macam otak ai dah beku. Sejuk membeku sampaikan tak berfungsi secara automatik walaupun untuk perkara-perkara yang mudah untuk difikirkan *senyum*

Yalah, semakin senior semakin terasa betapa rutinnya kerja seharian. Rasa macam sambil pejam mata pun boleh buat semua kerja dengan efisiennya (cakap besar gak dia nih...) 

Tapi ai suka sebabnya sekarang kerja dah tak menimbun dan hari-hari boleh balik cepat ke rumah. Banyak masa untuk diperabihkan pada hal-hal lain yang lebih penting (apa agaknya yang lebih penting daripada kerja pejabat pada waktu pejabat yek? Awak tanya, awak jawab sendirilah kan ~_^)

Kalau dulu, setakat 25 x 25 tu jawapannya petik jari aje. Otak ligat berpusing mencari jawapan tapi kalau sekarang ni, 2 x 2 pun rasanya macam nak capai kalkulator untuk cari jawapan. Sadis betullah ...

Ada beberapa insiden I wanna share here yang membabitkan 'kekalutan otak' ai untuk berfikir dengan bijaknya :-

1. Satu pagi ai pergi beli kuih dengan seorang kakak ni. Dia jual kuih 5 keping RM2. Malangnya pagi tu kuihnya tinggal 9 keping. So, kepala I terus buat calculation sure kakak ni charge ai RM4 untuk 9 keping nih. Tetiba kakak tu kata, 

"RM3.60 semuanya ... "

Lepas bayar ai pun berjalan balik ke kereta dengan happynya sambil dalam hati berkata, 

"Murah pulak hari ni! " -_^

Simple maths ya, tuan-tuan dan puan-puan :-

5 untuk RM2, so sekeping 40 sen. Kalau 9 keping memanglah RM3.60, mana datang murahnya cik kak ooi?

2. I ni kalau nak tau memang suka sangat collect paper bag, shopping bag dan tin makanan yang cun melecun especially kalau dapat souvenir daripada bos-bos Jepun nih. Comel sesangat packagingnya. Tertambat dan tertawan hati ni bila pandang kali pertama...

Semalam ai pun pergi pam minyak kat Shell. Tetiba ada jual bag Mister Potato dengan segala mak nek isi kandungan dengan harga RM12. Tertulis pulak kat situ, kalau beli barang dalam Shell Select tu RM6, boleh dapatkan beg tu dengan harga RM8.50 aje. Hey, murahnya..... !

I cuma nak isi minyak aje bukan nak beli apa-apa pun. Tapi ai tetap merembat beberapa snacks untuk membolehkan ai dapat beg tu pada harga 'murah'. Tanya pulak kat Mat Bangla tu, 

"Berapa jumlah semua?"

"Baru RM5.30 lah, kakak. Tak cukup lagi nih... " (Oh, ayat mengumpan suruh belanja lebihlah tu ... )

I pun tambahkan lagi hasil belian,

"Berapa sekarang?"

"Ok, kak sudah cukup. Beg satu ya... Nak tambah apa-apa lagi, kak?"

Again, happily lepas pam minyak masuk kereta dan jalan ... 

Mari kita belajar mengira semula ya, tuan-tuan dan puan-puan :- 

Kalau beli beg aje RM12. Kalau beli barang kat Shell Select bernilai RM6 dengan beg pada harga RM8.50 jumlah jadilah ... nanti sat ya ai gi amik kalkulator ... 

So, kalau RM6 dicampurkan dengan RM8.50 maka jadilah RM14.50! 

Murah lagi ke, kak?

3. Setiap hari Rabu, kalau kita spend RM50 di supermarket AEON Maluri, akan dapatlah voucher bernilai RM2.50 (Apa! Tak heran? .... Akak heranlah, dik... )

I kagum dan excited sangat bila tiba hari Rabu ni. Sanggup berhabis sampai RM50 (kadang-kala much too terlebih spending) demi keterujaan untuk beratur dan mendapatkan rebate voucher RM2.50 ni. By the way, kena gunakan dalam masa 2 minggu ya... alasan untuk bershopping, shopping lagilah tu  ~_~

4. Yang ini, ai sendiri terasa malu nak cerita. Memang tak boleh jadi usahawan berjaya macam nih :-

A colleague decided to tender her resignation sebab nak spend time to travel around the world selagi badan sihat. So kita orang pun jokingly told her kalau duit habis nanti, bolehlah buat bisnes jual kacang putih dekat depan bank. Another friend of mine ni pulak menyampuk,

" You jangan jual peket besar-besar sampai RM10 sepeket. Nanti takda orang nak beli. Juallah RM3 sepeket and then, 3 for RM10!"

I baru aje nak menyampuk menyokong kata-kata nasihat yang sangat valuable ni tapi nasib baik tak sempat bila kawan-kawan yang lain ketawa berdekah-dekah.

Mari kita kira balik ya :-

Sepeket kecil RM3, kalau 3 peket baru RM9. Yang nak jual sepeket RM3 dan 3 peket RM10 tu belajar marketing kat mana ya, kak?

Kawan-kawan kat pejabat ni suruh ai gi jumpa doktor buat full check-up kat otak ai nih. Manalah tau ada urat terpusing, tersalah letak sampai 1+1 pun kena susun ice-cream stick atas meja ...

Mereka memang sangat arif dengan diri ai yang humble ni. Kalau pergi shopping memanjang aje maths ai failed gila-gila. Lepas tu boleh pulak balik pejabat dan buat hebahan cerita itu murah, ini murah. Memanglah kawan-kawan semua sangat tak percaya. Bak kata one of my colleagues, 

"Don't rely on  this lady for price comparison. You will die standing, man!" 

Tapi kan, kalau suruh ai kira ribu-riban, eh tetiba aje pandai betullah ... (Banyak amaun yang involved tu, gila kalau tersalah kira *sengih* )

By the way, ini info rahsia .... ai excelled in my Maths sepanjang di sekolah rendah, menengah dan di universiti sehinggalah pada awal 20-an. Sentiasa aje dapat 100%, kalau tidak pun A memanjang. Tak percaya ke?  Sampai hati awak!  Hehehe ...




Comments

  1. first..maaflah akak terpaksa start all over again kalau ziarah blog dee..dee pun tak tau apa problemnya..kat opis dee nak pulak kalau yg pakai dotcom langsung tak boleh buka..tu yg x dpt kunjung balas sahabat lain..huhu..

    btw..dee kerja di actuarial dept. org2 dlm ni semuanya degree or master in actuarial science or mathematics. hebat2kan..dee je yg maths spm dpt roundabout 2 (P8)..hahaha. Tapi dorang2 ni kalau simple maths hancur..kalau yg susah2 siap kena create formula or guna excel..sumpah sgt excellent..dee sgt kagum..hahaha.

    Btw, marketing gitulah kak..mengelirukan..so sbg pengguna kita kenalah lebih berhati2 semasa shopping..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, thanks Dee for the explanation. Akak pun sama kalau dotcom mak aiihh bertahun2 baru boleh buka. Akak nak gak berbalas kunjungan selalu tetapi tulah pasalnya bila buka aje, semua akak kena start balik. Takpa2, akak tabah nih.

      Marketing tu mmg sentiasa nak mengelirukan org yalah suh org belanja lebih kan. Ada pula pelanggan yg mcm akak ni, bila nmpk kuantiti byk terus rabun nengok harga..hahahaha...

      Delete
  2. hehehe pergh memang gempak lah ni !

    ReplyDelete
  3. kekadang di dlm kekalutan atau excited yg over sgt, benda maths yg simple tu selamba jer kita abaikan..
    kata excited kan... lyn pun kekadang mcm gitu..
    tapi now cpt sedar.. so tak jadi nak spent over the money...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Lyn. Tengok kuantiti aje mata dah berpinar sbb itulah takleh nak buat kira2 sebijaknya. Sapa yg untung?

      Delete
  4. Saya punya skill matematik pun dah hilang..hehehehehe..Dah lama tak guna matematik sejak abis SPM...Tapi mencongak kat Tesco tu hobi saya,sebab suka compare price,tapi guna kalkulator henfon la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak aje kuantiti byk, saya dah rasa murahhhh sangat. Skill matematik saya skrg ni mmg perlukan 'bantuan luar' :D

      Delete
  5. itulah marketing kan..merabunkan anak mata kita yg pantang dioffer dengan harga murah..walhal tu strategi memperabiskan duit kita lg ada la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila dah rambang mata, itulah jadinya. Beli dan beli lagi, tak sudah2!

      Delete

Post a Comment