Baru hari Khamis rupanya ...

Ok, dah bersedia? Sudah siap nak peluk bantal busuk? Air kopi atas meja tu masih panas lagikan? Maklumlah akak manja dan gedik mengada-ngada ni kalau mula menaip, memang lupa dunia sekejap. Tetiba aje segala macam idea datang mencurah-curah macam hujan lebat gitu.

Sebenarnya bila ai menulis panjang lebar berteluk-teluk bagai, the main point of my entry ada di dalam SALAH SATU perenggan atau paling senang pun mungkin tiga perenggan terakhir. Yang lainnya cuma omongan kosong yang buat tuan empunya blog ini syok sendiri memanjang. Apa nak buat, dah namanya suka berangan ... Jadi, kalau nak tahu the main point of my entry (jika ada) terus ajelah scroll down, down, and down sampai ke penamat atau lagi senang, tak payah buang masa baca *sengih*

Mulanya nak aje dedicatekan hari Khamis ini untuk entri-entri seram macam dalam TV selalu buat dulu-dulu. Eh, sekarang ada lagi tak? I ni maklumlah omputih so I tengok cerita kat HBO aje ...erghh...so sorry akak mengada-ngada sikit hari ni  ~_^

Ada sesiapa yang tahu kenapa Hari Khamis aje mesti nak dikaitkan dengan keseraman berlebihan? Hari-hari lain tu memang segala macam makhluk yang menakutkan itu tidak menyeramkan/kurang menyeramkan ke bila terserempak? But then my latest experience, was not on Thursday night ...

Setahu ai hari Khamis ni kan banyak kelebihannya dalam Islam tetapi tak tahulah kenapa bila tiba Khamis aje, mesti nak berseram-seraman berlebihan. Aik, ada ke perkataan berseram-seraman ni? Tak kisahlah yek ...

I ni memang suka sangat dengan cerita seram tapi honestly speaking, kalau berlaku pada diri sendiri memang-memang I pejam mata memanjang like this, atau ai pura-pura pengsan tak ingat dunia. Gila tak takut! Tak kuasa ai nak mengexplore lebih lanjut macam yang selalu terjadi dalam cerita omputih tu. Dah dengar bunyi macam-macam, experience pelbagai, masih lagi tak nak lari lintang-pukang. Maybelah ... sebab itu cerita movie kan kalau dalam real life, for sure pelakon tersebut dah bertindak seperti apa yang ai nak buat.

Kadang-kala, ai selalu membayangkan bagaimana rasanya kalau dikurniakan the third eye or sixth sense. Aduhai, that is not a pleasant experience I guess... Mana-mana pergi ada aje makhluk tercegat depan mata you yang orang lain tak nampak. Kalau handsome atau jelita tu takpalah juga. Tak hairanlah kan kalau asyik nak mengendeng aje. Ini sekali tengok pun dah nak terpengsan-pengsan, ada hati pula tu nak mengekor kita ke hulu ke hilir. 

Aha, semalam takda apa nak layan kat TV ai pun tengoklah Channel 393 (It's a Korean channel you... ) Kebetulan ada drama 'The Master's Sun' . It's about this lady yang boleh nampak segala macam makhluk yang orang lain tak nampak. Just imagine if it's you... apa ya you nak buat? Takkanlah nak pejam mata memanjang... 

Bercakap tentang ini, ai ada seorang anak saudara yang memperolehi the third eye ni tanpa diduga. Dia mengalami bad experience di rumah sewanya dan selepas itu teruslah terbuka hijab untuk melihat di luar penglihatan manusia biasa. Kalau tengah syok berborak tetiba dia senyap sunyi sepi saja, memanglah kami tahu dia dah nampak sesuatu yang menyebabkan dia kelu tak mahu berborak lagi.

Mula-mula tu dia tension juga sebab seperti yang ai kata tadi, siapa tak takut kan bila boleh nampak semuanya. Macam-macam bentuk yang dilihatnya dan tak kira di mana. Kalau dia datang rumah ai, seram sejuk jadinya. Takutlah kalau tiba-tiba dia diam membisu. Itu petandalah tu ...

I dah warning dia siang-siang. Kalau nak ke mana-mana pada waktu malam, for sure ai tak mahu pergi dengannya. Kalau tetiba dia senyap aje nanti tak mahu bercakap, ai pula yang gundah-gulana tak boleh nak concentrate bawa kereta. Lebih baiklah jangan... I ni darah gemuruh dan penakut sebenarnya. Action aje mahu lebih ...

Masa kecil-kecil dulu di rumah kampung pun pernah mengalami peristiwa macam ni. Masa tu ai tengah sibuk buat homework waktu malam and my parents keluar. Bila nampak lampu kereta ayah dekat laman rumah, ai pun berlari-lari turun tangga konon nak buka pintu rumah. I dengar ketukan berkali-kali. Memikirkan itu my mother, ai pun cakaplah "Tunggu kejap mak, nak bukalah nih!"

Bila pintu dibuka, mak ai tengah lenggang kangkung berjalan belum sampai depan pintu pun. I tak tahulah apa kebendanya yang mengetuk pintu tapi ai tak pernah cerita tentang itu sampailah dewasa.

Masa tinggal di rumah sewa dulu pun pernah juga mengalami kejadian ganjil. Setiap malam tepat pukul 12,  bising betul rumah di atas menyusun kerusi meja. Boleh dengar macam orang tarik kerusi atau meja. Kami rileks aje memikirkan jiran kat atas ni sure suka kemas rumah malam-malam buta. Eh, ai pun lepas aje pukul 12 malam kalau tak boleh tidur, memang suka berkemas tau ... 

Sampailah satu hari pulang kerja barulah kami terpandang yang rumah atas tu nampak macam dah kosong lama. Lepas dah terperasan tu pun, ada lagi bunyinya. Oh, alahai .... kami buat-buat lupa ajelah, buat-buat tak dengar segala bagai. 

Hah, itu ajelah pengalaman yang ganjil tak berapa ngeri yang pernah ai alami. Face to face tu memang tak pernah lagilah ... oh, tolonglah minta dijauhkan aje. Tak mahulah kalau boleh ...

P.S.  "Akak, dah scroll down sampai abis, mana main point entry ni kak?"
        "Entahlah, dik. Akak pun tak tahu mana main point nyer! Hehehe "


 





  

Comments

  1. sbb mind set kita bila hari khamis jer buat2 seram gitu..
    dah terbiasa..
    tpi lagi afdal klu kita mngaji kan.. *reminder to myself*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Puasa sunat ke, baca yasin ke kan bagus. Dok promote cerita seram hari Khamis nak buat apa, ya tak?

      Delete
  2. Harap dijauhi dari perkara2 seram ni..saya ni penakut tau...seram saya baca tau tak terbayang saya kalo org ketuk pintu mcm tu buka2 takder org...nasib baik ader mak walopon jauh lg kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun apa kurangnya. Eksyen aje lebih tapi kalau terjumpa pengsan dulu!

      Delete
  3. haha betul la baca entry yg entah mana main pointnya(hehe gurau) ni buat sy terfikir,kenapa malam jumaat tu selalu dikaitkan dengan perkara seram..benda bunyi susun atur perabot tu sy pun penah alami,lagi dasyat siap tumbuk lesung batu..hantu tak reti guna blander kot.hehe..

    besar mana dah anak sedara u tu?org yg terpilih je dpt keistimewaan macam tu kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal...lepas draft saya sendiri tak dpt cari main point nih :D

      My niece tu dah 20an umurnya ...

      Delete
  4. main pointnyer kisah mlm jumaat.. hehe.. a ah la.. naper klo hari khamis mlm jumaat mesti seram2 ye.. klo dlu igt.. mnjang citer seram kt tv.. psl kbolehan tgk makhluk d alam lain pnh dialami ank lya sdri.. dlm awl thn aritu.. smpai dia jd pndiam n tdo mlm .. bgun .. mngis sbb tkut dgm ape y dia nmpk.. tp syukur alhamdulillah.. berubat dgn ustaz.. asya dh pulih.. n skarang dia dh ceria n happy cam knk2 lain. msa kjdian tu tkut sgt mninggalkn ksan ngatif dlm dri dia. syukur skarang dh back to normal.. hrp kjadian tu x brulang lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur alhamdulillah tak berlarutan kan Lya. Takutlah kalau tetiba ada sixth sense ni. Baru bayangkan aje dah berdiri bulu roma.

      Delete

Post a Comment