Posts

Showing posts from October, 2017

Isnin Datang Lagi...

Image
Salam Isnin kawan-kawan!
Macamana? Rindu membara tak?

Kat siapa?

Of courselah kat ahkak yang menulis entri ni, kat siapalah lagi...
Maklumlah kalau tak cukup rindu yang membara dalam jiwa, memang I nak masuk 'gua' semula. Agak-agak dah tak tahan rindu pada diri ini, barulah I keluar gua semula 😊
Susahkan kalau berkawan alamaya dengan 'retis' suam-suam air Milo ni! Perasan tak habis-habis! Nak buat macamana, dah tabiat dari muda kuat perasan 😉 Janganlah mencebik mulut, I is nampak from here tau...
Well, kalau dah lama tak menjelma jadi MD di alam maya ni, memang salah satu sebab nilah - sibuk/pura-pura sibuk atau pun memang malas melanda.
Kebelakangan ini memang sebab yang kedua tulah. Entahlah, lain macam malasnya. Melawat online shopping takda pulak malas. Malah, tak pernah pun terasa malas tau! I is konpius sesangat nih!
Dan another fact - yang ni janganlah kome nak gelak kuat-kuat. Sebelum gelak tu, tengok kiri-kanan, depan belakang dulu sebelum nak gelakkan I ya…

Lada

Image
Salam kawan-kawan!
Nampak tak moodnya ke mana? Pilih tajuk pun bukan main senang cerita 😊
Tapi, jangan bimbang! I bukannya nak mencili mulut orang. Mulut sendiri pun ada masanya nak juga 'dicili-cilikan' dek kerana tak berhenti potpetpotpet; kalah makcik bawang di luar sana 😂
Ini kisah sebenar-benarnya tentang lada atau cili. Tapikan tak tahu kenapalah ya, suka betul I panggil lada merah tu lada 'hidup' 😊 But then, lada kering tu takdalah pulak I panggil lada 'mati'! 
Don't ask me mengapalah. Nanti kalau I kata orang Johor aje yang suka buat perangai macam ni, ada pulak jiran tetangga di utara, selatan, timur dan barat dalam grup whatsapp dok kutuk kata manalah ada orang Johor panggil lada merah tu lada hidup; awak sensorang aje yang datang dari Planet of the Apes! Dah tersayat hati melara pulak nanti; tak mahu berblogging selama sebulan kang!
Eh, dah lama takda commercial break while typing new entry kat blog ni! Bagi laluan kat iklan bercerita sekejap…

Miss me?

Image
Salam kawan-kawan!
Apa khabar semua? 
I macam biasalah. Sesekali bila dilanda malas, memang malas nak buat apa-apa pun! Pepagi tadi pun terfikir patutkah ambil cuti setengah hari aje hari ni sebab malasnya nak bekerja dengan penuh jiwa raga!
Oh, seronoknya kalau time orang pergi kerja, kita masih lagi sedang bersenang-lenang di atas katil! 
Arghhh... hebatnya!
Oh, ya! pertanyaan di atas bukan untuk diri penulis blog tetapi untuk my superheroes, 'duta' blog picisan ni 😉
Yang ada gambar Adik Cute ajelah sebabnya you all pun dah tahu, my anak bujang tersado @ Bubbly Abang sekarang ni dah besar panjang. Tak gemarlah gambarnya diambil tanpa sebab. Kalau sekadar nak masuk blog, itu bukan alasan yang munasabah nak mengguna pakai gambarnya sesuka hati...
Bubbly Abang dah tak kuasa nak berposing selalu; tidak seperti adiknya yang kuat juga perasan ni...
Ni gambar di bawah baru aje disnap semalam sewaktu kami baru nak keluar dari Sungei Wang. Si kecil ni bukan boleh nampak benda luar …

Pengesahan Pendaftaran Sekolah Tahun 1 (2018)

Salam kawan-kawan!
Walla! Panjang tak tajuk hari ni? 
Of courselah luar biasa panjang tajuknya sebab kejadiannya pun 'luar biasa' juga 😊
I cuti setengah hari lagi ya Jumaat lepas kerana urusan yang ini...
Maklumlah, emak-emak yang super-E memang macam ni tau. Tunggu last minute barulah nak bertindak. Yang sebenarnya, I terlupa habis tentang ini walaupun tahun ini merupakan tahun yang penuh cabaran dan dugaan dengan 'pengajian universiti' my anak bujang tercomel @ Adik Cute. Macam-macamlah masalahnya sampai tak tahu nak pilih jalan mana...
Alkisah, beberapa minggu sudah my Bubbly Abang ada beritahu cikgunya kata pendaftaran Tahun 1 untuk 2018 akan tutup pada 30 September. I ni pun dengan penuh keyakinan menjawab,
Mommy dah registered Adik kat sekolah since April 2016. Sekali lagi Mommy  registered online bulan Jun ke Julai tahun ni!
So that's it! Habis cerita!
Kali pertama I mendaftar anak secara 'manual' di sekolahnya pada April 2016 kalau tak silap. Masa …