Lada

Salam kawan-kawan!

Nampak tak moodnya ke mana? Pilih tajuk pun bukan main senang cerita 😊

Tapi, jangan bimbang! I bukannya nak mencili mulut orang. Mulut sendiri pun ada masanya nak juga 'dicili-cilikan' dek kerana tak berhenti potpetpotpet; kalah makcik bawang di luar sana 😂

Ini kisah sebenar-benarnya tentang lada atau cili. Tapikan tak tahu kenapalah ya, suka betul I panggil lada merah tu lada 'hidup' 😊 But then, lada kering tu takdalah pulak I panggil lada 'mati'! 

Don't ask me mengapalah. Nanti kalau I kata orang Johor aje yang suka buat perangai macam ni, ada pulak jiran tetangga di utara, selatan, timur dan barat dalam grup whatsapp dok kutuk kata manalah ada orang Johor panggil lada merah tu lada hidup; awak sensorang aje yang datang dari Planet of the Apes! Dah tersayat hati melara pulak nanti; tak mahu berblogging selama sebulan kang!

Eh, dah lama takda commercial break while typing new entry kat blog ni! Bagi laluan kat iklan bercerita sekejap ya 😉

Hari tu I terjah blog PH tetiba ternampak member ni buat roasted chicken and tuna cakes ke apa namanya. I teruslah teruja dan-dan tu juga! Selalunya I komen santai aje kat blog PH tapi kali yang itu, I terpengaruh untuk masuk dapur buat menu yang sama. Eh, bukan mudah kepalang nak ajak I join main masak-masak dengan resepi yang dah siap diberi ya!

Tanyalah kat CH. Kalau masuk blognya, asyiklah copy paste & save aje resepi. Buatnya tak juga! (By the way, CH... agar-agar dalam kulit watermelon tu rasa-rasanya akan 'terwujud' dalam my rumah dalam masa terdekat ni tau 😁)

Makanya dua hari lepas I pun teruslah buat roasted chicken. Sebiji-biji resipi PH senaraikan I ikut dengan setulus hati sambil berdoa jadilah roasted chicken ni sama macam dalam gambar di blog PH. Hahaha!

Bila dah siap, tarrrraaaaaaa!

Hidang atas meja dan terus makan!


Lupa den nak amik gambar ya 😉

Lagipun I ni bila jam dah menunjukkan pukul 6.30 petang dan hidangan makan malam masih lagi takda di atas meja, memang kelam-kabutlah. Pegang sudip pun boleh terlepas tau! Nak suruh I snap gambar hidangan terbaru dicopy? Memang tidaklah...

Kalau nak tengok resepi dan gambar cantik, pergi terus ke blog PH. PH memang pakar masak, pakar tanaman, pakar buat compost, pakar makan-makan luar, so terjahlah blog dia ya but then, tongue tu kena tukar sikitlah bagi tergeliat speaking London bridge is falling down😃

Bab tuna cakes tu pulak habis aje baca teruslah tinggal komen. Macam itu punya senang resepi kalau tak nak buat, tak tahulah! Tapi itulah, orang kata sweet potato, kita nampak potato aje 😊 Itu pun tak sempat jadi 'cake' dah selamat melantak. Tuna dan kentang kalau bertemu, memang terpesona anak tekak den tau 😋 Next timelah kita akur pada resepi tuna cake PH ni...

Eh, panjang pulak commercial break! Sudah lebih 2 minit pembacaan 😊

Back to tajuk entri tadi, nak cerita apa sebenarnya tentang lada ni? Lupa pulak dah...

Oh, ya! Sebelum ni I selalu aje mengalami masalah bila beli lada. Tak kiralah lada merah ke, lada hijau ke, cili padi ke, pendekata asal namanya lada/cili memang bermasalahlah nak menyimpan untuk tahan lama!



I ni pulak kalau beli lada memang macam nak buat sambal belacan untuk bisnes restoran. Tak pernahnya beli sikit-sikit. Makanya tak sampai seminggu lada pun busuk. Petisejuk kat rumah tu pulak tak tahulah kenapa, habis semua yang duduk dalam fridge frozen dibuatnya. My lada-lada selalu aje jadi sejuk beku tau. Kalau tak sejuk beku, busuk pulak! Memang stress!

Sebelum ni I pernah baca suruh buang tangkai lada tu supaya ia kekal segar dan tahan lama. I pun buatlah tapi masih lagi lada tu sejuk membeku tak pun lepas beberapa hari dah busuk...

Beberapa minggu lepas kot terbaca dalam blog CH (CH lagi.... berapa awak nak bayar kita ni CH asyik tersebut nama aje kat sini? Hahaha) macamana nak mengekalkan kesegaran lada ni supaya tahan lama. Maka I tanpa berlengah teruslah ikut aje tunjuk ajarku sifu ni.

Of course, I pergi beli lada banyak-banyak dulu 😉 Stok lada kat rumah dah habis busuk!

Mula-mula I buang tangkai lada tu. Lepas tu I basuh dengan air. Then lap bersih-bersih dengan tisu. I masukkan dalam bekas. Kopek sebiji bawang putih dan baling je dalam bekas berisi lada tu.

Surprise! Surprise! Kali ni berkesan tau tips yang diberi. Stok lada yang ada bertahan lama! Maka, takdalah I dok aje kena beli stok lada tetiap minggu 😖

Thank you, CH sebab suka betul berkongsi tips 😊

Itu ajelah nak cerita ya. Lain kali mai lah sini lagi kita 'beramah-mesra' hal-hal lain pulak sambil ' mencili-cili' mulut 😉






Comments

  1. Wah tahniah MD berjaya buat roasted chicken..sayangnya kenapa tak abadikan gambar dlm blog...
    Oh kiranya nk kongsi petua simpan lada lah ni ya.Akak kalau lada merah ni tak sempat nak simpan lama sebab kalau dah ada itu je lah yg akak gunakan utk masak segala masakan pedas...lada kering yg sampai berkulat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, kak! Bukan senang tau saya nak masuk dapur dan duduk berlama-lama kat dapur tu. Berkempam peluh bak kata jiran sebelah. Tapi ukur jalan kat luar takda pulak peluh berkempam walaupun panas terik ^_^

      Asal cerita nak kongsi petua simpan lada tapi baru nak taip isi tetiba teringat benda lain. Wajiblah buat iklan dulu macam selalu ~_^

      Delete
  2. Hari tu pun mak buat roasted chicken tp mak buat ala ala Kenny Rogers ikut resepi Cik Epal.....OK jugaklah...tp mcm biasalah tak delah ikut sebijik sebijik sukatannya.... main bedal haha....

    Lada ni kalau beli kat Aeon mmg tak boleh sikit ek.... satu paket tu ha....Mak selalu beli kat Tesco boleh timbang, jimat sikit. Samalah kita Kak Ton, mmg selalunya busuk. Sebabnya jarang sangatlah guna lada hidup ni kecuali buat sambal belacan ke, lebur ke..... Kadang tu masak sayur pun malas nak buh haha....

    Mak selalunya bab bab petua ni malas nak buat try and error, lantaklah busuk ke hape, nama nak buang tangkai mmg malas haha....so bila kak Ton dah ckp buh bawang putih tu berkesan so bolehlah ikut hihi... Campak bawang putih jerlah, tangkai biar kan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak ada buat BBQ chicken versi derhakakan? Kali ni sebab Kak Ton terliur sangat tengok roasted chicken, teruslah balik Kak Ton buat, Mak! Terkejut tak dengan kerajinan Kak Ton?

      Terkejut terkujat-kujatkan...

      Kak Ton selalu beli banyak sebabnya memang sukalah nak mencilikan semua masakan. Kalau tak nampak warna merah lada, rasa macam tak umphh pulak hidangan. Dapat hiris tabur lada pun jadilah!

      Kak Ton tak pastilah kalau baling bawang putih aje dalam bekas tanpa buang tangkai berkesan ke tidak. Yang ni Kak Ton dengan penuh ketelitian tahu membuatnya. Tapi takpalah sebab tahan lama, takdalah Kak Ton kerja dok kat dapur buang tangkai lada tiap hari!

      Delete
    2. Uiii...taulah terkujat kujat makan roasted chicken, tapi tak payahlah nak nyorok dlm oven lelama..

      Delete
    3. Apakah tandanya ini - mengomen dua, tiga kali?

      Itu tandanya RINDU BANGAT!

      Hahaha!

      Delete
  3. Ada suatu hari tu, adik kakcik datang ke rumah (adik2 memang selalu datang ke rumah kakcik pun, maklumlah kakak sulung kan...). Dia 'kerjakan' cili merah kat dapur kakcik. Dia basuh, keringkan dan kemudian masukkan ke dalam bekas 'tipuware' yang beralas tissue dan tutup. Lepas tu simpan dalam peti ais. Eh... memang tahan lama cili tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu memang fed up dibuatnya Kakcik sebab asyiklah lada merah dan cili padi tu busuk dalam peti sejuk. Lepas tu saya try buang tangkai pula. Tahanlah juga tapi tak lama. Bila baca tips kawan blogger beri ni, saya pun cubalah manalah tahu berhasil. Nampak gaya betullah bagai diajar ^_^

      Delete
  4. haa ada juga tengok petua ni dekat blog CH hari tu, tapi tak sempat2 nak cuba lagi, lepas ni kena cubalah sebab kak ton buat menjadi tu. saya pun sukalah beli cili nih,setakat nak cili2kan mulut sendiri jelah, tunggu pokok cili sendiri berbuah lebat belum nampak hasilnya lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba-cuba ajelah sebab dah bosan tengok lada dalam fridge asyik aje sejuk beku tak pun busuk. Tetiba tengok lama jugalah bertahan. Semalam saya try sekali lagi guna pakai tips ni untuk lada hijau pulak. Tengok berapa lama boleh tahan ^_^

      Delete
  5. Replies
    1. Kita malas tanamlah, PB. Takkanlah tak tahu lagi ~_^

      Delete
  6. Wah, menarik... Petua baru ni walau saya tak jarang sgt simpan lada dalam fridge..
    Dah jarang masa, buat apa nak ada stok lada, yer tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba Nur kalau ada banyak stok lada kat rumah tu. Kalau dah kata stok pun takda, masak pun takda masa, tak payahlah dok fikir camna nak buat bagi lada segar. Hahaha!

      Delete
  7. Aiyoyo MD, bukan main lagi you puji I :) Kembang hidung PH hee..hee... Aiya, I want to see your roasted chicken LOL! Next time, snap dulu sebelum makan, OK? By the way, I am also like you. Suka beli red chilies and then let it berkulat in the fridge wahahahaha!! I always have ambition to tumbuk sambal belacan but in the end kind of malas. I am going to buy some more red chilies on Thursday. LOL!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehhhh... mana ada I puji melambung-lambung! Dah, jangan berangan, nanti dia perasan di pi makan-makan lagi every day cheat day ^_^

      I have no time to snap photolah, PH. It turned out well, but not exactly like in the picture of yours. My sons said it's good. Seorang dua ketul aje dapat. Jadilah... Kalau I masak sedap, my eldest sure tanya "Mommy, what is the name of this recipe? What did you put? Blahblahblah..." Kalau tanya banyak tu maknanya sedaplah 'resepi' you tu, PH.

      You try this tips and you can stop stocking up chilies every Thursday ^_^

      Delete
  8. Ira dah cuba petua ni.. Ofismate share dlm group, mmg menjadi.. Hihi.. Betul la, letak sayur dlm fridge cepat je layu, sejuk sgt kot suhunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronokkan kalau cuba dan menjadi. Cuba kalau hasilnya negatif, asyik nak grrrrr aje kerjanya.

      Delete
  9. Den jarang guna cili idup ni, selalu beli cili akar yg hijau tu sbb den suko tumbuk perah limau kasturi buat cicah ikan goreng, perghh...sedap.
    Kalo cili idup yg merah tu Tak kick buat kicap limau tu. Tak caye cer Cuba acu try test buat.
    Lagipun cili merah tu kalo busy goreng2 sayur den potong separuh je, yg bhgian takdo biji tu, yg bhgian Ada biji tu kadang smp sudah terbiar pastu busuk, tu yg maleh nak beli cili idup tu.
    Petua CH tu den pun buat, sbl jumpa petua campak bawang putih tu, den buang tangkai je, ok jugakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya main cicah-cicah ikan goreng. Kalau ada nasi panas-panas ni memanglah best. Eh, tetiba lapar!

      Saya suka cili merah ni sebab tanpanya rasa 'lesu' segala makanan. So, kalau boleh up dengan cili merah, memang saya up. Habislah semua bercili merah masakan saya kerjakan!

      Delete
  10. Wah menjadi roasted chicken MD ye..
    Dah anak beranak suka makan berasaskan ayam..
    Tentu teruja nak mencuba resepi tu kan MD..
    Pastu menjadi dgn jayanya 👏👏👏

    Nanti dah cuba agar-agar tembikai tu jgn lupa snap gambar tau..
    Tak kan nak makan jam jam tu gak 😆😆

    Kan bagus tips tu...
    Sebab CH mmg selalu beli lada merah tu byk2..
    CH suka buat goreng sambal guna lada merah tu..
    Anak2 suka sangat sambal goreng ikan guna lada hidup.

    Cili kering CH buat utk masak sambal tumis atau asam pedas..
    Jadi cili kering ni selalu terpinggir berkulat tapi CH simpan dlm esbok juga utk tahan lama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak menyempatlah CH. Lagi-lagi tengah masak, nak capai cermin mata (rabun ^_^) dan handphone nak snap gambar memanglah leceh! Nantilah lain kali. Kalau tak letak gambar nanti orang kata suka-suka cakap kosong aje pulak yerk ^_^

      Saya memang teruja bab agar-agar 'tembikai' tu sebab nampak unik. Saya tengah tunggu HD nak beli sebiji tembikai, senang sikit kisahnya. Kalau dia beli, on lah agar-agar nih ^_^

      Saya pun suka ikan masak sambal goreng lada merah/hijau ni. Anak-anak pun sama tapi kena tengoklah ikan apa yang kita guna.

      Terima kasih tau,CH. Separuh tips dah tau tapi bab basuh air, lap dan masukkan bawang putih tu memang baru tau. Bila buat kesemuanya serentak, memang tahan lama cili-cili hidup di rumah saya ^_^

      Delete
  11. Ehh Nani pun panggil lada hidup/ cili hidup. Hahah! Terbiasa macam tu. Ohh baru tahu petua lada ni. Nanti boleh try buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, Nani pun panggil lada hidup juga ya? Takdalah akak sensorang aje yang panggil lada ni 'hidup' ya ^_^

      Delete
  12. Assalamualaikum wrmbth sis

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    Banyak cerita pasal cili sekarang ya

    Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumsalam!

      Entahlah, kotnya nak 'mencilikan' mulut kot. Hahaha!

      Delete
    2. Cili mahal sekarang ni

      Mungkin sebab musim hujan

      tanaman tak menjadi

      Delete
    3. Ya ke cili mahal? Saya ni kerap juga beli cili sebab nak cilikan mulut. Eh, eh, eh! Silap! Sebab cili asyik busuk je dalam petisejuk (tapi sekarang tak lagi ^_^)

      Saya tak perasan pun cili mahal walaupun selalu beli cili! Peminat cililah gamaknya ni...

      Delete
  13. Wah tak sangka dah makin rajin masuk dapur cuba resepi baru..sy ni la pulak mood memasak on off..tak cukup kaki tgn ni nak buat semua..nk tengok resepi pun tak sempat inikan pulak nak cuba resepi.huhu

    Sy pula jarang beli cabai ( org utara tak pnggil lada ok ) sbb kt rumah ni i tak nakan pedas2..cili kerimg pun krang beli dah sekarang en suami beli sambal giling nk masak terus campak macam tahu2 ja bini dah takda masa nak blender cili.hahaha

    tp tips ni pasti digunapakai 1 day..tq juga share tips lada ya CH & MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan main-main, PK. Sekarang ni walaupun masuk dapur boleh dibilang dengan jari kaki (*_*) rajin tau mencuba resepi. Tak masuk blog aje disebabkan tengah panik atau pun kalau amik gambar tengah masak ni selalu je tak menjadi. Maklumlah amatur ^_^

      Wah, sekarang dah jadi tokey ya awak! Langsung tak habaq tau! Ni mesti tak mau share untung atas angin ^_^

      Delete
  14. Lada kering = lada mati 😅😅😅 comel je baca...

    Wah menarik tips ni.. nanti nak yry jugalah.. thanks share tips ni tau MD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah kena tegur dengan 'abang kedai runcit' kat KL masa muda remaja dulu sebab nak beli lada hidup. Abang tu kata, 'Cili kat sini semua dah mati, dik! Takda lagi dah cili hidup!'

      Stress awak.....

      Hahaha!

      Delete
  15. sebut pasal lada ni, time pregnant ni suka sangat makan pedas. kalau tak pedas tak kick

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Raihanah pregnant ke sekarang ni?

      Ish, suka betul gosip mosip ni! Nanti kita pi terjah blog untuk confirmation ek! Hahaha!

      Delete
  16. jalan2 sini, kadang2 tajuk biasa2 jer, tp olahan dan kreativiti penulis menyebabkan ramai tertarik nak membaca... tahniah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah sini ya cikgu! Saya ni memang suka merapu meraban dalam blog. Kalau sesat kat sini, kena sediakan air kurang-kurang sejug. Penat telan air liur, entri tak habis-habis gak ^_^

      Delete
  17. Ibu memang suka makan pedas sebab dalam lada tu pun banyak khasiat

    Cuma makan biar bersederhana kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas tu nikmat tau, Ibu Zaid. Selagi boleh makan masakan pedas-pedas, kita makanlah. Nanti dah tak larat nak makan pedas, kita berhenti ~_^

      Delete
  18. Stok lada dah lama abis, meh le kuar dari gua tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaslah nak keluar gua, UA. Cuaca panas sangat. Terbako kulit I ni tau! Hahaha!

      Nah! Hari ni suam-suam kuku aje kepanasan cuaca di luar, kita keluarlah kejap sedut udara nyaman ^_^

      Delete
  19. Selamat pagi isnin dari Mama

    Salam blog walking sis

    Apa khabar pagi ni

    Jemput singgah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi Isnin, MH!

      Khabarnya baik-baik sahaja.

      InsyaAllah, nanti kalau free kita terjah ya!

      Delete

Post a Comment