Salam kawan-kawan!
Apa khabar semua?
I macam biasalah. Sesekali bila dilanda malas, memang malas nak buat apa-apa pun! Pepagi tadi pun terfikir patutkah ambil cuti setengah hari aje hari ni sebab malasnya nak bekerja dengan penuh jiwa raga!
Oh, seronoknya kalau time orang pergi kerja, kita masih lagi sedang bersenang-lenang di atas katil!
Arghhh... hebatnya!
Oh, ya! pertanyaan di atas bukan untuk diri penulis blog tetapi untuk my superheroes, 'duta' blog picisan ni 😉
Yang ada gambar Adik Cute ajelah sebabnya you all pun dah tahu, my anak bujang tersado @ Bubbly Abang sekarang ni dah besar panjang. Tak gemarlah gambarnya diambil tanpa sebab. Kalau sekadar nak masuk blog, itu bukan alasan yang munasabah nak mengguna pakai gambarnya sesuka hati...
Bubbly Abang dah tak kuasa nak berposing selalu; tidak seperti adiknya yang kuat juga perasan ni...
Ni gambar di bawah baru aje disnap semalam sewaktu kami baru nak keluar dari Sungei Wang. Si kecil ni bukan boleh nampak benda luar biasa, habis semua dia nak posing. Sampaikan kereta orang pun dah macam dia punya future car, sukahati aje nak bergambar di depan kereta 😊
Harapnya tuan punya kereta tak kisahlah dek keterujaan my anak bujang tercomel ni ya...
Si kecil ni kalau nampak apa-apa yang luar biasa, memang minat sungguh nak minta diambil gambar. Cuba teka gambar ni diambil di mana?
Dalam surau ya 😊
Ini masa in between majlis kahwin my anak saudara di JB tempohari. Penat kat dewan, dia masuk surau. Habis microphone yang ada dalam surau tu dia boleh pulak buat menyanyi! Kalau lagu nasyid takpa juga! Serius terharu Mommynya! Nasib baiklah I takda dalam surau ni...
Oh, ya! Mic tu tak berfungsi pun. Off je, maka suaranya hanya dia, abangnya dan Daddynya yang dengar 😊
Nah, tengok lagi gambar perahsantan my anak bujang...
Nampak tak kad yang tergantung di lehernya tu? Itu kad untuk 'swipe' pintu kat kem askarnya 😊
Masa tu baru pow MakNgah belikan topi, 'AK47' dan juga ada kad swipe pintu kem... Hahaha!
Yang ini tak tahu apa gaya sebenarnya dia nak posing. Kami turun di KL Sentral lepas naik MRT 😊
Kita kata itu harimau, dia seboleh-boleh kata itu kucing warna yellow. Harimau tak secute kucing katanya...
Yang ini kalau tak tahu dekat dengan Umai Cafe di Putrajaya ya...
Dia nak naik kereta di belakang tapi makpak dan abangnya tak kuasa nak mengayuh kereta kuasa kayuhan manusia katanya! Baru lepas sarapan dah! Hilang nanti energy makpak nak jenjalan ke tempat lain. Makanya, kenalah ambil gambar dilatari kereta berkuasa tenaga manusia gamaknya...
Dia rasa paling comellah berposing macam ni...
Baru-baru ni Adik Cute telah kehilangan sebatang gigi susu di bawah - gigi susu pertama yang tercabut. Entah ke mana perginya gigi tu. Tahu-tahu aje dia sudah menjerit sambil tunjuk giginya dah hilang satu! Masa tu dia tengah main bola dan bila ditanya mana pergi gigi susunya, senang aje jawab si kecil ni...
Entahlah! Adik pun tak ingat mana pergi! Bila tengok gigi Adik dah takda, Mommy!
Aha, senang benar! Bubbly Abang pun gigi susu yang tertanggal semuanya Daddy yang uruskan. Tunggu sampai betul-betul goyang habis, selesailah dikerjakan Daddy!
And, tentang urusan persekolahannya tahun depan...
I pun tanya.
Dik, kalau nanti dah masuk sekolah abang, bila cikgu cakap Adik tak faham macamana?
Alah, Adik jawablah... My name is Jeff!
Amboi! Senang betul! Apa pun cikgu tanya kalau tak tahu jawabnya " My name is Jeff!"
Memang nak minta kena baling ngan dusterlah, Dik!
Ada nanti tiap-tiap hari Laoshi panggil Mommy suruh pindahkan anak ke SK pulak...
Ada nanti tiap-tiap hari Laoshi panggil Mommy suruh pindahkan anak ke SK pulak...
By the way, 'My name is Jeff' ni dicedok dari entah kartun apalah yang mereka suka tengok sekarang ni...
Perasan tak rambut Adik Cute ni dah panjang dan serabai?
Baru-baru ni dia ada tanya pada Daddynya...
Daddy ni bilalah nak beli cat putih ni!
Nak buat apa?
Adik nak cat rambut warna putihlah macam dinding rumah kita. Adik nak rambut macam Justin Bieber tu!
Adik oh Adik! Buat mengucap ya! Takda lagi orang cat rambut pakai cat rumah!
Dan soalan terbaru, dia boleh tanya pulak hal ni...
Mommy! Betul ke Michael Jackson dah mati?
Betullah!
Memang betul-betul Michael Jackson dah mati ke?
Ya, betul! Mana Adik tahu Michael Jackson ni? (Dia belum lahir pun masa MJ passed away... but I bet from Bubbly Abanglah ni semua info...)
Sebab Michael Jackson boleh menari macam ni tapi Adik tak pandai sangatlah... (sambil tunjuk macamana MJ buat moonwalk gitu...)
Perasan tak rambut Adik Cute ni dah panjang dan serabai?
Baru-baru ni dia ada tanya pada Daddynya...
Daddy ni bilalah nak beli cat putih ni!
Nak buat apa?
Adik nak cat rambut warna putihlah macam dinding rumah kita. Adik nak rambut macam Justin Bieber tu!
Adik oh Adik! Buat mengucap ya! Takda lagi orang cat rambut pakai cat rumah!
Dan soalan terbaru, dia boleh tanya pulak hal ni...
Mommy! Betul ke Michael Jackson dah mati?
Betullah!
Memang betul-betul Michael Jackson dah mati ke?
Ya, betul! Mana Adik tahu Michael Jackson ni? (Dia belum lahir pun masa MJ passed away... but I bet from Bubbly Abanglah ni semua info...)
Sebab Michael Jackson boleh menari macam ni tapi Adik tak pandai sangatlah... (sambil tunjuk macamana MJ buat moonwalk gitu...)
Oh, ada pulak gambar mereka berdua beradik but it's not a new photolah...
I snap di sini, boleh pulak dia minta I snap kat huruf 'U' sempena namanya...
Nak tahu namanya apa sekarang?
'Ujae'
'Ujae Polis'
And anything start with 'Ujae'...
Stress Mommy letak nama anak elok-elok ikut nama nabi tetiba boleh pulak bertukar jadi nama Korea ni apahal?
And another new fact about my superheroes...
Dua-dua minat lagu 'Aisyah' sebabnya MV lagu ni ada dua orang budak kecil - perempuan and lelaki!
'Adik, tengok-tengok dia nak beri gift kat budak perempuan tu!' kata Bubbly Abang...
'Eleh, Adik dulu pun ada girlfriend juga tapi dah kena tinggal....' kata Adik Cute...
Mommy urut dada aje dari kejauhan dengan statement budak berdua ni tau!
hahaha..ada2 saja cerita adik cute ni ye, memang suka bergambar tu haa. oh dah ada girlfriend tapi dah ditinggalkan pulak, pandai dia ye.
ReplyDeleteAdik kalau cat rumah tu boleh guna untuk cat rambut dah lama acik cat rambut kaler purple tau hahaha
Dulu-dulu masa baru masuk tadika dah kena tinggal girlfriend, AA. Apa taknya, asyik melalak aje dalam kelas bila kena tinggalkan di tadika!
DeleteItulah pasal! Sibuk suruh beli cat rumah warna putih sebab nak cat putih rambutnya!
Hi! MD.. Dah lama tak terjah sini. Ke bizian melanda. Nanti dah ok kita buat komen marathon. Rindu nak baca celoteh MD yang panjang ni ☺☺
ReplyDeleteHai, Fiza!
DeleteFahamnya macamana kebizian melanda. Maklumlah emak anak empat sekarangkan, ke lima? Hahaha! Lupa pulak ^_^
Sekarang MD masih lagi seronok melayan mereka. Tahu-tahu nanti, MD dan HD tinggal berdua bila mereka sibuk mengejar impian dan cita-cita... (itulah yang kakcik rasa sekarang...)
ReplyDeleteBetul tu, Kakcik. Sekarang ni enjoy ajelah dengan mereka tapi itu pun dah terasa semakin kurang masa boleh dihabiskan bersama mereka. Nampak sangat cepat membesar.
DeleteEntahlah ya, bila sampai saatnya macam Kakcik dan suami alami, tak tahulah bagaimana perasaannya...
Hai MD...saya muncul seketika di arena blog.
ReplyDeleteAdoi...tak tahu nak komen lah pasal Adik ni. Petah betul! Asal membaca pasal Adik, mesti nak tergelak.
Saya sekarang ni pun dah tak banyak nak update cerita anak2 yg dah besar panjang. Mereka tak berapa suka nak ambil gambar. Lagi2 nak cerita hal dorang. Kalau cerita emaknya lagilah bosan. Cerita hal si kecik je yg senang sekarang ni.
Hai, KB!
DeleteLama benar tak muncul-muncul ni. Tolong suami ke atau sendiri yang berniaga ni? Lain macam sibuknya tau, KB. Kita yang sentiasa claim ibu tersibuk di dunia pun tak macam KB tau ~_^
Yalah, bila anak-anak dah besar panjang bukan seronok pun untuk bercerita kerenah mereka. Sakit jiwa pun boleh jadi juga kalau tak sungguh ^_^ Selagi ada anak kecil, kita ceritalah keletah anak kecilkan...
KB datang kembali....hahaha
DeleteSaya tak berniagalah MD. Suami pun dah kembali ke profession asalnya. Berniaga hangat2 taik ayam jek! Saya bukannya sibuk sangat tapi dah terkena 'saka malas bersosial' Apakah halnya, janganlah tanya. Saya sendiri pun takde jawapan.....hihihi
KB datang rajin saya datang malas pulak! Hahaha!
DeleteOh, dah tak berniaga lagi! Habis tu apa yang sibuk sangat? Jadi mak-mak tu biasalah memang selalu jadi alasan untuk kita kata sibukkan walaupun hakikatnya sama aje dengan mak-mak yang lain.
Kalau dah kena saka malas bersosial ni susahlah nak ajak 'berunding' KB. Tapi kalau dapat 'saka' yang lebih baik daripada asyik bersosial, bagus juga apa ^_^
Hihihi..
ReplyDeleteSenang banyk ye adek ujea..
Warna rambut guna cat rumah ����
Boleh acik kasi ni..
Ada balance cat warna pink ni.. blue pun ade����
Dah lama ye MJ tu mati..
Hampir terlupa hihii..
Lagu apa yg dia tengok tu MD..
Boleh tanya pulak..
Kesian girl freinds adik..
Byk yg kena tinggal..
Tentu frust mrk sbb kena tinggal dgn adik cute hensem.��������
Ujae tak naklah CH shocking pink and sparkling blue ni. Ujae nak warna putih. Macam Justin Bieber. Masalah, rambut JB bukan kaler putih dan bukan dari cat dinding rumah! Pening nih...
DeleteEntahlah saya tak tahu lagu MJ yang mana, tapi sibuk bertanya MJ betul ke dah mati. Dia minat slow dance MJ lah tu gamaknya!
Diakan masa umur 5 tahun dah kena tinggal first girlfriend, CH! Maklumlah kaki lalak kat tadika ^_^
adik cute tu suka senyum nampak gigi berbaris ek. mujur gigi cantik dik
ReplyDeleteDia suka buat keletah macam dia yang paling comel. Hahaha!
DeleteAlahai adek macam2 telatahnya ya MD....elok benar MD abadikan dlm blog ni.Bila mereka dah besar nanti akan jadi kenangan manis kelak.Masa anak2 akak kecil dulu xde blog,kalau tidak pasti seronok bila imbas sekali keletah mereka.
ReplyDeleteSebab itulah kak, ambil peluang abadikan dalam blog ni. Dah dekat 5 tahun berblogging, memang banyaklah kisah anak-anak dikongsi dalam blog. Masa Bubbly Abang sebaya Adik Cute, saya takda blog lagi. Kalau tidak, memang cerita mereka berdua ajelah dalam ni...
DeleteHaippp jangan malas malas. Hahah! Tapi memang betul pun, bila datang jer malas tu, rasa nak terbaring sepanjang masa. Hahah! Banyak betul tempat adik cute posing ni. Hehehe. Nani pun haritu teringin jugak nak bergambar dengan rimau kat Kl Sentral tu tapi segan kot ramai orang. Hahahah!
ReplyDeleteAmboi nak cat rambut warna putih 😂😂 Kereta tu memang nampak best tapi tu lah tak gigih mana sebab kena kayuh sendiri. Hahaha! Confirm lenguh lepas tu hah.
Tak boleh dibendunglah Nani perasaan malas tu sekarang. Ni tengah berleluasa, ikut mood ajelah nak update blog dengan tidak. Itu yang macam biskut chipsmore, kejap ada kejap takda!
DeleteSebab itulah akak hantar anak bergambar ^_^ Kalau kita yang nak berposing in public, terasa malu pulak! Tapi nasib baik juga si bujang sorang ni memang suka posing; maklumlah dia memang sentiasa 'sedar diri' yang dia cute memanjang ^_^
Semalam baru rajin, hari ni dah kena sawan malas pulak....Aduhaiiii jiranku....
ReplyDeleteUit...mana pergi gigi adik tu. Seram pulak mak takut tertelan haih... Ohh tu kat Umai cafe... Rasanya dah bertahun jugak Kak Ton cite pasal Umai cafe tp sampai sudah mak belum sampai lagi weyh. Bilalah nak sampainya...
Amboi adik cute, taste mcm mommy.....taste obersea! Nama nak Korea, rambut nak ikut Justin Bieber, muka dah mmg pan asean...kira pakej lah ek adik!
Begitulah ceritanya, Mak. Asal datang aje sawan, memang tak boleh nak buat apa-apa. Nak rehat minda aje kerjanya. Hahaha!
DeleteTak tahu mana pergi gigi yang tercabut tu. Dia pun tak perasan. Tanya juga kotnya tertelan tapi memanjang aje dia lupa segala peristiwa! Letihlah!
Astana Morocco Mak dah sampai, tak lama lagi sampailah ke Umai Cafe pulak. Mak kan suka melawat makpak mentua ~_^
Den ada tengok satu drama melayu, Dan le layan 2 episode, tajuk drama Raisha Kat tv3, ada budak pompuan berlakun jadi Raisha Masa kecik, muka dia sejibik cam adik cute, pendek kata cam kembar sepusat sepusinglah kekdahnya.
ReplyDeleteMacam2 akal dia kan, tu besar sok banyak akai dia nak idup tu. Tak padan kecik dah kena tinggai gelpren ek, haha, nak cat rambutlah, nak belajar menari macam MJ lah, mmg kelako adik cute ni, meh nak tarik idung tu sikit.
Tak tengoklah Kak G cerita Raisha ni tapi pernahlah tengok trailernya. Si Diana Danielle berlakonkan!
DeleteJangan-jangan jodoh Adik Cute tak? Dah katanya sejebik serupa, perempuan pulak tu ^_^ Nanti saya tengoklah budak tu kotnya boleh masuk meminang awal-awal. Senang tak payah fikir bila dah tua nanti!Hahaha!
Girlpren pertama tinggalkan dia masa mula-mula masuk tadika dulu. Siap-siap dah kena tinggal, asyik melalak aje kerjanya!
Adek Cute is so adorable! Love the way he poses. Future model ke ni, MD? He has the looks :)
ReplyDeleteTakdanya Daddy nak bagi anak jadi model, PH. By the way, dia jadi 'model' TV AlHijrah dua kali. Of courselah you didn't watch that channelkan. Hahaha!
DeleteBest je diorang posing sana sini.. Anak-ank AS, nak dapat gambar dua beradik yang elok macam tu, memang hampir mustahil huu~
ReplyDeleteKalau masa dua-dua masih kecil, lagilah seronok ambil gambar mereka. Suka betul bergambar. Tapi sejak abangnya dah besar panjang, tak mahu dah bergambar masuk blog. Si adik bab-bab berposing ni anytime selagi dia ada mood ^_^
DeleteInsha Allah! Kalau ada masa nanti boleh terjah!
ReplyDeleteAkhirnya, ada juga entry bergambar mereka berdua..
ReplyDeleteDah makin panjang nak si adik cute.. Makin meninggi dah!
Bila baca dialog2 tu, boleh agak si mommy nya mesti banyak cakap jugak.. Mana tumpahnya lauk kalau tak ke nasi, yer dak??
Lagu Aisyah! Saya pun baru tahu bila Aisyah beritahu ada lagu nama dia.. Tapi lirik lagu ntah apa2.. huhhu
Makin lincah, makin banyak cakap dan makin bergeliga mengajar Mommynya. Bukan Mommy yang ajar anak tau!
DeleteEh, entahlah ya ke dia ikut saya? Nur tak kenal HD so manalah tahu siapa yang lagi makcik bawang. Hahaha!
Lirik tak payah ceritalah. Nak catchy macam tu supaya senang semua golongan boleh tersuka dengan lagu ni. Saya tak berapalah tapi bila selalu dengar anak-anak buka di youtube, tahu jugalah!
Ehh samalah anak bujang kita Aiman pun dah tak kuasa nak layan bergambar..mujur la masih ada afia n aryan. Nanti depa dah besaq nk snap pic sapa la pulak kan..nk selfie sendiri pun muka dah berkedut.hahaha
ReplyDeleteAda2 aja adik cute ni..my name is jeff? Jeff tu bukan nama kucing yg popular slm fb tu ke..klu cerita tv sy ni dah bertahun tak tgok.haha
Dah besar memang malaslah nak melayan kerenah emak-emak yang tak dimakan usia ni, PK. Hahaha!
DeleteNanti kalau depa dah besar, kita serahkan pulak blog ni pada mereka untuk membaca. Kita pun dah tak kuat jari jemari nak menaip lagi. Nak selfie muka sendiri, dah berkedut seribu. Hehehe!
Hahahahahaha kelakar betullah abang dengan adik ni.... terkekek-kekek auntie ketawa pagi-pagi buta ni... penangan betul eh kpop ni..
ReplyDeleteWell... My name is Jeff!
DeleteHuhaaa! Sesekali ikut perangai anak-anak ni seronok juga.
Memang hari-hari macam nilah hidup saya ni, Nora. Nanti anak-anak dah besar mesti kita sunyikan!