Posts

Showing posts from January, 2014

Selamat bercuti!

Terasa sunyi-sepi pulak hari ni. Mungkin dah ramai yang bercuti sempena Tahun Baru Cina dan sambung hingga ke hujung minggu, right? Yang di WP ni, tentulah lagi seronok. Boleh sambung terus ke Isnin minggu depan.

I masih bekerja lagi ya hari ni. Takda plan malaslah nak bersuka-suka mohon cuti. Dahlah jumlah cuti tahunan sebelah mata pun tak mahu nak pandang rasanya. Dah  tiga tahun berturut-turut (hattrick nih) I 'kehabisan' cuti tahunan sampai berpotong gaji gitu. 

Entah kenapa juga, rasa macam sibuklah pulak pagi ni. Dengan macam-macam kerja nak diselesaikan. Walaupun takda kena mengena sambutan Hari Raya Cina dengan tuan empunya blog ni, hati ni dah rasa malasnya alahai nak kerja.

Entah kenapa juga sejak semalam I rasa macam hari ni hari cuti. Masa nak balik kerja petang semalam, I siap wished my boss happy long holiday gitu dek terpedaya dengan kawan sebelah yang dah bercuti sempena nak raya. Tetiba boss kata, eh, eh,eh...esok jumpa lagi kan? Alahai, malunya.... Siap boleh co…

Kisah satu hari aje...

Salam sayang semua...

Entah mengapa hari ni akak sibuk pulak. Sedari pagi kerjanya mengisi form sampai naik letih dah tangan ni. Jarang sungguh pegang pen dah sekarang ni. Semalam macam biasalah bila cuti, blog pun tak pandang. Ada interview penting semalam but then bukan interview kerjalah @_@

Dalam pada sibuk nak attend event penting dalam hidup ni, tetiba aje sampai di tempat yang dituju, kasut tumit tinggi akak buat hal lagi. Dah lama tak pakaikan, bila pakai aje tetiba terkopak pulak... Nasib baik survived sampai habis interview dan sempat balik rumah tukar kasut lain. La ni dua pasang ada dalam kereta untuk ditampal dek kerana tercabut tanpa sebab pasal lama sangat terperap dalam bonet kereta ~_^

Hal pentingnya sejam lebih aje tapi dek kerana dah cuti sehari apalagi, kita pergi ukur jalan ajelah bersama Adik Cute, HD (tak sangka HD beriya-iya nak gi mengukur jalan, selalunya taknak) dan Mami. Kalau ikutkan hati I ni, rasa macam nak kuak lentang atas katil aje bila dapat cuti sehar…

My eldest superhero

Image
Salam sayang semua!
Dah lama tak bercerita pasal my two superheroes. Eh, dah lama ke? Jap-jap nak scroll entri dedulu macam orang tu nak check dah berapa lama *sengih*


Si Bubbly Abang ni baru aje bikin Mommy pening kepala. Dia yang ke sekolah Cina (of course Mommy yang hantar ler) tapi Mommy pulak yang kena mengulangkaji buku-buku aktivitinya setiap malam. Abang memanjang aje tak sempat nak check sebab  SIBUK. 
Kalau tak sibuk dengan game, dia sibuk buat marketing strategies untuk melariskan 'imaginary business' yang dia ada. Yalah, nama pun kerjanya 'business boss' , asyik sign cheque book ajelah! Kesibukannya memang mengalahkan supermommynya yang kelam-kabut selalu sampai terlentang nih.
Setiap malam sebelum kemaskan buku Abang, I akan tanya berapa homework perlu buat. Maklumlah buku semua dalam bahasa yang Mommy tak arif. Kadang-kadang, homeworknya boleh skip-skip muka surat pulak. Dia main agak aje. Bila dah nak hampir tengah malam, barulah peluk cium hug Mommy sambil …

Hebatnya jadi Tuan Direktor nih....

Jangan terkejut. Jangan refresh banyak kali.

Memang tak tahu kenapa, I ni dah gila meroyan nak dok menaip entri banyak-banyak. Meranalah sesiapa yang rajin mengikuti omongan kosong di sini.

I tengok bukan main ramai yang memuji drama Ariana Rose dan novel 'The Wedding Breaker' ni. Malangnya, I memang tak menonton drama ni mahupun membaca novel yang katanya sungguhlah best itu... (Eh, memangnya drama pukul 7 malam kat TV3 tu best-best belaka ke?  I dah berkurun tak menonton TV3 sebenarnya...)
Pukul 7 malam tu waktu peak kelam-kabut for me. Mana nak basuh baju, mana nak masak, mana nak make sure anak-anak dah siap mandi, mana nak prepare table for dinner, mana nak itu, ini... Eehhh, pendekata macam-macamlah nak kena buat. 

Makanya waktu itu bukanlah waktu yang sesuai untuk I memeluk bantal busuk duduk bersimpuh di atas sofa sambil bersenang-lenang di depan kaca TV! Mahu semua orang dalam rumah kebulur tak makan kalau I mula menonton pukul 7 malam. My time biasanya pukul 9 malam, itu…

Kisah suamiku pula... as a Muslim

Salam Jumaat yang mulia, ya kawan-kawan semua!

Terlanjur dah menulis tentang ini, maka nak jugalah I berkongsi cerita tentang my Hubbydearie. Ini cerita zaman silamnya, lebih khusus lagi zaman kanak-kanaknya. Jangan salah faham juga, bukan berniat nak membuka pekung di dada, bercerita hal buruk-buruk tentang keluarga sendiri cuma nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan sebangsa dan seagama. Manalah tahu ada yang boleh dijadikan iktibar.
Kalau di negara asalnya, bila berjumpa yang sebangsa dengan Hubbydearie, memanglah mereka mengaku mereka Muslim. Walaupun pada hakikatnya, berbotol-botol arak ditogok di rumah. Itu perkara biasa. Makanan yang dijual di kedai-kedai juga adakalanya tidak halal. Jadi, bila nak makan di luar, kenalah betul-betul pasti sebab mereka juga ada bangsa Korea campuran (woo....mereka ni makan daging anjing juga ya katanya...) dan bangsa Rusia. 
Hubbydearie memang dilahirkan sebagai Muslim (sekadar pada nama sahaja) tetapi tidak pernah mengamalkan kehidupan as a Musli…

Inilah hasilnya ...

Salam buat semua kengkawan,
Pagi ni bila pergi kerja, mood memanglah gembira sebabnya hari ni kan Jumaat. Esok dah hujung minggu. Memang best sangat rasanya kalau tak perlu menghadap kerja (macamlah banyak sangat kerja di pejabat ni)
Tapi, esok Bubbly Abang kena sekolah, ada kelas ganti untuk Chinese New Year. Hari Ahad pula ada replacement untuk his Art Class. Memang penuh jadual Abang minggu ni. Itu yang dia 'bermuram durja' takda waktu rehat katanya. Yang sebenarnya, tak berpeluang nak menghadap komputer main game!
Lepas tu boleh pulak bagi alasan tak suka pergi sekolah sebab selalu rasa rindukan Mommy yang lovely ni bila di sekolah dan nak cepat-cepat balik rumah jumpa Mommy! Boleh ya, Abang bagi alasan syahdu macam tu supaya Mommy 'terpedaya'? Jangan haraplah dapat absent dari sekolah dengan alasan macam tu, ya. Tapikan... kalau betul my beloved superhero feels like that, aduhai... sukanya ai.... Indah dunia ni jadi emak tau *nyanyi-nyanyi sumbang*
Semalam I dah dapat…

Cerita Mami dan masjid

Alkisah, Mami ni sejak mula menjejakkan kaki ke Malaysia memang suka bersolat di masjid-masjid yang ada. Mami kata tak terluah perasaan gembiranya bila dapat menjejakkan kaki di masjid. Di negaranya, perempuan tidak ke masjid (kalau tak silap kerana fahaman Mazhab Hanafi) dan lelaki muda pun tak digalakkan ke masjid (yang ini nanti I cerita di lain entri).

Berulangkali Mami mengucap syukur dan berterima kasih kepada Hubbydearie, kerana jika tidak kerana beliau berkahwin dengan orang Malaysia dan tinggal di negara ini, memang Mami tak mungkin dapat merasai nikmat bersolat di masjid.

Mami pernah ke US melawat anak perempuan bongsu (my adik ipar) tetapi of courselah keadaannya tak sama seperti di sini. Mami sangat sukakan Malaysia kerana keindahan alam semulajadi, kemudahan bersolat yang disediakan hampir di mana-mana, masjid-masjid yang indah dan makanan halal yang mudah didapati. Mami ni selain daripada kari ayam yang menantu Melesya selalu buat untuknya sangat suka dengan ayam KFC hot a…

Akak berjaya!

Hehehe... jangan terpedaya dengan tajuk di atas!

Tiada apa pun sebenarnya cumanya sejak dari pagi tadi I cuba meng-godeh/godek my blog ni for the first time after berbulan-bulan lamanya. Sebenarnya I ni penakut. I bukan pandai sangat bab-bab ni. Kalau silap langkah, memang menangis berendam air matalah nampaknya. Ni nak minta tolong Hubbydearie, minta maaf banyaklah ya. Mahu tahun depan pun belum ada masa Hubbydearie nak tolong. Kalau zaman sebelum kahwin dulu, belum sempat minta tolong pun dah ada depan pintu rumah nak membantu ~_^

Dah lama nak tukar gambar header tu. Nak letak gambar my superheroes. Gambar memang banyak tapi bila time nak letak,  tak tahu mana satu yang sesuai. Walaupun I ni Maths sangat geliga, bab-bab measurement ni I selalu aje gagal. Tak tahulah mengapa. Itu pasallah masa kecik-kecik dulu pernah beli taugeh 1-2 kg untuk makan 4 orang aje @_@

Bila dapat bega itu, ini dalam blog ni rasa macam best aje, macam clever semacam aje ... walaupun pada orang lain takda makna…

Apa kata mak mentua pulak...

Hari ni akak lambat taip entri sebab sibuk sangat....

.....  Sibuk shopping online!

Sebelum I membebel tak ingat dunia, ni nak bagi tau sikit nih...

I sebenarnya 'tak cukup makan' sekarang ni a.k.a berdiet tanpa rela ^_^ So, bila pergi melawat kawasan jiran tetangga, rasa lapar sungguh you all ni pergi tunjuk makanan yang sedap-sedap sehingga meleleh air liur tau!

Di pejabat sekarang ni memang jarang sungguh dapat makan breakfast properly, dengan tenang dan sopan-santun. Ada aje yang datang mengganggu. Di rumah pula memang tak sempat breakfast juga, sebaik aje kaki nak melangkah keluar ke tempat kerja, ada aje dalam kepala ni yang teringat lupa nak buat (Hah, camana ayat ni? Anggap faham ajelah...)

Dinner di rumah pun makan alahai sopan-santun sungguh sambil mengumpat berlainan bahasa ( I suspectkan... Hubbydearie ni selalu ngumpat dengan Mami pasal I pastu tak ngaku, then dia ngumpat dengan I pasal family dia pulak dalam bahasa kebangsaan, pastu bila Mami tanya tak ngaku juga! Hub…

Menantu Uzbek vs Menantu Melesya

Salam sayang muahs, muahs semua!

Hah, meh sini nak cerita sikit! Sikit aje yek takda panjang mana pun @_@

Alkisah, bila berkahwin berlainan bangsa, budaya dan agama, memang banyaklah perbezaan yang harus diterima hakikatnya dan bertolak ansur dalam menanganinya. Begitu jugalah dengan menantu Melesya yang kecoh seorang ni...

Katanya, tradisi orang Uzbek, anak lelaki terakhir bertanggungjawab menjaga ibubapa dan bila sudah berkahwin, seharusnya anak lelaki terakhir dan menantu perempuan tinggal bersama keluarga lelaki. Makanya, segala tanggungjawab dalam menguruskan rumahtangga terletak di bahu menantu perempuan terpilih ni, ya!

Seperti yang pernah diceritakan, my Hubbydearie ada empat adik-beradik (2 lelaki dan 2 perempuan) dan Hubbydearie merupakan anak lelaki kedua/terakhir. Seharusnya setelah berkahwin, Hubbydearie dan isteri tinggal bersama keluarganya dan menjaga kedua orangtua. Unfortunately, anak lelaki keluarga Rahmanov ini telah memilih perempuan warga asing (dah macam bunyi perem…

Entah apa-apa...

Salam Isnin semua @_@

Wah, seronoknya ketawakan I jatuh terlentang ya!

Takpalah I tak ambil hati pun. Sebenarnyakan kalau ada orang jatuh depan kita ataupun ada sesuatu yang di luar dugaan berlaku betul-betul di depan mata kita, memangnya kita akan tergamam. Lepas tu barulah otak mula berfikir nak buat apa.

Macam dalam kes I ni, kalau berlaku depan I pun, I rasa nak gelak juga dulu walaupun rasa perbuatan itu sangatlah bersalah dan harus dielakkan. Makanya bila mulut baru nak mengorak senyum, otak dah suruh stopkan reaksi tu dan buat apa yang patut *sengih*

Begitu juga yang berlaku beberapa minggu lalu bila kami sekeluarga di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah). Hubbydearie yang sibuk suruh kami berhati-hati kerana lantai licin tetiba jatuh terjelepuk depan mata I (dan orang lain juga...) I baru aje nak mengorak senyum bila tetiba tersedar yang jatuh tu suami saya ya... Makanya kalau dok gelak memanglah tak tahu nak kata apa! Kesian Hubbydearie, seminggu gak sakit…

Kan dah!

Terima kasih buat semua kengkawan yang memberi komen dan nasihat buat I dalam entri sebelum ini. I sangat menghargai pendapat yang diberi. Tak pernah ya buat entri sambil bersedih merembes air mata begitu (di pejabat lagi tu...).
Setiap kali nak balas komen pun, kepala ni terngiang-ngiang kata-kata Abang dan tindakannya setelah nampak Mommy bangun tidur dengan bengkak-bengkak mata dan tak berhenti menangis. Kalau ikutkan hati, memang 2 hari 2 malam pun I tersedu-sedu. Tapi Mami ada di rumah, terpaksa juga sembunyikan perasaan sedih seboleh mungkin. But then, bukan Mami tak nampak pun I bengkak-bengkak mata. 

Sebenarnya banyak yang Abang keluh-kesahkan bila bercakap pasal I ni pilih kasih di antara dia dan Adik. Adik of courselah tak heran apa pun. Dia kecil lagi tapi sekarang ni pun dah pandai, kalau Abang kiss Mommy, dia nak kiss juga. Abang berbual dengan Mommy, Adik pun nak bual juga. 

Bila berkeluh-kesah begitu, I cuma hug Abang dan beritahu dia, tak kira apa orang kata, I tetap saya…