Alkisah, Mami ni sejak mula menjejakkan kaki ke Malaysia memang suka bersolat di masjid-masjid yang ada. Mami kata tak terluah perasaan gembiranya bila dapat menjejakkan kaki di masjid. Di negaranya, perempuan tidak ke masjid (kalau tak silap kerana fahaman Mazhab Hanafi) dan lelaki muda pun tak digalakkan ke masjid (yang ini nanti I cerita di lain entri).
Berulangkali Mami mengucap syukur dan berterima kasih kepada Hubbydearie, kerana jika tidak kerana beliau berkahwin dengan orang Malaysia dan tinggal di negara ini, memang Mami tak mungkin dapat merasai nikmat bersolat di masjid.
Mami pernah ke US melawat anak perempuan bongsu (my adik ipar) tetapi of courselah keadaannya tak sama seperti di sini. Mami sangat sukakan Malaysia kerana keindahan alam semulajadi, kemudahan bersolat yang disediakan hampir di mana-mana, masjid-masjid yang indah dan makanan halal yang mudah didapati. Mami ni selain daripada kari ayam yang menantu Melesya selalu buat untuknya sangat suka dengan ayam KFC hot and spicy *sengih*
Selepas melawat Malaysia, memang mengah jugalah anak perempuan Mami merayu-rayu ajak Mami datang ke US semula tapi Mami macam keberatan pulak.
Teringat ketika kali pertama Mami dan Dada (father in law) datang ke Malaysia. Kami bawa melawat masjid di Putrajaya. Kali pertama Mami dapat bersolat di Masjid Putra, beliau menangis. Masa tu kami solat bersama. Sebaik selesai dan sibuk melipat telekung, I nampak Mami duduk bersimpuh sambil menekup muka.
I rasa pelik juga mengapa, lalu datang dan duduk sebelah Mami, bertanya sama ada beliau ok ataupun tidak. Tetiba Mami memeluk I sambil menangis. Beberapa kali Mami menggeleng kepala sambil mengucap syukur dan 'rahmat' (terima kasih). Being an emo person, I pun tersedih sama. Menitik juga air mata nih walaupun tak tahu lagi sebabnya.
Mami siap tunjuk isyarat minta ambil gambarnya bertelekung dalam masjid. I pun buat ajelah. Bila keluar dari masjid, barulah I tahu cerita sebenar setelah Hubbydearie terangkan. Mami rasa sedih sebab tak pernah menyangka dapat juga masuk bersolat di masjid walaupun jauh merantau ke negara orang semata-mata nak merasai pengalaman tersebut.
Dada pula memang setiap kali berjalan dan nak masuk waktu solat, akan segera menyuruh Hubbydearie cari masjid berdekatan kerana nak berjemaah. Kata Dada, untungnya Muslim di Malaysia ni, secara terang-terangan boleh mengamalkan ajaran Islam tanpa rasa khuatir. Segalanya sudah disediakan, antara mahu dengan tidak aje mengerjakan solat lima waktu.
Pernah juga Dada tanya pada Hubbydearie, mengapa walaupun masjid di mana-mana, adakala tak penuh ketika solat berjemaah? Sedangkan di negara sendiri, teringin sangat nak merasa nikmat yang sama tapi tidak kesampaian.
Dada selalu berpesan kepada Hubbydearie, jadilah seorang Muslim yang baik memandangkan Hubbydearie berpeluang berbuat demikian kerana tinggal di sini. Kali ni bila Mami datang pun, hanya masjid dan taman-taman sahaja yang ada dalam fikirannya tentang Malaysia ni.

Saya baca part yg mami nangis suh amik gmbr tu saya pun bergenang air mata sekali. Cemana nak tau hubbydearie tu org mana? entry yg mana satu ye?
ReplyDeleteMy Hubbydearie orang Uzbek. Boleh baca pasal Hubby kat entri ni - http://mummydearie.blogspot.com/2013/11/from-tashkent-with-love.html
Deletesalam kenal mami..:)
ReplyDeleteSalam kenal. Terima kasih sudi singgah sini :)
Deletealahai kak.. touching pulak baca entry pasal mami ni..
ReplyDeletesuka sgt dia dpt masuk masjid yer..
send my regards to her.. moga2 dirahmati Allah. Amin
Pada kita yang dah biasa, takda apa yang menarik. Of course, kecantikan seni bina masjid tu memang kita rasa kagum tapi yang lain-lain tu takdalah rasa apa sangat. Mami pulak rasa macam sebelah kaki dah sampai Mekah bila dapat bersolat di masjid yang cantik-cantik ni katanya. Tak berhenti mengucap syukur...
Deleteacik rasa boleh faham perasaan mami MD tu..acik tak selalu ke masjid..tapi sentiasa menantikan bulan puasa..terawikh..setiap tahun acik rindu kan bulan Ramadhan..sebab boleh kemasjid setiap malam..seronok sangat rasanya.
ReplyDelete.tak sabar nak pencen..dah pencen nanti..tak de apa nak dikejar dah kan..acik nak ikut suami pi masjid solat jemaah,..kalau diizinkan..
Saya ni pun Acik, terus terang ajelah...kalau Mami dan Dada takda, bersolat di rumah aje. Mana nak layan kerenah anak kecil lagi, nak bersolat jemaah lagi.... tapi yalah itu alasan mudah. Pada Mami, dahulukan yang penting - ibadat. Lain-lain insya Allah, Tuhan akan tunjukkan jalan. Saya pun selalu berfikir bila Mami dan Dada sentiasa bertanya, mengapa Muslim di Malaysia ni tak mempergunakan sepenuhnya kemudahan yang ada.
DeleteOoo sayu pulak saya tang mami nangis kerana terharu dpt bersolat di masjid..betapa untungnya kita duk malaysia kan md *syukur...
ReplyDeleteSuka betul Mami dapat ambil gambar pakai telekung dalam masjid. Balik ke negaranya, terus tunjuk kat kawan-kawan sekampung dan saudara-mara. Telekung yang saya hadiahkan, itulah yang pertama beliau pernah pakai seumur hidupnya....
DeleteAlahai...terharu saya baca pasal Mami dan masjid ni. Malu pun ada, betul cakap Mami, masyarakat Islam Malaysia ni tak mengimarahkan masjid. Measjid cantik terbina merata-rata, tapi yang penuhnya masa solat jumaat n solat sunat hari raya je..nampak yg kita ni tak bersyukur dengab nikmat yang ada. Kalaulah nanti jadi lain, baru nak insaf agaknya.
ReplyDeletealhamdulillah, Dada dan Mami baik2 orangnya. Untung MD ada mentua macam tu...
Betul tu, AN. Itu yang Dada selalu tanya pada Hubbydearie. Hubbydearie pulak beritahu Dada, Islam ni bukan benar-benar dipelajari tapi diperturunkan dalam bangsa Melayu Malaysia. Maksudnya, kita ni jadi Islam sebab makbapak nenek moyang pun Islam sebab itulah sesetengah Melayu Malaysia ni tak begitu menghayati kehidupan sebagai seorang Muslim. Mereka pula dilahirkan dalam negara yang tak mengamalkan Islam makanya mereka berusaha, belajar dan menghayati agama Islam itu sebaik mungkin.
DeleteTengok tu betapa bersyukurnya kita yg mmg dah sedia kala duduk kat bumi Malaysia.....biasalah mmg adat orang luar akan lebih menghargai dpd orang tempatan....
ReplyDeleteHehe...gelihati pulak bila bayangkan menantu Melesia berborak ngan mami....mcmana agaknya! Berbahasa isyarat ke? Hehe...
Kalau dah suka KFC...belikan je KFC hari hari MD .....senang tak yah masak!
Yalahkan OKje, Kita dah biasa tengok masjid, tak heran dah. Masuk pun sekali-sekala aje. Mami pulak tak pernah merasa. Kalau dah balik nanti memang takdalah dapat jejak kaki dalam masjid lagi. Kalau nak juga, kenalah beli tiket kapal terbang datang sini :)
DeleteTang berborak tu...apalagi, isyarat tangan ler...kalau agak2 tak faham juga, calling2 lah penterjemah secepat mungkin. Nak cakap cadar dah cuci pun payah!
eh ada pulak org lelaki muda tak digalakkan solat kt masjid ekk,terpegun gak dengar.rupanya byk lagi kisah org Islam di Negara luar yg sy tak pernah ambil tahu.nti MD sila terangkan dengan lebih detail ya!
ReplyDeletesebak pulak baca pasal mami n masjid..ye la kan benda ada depan mata mmg biasanya kita tak reti hargai,org yg tak dpt nak merasa ni semua sebaknya tak terkata.malu pulak jadi org Malaysia yg datuk neneknya islam,dilahirkan islam tapi nk mengamalkan ajaran islam yg betul berapa kerat je..
Masjid ada tapi untuk orang yang senior citizen, tak kisah masuklah. Yang muda belia ni tak digalakkan mengamalkan ajaran Islam. Banyak keburukan berbanding kebaikannya. Pakai tudung pun tak digalakkan. 'Tak digalakkan' tu maksudnya lebih kurang tak bolehlah senang cerita ...
Delete