Taman Saujana Hijau, Presint 11@Putrajaya

Sebelum Mami datang ke Malaysia, Hubbydearie sibuk mengajak kami ke Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11, Putrajaya. Katanya cantik sangat. Tentu Mami suka kalau dapat ke sini. Kali pertama ronda-ronda di Putrajaya, kami  terlepas pandang jalan masuk ke taman ini. Yalah, tempat tak biasa pergi.








Memandangkan Mami memang amat menyukai tumbuhan hijau dan alam semulajadi, maka Hubbydearie memang sentiasa mencari mana-mana taman menghijau yang cantik untuk hirup udara segar buat Mami.

Makanya pada suatu petang (macam  tulis karangan sekolah pulak dah) kami pun jalan-jalan ronda makan angin di Putrajaya. Nampak tak orang Putrajaya betapa kami orang KL ni sangat jakun bila berada di Putrajaya? Suka singgah bersolat di Masjid Putra apalagi Masjid Besi @ Tuanku Mizan Zainal Abidin tu. Kalau boleh solat lima waktu di situ. Tenang aje rasanya. Best sangat. Aman damai aje tengok pokok menghijau walaupun kalau ikutkan sifat sebenar I ni, tak suka pun pada tumbuh-tumbuhan apatah lagi bunga (apa yang suka pun I tak tahu sebenarnya)





Bila ada kawan-kawan satu NIS yang datang ke Malaysia, memang Hubbydearie akan bawa mereka jalan-jalan makan angin di Putrajaya menikmati keindahan alam. My Hubbydearie ni, I tell you, lebih arif tentang selok-belok jalan di Putrajaya tu, tak macam isteri Melesyanya yang asyiklah sesat tak kira berapa kali dah memandu ke sana @_@ 




Ni nak beritahu sikit. Dek kerana Malaysia ni tanah air tercinta makanya jarang antara kita ni yang menghargai negara sendiri, ya. Tapi let me tell you, orang-orang Rusia, Uzbek dan negara-negara NIS yang lain sangatlah tertarik dengan kehijauan alam semulajadi negara kita ini. Kalau lalu aje di Putrajaya tu, 'oh, wow', 'oh, wow' ajelah mulut mereka. Apatah lagi bila dapat tengok pokok koko, nenas, cempedak dan sebagainya di Taman Warisan. Bagi yang beragama Islam (bukan Islam pun juga) memang tertambat hati betul bila melihat masjid-masjid di Putrajaya. Mengucap syukur yang tak terhingga mereka ni. But then for us, alah...biasa jek!



I sebenarnya teringin nak membawa Mami ke Masjid Kristal tu tapi sekarang ni baru awal tahun, I nak simpan cuti tak mahu jadi macam dulu-dulu. Kalau dah berjalan jauh-jauh takkanlah setakat sehari dua aje. Tak panas punggung dah balik. 

Ok, back to Taman Saujana Hijau ya puan-puan! 

Bila Mami sampai di taman ni, mengucap syukur aje beliau. Indahnya. Cantiknya. Kalaulah katanya di Tashkent tu ada  taman macam ni, memang hari-hari beliau dan FIL akan berjalan-jalan pagi menghirup udara segar. Sejuk aje hati, sedap aje mata memandang katanya.

Makanya, mereka pun beriya nak jalan pusing-pusing dalam  taman ni. I dah pening kepala. Semput pun ya juga. Mana ke tidaknya, nanti Hubbydearie sibuk explain itu, ini pada emaknya memang I lah yang kena jaga superheroes ni. Bukan senang ya!

Buka aje pintu kereta, mereka dua beradik berlari berlawanan arah. Mana satu Mommy nak kejar dulu? Memanglah Bubbly Abang tu dah besar tapi as a mother, I ni pun bukan boleh. Itu, ini main menjerit aje. Ni Mami ada,  tak bolehlah jerit tak pasal-pasal. Terlepas juga sekali-sekala, dan Mami pun akan kata, 'Biarkanlah budak-budak tu lepas....biar mereka jadi lebih berani lagi!' 

Alahai, Mami! I bukannya spesies yang macam itu. Memang super worried mak, kan... kalau berjalan tu dan anak-anak tiada di depan mata, memanglah....

Nanti I cerita tentang perasaan Mami bila bersolat di masjid-masjid sekitar KL ni, ya. Wah, memang tak percaya bila melihatnya!

P.S. Gambar-gambar I ambil sendiri. Makanya tidaklah seperti pro. I ni kan bukan suka bergambar tapi nasib baik teringatkan blog ni, itu yang gigih snap juga gambar mana dapat ~_^




Comments

  1. Kat sini mmg bestkan.. KA actually rindu sgt nak BW, apakan daya kudrat masih x daya sgt. buat2 sihat & kuat ajelah kan. Neway TQ ttp sudi singgah blog KA yer!.. dah baca n3 sebelum ni , tp hya mampu tinggal komen kat n3 ni jelah dulu MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa, KA. Sihatkan badan tu dulu. Nanti-nanti bila dah sembuh sepenuhnya, boleh BW dan menulis macam selalu. Rindu juga lama tak dengar celoteh KA. Tahun ni BW saya pun kacau bilau. Tak serileks macam tahun lepas. Ada new job scope pulak dah. Tapi Insya Allah, kalau kengkawan menulis, akan saya cuba gagahkan BW juga. Cuma kena tahanlah berkepuk-kepuk komen selepuk saya letak :D

      Delete
  2. Itu dikatakan lumrah manusia. Bila jenjalan tempat org kita nampak keindahannya walhal tempat sendiri banyak yg indah dan cantik. Kalau ikutkan snow tu manalah cantik. Putih plain aje dan pokok pun tak berdaun cuma sangkut snow yg banyak. Tapi kita rasa seronok dan rasa cantik. Org dtg tempat kita wow sana wow sini nampak keindahan tempat kita...

    By the way kakak terpikat your two kids. Cute teramat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kak. Pada kita apa yang ada, biasa-biasa aje sebab dah terbiasa melihatnya. Pada mereka berbeza sungguh persepsinya. Sama juga kalau kita yang travel ke luar negara. Menjadi jakun juga ya ... :)

      Terima kasih atas pujian untuk superheroes ni. Bukan itu aje, mereka punya energy level sangat superb, Mommynya banyak buat dosa dek huru-hara mereka berdua!

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Hahaha kak..saya yg duk putrajaya pn tak jejak lagi kaki kat taman tuh hahaha

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah tu, Sofia. Bila di depan mata memang liat sikit nak jejak. Dekatkan... Akak pun tahu pasal taman ni dari my hubby. Punyalahkan...siapa sebenarnya Malaysian kat sini, akak ke atau hubby? Hehehe...

      Delete
  4. acik pun tak pernah sampai lagi kesana MD..tengok gambar2 ni memang cantik..harap2 cantik juga bila dialam nyata

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di alam nyata memang cantik Acik. Gambar saya ni bukan pro yang ambil. Mungkin tak menarik buat sesetengah orang. Kalau Acik ke sana, memang cantik bangat tempat ni :D

      Delete
  5. Assalamualaikum MD

    salam rindu pd MD dn cerita2 MD di sini...nanti sy dtg blk tau,sy ada urusan ni...byk entri MD yg sy dh terlepas...ada dtg bc tp bila komen tak lekat jd sy biarkan dulu,line ciput sgt....entri nipun sy x bc lagi,cuma nk tingalkan msj ni...ayat last tu,sebagai motivasi diri sy,sj sy abadikan di entri sy tu...heheehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah WA, singgah juga walaupun sibuk dengan urusan. Datang singgah ni pun dah buat saya gembira, tersengih dari hujung ke hujung nih :)

      Delete
  6. Betul la..kita yg dah duduk sini, tengok pokok tu boring dah..hahahaha
    Bawak lah Mami tu ke Masjid Kristal...lepas tu boleh naik river cruise selusuri Sg Terengganu...best! Saya dah dua kali naik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ada river cruise juga, ya. Saya dan hubby memang suka sangat tengok Masjid Kristal tu. Teringin nak pergi tapi kenalah plan baik sikit sebab bukan dekat. Kalau MIL pergi, memang 'Masyaallah' ajelah yang keluar dari mulutnya :D

      Delete
  7. Waa mesti seronok...anak menantu bawak jalan ke putrajaya..kat sana suasana memang cantik n menghijaukan..happi la dia yer..adik abang pun tu nampak kemain heppi lagi tu dapatla dia beriadah jugak kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita warm up dululah, Lizz. Sekarang ni kan awal tahun, tak boleh nak cuti-cuti Malaysia sangat. Habis pulak cuti saya nanti sebelum sampai pertengahan 2014. Itu yang nak kena plan elok-elok. Yang dekat tu bolehlah kita terjah aje.

      Adik dan Abang tu memang super excited. Penat eh nak mengejar mereka. Berpeluh ketiak :D

      Delete
  8. oklah tu pergi lah jugak jalan2 ker putrajaya,,
    lyn yg dekat pun tak pegi lagi.. putrajaya tu pergi jugak tapi semua tempat jelajah..
    nnti2 lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dekat tu pergi kemudian Lyn...nanti crowded pulak tempat tu ...hahaha...

      Akak tak mahu ambil cuti awal tahun ni. Kerja ada sikit sibuk. Nanti sebelum balik tengoklah plan elok-elok nak ke mana pulak.

      Delete
  9. wah..bestnya jalan2 kat taman cantik di putrajaya tu..teringat my trainer dulu cerita uncle dia datang dari Yaman..smpi je KLIA..dok masyaallah..masyaallah..sbb teruja sana sini hijau..kat yaman kan padang pasir je.hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, gitulah bila orang luar datang ke negara kita. Kita ni bila tengok sampai jem orang nak bergambar belakang KLCC tu dengan posing maut, rasa nak gelak terbahak-bahak. Padahal bila kita guling2 atas salji, mereka pun gelihati.

      Delete
  10. Bukan orang negara NIS aje yang suka negara kita tau… Mostly kalau yang pernah ke M'sia, mmg terus jatuh cinta…. gitu! Bila orang tahu saya asal M'sia, mmg tak putus2 mereka duk puji seronoknya pergi kat M'sia… Sampai ada sorang kawan satu makmal siap dah plan.. lepas dia habis PhD nanti, nak suruh wife dia sambung PhD kat M'sia pulak… hihihi
    Boleh imagine mcm mana MD control ayu depan Mami… kalau saya mmg terbalik, hubby yang extra care utk bebudak…
    Tapi betul la, kita jarang menghargai apa yg ada depan mata.. Mmg skrang ni dah rindu tahap gaban kat M'sia.. rindu cuaca dan masa yg sama jer sepanjang tahun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, masa di Malaysia tak rasa apa-apakan, Nur. Tapi bila dah dok negara orang, rasa rindunya alahai kampung halaman. Kalau tidak asyik berangan nak dok di four seasons country aje.

      Ni saya punya pitching dah lama tak naik. Kalau 'ternaik' pun, cepat-cepat turunkan volume. Hehehe.... hipokritnya saya nih...

      Delete
  11. Salam MD.

    Sy dtg balk,memang menarik...sy br sekali ke putrajaya...haha..itupun ada kursus kat sana...kita ni ada blog kena juga amik gmbrkan MD,sypun tk pro juga,tmbah guna hp cap ayam je,asalkan ada jadilah...happy je abg n adik...sedondon merah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni tang snap gambar tu yang malas. Kalau depan makanan lagilah jangan harap. Nak melayan kerenah anak-anak lagi, nak sibuk ambil gambar lagi. Memang tak kuasa betul saya ni. Ini pun entah apa mimpi saya ambil sikit punya banyak gambar.

      Tapi the main point, saya memang tak suka bergambar sebenarnya dan pemalu, boleh percaya? :D

      Delete
  12. saya dah berkali ajak Papa N pergi ke taman ni, tapi tak layan.. Mami yang datang dari jauh pulak dapat pergi.. bagusla tu.. bawa Mami tengok alam Malaysia ni... tak jauh pun.. MD duduk kat mana sebenarnya ni?

    Saya pun, risau tegur anak depan mentua... risau kot dia kata apa2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak terbalik. Hubby yang asyik jom, jom pergi. Saya ni manalah minat tumbuhan hijau. Bila Mami datang, pergi jugalah sebab dia sukakan. Budak berdua tu pun lagilah suka, melenjan ke sana, ke sini. Penat nak kejar. Dah habis tour, baru memasing merayu-rayu minta air!

      Delete
  13. bestnya jenajalan dlm suasana hijau ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat walaupun hakikatnya saya ni bukan minat pada bunga mahupun tumbuhan hijau :D

      Delete
  14. akak sendiri pun tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hakikatnya memang tempat ni cantik. Saya rasa nak landing atas rumput aje berposing tapi melampau pulak, MIL ada kat situ :D

      Delete
  15. Mcm dah komen semalam rupanya komen salah rumah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Padanlah macam nampak dua komen dalam satu entri :)

      Delete
  16. semalam dtg dh baca pastu punya panjang komen bley plak hilang.bila afia dh start bunyi terus hilang mood nk mengomen padahal semua entry sebelum2 ni dh baca..:)

    mmg adat kot org luar mengangumi keindahan negara kita..sama macam kita jugak yg rasa cantik sgt tempat org,nk sgt melancong overseas padahal negara sendiri blom habis jejak..

    pic cantik ke tidak no hal bg sy..janji ada dua superheroes yg comel ni buat tatapan mata bakal mak mertua.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni ambil gambar, malas! Dah ambil, tak cantik pula shootnya. Maklumlah pro sesangat. Makanya apa yang ada itulah saya paparkan di sini. Itupun kalau saya teringat sebelum publish nak upload gambar :D

      Wah, si Afia memang cemburu ya bila ibu belek komputer. Atau mungkin, dia 'excited' bila ibu buka gambar future boyfriend tu...hahahaha....

      Delete
  17. sy pun kalau ke putrajaya, mesti nak singgah masjidnya. cantik sangat!
    x prnh lak smpai ke taman saujana hijau ni...the next time ke putrajaya, boleh singgah sini..nampak luas & cantik. sesuaii utk anak2 berlari sesuka hati hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan masjid-masjid di Putrajaya ni. Kalau tak singgah rasa macam tak complete pulak day trip pi Putrajaya. Taman Saujana Hijau ni luas mata memandang. Sesekali buat photoshoot kat sini memang awesome sangat rasanya!

      Delete

Post a Comment