Entah apa-apa...

Salam Isnin semua @_@

Wah, seronoknya ketawakan I jatuh terlentang ya!

Takpalah I tak ambil hati pun. Sebenarnyakan kalau ada orang jatuh depan kita ataupun ada sesuatu yang di luar dugaan berlaku betul-betul di depan mata kita, memangnya kita akan tergamam. Lepas tu barulah otak mula berfikir nak buat apa.

Macam dalam kes I ni, kalau berlaku depan I pun, I rasa nak gelak juga dulu walaupun rasa perbuatan itu sangatlah bersalah dan harus dielakkan. Makanya bila mulut baru nak mengorak senyum, otak dah suruh stopkan reaksi tu dan buat apa yang patut *sengih*

Begitu juga yang berlaku beberapa minggu lalu bila kami sekeluarga di Masjid Shah Alam (Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah). Hubbydearie yang sibuk suruh kami berhati-hati kerana lantai licin tetiba jatuh terjelepuk depan mata I (dan orang lain juga...) I baru aje nak mengorak senyum bila tetiba tersedar yang jatuh tu suami saya ya... Makanya kalau dok gelak memanglah tak tahu nak kata apa! Kesian Hubbydearie, seminggu gak sakit lutut kirinya. Kiranya adil dan saksamalah suami isteri pun dah termerah padam muka  dek kerana jatuh di tempat awam (cumanya I selamat sikit 'water face' sebab seorang aje yang nampak kejadian tak diingini tu)

Hujung minggu yang baru ni kami tak dapat ke mana-mana. Lepak di KL ajelah. Semua plan tercancelled dek kerana Mami sakit kaki. Mami tu macam menantu Melesya jugalah tak boleh sejuk sikit walaupun tinggal di negara empat musim (Menantu Melesya lagi ngengada, panas sepanjang tahun pun asyik mengeluh sakit kaki...)

Kita sekeluarga menghabiskan minyak kereta aje jalan-jalan takda apa faedah pun yang dapat. 

Biasa tak bila keluar dengan satu tujuan tetiba berubah arah dan balik dengan tangan kosong? Hah, itulah yang berlaku baru-baru ni. Plan sikit punya banyak dalam kepala tetapi semuanya yang memerlukan kudrat nak berjalan berkilometer katanya... 

My sister sehari suntuk menghilangkan diri on Friday. Rupanya my sis 'berumahtangga' di Sogo. Hebat potongan diskaun katanya... diskaun atas diskaunlah. I ni bab Sogo memang lemah kepala lutut. Malas sungguh nak berebut tapi mata dah terbuntang bila dengar pasal potongan harga nih. Ingat nak cari sesuatu untuk Mami. Makanya my Hubbydearie yang tak pernah sukakan area Jalan TAR tu tetiba berubah muka gembira bila dengar nak beli something for his beloved mother.

Maka on Saturday afternoon, kita pun mencuba nasib mengharung jalan yang sesak. Bila sampai di Sogo, alahai...tak mungkinlah dapat parking kereta sesuka hati. Tengok punyalah padatnya. Betul-betul depan Sogo, Hubbydearie kata jom kita cancel aje plan nak shopping. Buang masa dan tenaga aje katanya...

Lepas tu tak tahu nak ke mana dah. Hubbydearie tanya I, I tanya Hubbydearie balik. Gitu ajelah kisahnya. Abang happy gila doanya terjawab. Dia memang  tak suka Sogo juga. Sangat membosankan katanya...

Ronda punya ronda nak menghabiskan minyak kereta, kita terus ajelah ke MidValley. I tanya Hubbydearie nak cari apa di situ. Katanya takda apa-apa, just jalan aje! Aduh!

Sampai di Aeon Big nampaklah electric oven yang murah gila ni ada promosi. Akak ni dah lama terbayang-bayang nak buat segala macam benda dengan electric oven ni. Yang lama sudah dilontarkan keluar rumah. Mana tak sakit hati. Bila menggunakannya memang sehati sejiwa tapi bab menyental, membasuh selepas  tu, memang akak seorang aje yangdipertanggungjawabkan. Dek kerana tak sehati sejiwa nak membelinya, maka kita balik dengan tangan kosong lepas jalan-jalan makan angin kat MV.

Tetiba sampai hari Ahad, keinginan membuak-buak nak buat roti Uzbek pulak. Maka, satu family sekali lagi mengharungi jalan ke Aeon Big berdekatan. Sampai aje, tanya punya tanya, takda stok pulak! Katanya kalau ke Aeon Big yang lebih besar, mungkin ada stok lagi. Oleh kerana tak mahu kecewa, kita pergi ke Aeon Big yang 'lagi besar'.
 
Unfortunately, stock memang takda dah habis diborong oleh pelanggan yang rakus tengok harga murah yang berbaloi-baloi. Kita pergi makan kat Secret Recipe lagi banyak faedahnya. Budak berdua tu memang angin ajelah, bila jalan-jalan begini. Si Adik sampai terlentuk-lentuk nak tidur. Si Abang memang boring aje bila nampak shopping mall ni. Not his type ler nak jalan-jalan window shopping or shopping ke apa.  

I ni pula bila berjalan dengan Hubbydearie memang 'sopan' yang amat. Ambil pegang, ambil pegang aje. Semua pun tak nak beli tapi dalam hati, aduhai....tahanlah nafsu yang membara, membuak-buak tu bila tengok segala macam barang yang ada. Nak beli nanti apa pulak kata Mami. Habis duit anak aku dikerjakan menantu Melesya ni. Hari-hari balik kerja lepas ambil Abang pun ada aje benda yang bergayut kat tangan nih... Ishh, tak bolehlah tunjuk sangat nafsu serakah tu. Kena sopan sikit. Nanti bila I jenjalan sorang-sorang, barulah merembat apa yang patut!

Bila sampai ke penghujung senja, Abang pun selamba bertanya,

Mommy, kata nak pergi tengok monkeys?

Huhuhu...monkeys semua dah lari masuk hutan sebab takut tengok Abang dan Adik nak datang peluk cium mereka @_@



Comments

  1. Masa anak2 kecil dulu suka sangat ke Sogo.bnyak pilihan utk baju budak2..tapi laling akak dari dulu tak suka..tak sanggup bersesak katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak juga pilihan di Sogo tapi saya memang tak tahanlah kalau crowded sangat ni. Parking pun sikit punya susah nak dapat. Sekali, dua setahun jejak Sogo ni oklah kot.

      Delete
  2. wanita dan shopping tak boleh dipisahkan...window shopping pun jadilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terapi duniawi yang paling mujarab ni, Bonda. Jarang dengar perempuan tak suka shopping :)

      Delete
  3. kesian Hubbydearie siap jatuh telentang tu adoyai...
    Sogo tempat shoping yang best tau MD hehari saya kesini jamu mata...
    tapi kalo time sale sesak nyer ya hampun...penat tambah bawak2 anak memang tok sahlah....
    nanti dierang ni meragam...my hubby kalo bab pegi shoping mall memang dia tak suka rela duk dalam keter ja....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, saya tak tahulah nak gelak ke apa tapi rasa kesian pulak. Tak lama lepas tu timbul rasa sayang membuak-buak pulak (apahal ni tetiba aje....) Kalau ofis saya setapak aje dari Sogo, memang hari-hari saya dok menapak ke situ. Ni nak berkereta ke sana, aduhai malasnya. Nak naik LRT aje nanti tak larat pulak mengangkut hasil jualan gudang :)

      Delete
  4. fuh dasat gak akak klao berjalan yeak...dari satu mall ke satu mall..mcm lieya ni kalo kalo dah pegi mall tu jek mmg kat situ jeklaaaa...serius kak, dulu suke jalan2...tapi skrang rase mcm malas jeeeee...kalo dok umah lagi best....ade mase tu nak beli barang tapi malas nak turun keter, en huby laa gi beli heheheehehhe....faktor umur kot kan kak hahahaahahah...

    ye la kak, budak2 ni mane suke jalan2 gini..melainkan kalo ade tempat mainan ke...masuk kedai toys ke suke laa dieorg kan heheheeh...tapi bagus anak bujang akak, ikut jugak hah tanpa banyak bunyi...

    laa sian hubby akak...hope dah okey lututnyer...husen lieya jatuh tangga ari tu...mujur takde ape...tergamam lieya mase tu kak oi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa 20-an dulu Lieya lagi dahsyat... Semua mall yang dekat kita main jalan kaki aje... Sebelum kahwin pun dahsyat juga :) Lepas dah kahwin ni, berkurangan banyak kedahsyatannya melawat kawasan. Bila ada anak, lagilah malas sebenarnya!

      Nasib baik masa dia jatuh, Lieya tergamam aje. Akak siap nak gelakkan lagi tapi tetiba teringat alamak suami aku tu yang jatuh tergolek :D

      Delete
  5. Sabaaarrr... ada MIL kena tunjuk baik ye:)
    Kalau kakak pun macam Abang dan Adik malasnya nak menapak dari satu shopping complex ke satu shopping complex. Letih. Kalau dapat membeli yg hendak ok juga kalau tak letihnyaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak bersabar ni, kak :)

      Kalau dapat apa yang dihajati, takdalah rasa buang duit minyak yang mahal ni. Bila jalan-jalan makan angin kat shopping mall aje yang terasa sungguh tak berfaedah :)

      Delete
  6. Hehehe..maaf la MD,sy terketawalah lagi...memang sehati sejiwakan MD n Hubby..masing2 nk rasa apa yg pasangan dh rasa...hehe.....

    Budak2 memang tk suka shopping MD,diorg cpt rimas wpun d dirasua dgn mainan tp ttp nak ajak blk juga,sy selalu ikut adik sy bw twin dia pergi shopping tp sy plak rasa nk cpt blk coz budak2 tu blh berlari berkejaran diseluruh antero shopping complex tu...hehehe,sebelum sy plak jatuh terlentang sbb nk kejar diorkan MD...hee

    kesudahannya apa yg MD beli utk your MIL tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sebenarnya nak carikan handbag untuk Mami. Tak dapat2 yang berkenan di hatinya.

      Hahaha, WA... takpalah gelakkan aje. Dah isterinya pun nak tergelak juga tapi cepat2 tahan dek kerana kesian pulak kat suami :)

      Delete
  7. sy selalu gelakkan hasben, tapi bukanlah niat nak gaduh ke...hheee... kalau sale sogo memang sy tak sanggup nak harung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksalah nak gi shopping kat Sogo ni. Tak sanggup saya. Lagi Hubbydearie dah warning, kalau nak shopping mopping ukur jalan kat Sogo/Jln TAR, silalah bawa anak-anak sekali. Arghhh...tak sanggup saya!

      Delete
  8. Betul tu, Diana. Bila berlaku sesuatu tak diduga, memang kita jadi tergamam, tak tahu nak tunjuk reaksi yang macamana. Bukan salah suami pun kot... But then kalau saya pun terkejut juga suami tak kisah saya jatuh :)

    ReplyDelete
  9. klu sebut sogo mmg lyn surrender.. serious ramai org sampai nak jalan pun tak boleh..
    klu pergi pun sbb ada tujuan lain, pg jln Tar. Singgah jugak lah cuci mata, tapi bila bab membayar, punyalah pjg q, last2 letak balik brg. Tak larat nak berhimpit ramai2 dgn org.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak biasanya kalau nak ke Jln TAR, barulah singgah kat Sogo. Tapi macam kata Lyn, memang ramai gila tak larat ler nak bersesak-sesak.

      Delete
  10. memang licinkan masjidtu...rasa cam penah tengok orang jatuh gak kat situ...
    memang Sogotu orang bertabahjer boleh.. yang pertama jangan bawak anak2 kitajer shopping...
    datang awal pagi..
    saya selalujer gi Midvalley tak beli per2... rasa cam bukan 'makanan' akujer... dulu last2nyer balik gi shopping tempat kita biasa shopping dah tentu beli punya Subang Parade...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu bahagian tu dekat dengan tandas/tempat wuduk perempuan memang a bit dangerouslah. Kalau silap langkah memang menggelungsur pastu tetiba ada anak tangga kat sebelah. Memanglah kalau tak betul-betul berhati-hati akan tergelincir. Saya rajin gak melawat kawasan shopping mall ni :) tapi macam biasalah yang dekat aje yang selalu jadi pujaan hati :)

      Delete
  11. Owh, husband and wife sehati sejiwa gitu… hihihi, fair and square :)
    mmg berbeza dgn anak2 ai pasal shopping mopping ni…. mereka suka sgt bila sebut shopping… semua bulat ajer mata tanda setuju… Kecik2 dah faham nikmatnya shopping… Dah la kami laki bini jenis pantang nampak benda murah… semua nak rembat…
    Saya rasa sbb tu kot HD berani pergi sogo… dia tahu MD akan control sopan bila depan mami…. yer tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah pasal. Nak jatuh pun, dua-dua nak rasa :) Sehati sejiwalah sangat nih :D

      Anak-anak saya dah tak menunjukkan minat lagi kalau kita kata nak pergi shopping aje. Kalau ada habuan untuk mereka, mungkin bolehlah bertahan 2-3 jam. Kalau tidak, mulalah kaki nak patah ler, tengkuk sakit ler, tak larat jalan ler, macam-macam hal!

      Delete
  12. Mana ada seronok ketawakan MD jatuh.. haha.. senyum je.. tapi leoas tu HD pula yg jatuh? Alahai...bergilir2 ya..

    haha..dengan HD boleh pula MD jadi pemalu nak beli ya.. saya lak tak kira, kalau nak beli je. Selalunya beli masa ada suami selalunya tak best sb bila tanya pendapat dia, semua dia angguk je.. jadi saya yg akhirnya malas nak beli takut tak berkenan bila balik.

    Mami pasti tahu menantu Mesia ni baik orangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, yalah tu tak ketawakan kita! Sengih aje yek :)

      HD jatuh dulu weeks ago, lepas tu baru turn MD. HD kata tulah masa dia jatuh tak percaya bila dia kata sakit sekarang rasakan! Aduh, husband cakap cam tu... tapi kita take it as a joke lah...

      Saya memang sopan kalau jalan dengan suami kecuali kalau dah tak tahan sangat nafsu membeli. Saya memang suka jalan sorang-sorang bila nak membeli barang, takda gangguan :)

      Delete
  13. Assalamualaikum..

    Hahaha...pehh kak kalo nak pg sogo jgn le plan ari cuti ke weekend...sofia pun dh bgtau family sofia mcm tu..kalo diorg nk jg pegi..pegi btl2 awal2 pagi...tunggu pintu sogo bukak pun ok hahaha dr akk berasak2 dgn org ramai...adik sofia penah pitam sbb ramai sgt berasak2...

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Akak ni pun memang ada sejarah hitam suka pitam di khalayak ramai :) (minta perhatianlah tu...) Akak pun kalau nak pergi Sogo, suami tak suka teman. Kakak yang kaki jalan tu ler yang selalu menemankan ke Sogo. Memang kita orang kalau drive ke Sogo, sesudah Subuh gitu bertolak. Lepas tu tercegat depan pintu sampai juling tunggu Sogo buka :)

      Delete
  14. Kalau Okje gi MV hari tu sure kita terserempakkan.... Alah Okje boleh jer kenalnya bila tengok Bubbly abang dan adik cute...sure dapat cam!
    Tulahkan kita ni kadang tu mcm nak beli barang tu tapi mcm tak mo beli lastnya melepas hehe.... Macamana agaknya roti Uzbek tu yek...share le MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takda rezeki nak berjumpa geng bas sekolah, kan!

      OKje, kita ada masalah bahasa ler! Kita balik makanan dah siap. Bila kita tanya resepi, HD sambil lewa aje tolong translate pastu kita tak paham juga sepatah apa.... Kita ada ler petik2 gambo nanti dah cukup, kita tayang kat sini yek :)

      Delete
  15. sehati sejiwa betul ni, sama2 jatuh telentang yerk hehehe... KA done nuffnang kat sini yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, KA.

      Dua-dua nak merasa merah padam muka jatuh di khalayak ramai :)

      Delete
  16. kesian HD terjatuh, kesian jugak HD dpt isteri tolong gelakkan suami sendiri jatuh.ahaha just kidding!

    kemain pandai berlakon depan mami,tahan je nafsu serakah tu ye..haruslah berlakon misali depan mak mertua..bukan selalu ye..

    sy klu bab window shopping suka je..nama pun pmpuan..tp kesudahnya msti tuju ketempat yg nak membeli je..byk2 tgok kang ada gak balik dengan tgn kosong.rambang mata last2 smp kesudah tak tau nak pilih yg mana...sejak dh ada beg tgn besar mmg tak la nk window shopping..mall pun lama dh tak jejak.nk soping kita on9 je la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abis tu, nak buat camna? Memang terasa nak gelak bila tengok jatuh cam nangka busuk...hehehe...nasib baik teringat cepat2 yang jatuh itu suami saya!

      Window shopping saya memang hari-hari pun buat. Sekejap lama tak penting. Yang penting dapat window shopping. Shopping mopping tu tengok keadaan juga. Susah ooi nak menyimpan hasil belian dari pandangan mata si suami :)

      Delete
  17. sungguh bersopan ya mummydearie..haha..
    bab shopping mana leh sopan, sopan kan...hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab sopanlah tak dapat apa yang dihajati. So bila ada peluang keluar sorang, mulalah start aim macam-macam alahai ... :)

      Delete

Post a Comment