Kisah anak lagi...

Salam Jumaat kawan-kawan ...

Bestkan esok dah boleh berhujung minggu. For me, katanya Hubbydearie dah ada plan untuk apalagi... bawa Mami jalan-jalan ~_^

Oh, suka ya dapat gelakkan I pasal beli kasut sekolah Abang sampai 6 pasang tu ya! Happy akak kena gelak@_@  Apa nak buat zaman alpa memanglah cam tu..

Sebenarnya masa nak naik sekolah tu, beli 2 pasang aje (those yang Abang lenjan semampu boleh dan tak boleh pakai lagi this year) Lepas 2-3 hari sekolah, Mommy tak tahanlah dok dalam bilik air menyental kasut. Setiap hari pun balik legam. Abang tu takda lasak manapun tapi sebab bersekolah petang, kena duduk bersila kat dewan sekolah sebelum masuk kelas. Makanya, aduhai sedih I tengok kasut sekolah Abang bila balik sekolah!

Maka I pun minta izin kat Hubby nak belikan anak kasut sekolah extra sebab tangan ni rasa nak tergeliat dok menyental sorang-sorang dalam bilik air. Bila dapat pergi, I pun rembat teruslah lagi 4 pasang. Senang. Satu hari satu. Kalau hujan, ada extra satu lagi@_@ Tak payah hari-hari nak sental kasut. Tapi kalau kena sental 3 pasang ataupun semuanya serentak, berdondang-sayang jugalah I dalam bilik air. 

Terukkan Mommy ni. Basuh satu pasang kasut merengek. Basuh tiga pasang pun menangis. Basuh semua, lagilah melalak, meroyan aje kerjanya. Tak beradab sungguh. Ada hati nak suruh dicalonkan jadi ibu mithali pulak tu in 2020. Berangan ajelah ya!


Ni nak cerita pasal Abang lagi. Tahan nafas dan tahan telinga ajelah dengar I mengomel berjela-jela. Di sekolah Abang, semasa pendaftaran Tahun 1 gurubesar dah beritahu makanan di kantin tak HALAL. Ada disediakan gazebo untuk budak-budak Muslim duduk makan bekal yang dibawa pada waktu rehat. Surprisingly, masa mendaftar last year, I nampak satu emak ni (yang boleh berbahasa Cina sebab dia sibuk potpet, potpet dengan Chinese parents yang duduk berhampiran) tetiba beli kupon makanan untuk anaknya! I telan air liur ajelah...

Masa Abang Tahun 1, I tak bagi dia duit poket kerana I takut sangat kalau dia ke kantin beli aiskrim. I beritahu Abang jangan beli apa-apa di kantin sekolah dan makan minum di situ kerana segalanya tak halal (ditanya juga kenapa budak Cina makan dan Melayu tak boleh dan mengapa ada kawan-kawan Melayu yang beli aiskrim di kantin).

I suruh Abang ke gazebo waktu rehat untuk makan. Nasib baik Abang memang tak suka ke kantin sekolahnya. Katanya dia geli tengok mereka minum air warna 'coklat' (sebenarnya air teh tu tapi dia entah apa fikir sampai katanya air tu lain daripada yang lain...) dan tak tahan bau kantin, busuk katanya!

Abang ni pulak cerewet bab makanan. Kalau bekalkan makanan yang sejuk, memang dia tak akan makan. Masa 2-3 hari baru sekolah, I akan bawakan nasi berlauk untuknya ketika rehat. Bila I dah naik kerja, bekalan sejuk memang dia tak makan langsung. Dia pun nak cepat-cepat makan waktu rehat sebab dia tak boleh agak pukul berapa waktu rehat tamat ketika itu. 

Maka, dia minta I bekalkan nugget, drummet atau yang paling selalulah yang dia mahukan hanya roti 70 sen tu. Bab roti tu pun memilih juga.... nak coklat aje. Lain perisa tak mahu. Lepas jemu tukar pulak roti jenama lain. Lepas tu suka roti yang ada sosej pulak. I pun setiap kali beli kat 7-11, memang I kaut semua roti yang ada sampai licin untuk buat bekalan Abang. Itupun tak cukup. Yang dikerjakan semasa pergi sekolah lain, yang habis di rumah lain. Roti sosej tu dahlah susah nak dapat. Kadang-kadang, sampai 3,4 7-11 I terjah demi mencari roti  kegemaran Abang.

Kadang-kadang tu I kesian juga tengok Abang. Tanya juga padanya apa makanan lain yang dia nak Mommy bekalkan. Abang suka mi goreng togel, kan. I fikir nak gorengkan mi saja  tapi setiap kali buat, dia tak mahu bawa bekal mi tu. Katanya leceh nak kena makan slow-slow! Tapi adakalanya dia pula cakap kat I, Mommy kalau bawa nasi goreng boleh tak? Boleh memang boleh masalahnya nanti bila dia tengok bekalannya dah sejuk, memang dia tak makan. Kesian pulak nanti lapar. 

Abang kalau keluar kelas nak goyang tangan aje. Tak mahu bawa bekal makanan dan botol air. Itu sebab dia suka  roti 70 sen tu, senang katanya. Makan pun tak ambil masa panjang. 

I did tell before right bagaimana seronoknya I melihat Abang dan kawan-kawan ketika tamat waktu sekolah. Mereka beratur ikut barisan (ada dua barisan lurus) menuju ke pagar sekolah. Bila start aje berjalan, akan dengarlah bunyi roda beg masing-masing (takda pun suara budak-budak menjerit terpekik ke apa, bunyi roda beg sekolah dan suara cikgu beri arahan sahaja) Memang obedient sungguh. Bila tengok, dah macam stewardess keluar masuk departure/arrival hall dengan beg mereka gayanya ^_^ Memang situasi yang menarik sangat masa tu. I pun senyum-senyum bangga tengok macamana cikgu boleh handle beratus-ratus murid baru tanpa bunyi bising dan betapa tertibnya budak-budak ni bila nak balik.

It was last year.  This year dah macam  tengok horror movie pulak. Last year kelas Abang keluar dulu. This year, kelas Abang last sebab kelasnya di Tingkat 1 paling hujung sekali lokasinya. I rasa cikgu bertugas pun pening kepala tahun ni. Mereka dah susun budak-budak Tahun 1 elok-elok tetapi parents pulak yang excited lebih-lebih.

Budak-budak semua diam tak buat bising tapi bila pak guard buka gate, parents serbu terus depan gate dan menghalang laluan budak-budak keluar. Cikgu dah macam nak pengsan dok menjerit sampai kering tekak. Lagi besar gate dibuka, lagilah mereka serbu. Kesian tengok budak-budak Tahun 1 yang terpaksa mencelah antara orang dewasa untuk keluar, lepas tu terpinga-pinga nak cari mak bapak memasing. Itu yang sampai ada yang menangis tak tahu nak buat apa. Cakap Melayu tak faham. Cakap Cina tak faham juga. Kena cakap Tamil kot baru makbapak ni faham peraturan! Berkicau-kicau bunyinya suara mereka ni!

Kalau tahun lepas bila hari hujan, sebaik aje cikgu bagi signal, pak guard akan allowed makbapak masuk ke kawasan sekolah, terus ke kelas dan ambil anak dari barisan di depan kelas. Tahun ni, mereka main serbu aje sambil terjerit terpekik panggil nama anak dan cikgu tercegat tak tahu dah nak dibuat macamana. 

I pulak? Abang keluar lambatkan. So I dok senyap-senyap kat tepi sekolah tunggu makbapak Tahun 1 ni 'rembat' anak masing-masing. Seronok kadang-kadang tengok gelagat makbapak yang suka 'merembat' anak sambil mulut tak reti berhenti bercakap. Si anak pula terkebil-kebil  tak tahu nak buat apa bila kena 'ambush' dengan segala parents yang ada depan pintu gate tadi. 

Bila cikgu angkat papan tanda kelas Abang, barulah I pergi ke depan pintu pagar. Papan tanda tu untuk  beberapa hari pertama aje, lepas tu pandai-pandailah cari anak sendiri. Sure havoc jadinya kalau dapat parents yang begini @_@

Teringat pulak gelagat Abang masa hari pendaftaran 2013 dulu. Dalam dewan sekolah, I suruhlah dia pergi cari kawan. Abang ni susah sikit ya nak berkawan. Kalau orang tak tegur, dia memang tak mahu berkenalan. Kesian sungguh Mommy tengok. Bila I kata begitu, Abang pun jalanlah keliling dewan tu sambil menjerit manja-manja, 

Hello! You want to be my friend or not??? 

Macamlah ada budak-budak yang nak menjawabnya. I gelak dan beritahu Abang,


Ini sekolah Cina, sayang. Shout in Mandarinlah!




Comments

  1. MD...klo citer pasal anak memang tak membosankan. Saya pon suka baca ☺☺

    Amboi, 6 pasang tu kasut. Saya beli 2 jer. Skang saya ajar kimi basuh kasut dia sendiri. Tak kosa ibu dia ni nak menyental. Tapi with supervision lah. Bekal pon saya buat hari²...alhamdulillah. Makanan kantin mahal sgt lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bawa bekal memang jimatkan. Anak saya ni tak suka pula bawa bekal. Kalau tidak, seronok juga. Best tengok mommies lain menyediakan bento pelbagai untuk anak. Kalau sayalah, nanti saya yang penat menyediakan si Abang ni tak makan pula dan kelaparan. Dia memang cerewet sikit.

      Delete
  2. Anak okje yg 2 org atas tu mmg senang......termasuklah omak eh sekali senang sebab zaman tu semua maid buat.....start si bongsu darjah1....maid semua dah balik, padanlah muka omak eh kena sental kasut anak anak mcm awak MD berdondang sayang dlm toilet hehe...
    Penggeli rupanya abang yeh...
    Okje dpt bayangkan mcm mana gamatnya kat gate tu....kat sekolah okje yg tak berapa kerat tu pun boleh jadi kecoh dibuatnya....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas zaman mak jadi maid barulah terasa seksa ya, OKje. Nasib baik kena handle satu aje. Kalau ada 10, mahu terkangkang kiap kita yek!

      Uishhh... memang kecoh OKje bila ambil anak lepas sekolah. Sesiapa yang ada anak Tahun 1 in 2013 (macam saya ni) memang 'terkejut kingkong' bila tengok lagak parents tahun ni. Tahun lepas, apa cikgu kata kita parents ikut aje, tapi tahun ni they all tak kisah. Buat derk aje....

      Delete
  3. Lupa pulak nak tanya sok nak gi mana pulak.....
    Mana ghupe pilovnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... kita balik kerja, Mami dah siap pilov tinggal nak suap mulut aje. Nak tanya translator, memang makan masa ler resepi tu nak complete. Weekends Mami tak masak sebab kasi can menantu berlengas kat dapur pulak. Kalau tak dapat juga resepi, kita kena tanya translator nyer resepi ajelah pastu buat sendiri!

      Hehehe...banyakkan alasannya....

      Delete
  4. tu lah beli sekolah cina.. mmg susah skit bab2 mknn ni. kita kena pantau jugak..
    mcm my niece lah.. hari2 bawak bekal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang tak bagi langsung Abang pergi ke kantin. Tak payahlah nak jejak kaki ke sana. Nasib baik Abang pun bukan jenis nak makan macam-macam. Dia bergantung kepada Mommy sepenuhnya tentang makanannya :)

      Delete
  5. Kalau hari pertama sekolah. Kadang2 suka lihat karenah ibu bapa berbnding gelagat budak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibubapa memang terlebih over dalam segala hal berbanding anak-anak...hahaha...

      Delete
  6. Replies
    1. Betul tu Mr Jocko. Tanpa anak, memang tiada serilah hidup ni :)

      Delete
  7. Haah.. Budak2 selalunya ok jer tapi parents selalunya yg risau. Tapi 5 tahun mgajar sek kampung, hari pertama dah lengang dgn ibu bapa. Depa dengar kata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibubapa kat kampung mungkin tak banyak 'songeh'nya. Ibubapa kat bandar ni moden dan 'kelam-kabut' sikit kot ... Anak-anak ok aje (maybe takut pun ya juga) maklumlah baru nampak sekolah, ibubapa pulak yang over2 sebab dah lama tinggalkan sekolah :)

      Delete
  8. Rasanya bacaan kali pertama saya tak bagi komen lagi.. alang2 tak boleh tido ni, meh nak komen.. blog ni dah masuk list wajib komen saya.. kalau lambat tu biasalah...bz katanya.. hihi..

    Cabaran juga nak sediakan bekal utk anak ya.. mujur Abang jenis mudah, boleh je roti 70sen.. kira memilih bertempat la ni.. ada juga benda yg dia suka...saya suka perhatikan gelagat parents dan anak2 semasa balik sekolah. Percayalah, budak yg nakal pun, bila disambut oleh parents, berubah air muka diorang... mmg semuanya nampak comel, cute dan mitahli je masa balik tu.. walaupun kelam kabut depan pagar sekolah tu, situasi tu saya mmg suka tgk...

    Macam mana la rupa abang bila dia jerit cari kawan dlm dewan tu? Mesti comel kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai AN. Dah namanya cikgu mesti banyak membaca... of courselah penat dan sibuk sentiasa. Mana lagi nak tengok buku murid-murid.... Nasib baik Abang cerewet, makanya Mommy tidaklah terkejar-kejar setiap pagi menyediakan bekalan anak. Buatnya Abang ada list apa yang nak bawa bekal (spaghetti ke, burger ke, mi goreng, nasi goreng pelbagai rasa...) memang nangis-nangis lagilah Mommy ni kat dapur setiap pagi....

      Delete
  9. ok gak buat mcm tu..klo x bkerja ok lagi nk sental2 kasut ank..klo kt y kerja ni x smpat... klo bju skolah asya next year mmg lya nk beli sepasang sehari..utk seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lintang-pukang jugalah nak menyental kasut manalah tahu kalau hari ni tak sental pastu hujan, mahu takda kasut nak dipakai. Senang cerita beli ajelah untuk satu hari satu, Mommy pun lega boleh renggang2 kan kaki dan buat kerja lain yang melambak tu.

      Delete
  10. salam MD

    cerita osl anak2 ni memang seronok baca,oegi blog nurbijen sy ketawa,smpai blog okjeoun ketawa juga,smpai blog MD ni oun sama ..kerenah anak2 tgh kecik semuanya nmpk comel,tgk diorg dh besar nti br la nmpk lain mcm.,,

    susah juga mknan tk halal ni MD ..alahai sian kat abg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam WA,

      Bila dah besar hilang comelnya, ibubapa pulak sakit jiwa raga melihat keletah anak-anak :) Nasib baik ada blog, bolehlah mengabdikan segala cerita di sini. Kalau dulu simpan dalam hati aje, mana yang dapat dicapture, jadilah gambar :D

      Saya memang tak benarkan Abang ke kantin dan tak bagi duit poket pun kerana takut kalau dia terlepas dek ajakan kawan-kawan. Alhamdulillah, hingga kini pun dia tak banyak cerita.

      Delete
  11. eh rasanya macam dah komen..mungkin line buat hal, komen taip panjang2 terus hilang..fedup betul la.haha..

    sng la bela bubbly abang.cerewet tang makan pun kadang2 untung..sng mommy kan..belikan roti gardenia je..klu aiman mkn roti setiap hari kompem kurus..ni tak nasik je yg dimintak..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai, kesiannya! Dahlah susah nak online bertemankan Afia :) Thanks anyway PK sebab datang berkali-kali nak meng'khatam'kan satu entri. Maaflah ya tak reti nak pendekkan ayat.

      Itulah nasib baik Abang nak roti 70 sen aje. Kalau tidak, mahu Mommy kena bangun pukul 4 pagi masak sedap-sedap. Takpalah PK, anak nak makan, bagi ajelah ya tak... kalau tak nak makan pun kita juga susah hati. Aiman tahu ibunya suka masak 'bodo-bodo' katanya, itu yang hari-hari nak nasi. Sedap sangat air tangan ibu tu tau!

      Delete
    2. tu la kadang dtg baca smp habis tak sempat komen afia dah bunyi.. terpaksa shutdown,nti gigh dtg lagi semata2 nk komen..almaklum bakal besan kenalah jaga..huhu

      time afia tido je bley on9 skang ni..klu dia ada, kerjanya dok mengetuk keyboard,cmna nk mengomen

      Delete
    3. Adatlah PK bila ada anak kecil. Lagi-lagi sebaya Afia tu. Anyway thanks sangat2 selalu bagi support walaupun busy.

      Delete
  12. omg. skali akak beli 6 .hihi.
    boleh bygkan saat nak menyental kasut kasut tu. sy suka singgah blog yg citer pasai anak anak n makanan. cara saya hiburkan hti dgn bc keletah dorang. makanan pulak bila saya bosan sy boleh cuba dn dpt hilangkan stress :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks QR sudi singgah. Itulah kisah zaman alpa katanya :)

      Saya pun kalau menjengah, entah kenapa asyik cari ibu-ibu jugak...dalam hati ni nak juga berkenalan dengan bapa-bapa, anak-anak dara dan lain-lain gak :)

      Delete

Post a Comment