Kisah suamiku pula... as a Muslim

Salam Jumaat yang mulia, ya kawan-kawan semua!

Terlanjur dah menulis tentang ini, maka nak jugalah I berkongsi cerita tentang my Hubbydearie. Ini cerita zaman silamnya, lebih khusus lagi zaman kanak-kanaknya. Jangan salah faham juga, bukan berniat nak membuka pekung di dada, bercerita hal buruk-buruk tentang keluarga sendiri cuma nak berkongsi cerita dengan rakan-rakan sebangsa dan seagama. Manalah tahu ada yang boleh dijadikan iktibar.

Kalau di negara asalnya, bila berjumpa yang sebangsa dengan Hubbydearie, memanglah mereka mengaku mereka Muslim. Walaupun pada hakikatnya, berbotol-botol arak ditogok di rumah. Itu perkara biasa. Makanan yang dijual di kedai-kedai juga adakalanya tidak halal. Jadi, bila nak makan di luar, kenalah betul-betul pasti sebab mereka juga ada bangsa Korea campuran (woo....mereka ni makan daging anjing juga ya katanya...) dan bangsa Rusia. 

Hubbydearie memang dilahirkan sebagai Muslim (sekadar pada nama sahaja) tetapi tidak pernah mengamalkan kehidupan as a Muslim sehinggalah usianya 8 tahun, kalau tidak silap I seperti yang diceritakannya. Kiranya dalam keluarga, Hubbydearielah yang menjadi punca keluarganya mengamalkan Islam yang sebenarnya dalam kehidupan mereka sehingga kini. Honestly speaking, Dada (father in law) dulu-dulu merupakan seorang yang kuat minum dan selalu pulang dalam keadaan mabuk. 

Pada usia Hubbydearie 8 tahun, beliau mula tertarik dengan kehidupan sebagai seorang Muslim sejati. Bayangkan ketika musim salji tebal, seawal pagi beliau dan kawan sekampung akan meredah salji untuk ke sekolah. Setiap pagi around Subuh, Hubbydearie akan melalui kawasan masjid (ya, ada masjid di sana tetapi tidak sebanyak dan semegah masjid-masjid di Malaysia ni), melihat dan mendengar orang bersolat di dalamnya. Hatinya rasa terpaut untuk mengetahui lebih lanjut...

Beliau memaksa kawan sekampung untuk menyertainya meng'jelajahi' perkara baru dalam hidup. Mereka keluar lebih awal setiap pagi dalam kesejukan salji tebal dan singgah di masjid untuk belajar bersolat. Katanya kali pertama masuk masjid, beliau buat mengikut apa yang dilihat sehinggalah imam masjid tersebut menegur dan mengajar cara-cara solat yang betul. Semua ini dilakukan secara sembunyi-sembunyi dari pengetahuan ibubapanya.

Walaupun begitu, menurut Hubbydearie, Mami memang sejak dulu dilihat bersolat. Hubbydearie sendiri tak tahu dari mana Mami belajar kerana di sana ajaran Islam tidak boleh diajar sewenang-wenangnya di khalayak ramai. Bila Hubbydearie sudah pandai bersolat di masjid, barulah beliau sedar yang selama ini cara Mami melakukan solat banyak silapnya. Tapi Hubbydearie tidak berani menegur kerana takut kalau Mami dan Dada tahu apa yang dipelajarinya.

Setiap kali menyambut Tahun Baru, keluarga Hubbydearie (sama seperti keluarga lain di sana) akan menyambutnya dengan jamuan makan bersama keluarga dan.... tentunya ada botol-botol arak dihidangkan bersama. Oleh kerana Hubbydearie tidak mahu lagi melihat bapanya minum sempena tahun baru, beliau mula mengunci diri di dalam biliknya. Pada mulanya, memang keluarganya tidak tahu hal sebenar. 

Tapi Dada mula perasan kelainan sikap anaknya. Yalah, Hubbydearie ni seorang yang nakal dan gemar sesuatu yang baru, mempelajari perkara-perkara yang tidak pernah diketahuinya. Kalau dulu bila Dada minum, Hubbydearie selalu merengek ingin cuba rasa 'air yang diteguk' kerana rasa pelik dengan habit bapanya. Beliau nak tahu mengapa Dada cukup suka 'minuman' itu sehingga kadang-kala boleh bertukar ganas.

Tapi sekarang, Hubbydearie langsung tak mahu menyentuh botol atau gelas yang berisi minuman tersebut. Akhirnya rahsianya bersolat di masjid terbongkar. Ibu dan bapanya tidaklah begitu marah tetapi mereka tidak mahu Hubbydearie berbuat begitu lagi. Tidak baik katanya...

Hubbydearie tetap dengan keputusannya walaupun usianya masih kecil (sebaya Abang ketika itu...) Akhirnya seluruh keluarga berjaya dibentuk olehnya untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar (Memang I rasa bangga bila mendengar 'kejayaan' Hubbydearie mengubah kehidupan keluarga walaupun baru berusia 8  tahun) Selepas itu, Hubbydearie tidak perlu curi-curi untuk ke masjid di pagi hari. Beliau dan Dada akan pergi bersama-sama. Beliau juga mengajar Mami bersolat dengan cara yang betul.

Sejak itu, Dada pun banyak berubah sikap. Tidak lagi minum dan jadi pemabuk. Dada buang kesemua botol-botol yang ada di rumah. Tiada lagi sambutan tahun baru. Kalau tengok Dada sekarang ni, memang kita rasa insaf sangat kerana beliau belajar dari kosong untuk menjadi seorang Muslim sejati tanpa ada bantuan dari luar. Sedangkan kita ini, semuanya tersedia. Ada sekolah agama, ada majlis agama,  ada para ustaz/ustazah yang mampu membimbing dan bebas mengamalkan cara hidup Islam di negara sendiri. 

Pun begitu, adakalanya Hubbydearie meragui ilmu yang dipelajari. Yalah, budak kecil sepertinya memang banyak perkara yang tidak difahami. Hubbydearie sentiasa berharap agar Tuhan tunjukkan kepadanya kebenaran.

Suatu hari Hubbydearie pulang awal dari sekolah. Beliau terlupa membawa kunci rumah dan  tiada sesiapa pun yang ada di rumah. Biasanya Hubbydearie orang terakhir yang akan pulang ke rumah lewat petang sehingga dimarahi Mami. Hubbydearie pun duduk bersila di hadapan rumah yang berkunci, tak tahu apa nak dibuat. Kalau pergi mencari Mami sudah tentu beliau akan dimarahi kerana tertinggal kunci rumah. Kalau mahu menunggu abang atau adik-adik perempuannya, tentulah sampai petang beliau harus duduk di depan pintu rumah! Sambil duduk-duduk, beliau teringatkan sesuatu. Lantas beliau berdoa kepada Tuhan dalam hati - kalau betullah agama yang dianutinya, tunjukkanlah kebenarannya.

Tetiba Hubbydearie nampak dari kejauhan abangnya berlari-lari kepenatan ke arah rumah. Bila sampai di hadapan pintu, abangnya terasa pelik melihat Hubbydearie di hadapan rumah dan bertanya mengapa beliau pulang awal, tidak seperti selalu. Hubbydearie ingatkan abangnya berlari tergesa-gesa kerana ternampak si adik di hadapan rumah. Yang sebenarnya, si abang terdetik untuk pulang kerana ingin mengambil sesuatu.

Namun pada Hubbydearie, kejadian itu dilihat sebagai tanda kebesaran Allah S.W.T. Abangnya tiba-tiba aje terdetik untuk pulang ke rumah tanpa mengetahui yang si adik tidak dapat masuk ke dalam kerana ketiadaan kunci. Banyak juga kata Hubbydearie perkara yang berlaku yang menguatkan lagi keinginannya untuk mendalami Islam.

Ini pulak kisah si adik perempuan bongsu. Adik yang ini memang cemerlang dalam pelajaran. Adik Hubbydearie mendapat keputusan cemerlang dalam kemasukan ke universiti. Seperti yang dijanjikan, kalau berjaya ke universiti, beliau ingin bertudung. Malangnya pada hari pertama beliau bertudung ke universiti, beliau diberi amaran oleh pensyarah tidak akan dibenarkan mengikuti kuliahnya kalau bertudung. Dengan berat hati, adiknya pun membuka tudung demi meneruskan pengajiannya.

Pernah juga adiknya cuba memohon kerja. Sebaik melangkah masuk untuk ditemuduga, beliau diberitahu dengan kerasnya yang mereka tidak menerima wanita yang bertudung. Itu sahaja alasannya. Full stop.

Bila beliau berhijrah ke US mengikut si suami, adiknya teringat kisah ini. Beliau rasa kelakar kerana di US (negara bukan Islam) beliau bebas memakai tudung ke mana sahaja tanpa ada yang peduli tetapi di negara sendiri yang kononnya sebuah negara Islam, perkara sebaliknya berlaku.

Sebab itulah banyak persoalan yang timbul bila Hubbydearie menjejakkan kaki ke Malaysia buat kali pertama. Begitu juga dengan Mami dan Dada. Katanya 'Islam agamaku' tetapi mengapa bila semuanya ada di depan mata, kita di sini tidak mengamalkannya sebaik mungkin?

Teringat kisah lucu Hubbydearie ketika pertama kali sampai di KLIA. Terpegun, memang cukup terpegun melihat negara Malaysia yang dipelajari di sekolah dulu merupakan sebuah negara dunia ketiga di mana orangnya bersikap 'barbaric' , 'panjat pokok' tetapi kini ada sebuah airport yang cantik dan besar, kehijauan yang indah untuk dilihat tetapi....

" I memang terkejut bila melihat seorang pekerja di airport, perempuan Melayu bertudung cantik tetapi memakai seluar jeans dan baju ketat dan bila si dia ini menjongkitkan kaki untuk mengambil sesuatu, I boleh nampak seluar dalam yang dipakainya!"

Soalan seterusnya....

"Mengapa dia bertudung kalau begitu? Itu ke yang you all panggil 'tutup aurat'?"

Hehehe..... I can gelak aje ok.....









Comments

  1. Sangat menarik kisah ni dan penuh pengajaran

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar berkongsi cerita. Rasanya ada juga pengajaran yang boleh dijadikan ikhtibar buat kita yang tinggal di Malaysia nih.

      Delete
  2. Masya-Allah... betapa Allah sebenarnya mengutus seorg 'budak lelaki' utk mengukuhkah keimanan sebuah keluarga tanpa disedari keluarg tersebut. Syukur alhamduillah dia kini menjadi pendamping MD. Allah juga berikan dia utk MD dan keluarga. Syukur alhamdulillah..

    Memang sedih bila bertudung sekadar fesyen kerana tidak memahami maksud menutup aurat yg sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syukur sangat saya mendapat si dia. Walaupun kalau ikutkan Islam saya ni lebih lama daripada HD... Banyak perkara yang HD tanya tentang perempuan Melayu Malaysia dan tutup aurat ni tapi yalah, kadang-kala saya pun kelu lidah. Malu nak berkata yang sebenarnya.

      Delete
  3. menarik kisah ni mummydearie..sangat2 menyentuh hati....semoga allah permudahkan untuk kita semua...setiap orang ada bahagian2 nya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Yang penting bila kita berubah ke arah yang lebih baik, perubahan itu datangnya dari hati kita bukan kerana pengaruh orang lain.

      Delete
  4. syukur Alhamdulillah..acik memang selalu tertanya tanya..bagaimana kehidupan muslim di negara lain..tu sebab acik suka tengok tv..dulu ada ditv9 kan..rancangan yang menunjukkan bagaimana kehidupan orang muslin dinegara2 lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sebenarnya yang hendak saya kongsikan tentang suami dan keluarga di sana tetapi takut terlalu panjang pulak kalau letak satu entri. Saya ni jenis yang tak reti berhenti menulis :) Nantilah kalau ada kelapangan lagi.

      Banyak juga bezanya kehidupan kita as a Muslim dengan mereka walaupun hakikatnya kita semua adalah Muslim.

      Delete
  5. MD tq berkongsi cerita, dapat juga kita terlalu cerita & kehidupan masyarkat muslim ditempat2 lain.. sesungguhnya hidayah itu milik Allah swt, bila ia menghendaki ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama, KA dan TQ sebab sudi membaca. Kehidupan kita sebagai Muslim tu memang ada bezanya dari satu negara dengan negara yang lain cuma apa yang dihajati itu cuma satu sahaja - menjadi Muslim sejati.

      Delete
  6. subhanallah...menarik kisah akak ni kak...lieya bace dgn tekun sbb byk pengajaran dlm tu....tu laa beza negara kite dan negara org lain kan kak....betapa di pandang rendahnye wanita yg bertudung....mujur adik hasben akak dah dpt kebebasan seperti yg die mahukan.....

    moga2 kite semua terpelihara iman dan amal....moga2 sentiasa dlm rahmat dan lindungan Allah taala...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal rajin sungguh ke Putrajaya, Lieya. Dok solat kat masjid bila berkesempatan. Kalau Mami takda, akak pun jarang gi masjid juga. Kalau keluar pun mesti semungkin boleh balik rumah sebelum waktu seterusnya. Kalau dah terlanjur aje baru singgah mana-mana surau yang ada.

      Kalau difikir-fikir balik, memang banyak keistimewaan yang kita dapat di sini tapi yalah bila tak merasa susah, taklah kita bersyukur....

      Delete
  7. Soalan tentang " menutup aurat" tu, mmg sangat sangat bagos!

    So sekarang dah explain tak kat husband? hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...sudah...dengan penuh kesopanan dan tersipu-sipu malu lagi saya explain. Apa kata DZ pulak on behalf of lelaki Melayu Malaysia ni tolong explain your personal view? Hahaha....

      Delete
  8. Memang sadis sungguh teman dengaunya.....kira hidayah yg Allah bagi buat HD mmg sangat kuatkan.... alhamdulilah....jumpa pulak dengan isteri Melesia solehah .....memang membukakan lagi jalan buat mereka lebih mendalami Islam.... Tengok cantikkan perancangan Allah tu...
    Agaknya apa yg beza solat Mazhab Hanagi dgn Mazhab Syafie yek MD?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, isteri Melesya solehah katanya? Jauh lagi tu, OKje. Banyak lagi nak dipelajari untuk jadi isteri solehah. Banyak juga bezanya cuma yang biasa saya lihat, HD tak baca doa qunut pun masa solat Subuh.

      Delete
    2. Macamana yeh MD kalau hubby tu dah duk Malaysia...dia tak tukar mazhab ke?

      Delete
    3. Bila dah tinggal di sini, dia ikut Mazhab Shafie tapi bila Mami ada ni selalu jugalah dia berborak pasal Mazhab Hanafi.

      Delete
  9. Oh..ini kisahnya.. lepas saya baca entry semalam tu saya jangkakan HD dan keluarga sejak dr azali memang mengamalkan Islam sepenuhnya... tak sangka lain drp jangkaan saya. Beruntungnya insan yang mendapat hidayahNya macam HD dan keluarga...pasti semuanya lebih menghargai ajaran Islam...

    memang menarik kisah HD ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka memang Muslim tapi masa zaman Soviet Union dulu-dulu, nama ajelah Muslim tapi tak pernah praktikkan pun. Masa HD umur 8 tahun barulah belajar hidup as a Muslim tapi itupun tak boleh terang-terangan sangat ditunjukkan dalam kehidupan sehari-hari. Mereka semua mengikuti Mazhab Hanafi.

      Delete
  10. terkesima dengan kisah HD yg berjaya bawa seluruh keluarga mengamalkan Islam yg sebenar..

    susah juga ye nak hidup dinegara yg tak bebas mengaplikasikan Islam..tp nk menjawab persoalan depa pasal negara kita yg begitu Islam tp menonjolkan seluar dalam lagi susah rasanya.hehe

    apa pun untung MD dpt HD sebagai suami..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung dapat pak mentua cam HD, kan...kan..kan besan!

      Susah sebenarnya saya nak explain mengapa dan kenapa mereka tak boleh mengamalkan Islam dengan penuh keterbukaan. Banyak kisah di sebalik kisah. Nak explain pun takut tersilap statement :)

      Delete
  11. Assalam...

    MasyaAllah...sungguh menarik kisahnya...tak sabar nak baca dan baca lagi hingga habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Bunda. Semoga dapat mengambil ikhtibar dari kisah HD sekeluarga ni.

      Delete
  12. seronoknya baca entry ni... sedikit sebanyak dpt lah tahu latar belakang bagaimana org islam disana. Alhamdulillah hubby akak berjaya membawa keluarga mereka di ajaran islam yg sebenarnya. Sungguh besar kan hidayah Allah berikan.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD kata mujurlah beliau diberi 'peluang' untuk mempelajari Islam sebaik mungkin. Tidak dapat dibayangkan kalau sehingga kini HD masih bersikap acuh tak acuh dengan statusnya sebagai seorang Muslim.

      Delete
  13. Assalamualaikum,

    Hidayah Allah tuh indah kan kak...kadang-kadang dengan logik akal kita, mana blh sangka budak sekecil itu dpt membuatkan 1 keluarga berubah..namun dengan hidayah Allah, tiada yang mustahil

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Kalau Allah nak berikan hidayah, tak kiralah sesiapa pun kan... Alhamdulillah memang bersyukur sangat HD kerana di'sedar'kan ketika masih kecil lagi.

      Delete
  14. sangat kagum ngan hD tau..pandai dia mendidik family kearah islam yang sejati bukan mudah...banyak dugaan..sangat besar hidayah yang telah hD perolehi..soklan dia terbaik sungguhla MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan senang sebenarnya menjadi seorang Muslim di sana tetapi itulah bila fikir balik, alangkah bertuahnya kita di sini.

      Saya dah jawab lama soalan tu sampai berhadis-hadis (acah aje...) tapi at the end, sengih ajelah...

      Delete
  15. syukur alhamdulillah.
    perjalanan hidup yg mencabar..

    akak, ok je panggil ciksu. hihi
    pasai kisah saya tu,kalau akak pon buntu it’s ok juga. byk berkisar pasai rawatan & usaha saya utk dptkan zuriat. "rajuk jiwa menanti permata"

    cumanya kisah tahun 2013 saya citer di tahun 2014
    2012 punya kisah saya muatkan dalam entry 2013. gitu.. saya cuba dulu baru berkongsi.. smga dpt jadi panduan buat TTC yg mcm saya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, gitu... yalah baru aje membaca ada sedikit confused sebab tak faham cerita ....

      Delete
  16. seronoknya baca perkongsian pengalaman mcm ni. Bertuahnya hubbydearie sbb terpilih. Tanak share gambo family ke? From batu pahat to tashkent with love. Nak jugek kenai mummy dearie dgn hubbydearie.

    *Luth ikut muka shaye sebijik. Takde sipi pun muka papa. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar family tu tak mungkin dapat dikongsi buat masa inilah, Lyd. Lain masa tak tahulah saya. Mana tau terbuka hati nak posing-posing untuk blog :)

      Ahah... 100% gene ibunyalah ya ... hehehe...

      Anak-anak saya, si Luth lebih banyak ikut muka saya (so boleh bayangkanlah ya ...) manakala si Adik pulak lebih banyak ikut muka Hubbydearie :)

      Delete
  17. Salam Mummydearie, ada FB tak? Berminat nak friend. Nak belajar lebih banyak tentang budaya sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikum salam, Nia! Maaflah ya lambat betul reply komen. Dah kebetulan nak berhibernasi pulak, tak mahu berblogging ^_^

      FB tu memang ada tapi takda aktif mana. Buat menyemak telefon aje selalunya ~_^

      Delete

Post a Comment