Wajah kesayangan hamba

Salam Isnin semua!

Amboi bukan main laju lagi nak singgah rumah akak hari ni ye! Pantang letak tajuk bukan-bukan, suka bukan main lagi nak ajak gosip light-light. Hah, jangan ngengada nak scroll sampai part gambar pulak. Baca 'novel' akak ni sampai abis, jangan skip-skip!
 
Entah mengapa, tetiba aje akak very busy pulak pagi ni. Sarapan pun tak sempat. Apatah lagi tau nak mencuri tulang menyibuk di rumah jiran tetangga (akak ni dah tahun baru pun perangai masih tak berubah...) Sudahlah semalam tak jumpa nasi dan lauk-pauk kat rumah. Akak memanglah lapar. Makanya akak pergi lunch dulu baru tulis entri. Nanti gigil-gigil pulak tangan ni @_@

My MIL @ Mami kata, anak lelaki kesayangannya yang dah beranak dua itu a.k.a. my Hubbydearie tu sangat 'mantap' badannya sekarang. Makanya Mami suruh pergi exercise tiap-tiap hari. Hubbydearie pun dengan tekunnya telah pergi melaksanakan tanggungjawab tanpa culas. Yalah, dear ye...tak baik jadi anak derhaka. Kalau jadi suami durjana takpa.... (nampak tak, nampak tak motif nak tulis juga statement ni...cemburu lagilah tu...)

Maka, bila ada waktu lapang hujung minggu dan tak tahu nak buat apa, ke tamanlah kita sekeluarga. Ini kali pertama I join sekaki sejak Mami sampai ni. Yang penting, kita makan dulu barulah pergi exercise kononnya. Mami pulak suka sangat dengan alam yang penuh kehijauan ni. Bunga dan tumbuhan hijau aje di hatinya... Indahnya Malaysia ni dengan alam yang penuh kehijauan ini (eh, ya ke?)

Jadi, hari minggu yang lalu ni kita pun keluar rumah awal pagi kononnya nak ajak Mami pergi sarapan di restoran favorite kita sekeluarga. Malangnya tutup pulak hari tu. Apalagi kita pun bawalah Mami pergi kedai mamak marbeles katanya. Terkebil-kebil mata Mami tengok orang India yang served food. Yalah, tak pernah nampakkan... Berpuluh kali juga ditanya pada Hubbydearie, halal ke tidak nasi lemak ayam goreng tu...

Cadangan asal nak pergi  sarapan lepas tu jalan-jalan exercise poket kat Midvalley. Entah tetiba Hubbydearie kata jomlah pergi taman, buat light-light exercise. Ya Allah, memasing pakai baju nak berjalan, bukan nak pergi buat exercise. I lagilah siap skirt labuh, blouse dengan kasut bertumit lagi. Nak exercise apa ke bendanya cik abang oi... Makanya I terselamatlah dari rutin mereka. Cuma jalan-jalan renggangkan kaki yang dah lama tak exercise nih. Berpeluh jugalah ketiak.


Si Abang ni sampai-sampai kat taman aje dah minta belikan buih sabun. Terbang melayang RM12 beli buih sabun entah apa-apa. Lepas tu di'bubble' nya si Adik Cute. Kesian Adik lintang-pukang lari sambil menjerit-jerit cakap 'tak nak' kat Abang. Terbalik pulak, bukan Adik yang nak main tapi Abang pula yang melebih. Kata Mami, tak boleh bawa Mommy superheroes ni. Ada aje yang dibelinya. Dah kata nak exercise pakai tenaga bukan pakai duit @_@


Si Adik Cute pulak kejap-kejap berangan jadi kanak-kanak pujaan Malaya. Berbeza dengan Bubbly Abang, Adik Cute suka explore benda baru walaupun kadang-kala tetiba aje jadi pemalu. Bubbly Abang baru suruh panjat tangga tinggi-tinggi dah menjerit-jerit,

Buvi-jon, buvi-jon... help me! I cannot go down! Help me faster!

Makanya Mommy juga yang dapat nama. Kata Mami kepada anakanda tersayang, isteri kamu nilah yang silap didik anak-anak. Mana boleh manjakan anak-anak lelaki. Beri mereka lepas bebas, be a man. Jadi kuat!

See, Mommy juga yang salah sebab jadi super freaking worried mak ni! Sob, sob, sob!

Adik Cute tak kisah pun. Janji dapat lepas dari genggaman Mommy and Daddy, kira dunia ni dia seorang ajelah yang punya. Itu gambar diambil bila ada satu anak Cina perempuan nak naik sekali. Adik tetiba jadi sopan. Berkerut dahi sambil juih-juih mulut tak bagi budak tu naik pada mulanya (macamlah playground tu ada cop nama Daddynya seorang aje). Lepas  budak perempuan tu naik nak menghampiri, barulah tetiba dia 'berjom-jom' pulak dengan anak Cina tersebut. Dah sampai atas, dia juga yang menjerit tak boleh nak turun,

Abam! Abam! Abam! (I guess ini short form for Abang dia...) memanggil si abang kesayangan, Bubbly Abang.


Ehm, ehm, ehm... dan inilah Mami, my MIL ya ~_^

Apa  tak nampak sangat?

Hah, ambil satu lagi....

Hidung, mulut dan warna kulit 100% diperturunkan kepada anakanda kesayangannya, my Hubbydearie. So, imagine sendirilah rupa my Hubbydearie kalau nak ~_^ Gambar tidak akan dilepaskan ke blog.

And for saya ini, yang low profile gitu....jangan haraplah yek. Huahahaha..... @_@








Comments

  1. cantik MIL akak.. mmg yg berdua tu mengikut nampaknya...
    muda lagi erk..
    ingat nak tunjuk muka dia hubby n wife.. mmg takde lah jawabnya kan.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, Lyn...akak janji muka MIL aje. Takda cakap pun muka akak...hehehe.... Nak letak gambar hubby masa kecil tapi macam biasalah problemo aje kerjanya...

      Delete
  2. memang jelita sangat mil mummydearie ni tau...
    adik kenapa la comey sangat nih 1st time dapat tgk closeup gini geram pipi tembam...
    ok la dapat tgk mil n adik abang pun jadila...
    nanti boleh la letak kat entry saya gamba adik comel ni..
    dari hari tu entry mummy deary ni duk dalam draft saya nanti saya upkan entry special untuk blog nih...k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Lizz. Awak pun sibuk kan. Kalau keluar dari draft, terima kasih bebanyak ajelah didahulukan ya :D

      Adik ni terlebih berani kadang-kadang berbeza dengan si Abang. Sekarang ni tengah sibuk 'solat' . Pantang nampak masjid mahupun dengar azan.

      Delete
  3. Melihat wajah MIL MD tu kakak teringat masa tunaikan haji dan umrah ramai wanita berwajah begini. Kira lebih kurang org Turkey ye. Mereka ni penyayang tau MD. Kakak ni yg dah tua-tua pun mereka suka cium-cium rimas kita dibuatnya. Mentang-mentanglah kita ni kecik mereka kan big size:)

    Sebab itulah abang dan adik comel tak terkata - the blood and genetic are there hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, itu bukan sebab penyayang :D Memang dah tradisi mereka begitu. Saya ni bila mak mentua keluar aje dari bilik waktu pagi, kami anak beranak terus peluk cium pipi kiri-kanan. Begitu jugalah bila balik kerja. Mereka tak macam kita, yang bila berjumpa bersalam-salaman. Itu kiranya pengganti salam tangan :)

      Delete
  4. Assalamualaikum...

    Hahahaha amboih kak..tak abis lagi ke jealous tuh..hahaha

    rasa macam si adik ade ikut muka nanny nya..

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cemburu KO namanya tu. Memang tak boleh menang. Dah namanya emak hubby, kan. Cemburulah sampai nak terjun satu anak tangga, peduli apa HD :)

      Delete
  5. Cantiknya MIL MD ya....
    Tengok anak2 MD pun cute dan comel sangat...
    Tak pe lahhh boleh tengok MIL dan anak2 pun dah okey...walau dlm hati meronta2 nak tgk wajah MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MDnya taklah cantik mana, nak buat model untuk plastik tisu pocket tu pun tak layak.... Takpalah kan MP, at least saya dah tunaikan janji nak tunjuk gambar my MIL :D

      Delete
  6. Salam ukhuwah dari bunda....
    Selamat tahun baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhuwah. Terima kasih sudi singgah ya Bunda!

      Delete
  7. Komen saya...like mother like son..heee
    Hidung mancung, putih..dok membayangkan wajah2 yang pernah saya nampak (orang belah sana) hee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD dan adik perempuan bongsu memang ikut emak sebiji. Manakala si Abang sulung ikut bapa. Si adik perempuan no.3 dalam keluarga tu mungkin campuran emak dan ayah kot.... Sebab itulah HD ni jadi buah hati emaknya. Sayang betullah Mami ni dengan HD. Kata Mami anak-anak saya, yang besar versi HD gemuk dan yang kecil tu versi HD zaman bayi.

      Delete
  8. yeay… akhirnya, dapat juga tatap wajah Buvi-jon…. Masya Allah, mmg cantik… mmg patut sorok gambar HD sorang2… tak sesuai utk tatapan umum… hihihi
    Hahaha, jangan asyik duk sentap aje MD…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sentap membawa bahagia, hehehe.....

      Lunas ya janji saya nak tunjuk gambar my MIL :)

      Delete
  9. Wah.. lawanya mami.. alhamdulillah MD dikurniakan mentua yabg baik dan lawa, dan bagusnya lagi anaknya pun baik2 kepada MD.. haa... jangan nak jeles2 dengan mami dan HD ya....

    memang mami ni jenis prihatin dan tegas nampaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami ni tegas tapi disebabkan arwah ibunya kata jangan dipukul anak-anak lelaki, makanya selamatlah HD dan abangnya tak pernah kena pukul. Masa umur HD 2 bulan, neneknya meninggal.

      Terima kasih di atas pujian. Tapikan.... saya takdalah lawa macam mereka...hehehehe...

      Delete
  10. Replies
    1. Seronok jugalah walaupun berpeluh ketiak ni katanya buat exercise jalan-jalan keliling taman :D

      Delete
  11. Replies
    1. Hahaha... terima kasihlah Acik di atas pujian tapi MD sendiri tak comel itu yang tak mahu fofular tu... :)

      Delete
  12. Wey..... nampak muda, comel,ayu dan sangat keibuan..... umur dia bape MD.... Sebelum ni OKje bayangkan auntie ni berambut blonde bob style, pakai baju gown bawah lutut.....mcm omputeh....lupa pulak yg dia tu Islam hehe....
    Ni tgh bayangkan muka bini 'org tu' pulak' hehe..... bukan bayangkan 'org tu' tau! hoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...jauhnya membayangkan MIL saya ye.... kalau dia pakai gaun, menantunya pulak nanti yang tepuk dahi :D

      Tak payahlah OKje nak bayangkan rupa kita. Kita ni siapalah. Entah macamana jejaka Uzbek yg katanya glamor gila kat kampung halaman boleh suka kat kita. Dahlah tu, berhenti berimaginasi...

      Delete
    2. Mommy ni mesti lebih meletop dpd minah uzbek ni.....kalau tidak takkan mamat sorang tu meleleh ayaq liuq hehe

      Delete
  13. Geram tengok adik ......dahlah putih melepak....cute pulak tu.....abang pun tak kurangnya, mesti mama pun putih melepakkan...daddy tak yah cakaplah sure putih, tengok aje le mami tu hehe....
    Masjid kat Putrajaya tu atau mana mana masjid pun mesti jauhkan tempat wudhuk dia MD...... kadang tu itu yg okje malas nak solat kat masjid besar besar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...memang Mommy putih jugalah orangnya :D tapi tak seputih Daddy. Itu kata-kata kebanggaan my hubbylah tu. Nyampah kita.

      Memang pun OKje...kadang-kadang rasa scary pula pergi ambil wuduk sorang-sorang. Sikit punya besar alahai tempat wuduknya.

      Delete
  14. Antara ibu dan isteri ye MD..cantiknya MIL awak MD,semasa mudanya mesti lebih cntik lagi...

    Kenapa belon tu harganya begitu mahal?cuma sekdar belon sampar rm12..hahaha...abang2...

    Lain kali kalu keluar tu jgn vorge sgt tau MD...hehehe,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat macamana, kan WA. Dah namanya ibu, kita ni sebagai isteri kenalah angkat bendera putih, beri laluan. Nanti jadi derhaka pulak, bukan setakat pada MIL pada suami juga. Tak mahulah saya menambah dosa. Pahala pun bukan banyak. Saja gurau-gurau tapi memang pun kadang2 tu cemburu gak. Tak pernah pula dapat perhatian sebegitu, seperti MIL.

      Tang belon tu entahlah saya. Katanya bubble gun siap bateri dengan dua botol belon. Itulah sampai terjadi insiden yang tak ingat di lihat. Nanti saya cerita, ya!

      Delete
  15. putih gebu,cantik jelita ur MIL..patut la genenya semua turun ke anak n cucu..patutlah waktu muda menjadi rebutan satu uzbek.hehe...

    abg sama macam aiman,gayat..harap badan je besar kan..:)

    adik cute soleh sgt..mmg menantu pilihan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mentua saya ni senang cerita awet mudalah. Mukanya walaupun dah tua, memang tak nampak banyak kedutan. Hari tu MIL share dengan saya tips kecantikan. Hahaha....

      Abang tu penakut gila. Anti-sosial pun ya juga. Kalau orang tak tegur, jangan harap dia nak berkawan. Buaian kat taman tu pun dia takut kalau kita lambung tinggi-tinggi. Adik no hal...janji jangan pegang tangan dia...dia nak control comel depan bebudak perempuan kat taman!

      Delete

Post a Comment