Ampunkan patik!

Minta ampun, minta maaflah banyak-banyak. Sebenarnya seperti yang dikata, memang nak letak gambar wajah-wajah kesayangan hamba hari ni. Dah siap dah entrinya, tinggal nak upload gambar aje.

Ingatkan lepas buat kerja, ada masa sikit nak ler upload foto-foto tersebut. Tetiba bila korek isi dalam beg, aduhai... kabelnya enggak ada! Tertelan air liur sekejap. Makanya, macam biasalah takda gambar lagi dalam blog ini ~_^

Itu perkara biasakan... sampai ada yang dah bosan dengan 'janji manis' I yang ngengada ni. Eh, I tak tipulah! Memang ada niat hari ni nak buat entri for my beloved kesayangan buah hati pengarang jantung segalanyalah!

Apakan daya.... (ini taktik minta simpati jangan sampai kena hempuk ni...)

Salah I lah sebab pagi tadi bangun aje sibuk bergosip dengan Hubbydearie tanya apakah cerita-cerita sensasi yang dibualkan malam sebelumnya. Hari-hari kena buat spot check manalah tahukan ada komen-komen yang berkaitan... Akak ni bukan faham pun apa yang mereka bualkan sepanjang malam. Penterjemahnya pulak memang tak boleh pakai ler servicenya.Lepas 24 jam baru dapat translation. Tidak ke teruk gitu?  Very bad. Very, very, very bad!

Nampak gaya kena suruh Bubbly Abang dan Adik Cute cepat-cepat belajar speaking Russian/Uzbek supaya Mommynya tidaklah tertipu sepanjang masa dan uptodate dengan segala cerita sensasi.

Eh, akak ada cerita tak pasal akak masak kari ayam untuk mak mentua? Dah ke belum? Belum eh? Maklumlah akak ni kalau dapat pujian melambung, mahunya asyik nak cerita aje benda yang sama. Riak gitu... padanlah muka dapat dosa gitu-gitu aje!

MIL @ Mami kata, sedapnya kari ayam menantu Melesya masak (Jangan nak mengutuk ya, senyum mengumpat dalam hati takpa) Yalah, dah menantu Melesya aje yang boleh masak kari kan, Mami. Menantu Uzbek yang satu lagi mana pandai masak kari. Keh3x...

Confirm la ni I boleh minta kerja sebagai tukang masak dengan Russian oligarchs. Untung-untung dapat RM50K sebulan. Secret ingredient katanya ... Padahal yang secret sesangat hanyalah belacan, kari, mi kuning dan ingredients yang mereka tak pernah guna dalam masakan Uzbek aje! Punyalahkan ...

Tempohari my Hubbydearie jumpa kawan senegara. Ceritanya, satu hari dia pekena makanan kat restoran ni... tak tahulah restoran apa...tapi bau satu benda tu aduhai.... Hubbydearie pun tertanya-tanya juga bau apa yang aduhai sungguh tak tahan itu dan menusuk lubang hidung yang tajam. Setelah berteka-teki, rupa-rupanya bau belacan aje. Ek, eleh... kesianlah kat dia orang nih...

Semalam MIL sediakan buah atas meja. I lupa pulak apa namanya. Gambar lagilah lupa nak ambilkan.... Warnanya luar dan dalam warna hijau. Ingatkan adik beradik melon. Tapi bukan. Tak terdapat di negara tropika ya. Akak ni sebenarnya memilih juga bab-bab makanan ni (terserlahlah Bubbly Abang tu jadi picky eater sebab gene Mommynya) Makanya akak rasa sikit jugalah buat ambil hati MIL (atas paksaan Hubbydearie dalam Bahasa Malaysia- ugutan sebenarnya... hehehe... ) tapi akak tak boleh nak in ler dengan buah tu. Minta ampun, minta maaflah ya, Mami. Menantu Melesya ni memang banyak ngengadanya kadang-kadang!

Berbalik kepada pilov semalam, I minta maaf sekali lagi. Balik-balik rumah aje lepas ambil Abang kat sekolah, Mami dah sibuk menghidang makanan atas meja. I nak tolong tak diberi pulak. Maklumlah, masakan mereka. Kononnya nak bagi menantu Melesya rasa masakan. Selalunya menantu yang terkinja-kinja kat dapur prepare food untuk sekeluarga. Dek kerana menjaga adab makan dan adab sopan menantu Melesya sampai terlupa nak ambil gambar. 

Takkanlah lepas baca doa makan, I terkinja-kinja gi ambil telefon petik gambar, kan.... Mahunya Mami terpelik tengok kegediks-an menantu Melesya ni. Tak kiralah you all nak kata I hipokrit ke apa... yang penting prestasi kesopanan perempuan Melayu terakhir haruslah dijaga (Malam tu, lepas semua orang tidur akak pun apa lagi...buka fridge melahap apa yang patut sebab kebulur tak cukup makan katanya ... dengan rakus lagi akak makan takut kalau 'terserempak' tanpa diduga ngan Mami nanti)

Anak-anak di rumah pun bukan main lagi pandai mengambil hati 'buvi-jon' nya. Peluk cium memanjang kalau nampak buvi-jon. Yalah, jumpa paternal grandma sekali sekala. Tapi katanya (Mami kata kat Hubbydearie, jangan beritahu pada isteri engkau pulak!) lepas ni kalau dapat visa 2 bulan, bolehlah Mami datang selalu.... Aduhai Mami... yang membolehkan Mami dapat visa tu kan kerana menantu Melesya hantar guarantee letter ke Embassy of Malaysia di Tashkent minta bagi visa 2 bulan untuk Mami... Macamana anakmu tak beritahu isteri kesayangannya?

OKlah... akak no hal kalau Mami nak datang lagi. Tapi  tang berkongsi kasih tu for surelah akak kalah teruk! Tak kiralah kan... untuk anak lelaki, emak No. 1, isteri jatuh nombor 2. Takpalah kalah ngan mak mentua @_@ I terima ajelah dengan redha!

Kata Mami, si Bubbly Abang ni memang terserlah sayangkan sangat Mommynya. Bias sikitlah berbanding kasih-sayang untuk Daddydearie @ anak kesayangan Mami. Tapi memang nampak Bubbly Abang seorang yang lembut hatinya, tak lasak. Berbeza dengan Adik Cute yang tahan lasak macam guna bateri tahan lama gitu. Adik Cute pun tak bias. Sayang MommyDaddy sama aje nampaknya and more to Islamic way. Ya ke, Adik? Apa taknya, bila nampak buvi-jon teruslah bagi salam, "Assalam boy-jon!" Bila nampak masjid atau dengar azan, teruslah Adik angkat tangan (ala-ala orang nak solat) sambil sebut 'Allah'. Kadang-kadang tu boleh pulak Adik panggil buvi-jonnya, 'Macik (makcik)'! Nak tergelak I bila mendengarnya. 

Dan semalam juga bila balik ke rumah, I nampak dinding rumah I penuh dengan hasil 'grafitti' si Adik Cute. Of courselah akak tak boleh pitching tinggi macam selalu. Mami ada, kan. Mami kata minta maaf sebab beliau sibuk memasak pilov tau-tau dah habis dicontengnya dinding ruang tamu dan bilik Mami. I menangis dalam hati ajelah. Nak buat macamana. 

Mami pun mulalah flashback zaman kanak-kanak Hubbydearie. Kata Mami, dek kerana permintaan arwah ibunya yang tidak membenarkan Mami memukul anak-anak lelaki yang dua itu, makanya both of them terselamatlah. Tak pernah sekali pun Mami letak tangan (sampai lebam) atas tubuh Hubbydearie dan abangnya. Tak kiralah nakal macamana. Sampai dijadikan gurauan si anak perempuan bongsu, "Itulah Mami. Sayang sangat anak-anak lelaki tak mahu pukul. Sekarang tengoklah anak kesayangan Mami dah kahwin dengan perempuan asing dan tinggalkan Mami!" Hah, statement yang itu susah sikit akak nak hadam!

Setelah beberapa hari di Malaysia, I perasan yang Mami tak suka makan di luar. Kalau boleh beliau nak makan sekeluarga di rumah aje. Lebih jimat katanya. Lagipun nak tengok menantu Melesyanya punya layanan dan masakan macamana, kan... sama ke tidak dengan menantu Uzbek. 

Lagipun I dah perasan perbezaan yang satu ini. Kalau kita, bila makan memang berhidang. Makan nasi putih dengan lauk-pauk sampai penuh juga meja. Paling tidak pun 2,3 jenis lauk. For Uzbeks, mereka akan masak satu jenis masakan, masukkan dalam pinggan masing-masing dan hidang. Takdanya sampingan itu, ini macam kita. Bila makan, mesti tunggu semua ada dan makan bersama. Takdanya nak layan anak kecil makan dulu ke apa. Duduk semua dan sama-sama makan. Lepas tu, selagi mak mentua/bapa mentua tak siap lagi, janganlah ngengada nak cepat-cepat bangun dan basuh tangan. Tunggulah dulu. Bila dah baca doa lepas makan, barulah menantu bangun mengemas. Anak lelaki boleh aje angkat kaki tak payah buat apa. Oh, ya nanti I cerita perbezaan perempuan yang dah berkahwin di Uzbekistan dan Malaysia. Jauh ya perbezaannya... Makanya, itu yang membuatkan I sedikit terguris hati kononnya ....

Oklah, sudah sampai limit ini entri. Nanti kita sambung borak-borak yek!






 

 


Comments

  1. Ala nak tgk gambo....tak per kita tunggu yer tak sabo menunggu hehe...nak jadi cam mami jugak tak nak pukul anak2 memang kena banyak menahan sabo nih hehe..klako pulak ngan dierang tak tahan ngan bau belacan mesti terbersinbersin kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak bolehlah, Lizz. Niat dalam hati pun kalau boleh memang tak nak pukul tapi kadang-kadang tu memanglah tak sabar tengok perangai mereka. Tapi takdalah sampai lebam birat jadinya. Pukul buat pengajaran aje.

      Eh, memang nak letak gambar mereka nanti tapi tulah boleh terlupa bawa pulak pagi ni.

      Kita bau belacan tu macam sedap, macam nikmat ajekan...dia orang tak tahan pulak. Saya cakap dengan hubby nak buat sambal belacan tapi hubby tak bagi, takut Maminya tak tahan bau belacanlah apalah.... hilang satu nikmat tau!

      Delete
  2. takpelah..pasal gambar tu tak payah komen.hehe..

    adik cute mmg bakal menantu pilihan.soleh sangat!

    nmpknya MD macam bg signal yg budaya org uzbek ni terlalu memandang tggi anak lelaki..org pmpuan ni macam hamba rumahtangga ada gak ekk..maafkan sy jika salah faham..:)

    teruklah klu makan nk kena tggu MIL FIL habis makan..dh la my MIL mkn lambat.haha sy jenis yg makan cepat pastu cpt2 basuh tgn..tp klu dh tu cara org uzbek ikutkan ajelah..jaga hati punya pasal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tekaan tu, PK. Perempuan berkahwin di Uzbek ni memang macam hamba.

      Saya pun jenis makan cepat sampai tercekik. Yalah, ada anak kecil bukan boleh berseronok-seronok makan dengan enaknya. Mana dapat dan selalunya nak cepat aje.

      Delete
    2. Weyh...okje pun jenis makan laju...gelojoh pulak tu haha...walaupun tak de anak kecik.....tapi sejak dah lama jadi menantu ni kadang tu basuh tangan awal jugak bukan niat nak kurang sopan tp nak cepat kemas dapur haha

      Delete
    3. Aduhai.. OKje...sampai nyanyuk akak ni hah...nak reply dua kali tertekan delete. Nasib baik tak delete, kang merajuk komen tak keluar susah pulak.

      Kita ni memang jenis makan nak cepat, kalau boleh tak payah kunyah, main telah aje. Itu yang selalu tercekik. Kata orang tak boleh berulam air bila makan, tapi itulah yang marbeles untuk dibuat. Habis tu asyik nak tercekik aje...

      Delete
  3. Oo..budaya orang sebelah sana macam tu ya.. mesti MIL MD rasa kelainan bila dia datang makan kat sini.. wah..menantu dia yg sorang ni mmg pandai masak nampaknya, sampaikan MIL nak makan hasil tangan MD je.. bagus2..

    jangan amik hati dengan statement MIL tu.. of coz itu cuma luahan hati seorang ibu sayangkan anaknya tanpa niat nak sakitkan hati sesiapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takdalah pandai mana pun, AN. Setakat boleh memasak dan boleh dimakan itu ajelah. MIL ni memang jimat orangnya. Lagi pulak bila tengok portion makanan kita yang quite banyak tu, lagi tak mahu makan di kedai. Tak boleh habis katanya...

      Delete
  4. nak jugak tengok rupa mertua MD tu..
    kalau mak mertua dah puji..memang sedap sangat la tu MD..lepas ni boleh masak lain pulak..biar bagi mertua teringat2 keenakan masakan menantu nya bila dah balik nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Acik, saya aje menantu Melesya kan....lagipun cuma air tangan saya aje yang dirasanya. Saya pun tak pasti apa yang sedap sangat. Tapi penterjemah yang seorang tu bila ditanya memandang aje katanya bagus. Entah apa emaknya kata, saya pun tak tahu :D

      Delete
  5. next time jgn lupa cable sis.. baru nak tgk pic memasing. Takpe2.. tunggu jer lah yer..

    belacan lah sedap. sambal belacan lagilaaaaaaaa sedap. tu lah nikmat mkn. klu takde sambal belacan tak sah woiiii hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serious, Lyn. Sibuk potpet dengan hubby sampai terlupa nak capai. Habis tu dah terlambat nak pergi kerja. Nanti dah transfer dalam external. Harapnya adalah ya...

      Delete
  6. Sebenarnyakan MD orang tua tua mmg suka makan kat rumah masak sendiri...Tapi masalahnya itu yg OKje malas....hehe... jemulah weyh ayik makan air tangan sendiri jer. Nasiblah mami pun masih boleh masak, kira oklah tu... balik kerja je dinner dah terhidang tak delah rasa stress banget hehe....
    Weyh sok jangan lupa buh gambaq ...kalau tak mmg nak kena babab jugak montot tu sekali kasi ingat!
    Agaknya orang orang sana mmg stail gitu kan makannya....Sebenarnya lebih simplekan idak le mcm kita yg byk lauk! Nak mengemas pun jenuh ...huhu...
    Tak sabau nak tunggu novel comparison org pompuan sana dan sini yg dah kawen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai OKje, MIL tu nak test try cuba skill memasak kitalah tu. Nasib baik MIL tak merasa segala masakan enak-enak chef tempatan, makanya menang tanpa bertandinglah menantu Melesya ni. Saya pun kalau boleh nak cepat bangun, banyak kerja rumah nak buat tapi tulah....nak jaga adab omputih kata....

      Dah namanya novel seperti yang dikata, mestilah karangannya ambil masa sikit...jangan tak baca pulak yek :D

      Delete
  7. Senyum saya bc entry ni mummydearie...bukan senang ya nak jadi menantu "luar" but i'm happy for u sebab dapat menyesuaikan diri dengan baik. Kalau saya....angkat bendera putih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIL saya takdalah sekejam/sejahat mana. Cuma masalah besar antara kami adalah komunikasi. Bila lebih banyak tak faham daripada faham, banyaklah insidennya... Saya ni bab belajar bahasa memang malas sikit :D MIL kena ambil alternatif lain-belajar BM pulak.

      Delete
  8. Betapa seronoknya mak mertua puji masakan...tp menantu plak tk blh nk terima selera mak mentua...hahaha...begitulah kalau dh berlainan bangsa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, ngengada sangatkan saya ni, WA. Macam kata WA, ini consider ke'gediks'an yang berlebihan...hahaha.... Saya ni part makanan memang cerewet juga. Itu tak mahu, ini tak makan. Tension kalau berkumpul beramai-ramai, rasa bersalah pulak macam tak menghormati orang bila dijemput ke sesuatu majlis.

      Delete

Post a Comment