Kisah satu hari aje...

Salam sayang semua...

Entah mengapa hari ni akak sibuk pulak. Sedari pagi kerjanya mengisi form sampai naik letih dah tangan ni. Jarang sungguh pegang pen dah sekarang ni. Semalam macam biasalah bila cuti, blog pun tak pandang. Ada interview penting semalam but then bukan interview kerjalah @_@

Dalam pada sibuk nak attend event penting dalam hidup ni, tetiba aje sampai di tempat yang dituju, kasut tumit tinggi akak buat hal lagi. Dah lama tak pakaikan, bila pakai aje tetiba terkopak pulak... Nasib baik survived sampai habis interview dan sempat balik rumah tukar kasut lain. La ni dua pasang ada dalam kereta untuk ditampal dek kerana tercabut tanpa sebab pasal lama sangat terperap dalam bonet kereta ~_^

Hal pentingnya sejam lebih aje tapi dek kerana dah cuti sehari apalagi, kita pergi ukur jalan ajelah bersama Adik Cute, HD (tak sangka HD beriya-iya nak gi mengukur jalan, selalunya taknak) dan Mami. Kalau ikutkan hati I ni, rasa macam nak kuak lentang atas katil aje bila dapat cuti sehari ni (baik tak? baiklah tu kan, tak suka gi 'ukur-ukur jalan' ni!)

Mami kata nak pergi tengok tudung dan lain-lain untuk dijual di negaranya. Eh, kalau setakat barang-barang beli dari Malaysia ni memang senang alahai nak dijual di sana. Katanya 'ada baik sikit' kalau beli barang from Malaysia ^_^ So Mami kata, dah terlanjur datang melawat anak/menantu/cucu  di sini, lebih baik borong apa yang patut.

Maka kita pun pergilah memborong tudung, baju dan gadgets (ya gadgets you, jangan terperanjat pulak...) Masa gi borong tudung tu, I sopan aje. Walaupun tengok harga tudung rasa macam nak rembat satu kodi aje...

Masa ukur jalan ni, Hubbydearie kena mengekori Mami sebab senang nak buat translation @_@ I pulak  tolong main kejar-kejar dengan Adik Cute. Aduh mak hai... rasanya lebih baik ikut belakang Mami daripada tengokkan si Adik ni. Kita masuk kedai tengok barang, dia merangkak dalam kedai, celah-celah segala barang main sembunyi-sembunyi! Seluruh kedai tu cuma dengar gelak tawa si Adik aje.

Kita masuk kedai ini, dia singgah kedai sebelah main merangkak-rangkak dalam kedai. I dah memang letih mengejar dan menjerit suruh keluar. Lagi kita takutkan dia kata nak balik, lagi aktif dia merangkak celah-celah bungkusan tudung dalam kedai; macam kedai tu semua keluarga dia yang punya!

Yang peluk Adik lain. Yang bagi duit RM1 kat Adik pun lain. Yang bersalam dah macam jabat tangan dengan YB aje lain. Boleh satu masa tu, dia sedia aje mamat Pakistan ni peluk cium, dukung dia... Adik rileks aje sambil mengerjakan butang baju kemeja mamat ni. Pelik kot tengok bulu dada lebat alahai.... ~_^

Lepas membeli, Mami ada juga suruh ambil satu kalau berkenan  tapi menantu Melesya ni dengan sopan sekali lagi menolak. Eh, takpalah...menantu Melesya any time boleh gi beli tudung tapi Mami bukan selalu datang ke sini. Lagi pun, Mami beli berkodi-kodi untuk dijual tapi menantu Melesya beli berkodi-kodi untuk pakai sendiri @_@ (Yang ini pun Hubbydearie tolong translate satu persatu, laju pulak tu translation sampai kat Mami!)

Selesai ukur jalan, tengok jam dah pukul 4 petang. Hubbydearie ni habis aje urusan Maminya terus terlupa urusan isteri sendiri. I minta singgah kat bank untuk withdrawal/bayar duit kereta dan bank in cheque, dia selamba aje antara dengar dengan tidak. Bank dah nak tutup baru tanya nak pergi ke tidak. Beranginlah hai satu badan ni....

Ingatkan nak ajak pergi makan nasi beriani pastu tengok jam dah pukul 4 lebih, manakan sempat. I nak rush balik rumah, cop tempat parking kat sekolah Abang dan tunggu Abang balik lagi. Adui, double berangin aje badan ni...  

Selalunya kalau makan malam mesti nak duduk bersama dan makan apa yang disediakan. Kalau tidak mesti Hubbydearie marah especially Abanglah yang dapat layanan istimewa dari Mommy ni. Tapi semalam, bila Mami kata takpalah, biarlah I dan Abang pergi makan apa mereka mahu lepas ambil Abang balik sekolah. Mami boleh aje sediakan makanan untuk anak kesayangannya dan Adik di rumah...

Eh, Hubbydearie terus bagi approval untuk I buat cam  tu - belikan Abang makanan apa yang dia nak, apa yang tekak I nak makan juga! Pelik sungguh tau....

Bila Abang balik sekolah I pun tanyalah nak tak pergi makan KFC dengan Mommy saja? 

Ini pulak jawapan si Abang ni,

Eh, Mommy! Tak baik kalau cheating suami selalu. Suami tu kan HALAL......

Adui mak hai....  

P.S. Jangan jauh merewang ya memikirkan maksud 'halal' si Abang ni @_@ Pada Abang maksud halal tu bila orang tersebut tak makan benda-benda haram. Selalu juga dia kata Uzbek ni halal untuk Malay, macam Mommy dengan Daddy @_@






Comments

  1. borong tudung n gadget tu...tudung tu beli kat jalan TAR ker MD...kemain sopan yek...kalo saya bab tudung ni tak leh tahan...mahu merembat jugek ni...tergelak tang berkodi tuh agaknyer MD nyer koleksi tu boleh dijadikan galeri tudung gamaknyer berkodi pakai yek,....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana lagi... kat Jalan TARlah, Lizz. Yang ini sebenarnya saya pun tak pernah sampai, di Plaza City One. Mak oi, ramainya Pakistani. Terasa bagai di obersi pulak. Tudung saya takdalah banyak mana tapi yang paling saya suka dah tentu Al Humairah :)

      Delete
  2. memang mami MD tu berniaga ke kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mami ni pencen cikgu tapi meman pandai 'doublekan' duit. Katanya elok juga beli barang kat sini dan jual di sana.

      Delete
  3. Patut tunggu semalam tak datang...blog pun sunyi sepi. Weyh.....mithali pulak menantu sorang ni.....alim alim kuncing mami dah offer tu rembatlah sekodi dua haha....
    psst.... HD belikan gadget mami ke? Apa lagi ....mintak jugak lew satu....hehe boleh kena tahan okje ni dlm akta menghasut hehe...
    Main main jer MD......jangan take serious....meminta jgn sampai membebankan suami tau!!! Dengau nasihat akak ni....
    Kira semalam lompat zirafah lew yek dapat makan KFC ikut kehendak tekak deme.....hehe ....Bubbly abg ni ada ada aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia bukan belikan Mami gadget. Mami beli gadget untuk dijual di sana :) HD tukang beri pendapat aje....

      I malu le nak ambil. Lagipun taste ada lain sikit. Saya lebih suka beli apa yang saya berkenan. Hissh...OKje...kita tak pernah meminta-minta tau. Nak beli pun selalunya pakai duit sendiri. Sesekali merengek, setahun lepas tu baru dapat... hehehe....

      Delete
  4. Oo ni kesnya.. terjawab pertanyaan nape blog MD ni bercuti.. tuannya pun bercuti rupanya.. sehari penuh aktiviti nampaknya. Pakai lagi kasut tinggi? Mmg bergaya MD ni.. haha. Baru 2 yang nak kena repair, mesti koleksi kat rumah ada berpuluh lagi kan?

    Bagus menantu ni.. temankan Mami sampai petang.. puas la hati Mama ye.. pasal Adik didukung oleh pekerja asing tu, ai seriau saya.. setakat ni, saya jeling terus kalau orang2 cuit atau cubit anak2 saya. Paling dasyat setakat ni pernah Nazif dipimpim tangan, mamanya ni terus pergi dekat tunjuk muka garang. Haha.m takut saya ..

    Saya pun terfikir juga apa maksud sebenar halal si Abang ni.. haha..lawak la bila ayat2 macam ni keluar dari mulut anak2 kecil.. rasanya diorang ni perhati apa yg disebutkan oleh orang di sekeliling dan terus mencuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takda entri tu memangnya saya cutilah. Kelmarin ada urusan rasmi kerajaan gitu.... Tahun ni kononnya nak 'tinggi' balik tapi kasut-kasut tumit tinggi tu semuanya dah lama tak pakai. So, bila pakai balik mulalah terkopak ler apa lah...Nak kata murah tak juga. Kasut yang murah takda pulak terkopak bagai. Geram sungguh.

      Abang tu biasalah....semua cakap orang dewasa dipetik dan digunapakai ikut pemahaman dia aje....

      Delete
  5. Kakak semalam half-day ambik anak kat asrama balik rumah. Sekarang 3 beradik dah cuti sekolah semuanya itu yg baru dtn sini pagi ini.

    Siapa pun geram nak gomol tengok adik yg kuit-miut. Apa lagi tengok keletah dia. Nenek shopping lama sangat untung juga adik tak sibuk nak balik - oklah dia main:)

    Abang punya akal advance. Sesekali dia 'tembak' mummy terkesan juga kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ni 'mamai' hari ni. Anak dah cuti dan saya pun berangan macam saya pun cuti sama padahal tidak.

      Saya sebenarnya tak suka anak-anak merapati orang asing, tapi si Adik ni memang tak sempat kita nak backup plan dia dah berlari ke hulu ke hilir. Semput asyik kena lari 4 x 100m berganti-ganti nih :)

      Nasib baik sekarang ni baru kena 'tembak' ngan si Abang aje dek kerana keterlanjuran mulut sendiri. Kalau Adik pun dah start bercakap lancar, memang tak tahu saya nak sembunyikan diri kat mana :)

      Delete
  6. bab2 mengukur jalan ni xyah cakap lah tpi kalau pg dgn yg satu kepala oklah, tapi kalau dengan MIL faham2 ajelah hehehe.. doen nuffnang kat sini ye r

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lebih suka mengukur jalan sorang-sorang. Aman, bebas nak membeli dan membuang duit :) Banyak kali dia offer suruh ambil tapi takpalah....

      Delete
  7. orang luar beli kat Malaysia berniaga di luar..orang Malaysia ambil brg kat luar jual kat sini...pusingan pulakan...hehehehe....akak hari ni halfday...mlm nanti balik kampung...tak updatelah blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... kelakar kan... baik-baik memandu pulang ke kampung. Selamat bercuti ya!

      Delete
  8. wah ! seronok lah dapat borong tudung...tentu fesyen2 terkini...

    budak2 sebaya tu memang biasalah..tengah aktif, semua nak dicuba...normal lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali dapat tengok memang seronok. Kalau ikutkan saya memang malas nak mengukur jalan kat Jln TAR tu. Lebih baik beli online aje. Duduk-duduk order pastu barang sampai :)

      Delete
  9. Assalamualaikum..

    Hahahaha comel la ank akk...yela budak tgh baya abang tu tgh dlm proses belajar sekeliling dia kan...haha tp kite plk la rs sush nk terangkan...kang salah terang lain pulak anggapan die hehehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Sofia,

      Kalau tersilap cakap depan dia memang masaklah nak fikir jawapan untuk counter attack :)

      Delete
  10. wah, minat juga mami nak meniaga… dah ada peluang, harus la grab kan?
    Bila balik, rasa menyesal tak tolak tawaran mami tu? Hahaha, control ayu punya pasal, kan dah lari rezeki depan mata :)
    Amboi abang, nasib baik ada ayat pembetulan kat bawah tu…. hahahha, baru nak tanya dalam komen….

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menantu yang 'berlagak' sopan memang begitulah caranya... :)

      Oh, nasib baik tak menyesal tapi dalam hati ni berbicara gitu bilalah dapat peluang gi jenjalan sorang-sorang memborong tudung...tak menahan nafsu shopping tu nak dibendung!

      Delete
  11. kasut jangan simpan dlm bonet md,mg cpt la lekangnya kan..nasib baik dpt bertahan smp selesai urusan..:)

    bagus MD,jenis tak meminta,sebijik macam besannya..yg anak menantu ibu plak siapa tgok pun geram,dh comel sgt.hehe

    adui kan dh terkena..bijak plak abg memanipulasi perkataan halal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, PK. Kalau dah pakai walaupun sekali lepas tu simpan terperap sembunyikan dari suami, memang padanlah muka sendiri ya :) Itu baru dua yang terkopak. Yang lain-lain entahlah...fobia pulak nak pakai semula!

      Rasanya si Aiman tu pun memang 'rajin' melobi ibunya supaya bersikap baik terhadap suami kot...hehehe....

      Delete

Post a Comment