Keletah si Abang

Sudah beberapa hari naik sekolah, baru hari ni nak cerita perihal sesi persekolahan si Abang.



Tahun ni I  tak berbelanja besar macam tahun lepas. Cuma melengkapkan apa yang patut dan menggantikan apa yang rosak. Tahun lepas dek kerana Mommy yang excited anak nak masuk Tahun 1, I telah melakukan banyak pembaziran. Sebenarnya pengalaman pun zero masa tu. Walaupun ada kemudahan tapi kalau tidak diambil tahu, memang begitulah jadinya.


Bubbly Abang sebelum ke sekolah, memang tak pandai berseluar panjang. Since dia pun big size, sangat sukar nak cari seluar panjang untuknya. Biasanya I beli seluar pendek paras lutut untuk budak berumur 10 tahun makanya akan jadi panjang sikitlah seluar tu untuk Abang selepas dialter mana yang patut ^_^


Jadi untuk tahun lepas, I bought 2 pairs of short pants (takut Abang tak biasa seluar panjang, akhirnya seluar ni dia pakai less than a month aje lepas tu tak mahu lagi sebab malu dengan kawan-kawan Melayu), 4 pairs of long pants (separuh tahun baru perasan ada satu lagi seluar dalam almari tak berpakai), 4 helai baju sekolah, 2 helai baju sukan (seluar sukan tak perlu kata Laoshi sebab nak pergi kelas agama susah pulak nanti) dan 6 pasang kasut sekolah. Stokin dan maknek yang lain tak payah ceritalah, ya. 

Dek kerana bersekolah Cina dan I dapat tahu beg sekolah memang maha berat selalu makanya I investlah dalam beg yang mahal sikit, siap beroda tiga jenama Swan Mars Rocker. My colleague di pejabat yang beritahu katanya beg ni jadi kegemaran budak-budak sekolah termasuk anaknya. I pun belanjalah dekat RM200 untuk beg saja. Yalah, Mommykan yang excited gila nak pergi ke sekolah. Abang rileks aje kat rumah. Mommy belilah apa nak, dia tak heran pun...


Peralatan menulis tak payah khuatir. Memang dah sampai tahap boleh buka mini co-op. Cakap aje nak apa, semua ada. Colour pencils aje sampai tak ingat berapa kali membelinya. Sampaikan I kumpul semua akhirnya, beli satu lagi beg kecil untuk Abang bawa ke sekolah, tukar-tukarlah. Dah namanya pensel warna merah aje berjenis-jenis merah, meriah ada dalam simpanan Mommy ni.

Part lencana sekolah paling best. Yalah, orang bandar yang takda pengalaman katanya (sengal betul ler). Cikgu bagi 4 name tag dan lencana sekolah.  I dengan  tekun cecah sikit kat air dan gosok lencana untuk baju hari pertama. Part name tag ni payah sikit. I tangan memang keras kejung. Tak reti pegang jarum. First baju I jahit pakai benang light blue lagi (name tagnya sisi colour dark blue ya tuan-puan, I takda peralatan lengkap kat rumah sebab once in a blue moon aje nampak jarum dan benang di rumah)


Lepas Abang balik first day, lencana dah tercicir. Kalau tak tercicir, masa membasuh baju tu mesti lencana nun tenggelam kat dalam baldi. Eh, tak boleh jadi gini! Makanya I pun ke kedai sekolah dan beli 10 lencana buat simpanan di rumah. Asyik tenggelam dalam air/tercicir aje mana boleh tahan. Yalah, I ngaku I sengal  tak payah sengih-sengih sambil mengumpat dalam hati ...


Lepas tu barulah clever sikit terus pergi tailor. Letak semua kat situ dan bayar ajelah. Masa tailor tengok baju yang pertama tu, memang kena gelak. Ditanyanya siapa yang jahit. Malu I tau... nak aje I memburukkan nama my sister...huahahaha.... Jahatnya!


Eh, itu cerita zaman alpa tahun 2013!


Tahun ini I dah bijaklah sikit. Maklumlah anak dah masuk Tahun 2. Kasut sekolah tak beli tinggal empat aje sebab lagi dua habis dilenjan oleh Abang betul-betul sampai rosak. Itupun I letak aje kat luar, kalau ada orang ambil, ambillah. Baju pun beli dua helai aje sebab comot sangat dua helai baju tahun lepas makanya tahun ni cuma ada 4 helai juga. Name tag terpaksa tukar juga entah macamana boleh termasuk dalam baldi berisi Clorox putih habis pulak sisi biru tu tadi. Baju sukan pun kena tukar sebab tukar warna rumah sukan ikut kelas (dulu hijau sekarang sudah jadi biru pulak) Tahun lepas baju sukan RM10 tapi tahun ni naik RM11.

Beg sekolah walaupun roda tiganya baik tapi tali beg hancur dikerjakan Bubbly Abang. Lagipun Tahun 2 dia kena naik tangga ke Tingkat 1. Mommy taknak anak susah Mommy pun beli beg sandang aje. Bila  tanya nak beg kartun apa, kata Abang ....

Mommy, Abang dah Tahun 2 lah! Taknak kartun-kartun. Abang nak plain color. Blue, black or red pun boleh. Campur-campur colour pun boleh!

Maka, Mommy belilah ikut kehendak si anak (untung anak-anak sekarang ni, ya...)

Buku sekolah, buku kerja dan buku latihan semuanya Mommy sampul malam raya sebelum naik sekolah sebab Mommynyakan katanya mithalilah sangat! I tak beli cop nama, makanya I pun menulislah satu demi satu nama Abang, kelas dan nama sekolah (itu sebab tulisan Mommykan cantik, sayang kalau tak dipamerkan sekali-sekala @_@)

Masuk aje sekolah mulalah bermacam surat dapat dari sekolah. Mostly dalam tulisan Cina. Ada juga nampak BM sana-sini tapi still pening nak fahamkan. Kalau tanya Abang, jawapannya mudah aje. Sign sana, tulis 'tak mahu'. Isi borang ni. Hey, nak isi macamana kalau Mommy tak faham. Lebih baik bawa ke pejabat suruh kawan bacakan dan I isi.  


Yang kelakar, 1st day balik sekolah Abang mengadu 'pening kepala' nak salin  timetable yang Laoshi tulis kat blackboard. Berpinar-pinar. Makanya his timetable was incomplete. Yalah, tahun lepas Mommy handled everything dan juga ada terjemahan dalam BM. Mungkin Tahun 2 ni cikgu tak mahu manjakan lagi. Conclusionnya kata Abang, biarlah dia bawa semua buku ke sekolah this year. Apa? Nak pengsan tengah jalan ke? Separuh aje buku masuk dalam beg dah berat inikan pulak semua. Oh, rebeh bahu anak teruna Mommy nanti!


Dek kerana takut anak kena bawa segala khazanah ke sekolah, I pun kejap-kejap call ke sekolah on Friday. Sampaikan kerani yang angkat tu (buat kali keempat tu sebab tak dapat-dapat nak tangkap Cheng Laoshi, cikgu kelas Abang tu) boleh kata,


Heh, asyik telefon aje dia nih! Nak cakap dengan cikgu, dengan cikgu!


Wah, marah nampak! Nasib baik akak takda kat situ tau. Nanti Akak sopan-sopan jawab balik @_@


Eh, panjangnya! Gi ambil nafas dulu ya, kita sambung lain hari ^_^


P.S. Abang dan Adik ada keluar di TV Alhijrah waktu selingan rancangan kartun sepanjang tahun ni. Boleh tengok keletah Adik sampai tertanggal kasut waktu beraksi. Dah mula since Jan 1, tapi akak sendiri pun tak dapat-dapat lagi nak tengok. Cuma tengok raw materials aje. Akak demam masa tu, makanya takda gambar langsung behind the scene, ya. Sedih akak tau!

Comments

  1. acik dulu tak hantar kedai pun jahit nama dan lencana tu.acik jahit pencuru2 je asal tak tercabut .
    tahun ni tentu abang dah pandai cakap cina..nanti dia boleh ajar MD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Acik ... Kesian Abang dapat Mommy macam saya. Part-part ni memanglah gagal. Nak jahit, pegang jarum pun tak betul. Terpaksa hantar kedai. Nasib baik tahun ni MIL@Mami ada, minta Mami tolong jahitkan semua. Kalau Mami nak upah, nanti kita bawa Mami jalan-jalan makan angin :)

      Delete
    2. saya tak boleh komen macam biasa. selit2 begini boleh pulak. tak tau nape box comment mummydearie tak keluar..huhu..

      p,.s 6 pasang kasut? heee....sib baik tak besar badan mcm abang Abdul. kalau tak, alamat tak muatle sampai hujung tahun

      Delete
    3. Eh, ya ke? Saya ni bab-bab teknikal ni pun sengal juga (entah bab apa saya tak sengal ye... :D) Kasut anak 6 pasang sebab Mommynya malas nak menyental...hehehe... nasib baik size kakinya sama aje sepanjang tahun. Buatnya melonjong ke depan sikit, nangis saya lagi!

      Delete
  2. Adoiii...MD..kenapa la smpai mcm tu sekali punya tk tau,kasut sklh smpai 6 psg..ahahaha....geleng kepala sy tau tk....memang la nak kena kutuk nih....hehehehe...tp ok la kan,tkde pengalaman,blh dimaafkan,dh tu keterujaan yg lebih mcm mummy dia plak yg nk masuk thn 1 masa tu...dn tentunya kita beljar dr pengalaman lalukan MD....dh settle ke pasal jadual abang tu..?kalau tidak memang blh rebeh bahu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... janganlah ngumpat saya! Sebenarnya mula-mula beli 2 pasang. Bila Abang balik first day, kasut hitam legam dek kerana duduk atas lantai di dewan sekolah sementara tunggu masuk kelas. Saya ni menyental bagai nak pengsan rasanya.... Makanya lepas seminggu, saya teruslah pergi beli lagi empat. Senang sikit, satu hari satu. Kalau hujan, ada spare sepasang lagi. Takdalah Mommy nangis tersedu-sedu dalam bilik air menyental kasut. Tapi WA, menyental 6 pasang kasut serentak pun, nangis juga rasanya!

      Delete
  3. akak MIL yg jahitkan lencana anak...hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik tahun ni MIL ada di sini. Dia pun tak terkata apa tengok menantu yang tak reti menjahit ni.

      Delete
  4. perghh byknya kasut sampai 6 pasang...
    mcm my niece, dah masuk standard 2 ni taknak dah bag kartun2.. dia kata dia da besar..
    so nak bag sekolah mcm org besar plak.. mummy n daddy nyer ikut kan jer.. heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kononnya nak senangkan kerja emaknya. Tak payahlah menyental kasut tiap-tiap hari sambil berdondang sayang dalam bilik air :)

      Delete
  5. pengalaman mengajar kita ek sis...
    punya syiok dok baca tetiba sambung...
    aigoooo....

    aiseyman...dorang keluar rencana apa sis?
    nak gak tengok...
    *macamler i ni dok melekat depan tv slalu kan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau hujung minggukan ada rancangan kartun di TV AlHijrah. In between tu ada iklan promosi rancangan-rancangan kartun yang ada lead by Afif dan Firdaus yang comel tu. Budak berdua ni ada dalam a few scenes tu :) Saya pun belum berpeluang tengok sebab kerja. Kena tunggu hujung minggu.

      Delete
  6. Seronoknya kan. Mmg 1st time, pengalaman kurang. Excited lebih. Ok la ada yg bileh dibawa ke tahun baru.

    Nxt year, turn adam pulak masuk darjah 1. Wahhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, jangan sampai jadi macam saya sudah! Hehehe....

      Excited dan bercampur-baur dengan perasaan lain juga sebab tengok anak dah melangkah ke satu alam yang baru (alam persekolahan).

      Delete
  7. Wowwww..mahal gila beg Swan tu..almost RM200...

    Boleh ceritakan tak pengalaman so far, hantar Abang ke sekolah cina..
    Tahun depan anak saya dah darjah 1 ..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. DZ pun nak hantar anak ke sekolah Cina ke? Excited tau hantar anak masuk Tahun 1. Feeling bercampur-baur lagi. Suka pula tengok anak pakai uniform sekolah (macam 'alahai dah besar anak aku rupanya!)

      Delete
  8. Errrr...surat surat rasmi dari sekolah utk parents, takkan mereka tulis in chinese? aiyooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surat tu dwi bahasa (BM/Mandarin) tapi bila nak isi form ke apa, parahlah ooi...semua bahasa Cina. Pandai-pandailah cari orang tolong terjemahkan :)

      Delete
  9. hahaha..gelak i baca..6 pasang kasut? 10 lencana? bukan nak kutuklah..u jgn amik hati pulak..xpe..u beli banyak boleh simpan lama..dulu i rajin tulis..skrg i buat rubber stamp je nama dorang..penat nak nulis..hihihi..bab balut buku i masih rajin..balut satu2..tak beli yg express tu..anak yg darjah 3 tu pun dah tak mau beg kartun2..beg dia corak biasa2 je..dah besar kata dia malulah kartun2..hehehe..tang part rumah sukan pun tukar tu i x setuju sgtlah..nyusahkan parents je nak kena beli baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...takpa kutuklah. I terima....memang sengal gila, kan.... I tolong gelak kuat-kuat pada diri sendiri bagi pihak you :) Nasib baik size kaki Abang tak banyak berbeza. Tengok buku rekod, tinggi aje menaik tapi berat tak berubah.

      Hah, I baru tertengok kat mana orang stamp nama anak kat buku sekolah tapi I dah 'terlanjur' menulis dengan tangan :)

      Delete
  10. Inilah br dikatakan belajar melalui pengalaman hihi.saya pun mmg semua antar tailor utk jahit kencana n name tag.wah depa keluar tv utk apa ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik MIL saya ada tahun ni. Dialah tolong jahitkan. Saya beritahu dia kalau hantar kedai jahit lencana ni kena RM5. Dia pun joke suruh saya bayar kat dia ajelah. Mesti dalam hati dia pun kata, 'Kenapalah sengal sangat menantu Melesya aku nih!' :)

      Masa rancangan kartun ada selingan untuk promosi rancangan2 kartun yang ada. Budak berdua tu ada untuk beberapa scenes. Ini sepanjang tahun punya promosi sampai abis 2014.

      Delete
  11. Belajar dari pengalaman, kan MD… tahun ni tentu Mommy lebih bijak :)
    Hihihi, suka hati jer abang nak bawa semua buku ke sekolah… takpe la kena marah2 manja pun… anak punya pasal, ken??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy ni tak nak bertanya pada orang berpengalaman, itulah jadinya :) Dah lepas baru nak geleng kepala, nyesal banyaknya pembaziran berlaku.

      Delete
  12. abg sama macam aiman,sy pun selalu belikan seluar pendek yg bawah lutut.hehe

    mmg pening klu takde pengalaman..almaklum la ank sulung sekolah..sama situasi dengan sy,tp ibu aiman ni berbelanja secara berhemah..baju sekolah dua pasang saja..kasut sepasang gak,lg sepasang pakai yg taun lepas pnya..:)

    bab lencana yg 4 penjuru tempohari dh jait semula kasi kemas sikit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, dah jahit balik lencana tu? Kira dan cunlah Aiman dengan uniformnya :) Saya tahun lepas ingatkan nak berhemah tapi takda pengalaman mendalam pulak. Dengar je kata orang terus terjah kedai cari barang. Rupanya banyak boleh jimat kalau betul-betul survey.

      Susahkan PK nak cari seluar budak-budak ni. Kalau Abang tu baju biasanya untuk 12 tahun punya. Kalau seluar untuk 10 tahun punya. Kalau nak panjang, beli seluar pendek paras lutut untuk 12 tahun, dapatlah Abang pakai seluar panjang sikit :)

      Delete
  13. Sungguh anak-anak sekarang beruntung. Tetapi kita sebagai ibu-bapa kalau boleh memang tak mahu anak-anak mewarisi kesusahan seperti yg kita alami. Kalau rezeki Allah dah bagi buat kita ibu-bapa kenalah kongsikan rezeki itu buat anak-anak. Moga dgn kemudahan yg diberikan dapat memberi keselesaan anak. Siapa tak mahu anak cemerlang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Kak. Kalau boleh kita nak anak-anak hidup dalam kesenangan, yang berpada-padalah. Tak sampai hati nak biar anak rasa susah. Ada baik dan buruknya, ya tak?

      Delete
  14. Semakin bergambar nampaknya blog ni.. bagus2... saya suka...

    haha..gelak saya pasal kisah kerani tu.. kami yg cikgu2 pun selalu kena marah dengan kerani tau. Kat sekolah banyak bergantung pada kerani, diorang ni oun suka la marah kalau di saat diorang banyak kerja.. ada masa yg kami faham tu maafkan jelah.. kalau tidak, mengumoat saja.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar pun alahai...sodih acik tau...maklumlah tak pro, pemalu pun ya...entah apa-apa. Tapi takpalah kita buat santapan kat sini :D

      Eh, cikgu pun takutkan kerani sekolah ya? Semalam baru nak ajukan soalan tapi takpa nanti kita cerita apa berlaku seterusnya ...

      Delete
  15. abang uwais sebaya la ngan abang...bezanya abang uwais ni masih lagi berjiwa katun semua begnyer masih lagi konsep katun kali ni minion ngan aper tah semua nyer katun2 lagi hehe....alat tulis pun sama sabo jerla...

    kemain mahal beg cap swan tu yek Md...kasut tu sampai enam tuh...hehe..abang uwais hari pertama kasut dah macam belacam masa jah satu dulu..tapi skang dia dah ok..insaf kot hehari kena bebel ngan maminyer....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita kumpul alat tulis mereka ni memang boleh buka kedai kat sekolahkan, Lizz. Memang superb. Beg swan tu beroda tiga, itu yang bila keluar sekolah macam stewardess turun kapal terbang bawa beg seret mereka :) Kasut Abang pun sama, hitam letih menyentalnya. Hari-hari pun sama. Itulah sebab ada 6 pasang. Mommy malas menyental hari-hari.

      Delete
  16. gitu la kak...makin besar makin byk ragamnye kan...mcm2 di demandnye...kebanyakan tgk pada kawan laaa hheheeheh...anak2lieya pun mase darjah 1 jek beli beg kartun2 nie...lepas tu takmo dah....cari yg remaja sikit...tu gigih beli nike atau adidas...nampak remaje sikitkan....lg satu beg mcm ni yg tahan lasak.....

    bagus anak2 akak sekolah campur gini...mesti terra berbahasa lain kan kak.....lieya ni kalo kat putrjaya ade sekolah keb cina mmg lieya anta.....tapi apakan daya mmg nan ado heheheeheh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayu hati tengok anak-anak dah semakin membesarkan, Lieya. Tak bolehlah nak gomol selalu :D Tahun ni beg sekolah Abang murah sikit, RM90 je..keh3x...katanya nak berjimat cermat demi mengelakkan pembaziran. Entahlah tak tahu berapa lama leh tahan...

      Delete
  17. Beg skolah tu harga 200 ke? T T. Nangis kejap. Tapi demi anak mmg kita sanggup je kan buat apa saje. *yang mampu la. Pastu masuk tahun 2 dia plak yang request tanak yg katun2. heheh.. Cepat matang. Bagus Bubbly Abang.

    Kerani skolah tu betul2 ckp gitu ke? Berani marah terang2an. Hehe. Kot ye pon, cover la skit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak saya antara yang suruh saya beli beg beroda tiga supaya tahan lama, tahan bebanan buku dan sebagainya. Makanya saya yang tak berpengalaman ni main ikut aje, kena bayar mahal pun takpalah janji beg tahan setahun atau mungkin lebih.

      Masa saya telefon, dia tak letak on hold. So saya dengar ler kerani tu mengeluh + marahkan saya yang kerap telefon nak cari cikgu. Habis tu macamana saya nak communicate dgn cikgu kalau tak dibenarkan? Ingatkan nak aje pergi ke pejabat sekolah lepas kerja dan beritahu kat kerani, "Sayalah yang kerja telefon dari pagi tadi cari cikgu T tu!"

      Delete
  18. Rasa mcm dah komen semalam...awak yg tak published ke apa ni MD ! confused mak tau!
    Kalau anak baru masuk sekolah maknya mmg over lebih itu biasa.... kalau boleh nak beli baju pun 30 helai jugak ikut bulan haha....
    Bab lencana tu sampai sekarang kalau sok nak sekolah hari ni baru Okje jahit!....Tapi best apa buat keje last minute....challenging! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah... singgah tak nyempat bergosip. Saya takda pun delete komen atau tak publishkan...ni mesti OKje baca lepas tu datang balik kot?

      Hish...OKje ... kalau nak ngumpat saya janganlah depan-depan. Merah padam muka saya ni tau! Tapi memang betul, kalau ada baju 30 helai, senang tak payah nak cuci hari-hari lepas tu pergi hantar laundry basuh sebulan sekali. Senang kerja kan...

      Saya dah tak kira pasal challenging ke apa...yang sebenarnya memang Mommy jenis 'mithali' gini memang suka ler benda last minute nih!

      Delete
  19. Wahh 6 pasang kasut dan 10 lencana..terkejut akak tau..hihi. .
    itu semua pnglman yg Berguna kan.
    pasal jahit lencana tu.part yg paling akak tak suka. Nasib baik yg sulung dah besar..dia yg jahit kan utk adik2 nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kononnya nak mudahkan kerja Mommynya :) Tapi tak mudah juga nampaknya!
      Tahun ni mak mentua ada makanya memang MIL lah yang kena uruskan name tag dan lencana sekolah. Mommynya minta tolong aje yang pandai :)

      Delete

Post a Comment