Posts

Showing posts from May, 2014

Aku Tahu Aku Sudah Jatuh Cinta *__*

Image
Salam sayang kawan-kawan!

Semalam tengahari I bercuti lagi. Maklumlah minggu nikan ada kerja part time. Bukan main excited lagi nak balik rumah walaupun hati ni sedih tengok baki cuti yang ada. That's whylah semalam takda entri.  A bit busy in the morning lepas je lunch time teruslah keluar berjalan dengan superheroes balik rumah. 
Sila jangan terpedaya dengan tajuk di atas. Sebenarnya itu segmen si Petak Bunga ni. I dari awal memang nak join sekaki bercerita kisah lampau tapi disebabkan naluri perempuan Melayu terakhir yang ada tinggal sikit ni, terasa malu pulak nak buka table cerita (Eleh, macamlah tak pernah cerita. Ngengada tau! Lepuk kang!)
Demi nak memberi sokongan, I sahut jugalah cabaran si my future editor ni. Mesti you lap me more after this, betul tak PB? I know, I know, dari jauh I dah nampak you tersenyum-senyum malu nak ngaku macam first time you nampak laki you tu, kan .....
It's okay. I faham feeling-feeling cam tu .... keh3x.
I ni mula mengenali erti cinta (chewah…

Hadiah daripada kawan-kawan ...

Image
Salam sayang semua!

Hari ni mood ada happy sikit. First cuti sekolah dah bermula dan jalan tak sesak. Second, sebab semalam cuti setengah hari jadi dapatlah bawa Adik Cute berjalan-jalan membuang masa gembira bersama *__*

Ketiga, sampai aje di pejabat nampak ada bungkusan atas meja. Wah, kali ni dari siapalah ya! Of course, of course, I tahu siapa pengirimnya kerana ada tertera nama alam maya di atas slip poslaju tersebut.


Macam biasa, dengan rakusnya I pun membuka untuk melihat isi kandungan tersebut (walaupun sebenarnya dah tahu apa, hehehe ...) Teliti sungguh si pengirimnya ni. Kemas balutan demi balutan demi keselamatan isi di dalamnya.

Inilah dia, tart bengkulu pemberian ikhlas dari Acik Erna ...


Belum sempat snap gambar, I dah wallop dua. Sedapnya .... 

Minta maaflah kat kawan-kawan sebab tak dapat nak memberi rasa makanya, I tolong makankan ajelah ya!You all semua setakat jamu mata ajelah ya, kalau dekat boleh juga dibahagi-bahagi sama-sama merasa!

Terima kasih buat Acik Erna yang sud…

Entri rawak 2

Image
Salam sayang kawan-kawan!
Mood bekerja a bit kedaung disebabkan cuti sekolah. Walaupun takda plan apa-apa tapi boleh pulak nak moody malas nak gi kerja, ek. Macam-macam hal. Mengalahkan budak-budak aje mak budak yang satu ni.
My babysitter aka eldest sis tak balik lagi dari kampung. Ingatkan seminggu aje, rupanya dah masuk dua minggu my sis dan mak duduk di kampung. Wah, excitedlah tu agaknya sebab katanya di kampung semua pun murah!
I lah yang tak tentu hala sekarang ni kerana ketiadaan babysitter. Minggu lepas I cuti beberapa hari termasuklah cuti sakit dek terjelepuk. Memang timing baik betul, masa my sis takda, masa itulah nak jatuh. 
Minggu ni pulak I kena bergilir-gilir dengan my niece. Nasib baik dia ada. I dah sound berterus-terang kat my boss kemungkinan besar this week I memang kena cuti setengah hari sesaja. Maklumlah nak menghabiskan cuti yang seciput tu. Risau kalau leave form tu takda big zero tau yang sebenarnya dalam hati dah gundah gulana sebab baru nak masuk setengah tah…

Jomlah ke Genting!

Image
Salam kawan-kawan!
Bersiaran sekali lagi hari ni, ya. Begitulah I ni, kalau idea dah datang dan ada masa nak menaip, memang akan keluarlah beberapa entri sampai pening, muntah-muntah nak dibaca, ya!

Hujung minggu lalu kami sekeluarga memang takda plan ke mana. Berkira-kira juga manalah nak pergi cuti sekolah nanti tapi dek kerana MD dan HD tak suka tempat crowded maka mungkin jugalah tidak ke mana lagi kali ni. Kalau ada plan ad hoc tu  tak tahulah pulak.

Bercerita tentang hari Ahad yang lalu, bangun aje tidur teruslah ajak Hubbydearie bawa anak-anak ke Genting. Kebetulan Hubbydearie takda apa-apa plan hari tu. Bila Hubbydearie angguk kepala tanda setuju, green light sudah diberi, I pun segeralah menyiapkan anak-anak. 

Kami ni selalu juga dari rumah rancang nak ke tempat A tetapi bila dah keluar rumah berubah rancangan pulak. So, demi keselamatan negara dan anak-anak, I pun prepare satu beg kecil untuk baju ganti anak-anak. Manalah tahu tetiba Hubbydearie kata nak ke PD pulak ke ... Stand…

Font dan Liebster Award

Salam Isnin kawan-kawan!
Hari ni memang terasa malas sungguh hendak ke pejabat kerana mood cuti sekolah dah melanda lebih awal. Aduhai, macamlah I yang nak bercuti! Mengalahkan keterujaan si Abang pulak nak bercuti sekolah panjang ni.
Ni nak cerita sikit. I ni dah kena sawan font. Tahu tak apa? Aha, tau kan! Itu ajelah I paling terrorist sekali. Yang lain-lain I tak berani nak bega-bega, takut terhilang terus.
Baru beberapa hari menukar font, tetiba rasa tak cun pula pada pandangan mata sendiri. So, beriyalah mencari font baru. Kita settled with this one first. Hari lain tak tahulah kot nak bertukar lagi kalau rasa tak suka *__*
Back to Liebster Award pulak, I rasa dah hampir ke penghujungnyalah menikmati jawapan kawan-kawan yang turut serta setelah ditag oleh MD ni. Suka pulak membaca jawapan yang diberikan. Memang ada yang funny, sampai geleng-geleng kepala tersenyum sumbing sendirian.
Ini antara jawapan yang I suka :
a)  Blog mummydearie ni best tau. Ibaratnya macam naik roller coster. K…