Salam sayang kawan-kawan!
Kenapalah ya masa cepat sungguh berlalu...
Baru aje rasa nak landing lama sikit atas katil, tau-tau dah pagi Isnin. Terpaksa merangkak turun dan menyiapkan diri untuk pergi kerja. Walaupun malas melanda diri, takdalah sampai nak jumpa doktor kata tetiba pening masa nak pergi kerja *___*
Ni nak meyambung kisah pasal air naik tinggi minggu lepas. Orang perempuan ni biasanya kalau ada kereta, memang drive aje yang tahu. Lain-lain hal memang tak ambil pot. I termasuklah dalam 'golongan atasan' tersebut.
Drive ajelah kereta pergi balik kerja. Nak check tayar ke, check radiator ke, atau apa sahaja memang tidaklah. Sampai dah berhenti tepi jalan, baru dok panik menelefon yang tersayang minta tolong. Masa tulah gabrah menjelma. Menyesal pun ya juga. Kadang-kadang benda kecil aje tapi sebab tak tahu punya pasal, terpaksalah minta tolong. Kalau buat gak, memang kena tipu hidup-hiduplah dengan mekanik yang geliga.
Tengoklah apa yang berlaku :
Jumaat lepas masa nak ke tempat kerja, I dah nampak macam ada 'benda' jatuh di bahagian kedua-dua tayar hadapan. I ingat daun pokok mahupun sampah dek kerana meredah air bah sebelum ni. Nanti petang balik rumah barulah nak tengok lagi tapi akhirnya terlupa.
Hari Sabtu masa nak jalan-jalan melawat kawasan dengan my sis pun, I terlupa nak periksa tayar. Masa drive tu mulalah bunyi macam enjin motorboat aje...
Rasa cuak tapi buat tak kisah juga. Sampai aje kat Aeon, I pun pergilah tengok. Wah, bukan main tercabut lagi apa namanya yang dok melengkung atas tayar kereta tu... Bersepai sekali. Habis semua skru tercabut. Yalah, mungkin benda ni dah uzur I tak perasan tapi dek kerana air bah tempohari, makin teruk jadinya. Ada hikmah juga kena air bah ni, kalau tidak memang I tak perasan pun hal ni.
Cepat-cepat called Hubbydearie minta izin nak pergi kedai aksesori kereta. Ingatkan boleh ganti skru aje tapi bila dibuka, macam tulah jadinya. Satu bahagian tayar tu harganya RM85, kalau dah dua kenalah kira sendiri. Skru getah yang kecil-kecil dah tercabut semua tu pulak lain harganya. Satu skru tu RM5.
Maka 'berumahtanggalah' I sekejap di kedai aksesori tersebut. Dekat 3 jam juga. Bukan nak pasang tu ambil masa tapi menunggu stok baru sampai dari cawangan lain. Superheroes pulak ada. Memang havoclah. Sekejap nak makan, sekejap nak minum, sekejap nak 'bersiar-siar' dalam kedai aksesori, sekejap nanti nak main hide and seek kat dalam kedai. Memang pening juga apatahlagi kena keluar duit ekstra bayar kerosakan nih. Sungguhlah ralat ... tapi bukan duit I pun, duit Hubbydearie I mintak ~__^
Bila selesai pasang, ada 11 skru yang tertanggal tapi katanya bagi I diskaunlah konon, bayar untuk 10 skru aje. Yang getah tadi tu kira RM80 satulah... I tambah lagi ganti wiper kereta yang dah tak smooth lagi kerjanya ...
Kalau spend duit tu kat Metrojaya, sure dapat voucher percuma bernilai RM30. Aduh, ruginya rasa ...
Walaupun hati I gundah-gulana (macam dia yang keluar duit), superheroes memang excited memanjang. Macam biasa Adik kata,
Berpelukan dengan si Abang. Comel tak?
Inilah penglipur-lara hati I dikala susah dan senang, gembira dan lara ....

Mommy, amik gambar!
Berpelukan dengan si Abang. Comel tak?
Inilah penglipur-lara hati I dikala susah dan senang, gembira dan lara ....
Hahaha.... eh sorilah terketawa....dah mcm baju hantu jer tu hehe....Apa ke benda namanya tu mat guard ke apa....teman pun idaklah tahu namanya, itu pun dulu dulu mcm ada member sebut. Takkan le besar lebar mcm selimut je MD rupanya ...nampak mcm kecik je ek....
ReplyDeleteHehe nasib dekat dengan kedai aksesori kalau jauh? Tak ke orang kata moto boat ke apa duk atas jalan raya haha
Amboi, gembira nampak ketawakan kita? Hahaha... Nasib baik redah air banjir, kalau tak memang tak gantilah nampaknya. Cina kedai tu kata - Wah, lu tengok manyak daun lu simpan ini belakang!
DeleteSaya pun jawablah kalau tak rosak, buat apa saya nak tukar :)
Memanglah banyak daun dah namanya terkopak habis. Oh, itu ke mudguard? Memang sesuai betul dengan namanya. Maklumlah saya ni al terrer al sengal, memang tak tahu apa-apa pasal komponen kereta.
Kita balik rumah dulu lepas memborong di Aeon. Pastu baru pergi ke kedai aksesori. Penat wey, menunggu benda ni dihantar untuk dipasang. Rasa macam nak tidur kat sofa dalam kedai tu aje!
Hehe mudguard vs mat guard.....janji sebutan lebih kurang....nak gelakkan kita pulaklah tu...
DeleteAstaghfirullah al azim ... mana ada kita nak gelakkan dia. Okje ni sejak dah berkilau ni selalu aje terasa :) Kita memang tak tahu apa nama benda tu. Bila OKje tulis, oh mungkin mudguard tu ke yang kita selalu dengar. Entah betul, entah tidak kita pun tak tahu ler. Jomlah minum teh tarik ngan goreng pisang panas kat dapur *__*
DeleteJomlah JJ BMC....
DeleteJJ BMC tak bestlah OKje... Supermarket pun kecik aje... :)
Deleteakk pn bab kete memang tau bawak aka redah je...hhee
ReplyDeleteabg n adik sungguh cute
Standardlah tu Msred orang perempuan macam kita. Kelas atasan ni :)
Deletealah..rugilah ada laki kalau itu pun kita jaga..hu..hu..
Deletesaja bg tugas kat laki..
i engineer student tau..haruslah i tau..
Amboi, PB...nak ngumpat HD ke tu? Hahaha...
DeleteKalau emergency cam gini (tapi boleh aje gi shopping dulu balik baru repair benda tu...) selalunya saya minta izin pergi sendiri. Kalau HD tak bagi, memang kenalah balik rumah tunggu HD yang pergi :)
Eleh, sebab engineer student kira taulah semua part kereta. Yalah, next time apa-apa berlaku kita akan calling-calling awak ajelah tanya. Senangkan :D
dah tentu comel...nak menghilangkan boring menunggu 3 jam ke MD..
ReplyDeleteSalah satu sebablah tu, Acik. Mahunya tak boring menunggu sambil menguap-nguap dah!
DeleteTeruk dah berserabai tu MD.. kita org pompuan macam tu lah tahu bawa kereta jer kan... lain2 passing kat en suami hehe :)
ReplyDeleteBetul tu. Main bawa aje. Lain-lain zero knowledge :) Kalau tak jatuh bersepai dek air bah, mungkin saya tak perasan lagi keuzurannya!
DeleteDulu2 tak berapa amik tau sbb ada tuttttt... klu tak pun abg lyn yg tolong itu ini..tapi sekarang dah agak terror jugak.. since awak kan lone ranger..
ReplyDeletebuat lah sendiri, check enjin, service kereta, pam tayar & dll. at least tau lah skit2.. better than nothing :)
Hahaha....biasalah orang perempuan. Kalau ada tuttttttt (hah, panjang sikit) memang tak ambil pot pun pasal-pasal ni. Buat kotor tangan aje. Akak setakat pam tayar tu boleh lagilah. Tapi kalau part-part kereta memang gagal dengan penuh bergaya gitu :)
Deletehehehe... len benar rupanyer nyer ni MD.... KA pun kalau terpaksa gagah2kan diri jugalah g buat apa yg patut kat kereta tu, kalau idak serah ajelah kat en hubby .
ReplyDeleteDah teruk macam tu pun saya boleh tak perasan lagi. Main bawa aje. Dengar juga bunyi 'motorboat'. Ingatkan enjin ada problem kot sebab masuk air. Rupanya ini aje masalahnya. Kalau yang tahu, kecil aje kan problem. Kalau tak tahu macam saya ni, oooooohhhh, besarnya masalah tak tahu nak buat apa :)
DeleteAssalamualaikum..
ReplyDeleteYelah kak..dlu sofia pun mcm tuh..xtau ape2 pun psl kereta..tau bawa je..suami sofia yg akan check kereta ok ke tak..tapi skg sofia tpkse amik tahu dan skit2 blh la..basic checking tuh blh la hehe
comel abang dengan si adik tu bergambar berpelukan..hehe
regards,
Triplesmiley
Wa'alaikum salam,
DeleteSebenarnya kena ambil tahu jugakan, Sofia. Tak kiralah ada lelaki ke tidak dalam hidup ni... Kalau kes emergency, apa nak buat kalau kita sendirian. Kalau akak ni memang kena tipu ajelah. Dahlah bahagian kereta dan fungsinya tak tahu, harga lagilah tak tahu. Kalau mekanik kata ni rosak, ni harganya, akak iyakan ajelah....
Alahai.. kesan meredah air sampai macam tu ya. Melayang banyak juga tu.. tapi untuk orang yg boleh shopping 5 hari seminggu tu taklah terasa kan? Haha.. lari sebelum kena hempuk.
ReplyDeleteBawa 2 anak ke bengkel ni, taklah terasa lama masanya kan? Nak layan diorang tu tak terasa lama masa yg berlalu
Eh, pembetulan tu, AN! Untuk orang yang gi 'window shopping' 5 hari seminggu, kira BANYAK juga tu. Kalau gi Metrojaya Ahad lepas, dah dapat free voucher RM30 tau :)
DeleteBudak berdua ni excited kat kedai aksesori. Itu nak tengok, ini nak pegang. Kita pulak yang takut. Kang tak pasal-pasal kena bayar harga kerugian kedai pulak!
kan main redah aje.
ReplyDeleteskali tgk huahua.. tak pa halalkan je la. xlist dia suruh tukar yg baru :)
alahai superheroes :)
Tak boleh gohead, gostan kenalah redah aje walaupun takut. Inilah hasil lumayannya :)
Deletemmg bahaya . sbb bertangguhlah jadi camtu . tapi dah nak jadi , jadilah ia . alhamdulillah dah settle . tugas suami cek keta dn bagir rm per ... hah hah
ReplyDeleteKalau main memandu aje dan tak tahu apa-apa memang inilah jadinya. Selagi tak rosak, selagi tulah tak check. Nak check apanya kalau dah tak tahu ...
Deletekira okay lagi la u ada jgk inisiatif nak tengok apa bunyi tu. ada yg lagi teruk wp dh bunyi main bawak je lagi. contohnya org yg komen ni la. hahaha.. sampai meletup tayar baru insaf nak berenti tepi jalan.
ReplyDeleteselamat la superheroes ada, mmg sesuai dipanggil superheroes sbb time mummy jiwa kacau kena tunggu 3 jam kat workshop, mereka hiburkan hati mummy.
I tengoklah apa jenis kerosakan. Kalau I alert sangat takkanlah pernah tiga kali naik tow-truck dengan kereta sebelum ni. Itu jenis main bawa tak ingat dunia dan tak tahu apa-apalah tu :)
Deleteehh mcam mana boleh termiss entry ni..mesti bakal menantu MD punya pasal la ni.haha..
ReplyDeletemmg meriah klu pegi bengkel bawak two superheroes..:)
Sambil baca, sambil masak, sambil mop lantai, sambil tengokkan Cik Pia, memanglah boleh missed PK :)
DeleteBengkel pun boleh buat budak-budak ni excited tau... nampak betul kat rumah tak ada bengkel. Hahaha...apa motif statement pun saya sendiri tak faham :)
Sama la. Reti bwk je. Even isteri pomen depan rmh pn pandai bwk kete je. Yg lain husben uruskan.
ReplyDeleteAh, see.... isteri pomen pun tak pandai pomen kereta kan? Jadi takdalah saya seorang aje dalam dunia ni yang teruk, tak tahu apa-apa pasal kereta :)
Delete