Bila memandu dalam hujan lebat...

Semalam hujan lebat bukan main. I dah rasa seram sejuk juga ni. Maklumlah walaupun lesen memandu dah berdekad lama usianya, bila musim hujan ni cuak juga nak memandu. Pertama, sebab mata kurang jelas. Bila hujan lebat sangat memang tension jiwa-raga rasanya, tapi itu kira masalah kecil jugalah. Yang paling takut bila air naik. Duh, berderau-derau rasanya kalau nak memandu dalam air yang meninggi hampir separuh tayar tu...

Laluan nak balik ke rumah memang selalu air naik bila hujan dah lebat. Walaupun ada dua, tiga laluan alternatif, semua pun sama aje kekdahnya bila dah hujan lebat. Jadi petang semalam bila tengok hujan dah lama turun sebelum waktu pejabat berakhir, I dah boleh agak jalan mana yang boleh lalu, mana yang tak boleh.

Dek kerana bajet laluan biasa memang dah naik air, I pun ikutlah laluan alternatif yang pertama. Baru separuh jalan, dah jem. Bila tengok dua, tiga kali nampak beberapa kereta yang buat u-turn. Kereta besar lagi... 

I dah cuak. Bukan tak nak buat u-turn sama, tapi jalan yang biasa pun memang confirmed dah naik air. So, I nekad aje nak terus harung air. Dalam kepala dah ingat banyak kali - drive slowly, tekan minyak (kalau kereta manual kena guna Gear 2, kan?) dan jangan tekan brek kalau boleh.

Bila turn I sampai nak mengharung air, aduhai....seriau juga! Alhamdulillah, lepas part 1. Baru jalan sedikit tengok kereta di depan perlahan lagi sekali. Aduhai, kali ni lagi panjang jalan yang dipenuhi air. 

Lepas part 2, I dah tak sanggup nak meneruskan perjalanan. Memang sah ada Part 3 and so on. So I made a right turn. Lega hati tak nampak air naik. Bila masuk another jalan, again air tinggi hampir separuh tayar lagi...

No choice. Redah lagi. Bila selamat meredah, hati pun lega. Jalan di hadapan nampak macam clear aje. Sebaik lepas lampu isyarat dan membelok, sekali lagi kena redah air *nak nangis rasanya dalam kereta*

Sebelum sampai ke sekolah Abang, dua kali lagi my car terpaksa meredah air. Kuatkan ajelah semangat walaupun dalam hati dah tak tahu nak kata apa. Memang kecut perut juga. Macamanalah kalau tak lepas? Kalau tetiba enjin kereta mati ketika mengharung air .... 

Ish, tak boleh nak bayangkan. Bila tengok kereta yang lebih besar pun tak sanggup nak redah air, lagilah buat I kalut dalam kereta.

Alhamdulillah, walaupun lambat sampai ke sekolah Abang berjaya juga Mommy sampai sebelum Abang habis sesi persekolahan. Kalau tidak mesti mencebik-cebik mulut tengok Mommy tak tercegat depan pintu pagar sekolahnya! 


Comments

  1. Lama dah tak drive drive redah hujan lebat dengan banjir..... Tumpang simpati ajelah hehe....
    OKje pun tak tau kekdah macamana nak meredah banjir....main belasah jer kalau air masuk enjin habis kuat enjin mati hehe....
    Baik baik na....bawak keta tu .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu...walaupun terrer katanya tapi takut gaklah OKje... Air tinggi tu... rasa cam tak lepas tapi takkanlah nak nangis dalam kereta pulak kan...Kalau anak dara, ramailah gak jejaka yang sudi membantu....

      Kalau dah enjin mati, mahulah nangis lepas tu nak kena tow pergi workshop, nak kena 'belanja' owner workshop lagi....Duh, habis duit sopping tau tak!

      Delete
  2. isyh seriau tau memandu hujan lebat.. mata tak berapa nak nampak... kalau naik air lagiler seriau... kira oklerselamat sampaikan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takutkan Cho walaupun masa tak banjir boleh aje 'drift' sekali-sekala :)

      Saya kalau tengok air naik tinggi tu memang cuak gilalah dalam kereta. Selalu pulak berlaku masa saya seorang diri memandu.

      Delete
  3. Lyn klu bab melibatkan kereta time banjir mmg seriau..
    sanggup u turn balik dari meredah banjir.. sayang kereta lebih..
    hak kita kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau akak bawa Merc, memang akak buat u-turnlah, sayang keretakan ... tapi eh, malu pulak rasanyakan kereta sikit punya mahal air bah gitu pun tak boleh redah...hehehe....

      Delete
  4. Usahkan orang yg drive..bunda yang duduk sebelah driver pun berderau juga jantung dan jiwa raga dalam hujan2 lebat dan air naik ni...
    Dua tiga harini petang jer hujan lebat dengan kilat guruhnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni memang petang aje hujankan, Bunda. Kalau tak hujan pun kita mengeluh, dah hujan pun mengeluh juga. Adat manusia ...

      Saya ni kalau hujan lebat memang laluan nak balik rumah air naik punya. Lenkali saya nak bayar tol, ikut high way aje. Kalau air naik gak, tak tahulah nak buat camna!

      Delete
  5. Pernah drive dlm hujan lebat gila x nampak apa2. Orang lain pun berhenti tepi jalan tp sbb jalan jauh, makanya teruskan jugak perjalanan dgn kelajuan x smp 20km/j pn. Dan pernah harungi air bah melimpah atas jln. Husben ada sebelah bg arahan je. Jgn sesekali slowkan kelajuan kalau tak nak tersadai dlm bah. Hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila meredah air bah memang nak kena jaga-jaga, jangan sampai tertekan brek mengejut. Abislah air masuk enjin pastu nangis-nangislah duduk dalam tow truck kena hantar jumpa doktor mekanik :)

      Delete
  6. wiper kete dah scratch..takut sgt drive musim hujan ni..huh.
    mata plk kelabu, nk pakai spec tak comel...gitulah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar tak comel PB asalkan selamat memandu :) Mintanya janganlah asyik hujan lebat masa nak balik kerja. Ah, manalah jalan yang boleh lalu tanpa air bah ni....

      Nak masuk smart tunnel confirmed tutup. Kalau buka pun memang seriau eh nak masuk. Mana tahu air tersilap laluan terus penuh tunnel. Ish, takut!

      Delete
  7. tu baru kisah pergi ke skolah abang. kisha baliknya cemana/ tak kena lalu jalan yg sama dh ke. atau air dah surut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari sekolah Abang balik rumah tak sampai 10 minit pun. Kira dah masuk dalam kawasan perumahan ler. Itu pun hujan dah reda. Kalau tak reda, mahu saya sambung part 2 pulak entri ni. Hahaha.

      Delete
  8. Assalamualaikum..

    Ohhh dulu sofia pun sama takut nak drive dlm hujan ni..tp skg dh ok..maybe dh biasa kot..sbb nk tak nak sofia jg kne drive so try harungi jg..cume lbh hati2 hehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Akak memang terpaksa harung air ni sebab kalau hujan lebat sangat memang naik airlah jalan balik rumah. Dah macam enjin motorboat aje kereta akak...bukan main menderu bunyi air. Cuak kejap!

      Delete
  9. MD, seminggu dua ni boleh katakan saban petang KA duk mengharung air bila balik kerja. hujan turun lebat sungguh lah ptg2 skang ni, nak wat macam mana, redah ajelah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Area saya penuh dengan construction untuk bina MRT. Memang air naiklah kalau hujan lebat. Semalam saya nampak dalam surat khabar Cina, kereta MPV tenggelam sampai bumbung kat Jln Chan Sow Lin. Duh, takut ler kalau gitu...

      Delete
  10. KL hujan lebat ye MD..sini hujan skejap2..panasanya mak hai..skali dengan hati pun naik panas bila cuaca membahang.nasiblah rumah sy sejuk..kt luar mmg panas gila..

    sy ni klu tak hujan pun tak berapa expert memandu,klu hujan lagilah sanggup tunggu kt opis smp hujan reda..tak pandai nk drive dlm hujan lebat..biasanya klu baru nk bertolak pegi kerja hujan lebat gila mmg en suami jadi mangsa hantar n amik sy..alasannya hujan lebat.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik ada yang nak tolong hantarkan bila hujan lebat atau takut nak memandu, PK. Kita kat sini, kenalah pandai-pandai nak hidup :) Sebenarnya saya pun bukannya terrer sangat bab memandu ni walaupun dah lebih 10 tahun memandu.

      Delete
  11. Saya pun. Kalau memandu masa hujan mulalah rasa cuak. Rasa pandangan mata yabg tak ada masalah ni macam ada masalah pula. Pegang streng pun mulalah kuat2..

    alahai pengalaman MD ni..saya tumpang sedih simpati ya. Mujur selamat sampai balik ambil Abang ya. Kira kuat semangat MD ni. Berjaya juga harungi detik2 cemas tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...ni yang nak sambung cerita. Nak buat satu entri :)

      Saya ni memang nampak berani gila kalau tengok tapi dalam hati, macam hati tikus aje... Penakut sebenarnya...eksyen aje lebih. Dah takda choice, terpaksa redah walaupun bukan main kuat berdoa dalam hati supaya enjin tak buat hal :)

      Delete
  12. assalam md..
    maap le ye baru berkesempatan menjenguk ke mari.hihi
    kasik clear satu rumah smntara air dah ada.hihi

    kebetulan pula malam tu adij iapr dtg tido kt rmh.ptg marin bru beransur balik.. :)

    nway, tima kasih.nti sy tinggalkan alamat sperti yg diminta ye :)

    mslah yg sama juga.saya kalau hujan lebat sgt2 mmg surrender.mata rabun jugak. xlist md dh berjaya harungi.kalau saya myb tunggu dlu kot.haha. kalau tak urgent la. kalau urgent kasik redah le jugak khen. apa boleh buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Ok, alamat dah dapat. Nanti kita kirimkan ya Ciksu. Saya bab menunggu masa hujan lebat ni memang kalau boleh tak mahu. Saya takut hujan makin lebat, air makin naik dan kilat sabung menyabung. So agak nak hujan je cepat-cepatlah balik. Kalau takda pilihan memang harung ajelah air bah tu dengan doa takdalah masalah enjin terberhenti ke apa...

      Delete

Post a Comment