Salam Isnin kawan-kawan!
Hari ni memang terasa malas sungguh hendak ke pejabat kerana mood cuti sekolah dah melanda lebih awal. Aduhai, macamlah I yang nak bercuti! Mengalahkan keterujaan si Abang pulak nak bercuti sekolah panjang ni.
Ni nak cerita sikit. I ni dah kena sawan font. Tahu tak apa? Aha, tau kan! Itu ajelah I paling terrorist sekali. Yang lain-lain I tak berani nak bega-bega, takut terhilang terus.
Baru beberapa hari menukar font, tetiba rasa tak cun pula pada pandangan mata sendiri. So, beriyalah mencari font baru. Kita settled with this one first. Hari lain tak tahulah kot nak bertukar lagi kalau rasa tak suka *__*
Back to Liebster Award pulak, I rasa dah hampir ke penghujungnyalah menikmati jawapan kawan-kawan yang turut serta setelah ditag oleh MD ni. Suka pulak membaca jawapan yang diberikan. Memang ada yang funny, sampai geleng-geleng kepala tersenyum sumbing sendirian.
Ini antara jawapan yang I suka :
a) Blog mummydearie ni best tau. Ibaratnya macam naik roller coster. Kalau korang
masuk jejak masuk dalam blog ni korang akan rasa macam-macam.. takut, gayat,
pening, rasa nak pitam. Semunya bercampur-campur. Tetapi sekali korang pergi
kat blog tu..esok-esok korang mesti rasa nak pergi lagi. Macam ketagih nak main
pening-pening lagi - kata si editor Petak Bunga
FYI PB, I tak kahwin dengan anak raja mat saleh. Hubbydearie ni bangsa Uzbek, berasal dari Uzbekistan. Kat mana, you kena minta tolong pakcik googlelah ya kalau nak tau lebih lanjut dan I pernah cerita di sini juga *__*
b) Saya rasa MD
ni jenis peramah, buat sesuatu bersungguh-sungguh. Katanya sangat protective
dengan anak-anak, percaya tu. Kaki shopping, saya percaya gak yang ni. mesti
gaji lima angka tu kan, tak kisah nak shopping sokmo.. haha... and lastly,
isteri mithali dan menantu yang baik.... i knew it.. - kata si Cikgu AN
Saya ni kerjanya tukang sapu aje kat pejabat ni, AN. Kalau rajin melawat kawasan Parlimen (KLCC) tu bukannya sebab banyak duit. La, window shopping tak kena keluar duitkan, semua pun boleh aje kalau nak buat dan suka habit ni ^__^
c) Entri tak pernah sejengkal dua, mesti tulis
macam karangan. siap ada paragraph bagai. walaupun dah macam karangan tingkatan
5, tapi seronok nak baca hingga jumpa noktah terakhir - ni pulak kata-kata Ema.
Yang ni paling I tak tahan bila katanya,
Time
couple nak kentut pun tahan, dah bersuami selamba lepas angin. tahu-tahu jer
tiba-tiba ada bau semerbak harum kasturi…hahahaha. suami tegur.. jangan gelak.
tak baik.
Memang betul tu, Ema. Masa bercouple memanglah semua yang baik-baik aje nak ditunjukkan. Bila dah dapat, tak peduli apa yang berlaku. Kutukan mahupun kata-kata nista kerana sikap yang seperti tu, langsung tak heran di pendengaran kita, kan *__*
d) Blog
dia sangat full of sincere. Entry di dalamnya seperti diceritakan face to face
dengan kita je gaya dia. Dan semua cerita sangat menarik. Mummy dearie ni pun
sentiasa bersemangat dalam memenuhi keperluan rumahtangga dia. Very inspiring.
MummyDearie ni seorang yang
kelakor, nampak macam happy go lucky dan rasanya seorang yang sangat bahagia di
samping suami Uzbek beliau serta anak-anaknya yang encem2 dan gebu2 itew. Dari
segi rupa plak, rasanya, muka dia mesti penuh keibuan dan ada senyuman yang
menawan dgn sebaris gigi yang tersusun cantik - imaginasi yang cukup tinggi dari Lyd *__*
Kalau suruh berimaginasi, memanglah yang indah-indah sahaja you all bagi. Cubalah beri statement cam ni, barulah katanya seikhlas hati ...
'I rasa you ni MD memang kuat gelak tak ingat dunia, kalau cakap tak reti berhenti dan you ni maybe plump kot orangnya kalau tak, takkan you sibuk nak diet. Kalau anak-anak comel, tak semestinya maknya pun comelkan. Ha'ah, cepat tonjolkan diri untuk menepis segala kata nista nih!'
e) Saya suka membaca dan sebenarnya entry kita pun 2x5
panjangnya - kata Cikgu Anim nun jauh di utara sana.
Tak sangka ya rupanya ramai juga kawan-kawan alam maya yang sehati sejiwa dengan I ni rupanya. I ingat dalam dunia ni I seorang aje yang pelik, suka meleret-leret 24-7. Tapi of courselah Cikgu Anim banyak berkongsi ilmu dengan kawan-kawan, tak seperti MD yang suka berceloteh tak ingat dunia tapi tak sangka ada juga yang sudi membaca ...
f) SA rasa MD senang didekati dan mungkin
peramah dari gaya bahasa yang sering disampaikan coz I like the way you are,
just be yourself and no need to peretend to be somebody else.. - katanya si long time blogger, Suria Amanda.
Sebenarnya SA, I memang tak terfikir pun nak berubah. Masa mula-mula berblogging dulu, dah tanam niat tak mahu guna short form, tak mahu guna ayat mengarut, tak mahu berbahasa rojak dan kalau boleh nak betul aje tatabahasa seperti dalam buku teks BM. Nampaknya tak berkesampaian bila makin lama, makin hebat pulak celoteh I ni sampai tak reti nak letak full stop.
Memanglah entri di blog MD ni panjang berjela semuanya tapi kalau ada yang sudi baca sehingga habis, memang I hargai sangat dan hormat pada kalian yang sanggup datang lagi dan lagi. That's the beautiful of blogging, may be?
Bercakap tentang SA, dah lama I tak berkunjung ke blognya ya. Bukan apa, I ni kan tak boleh baca dan tak tinggal komen. So, I termalu pula kalau kali ni dapat top three commentators lagi. Boleh gitu? Takpa, lepas ni I akan bertandang lagi kat blog SA tak mahu balik-balik walaupun dihalau *__*
Terima kasih buat OKje kerana 'memperkenalkan' Liebster Award pada MD. Awak ni memanglah jiran yang disayangi gitu. Dan akhirnya, terima kasih buat Aisy Nasiha (AN), Petak Bunga (PB), Lydsunshine, Emarieys (Ema), Anim dan Suria Amanda (SA) kerana sudi memeningkan kepala menjawab soalan dan berkongsi cerita untuk Liebster Award ni.
acik nya tunggu dulu ye MD..kena ada masa dulu..sekarang ni belum semoat..nanti acik buat juga..
ReplyDeleteNi kira tengah exercise tarik nafas dululah ya, Acik :) Yalah, saya tunggu kalau Acik ada masa boleh je buat nanti!
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteKak...sofia mmg lah suka dtg blog akk nih...cuma maaf lah kak..tak nyempat nk buat entry nih..huhu..
akk punye blog even berjela..selalunya sofia akan baca jg..sbb cara penceritaan akk tuh buat sofia mmg mbygkan riuhnya waktu tuh haha..
++ akk punye resepi hehehe...selalu buat sofia rasa nk makan..tp sofia tak le nk masak sbb sofia kan M..haha...jd sofia akan cr kt kedai yg ala-ala macam akk buat hahaha
regards,
Triplesmiley
Wa'alaikum salam,
DeleteItulah Sofia, thanks sangat sebab sudi singgah selalu bila free. Liebster ni takda paksaan, kalau ada masa je bolehlah memerah otak menjawab soalan :) Kalau tidak, akak ok je ...
Akak ni kalau bersama anak-anak memang riuh. Lain macam riuhnya, biasalahkan beranak kecil :D
Kena buat jugak la LA ni. Adehh...
ReplyDeleteSementara menunggu anak kat sekolah, tengah masak kat dapur, bolehlah fikirkan ideanya dulu :)
Deletealamakkkkk!!! lyn baru teringat pasal award ni kak.. tak berkesempatan nak buat lagi.. ingat nak buat ari tuh.. tapi bz dgn family matters lagi...
ReplyDeleteHahaha....kata nak sangat tulis panjang melawan akak. Give it a try. Nanti akak judge tengok camna ya ...
DeleteBaru cadang nk buat entry cenggini tau....serious....eleh nak kata kita tirulah tu.....ye masa kat Terok noh tu...hehe berlegar legar dlm kepala ...tp awak dah buat dulu...alah namanya pun jiran....tiru pun apa salahnya kan.....Potam....hehe
ReplyDeleteSo apa lagi letak le gambar sekeping kat sini jiran tetangga tengok muka awak tu...psst..tak pun send je kat WA ...kita berkembang setaman hehe...
ok bye nk zzzz....
Ya ke? Maknanya memang sehati sejiwalah kita ni jiran tetangga, ya tak?
DeleteJiran dok sebelah rumah pun tak kenal juga ke? Takkanlah nak mengglamorkan diri. Persepsi tu tinggi masing-masing, alahai ....
mana nak kenal kalau asyik keluar rumah jer selubung pakai selimut haha....
DeleteNasib baik kita selubung jek. Kalau kita pakai nikab ke apa...lagilah tak nampak muka nanti :)
Deletealahai MD,mintak sory la acam2 benda jadi n line pun dok semput tak sempat nak menjawab soklan liebster award awk tu..sy selalu dtg sini baca entry cuma nk komen kadang kotak komen tak keluar..cuba awk pop up window kotak komen ni...senang sikit nk komen.hehe..
ReplyDeleteYa ke? Kita fikir kalau macam ni lagi senang daripada pop up bagai. Line tenet mana ni yang semput sangat? Awak guna line tenet sendiri ya? Bukan PK aje, si PB pun sama gak kekdahnya. I dah ajar dah cara mudah nak dapat line tenet berdesup gitu. Keh3x.
Deletemcm mana tu?
Deletex hbis belajar ni.
Kan dah kata, kita pakai tenet office Jepun. Line laju aje, berdesup, tak payah bayar :)
Deletesesama..
ReplyDeleteoh rasa terharu mcm menang award dah Md..
maaf lah x godek entry lepas2..x tau sapa HD. kita slow2 kenal2 ek..
btwn, seronok kenal md walaupun di alam maya..cewah
Tapi kali ni takda hadiahlah PB. Hadiah bulan 4 pun baru la ni dapat hantar. Maklumlah sengal, first time gi Pejabat Pos selepas berabad lamanya :)
DeleteEh, takpa...takpa....entri kita panjang-panjang, tak payah susah payah digodek gediks...nanti sendiri yang susah. At least kita dah cakapkan kita tak kawin ngan mat saleh, cuma soleh sikit je HD tu ....
Haha.. macam2 jawapan yang menarik ya.. bagus juga sekali sekala buat macam ni kan? Cuba buat lagi lepas ni dengan tema lain pulak
ReplyDeleteKalaulah ada idea, nak juga mengeratkan silaturrahim antara sahabat alam maya ni :)
DeleteSeronok gak sesekali melayan Liebster Award ni. Macam-macam ada :D
Sama2. Kalau i tahuk u akan review kmoen i tu, confirm i akan kutuk kaw kaw supaya u nak review pon fikir 6 kali. Kehkeh. Entry petak bunge tu yg i paling tokleh bla. Kretip dan inovatip gitu.
ReplyDeleteKalau you tahu I nak review komen, lagilah you cakap beralas gitu. Hahaha.... Cubalah tengok PK cakap apa pasal I...itu lagilah besan tu.... I ok je orang nak cakap apa, janji tak menggugat ketenangan jiwa raga melampau sangat :)
DeletePB tu memang...asyik dok buat orang gelak sampai tersembur air liur!