The Liebster Award

Salam sayang semua!

Baru aje nak blogwalking tetiba mendapat pesanan dari penaja sebelah rumah!

Terima kasihlah ya kerana memilih kita untuk dibuli tapi penaja terlupa yang kita ni memang dah biasa menulis panjang berjela. Setakat nak suruh jawab soalan periksa enteng gini, memang mudah benarlah nampaknya di mata kita yang rabun ni!

Eh, kalau nak suruh menyombong bagilah kat I memang syok sendiri jawapan I beri nanti tau! Jangan termuntah sudahlah sebab sendiri yang cari pasal *__*

Mak oooh mak... award ni kita tak pernah dengarlah mak! Biasanya kita terima award atas stage tu untuk Grammy, Oscar mahupun Anugerah Skrin aje ~__^ 

Takpalah, dah mak suruh kita join The Liebster Award ni kita join ajelah tanpa banyak songeh. 

I nak award yang ini bukan yang itu ya, Okje!

Sila baca peraturan yang ditetapkan dahulu supaya tidak terkeluar dari tajuk asal macam saya selalu buat :-

(1) Buat ucapan apresiasi kepada penaja yang meninggalkan pesanan suruh join The Liebster award tu.
(2) Letakkan link penaja yang glamor tadi dalam blog kita.
(3) Kopipes The Liebster Award  dalam blog kita.
(4) Senaraikan semua rules yang ada (dari 1-9).
(5) Jawab 11 soalan yang dikemukakan oleh penaja tadi.
(6) Senaraikan 11 fakta rawak tentang diri sendiri.
(7) Calonkan 5-11 blog lain yang akan meneruskan legasi soal-jawab ini. 
(8) Senaraikan 11 soalan baru untuk bloggers yang terpilih untuk turut serta nanti.
(9) Sila maklumkan kepada bloggers yang  terpilih dan letakkan link untuk entri ini.

Sekarang I nak menjawab 11 soalan cepu platinum yang telah dihantar oleh Cik Puan Seri Hainom Okje :-


[1] Nama panggilan yang korang suka OKje panggil dan kenapa?
... of courselah Potamayo kerana ianya melambangkan keperibadian menu kegemaranku ...

[2] Entri korang yang paling best yang korang nak OKje baca?
... semua pun best kalau tidak takkanlah OKje mengantuk-ngantuk depan lappy/he-ho membacanya sambil mengesat air liur...

[3] Satu kebaikan yang ada pada diri korang yang patut OKje tahu?
... kalau you respect I nyer persahabatan, I lagilah respek you luar dalam tau tak!

[4] Satu sikap buruk korang yang patut OKje tahu?
... kalau datang rumah, tak payahlah nak tolong mengemas especially melipat pakaian ke apa, memang habisku selongkar semula tanpa mengucapkan terimakasih pada kebaikan budi pekertimu itu ...(sifat sejak azali nih...)

[5]  Bahagian tubuh korang yang korang rasa cantik?
...eh, apa motif soalan ni? takpa, takpa...sabar ajelah kita jawab je ... rasanya my eyes kot ...

[6] Siapakah orang yang ingin korang jumpa kalau diberi peluang?
... ramai sebenarnya tapi dari segi hiburan kita nak jumpa Angelina Jolielah, nak tanya camna nak dapat bibir seksi gitu ...

[7] Peristiwa paling best dalam hidup korang?
... owh, tak terkira banyaknya, tapi yang paling best of courselah masa Hubbydearie ajak kahwin ...

[8] Impian korang yang masih belum tercapai?
... of course nak pergi menunaikan Haji dengan Hubbydearie dan anak-anak sekali ...

[9] Makanan dan minuman yang selalu korang order kalau makan luar?

... Milo 'ai' satu (kata Adik Cute) dan nasi lemak ayam goreng + telur goreng (biasa untuk sarapanlah ya ...)

[10] Kalau korang jadi kaya?
... Spend, spend, spend, save, save, save and nak jadi sponsor terbesar rumah anak yatim... (macam clichelah jawapan ...)

[11] OKje di mata korang? Nak kritik pun OK... mak OK jer!
... walaupun tak pernah bertemu empat mata, nampak sungguh  OKje ni very friendly, kecoh, sangat menyenangkan dan oleh kerana itu menjadikan awak ni awet muda. Tak nampak pun dah nak masuk kilauan emas permata tau... kita rasa macam dah kenal sejak lahir lagi bila berborak kosong kat rumah masing-masing masa tinggal jejak tu padahal skodeng pun tak pernah lagi *__*

Makanya dengan ini, I ingin mengajak mereka semua yang tersenarai di bawah untuk berjoin sekaki menyemputkan diri (OKje awak kita tak boleh tag balik ek?) :-

1. Aisy Nasiha 

2. Puan Kutu

3. Kesuma Angsana

4. Sal Ya

5. Lyn Yusoff

6. Petak Bunga

7. Lyd Sunshine

8. Isteri kepada Suami

9. Cho Zila

10. Qaseh Vee

11. Cahaya Hidupku

12. Msredcheesecake

13. Acik Erna

14. Ema


15. Bunda

16. Anim

17. Lieyalatif

18. Lizz

19. Suria Amanda

20. Pearl Velvet

21. Linda

22. NzA

23. Kak Kam


Ada yang I tak tag sebab OKje dah siap tag. Ada yang saja I nak tag dua kali  ya*__* 

11 fakta mengenai MD sendiri :

(1) Anak perempuan bongsu daripada 10 adik beradik

(2) Berasal dari Batu Pahat, Johor

(3) Belajar di UKM, Bangi aje

(4) Pernah bekerja di syarikat kereta mewah ya 

(5) Suka mengemas rumah terutama bab membasuh dan melipat pakaian

(6) Tidak suka orang mengusik barang peribadi

(7) Kuat gelak tapi kalau pertama kali berjumpa jangan harap MD jadi very the friendly person gitu

(8) Ada dua superheroes penawar jantung, penglipur lara dan seorang ikut wajah Mommy, seorang lagi kopipes gene Daddy

(9) Tak pandai masak sampailah masuk umur 30-an

(10) Sangat gayat akan tempat tinggi

(11) Very protective bila membabitkan hal anak-anak

11 soalan cepumas dari MD pulak :

(1) Apakah pendapat you all tentang blog Mummydearie?
(2) Apakah soalan pertama yang hendak ditanya jika bertemu MD?
(3) Antara MD dan anak-anak, siapakah yang kalian nak jumpa kalau diberi peluang?
(4) Sila jelaskan tentang diri kalian dalam 5 perkataan yang paling mudah.
(5) Apakah detik yang paling cemas dalam kehidupan kalian?
(6) Apakah situasi yang paling memalukan yang pernah dihadapi?
(7) Apakah yang menyebabkan kalian sanggup membaca entri panjang berjela MD ni?

(8) Di antara ibu bekerja dan sepenuh masa, yang mana paling mudah dan mengapa?
(9) Kalau diberi tiket kapal terbang dan penginapan percuma, ke manakah destinasi pilihan hati?
(10) Apa perkataan yang selalu diucapkan lepas tu terasa menyesal?
(11) Melalui pengalaman berborak di alam maya bersama MD, sila jelaskan apa pendapat kalian tentang MD di alam nyata (silalah gunakan kuasa imaginasi yang tinggi tu untuk memikirkan bagaimanakan orangnya si MD ni..)



Eh, samalah kita OKje... I pun semput dah ni... Jap nak ambil udara nyaman kejap ya!


 

Comments

  1. ya Allah. Susahnya nak buat. huhu... ni ada hadiah ke tak ni. kalau sempat nanti i buat k. nak cuti ni sampai isnin depan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak, kena buat dulu. Nak tengok terror ke tidak menjawab soalan periksa. Wah, nak cuti panjang? Bestnya!

      Delete
    2. Ok... wa..watt..watcchh...watch out.. che..chee..checkkiout... Tgh nak study smart nak menjawab soalan mummy dearie ni. Saya otopublish nnt insyaAllah kui 8 mlm kuar ye.

      Delete
    3. Dah buat. Nanti tgk le ye.. http://lydsunshine.blogspot.com/2014/05/the-sweetest-award-to-mummy-dearie.html

      Delete
    4. Thanks Lyd sudi join. Ni yang rasa cam nak beli hadiah lagi tapi hantarnya tak tahu bila :)

      Saya dah baca tapi belum sempat komen. Senyum sengih sorang-sorang aje dulu ...

      Delete
  2. Jawapan sempoi and kelakar habes.. :D

    ReplyDelete
  3. wahhh tak sangka sangat nama saya ada Mummy :)) terharu ni...terima kasih Mummy...saya akan berusaha bersungguh2 jawab soalan2 tu hehe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy ke Linda dapat join? Saya ditimpa kemurungan tau! Hahaha...

      Pening gak nak concentrate menjawab peksa nih :D

      Delete
  4. Panjang berjela ni MD..kot muda macam MD dan okje semput..dah tua2 macam acik ni kena ambik oksigen terus hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah peluang untuk Acik membuktikan yang Acik memang awet muda. Kah3x.

      Si Okjelah ni yang buat saya semput. Penat draft, ada jek rules yang tertinggal. Boss pun saya suruh sha-dap tau :)

      Percayalah Acik, tak perlu tabung oksigen. Sambil buat, sambil exercise mulut tersengih cam kerang busuk sambil tu syok sendiri lagi ....

      Delete
  5. ada expired date tak md..
    alah line tenet kita seciput2..nak mati..
    xpe kita copy paste dulu entry md..nanti kita bca slow.. rasa sempat kot bca tanpa semput2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya PB... Napa line internet you teruk sangat? Ish, ish, ish....

      Takda expiry date tapi kalau nak, buatlah secepat mungkin :)

      Delete
    2. eh aci dok buh link md balik..haha..
      Assalamualaikum kesayanganku..

      Sudilah kiranya menjengah aku dengan rasa rendah diri nya ingin menjemput
      Datin/tengku/cikpuan seri/puan seri

      ke blog aku yang tak seberapa..

      http://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award.html

      Delete
    3. Datin Seri dah pergi menjenguk tadi. Yang paling panjang komen tu siapa punya? Of courselah Datin Seri, kan....

      Tak leh tag I balik ni sebenarnya tapi sebab I ni very the prihatin gitu, I jawab juga semua soklan peksa yang berkaitan setulus ikhlas hati lagi nih hah ...

      Delete
  6. MD, nak jawab di komen ini atau kena buat post macam MD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena buat satu entri di blog Ema :) Kalau free, bolehlah join Ema... takda unsur paksaan...

      Delete
    2. InsyaALLAH, sekrang memang busy..minggu ni outstation lagi.

      Delete
  7. kena tag ? ... nanti , slow2 yer ... adeh .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...napa? Tak percaya ke?

      Trylah skill menjawab soalan yang dah tak berapa tajam tu, kita tengok camna nanti ya :)

      Delete
  8. Baca ni masa tgh tggu anak2 siap ngaji. Tak ingt dh komen ke blm. Haha... Sng2 nnt ai buat entri ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau dah panjang datang balik, datang balik memang lupalah dah komen ke belum. Saya pun selalu gitu gak :) Kalau free ya sementara tunggu anak balik sekolah, tengah popok Aus tidur ke...hahaha ...

      Delete
  9. perkara prtama alhamdulillah sbb x ditag.skrg tgh hutang dua entry pasai award ni.
    bila nk settle pon x tau.huahua

    kemain mncabar soalan md tu.hikhik.
    good luck buat mereka semua :)..

    tak sabar nk gi baca apa yg dorng buat nnti. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nampak Ciksu dah kena tag. Kalau saya tag juga, entah berapa kalilah Ciksu kena jawab. Mahu nangis-nangis merembes air mata nak menjawab berbelas (berpuluh maybe?) soalan kan... Nasib baik tak kena ya :)

      Delete
    2. tima kasih la mommy kerna memahami..
      total kena tag 4 tau.. huahuahua. dh settle 3.. ada baki 1 lagi. .

      Delete
    3. Kesiannya Ciksu... itu tandanya ramai kawan-kawan yang sukalah tu :)

      Delete
  10. susah nya nak buat..
    klu ada masa nnti lyn pun yer.. takde paksaan kan.. hahahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah skil menulis jawapan periksa subjektif ni... Kata nak lawan akak ... *__*

      Alah, Lyn... nampak susah sebab macam banyak aje. Lagi-lagi akak yang menuliskan, haruslah panjang. Yang sebenarnya kopipes aje dan tambah fakta diri sendiri dan soalan baru untuk kengkawan. As simple as that mah! Huahaha ...

      Delete
  11. Aduhai MD... KA mmg dah lama x menjoinkan diri tuk segmen2 nanti KA tgk camner yer.. ANGAH pulak duk tgh exam skang ni hingga minggu depan, tak tau sempat ke idak dier nak join nyer... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...apa-apa alasan pun tak mahu terima ya, KA. Eh, kita takda pun letak expiry date gitu... Hah, jangan tak buat walaupun katanya takda unsur paksaan gitukan :)

      Delete
  12. Assalamualaikum..

    Perghhh gigih nak buat sesi QA tuh..nak cari maklumat diri sendiri tuh yg terkebil-kebil mata depan keyboard nih tak tau nak taip ape..haha..mcm ada 1 je pun..kaki layan drama hahaha

    insya-allah kak..sy cuba untuk buat 1 entry khas macam nih hehehe

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Alahh...sajalah tu, sajalah tu... nak bagi alasan memacam! Akak walaupun semput sikit, pejam mata pun berjawab tau... Hahaha...ada perasaan sombong bongkak sikit di situ ...

      Berusahalah dengan gigih ya, Sofia. Anggaplah ni ujian terakhir dalam STPM yang kita lupa nak jawab dulu-dulu. Huahahaha....

      Delete
  13. mmg tgh fenomena liebster award ni kan kak.... sane sini org dok buat entry nieh heheeheheh...lieya sonok bace jek laa sbb leh kenal penulis blog dgn lagi lanjut heheeheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, ngelat nih! Dah kena tag, buat dunno aje nih! Mana aci, mana aci cam gini? Personal invitation pun dah bagi tau, Lieya :(

      Delete
  14. alamak...kita tag dia dia tag kita...heheee

    http://msredcheesecake.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-from-anis.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, camna ni msred? Siapa nak jawab dulu nih... Hahaha....

      Delete
  15. TQSM tag akak...sorry sgt2 ye masih xsmpt nk baca detail2....kesibukan melanda cz tghsibuk tnda kertas exammmm dan dh nk dkt hr guru...fuh...tgh kesat peluh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok hari Guru, ya? Cikgu sekarang bukan macam dulu. Sekarang beban kerja cikgu dah macam orang kerja pejabat. Takpa, takpa. Kalau akak ada masa nanti leh freshkan minda cuba try jawab soalan pulak. Selalunya cikgu yang bagi soalan kat murid-murid kan :)

      Delete
  16. TQ ek sudi join....
    Weyh kita jadi akutlah pulak nak jumpa awak.....nanti awak mesti muka sombong ek....pas tu macam bo layan kita ek....kalau kita geletek pun mesti marahkan....

    Okje bayangkan awak ni mesti kurus, tinggi tak tinggi....putih.....chinese look betul tak? Ada taik lalat kat muka betul tak.....
    Nak buek camno org tu sombong sangat nak tunjuk muka pun tak mo menci mak!..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sayang, OKje...

      Alahai, apa nak takut! Saya bukan jaws (ni jaws sebenar bukan jaws yang awak selalu banggakan itu) Mula-mula aje saya jadi perempuan melayu terakhir, lepas tu saya terlupa yang saya sebenarnya perempuan :)

      OKje ni mmg pandai meniliklah .... Betul 4 daripada 5 tekaan tu. Jangan bayangkan yang bukan-bukan, nanti kalau saya tak seperti yang dibayangkan, camna? Takmo kawan ke? Hahaha ...

      Delete
    2. Mak tak kisah kawan dgn sapa pun, janji manusia yg waras kalau gila takut gak hehe...wah kalau kita jumpa sure mcm talam gula merah kita ni hehe....sorang mendung sorang cerah....hehe

      Delete
    3. Takdalah cerah macam sinar pagi. Dah kelabu sikit sekarang sejak semakin tua nih.....zaman fofular dah lama beredar...Hahaha :)

      Delete
  17. Waa mencabar juga nak menyahut cabaran nih..mau 2 hari baru siap nih..hehe..kal free nanti lizz nak try jugek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak siap, bagi aje jawapan kat saya, saya tolong siapkan entrinya pastu tempek kat blog sendiri ye :)

      Hahaha ...

      Delete
  18. ini kite dah baca MD..nk ikut 100% mmg tak dpt la..tp akan diusahakn utk jawab soalannya..tq sudi tag besan..soalan kacang ke ni.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini soalan kacang peas aje, PK. Sambil main masak-masak kat dapur masa lunch break, sambil sibuk ngintai Cik Pia pun boleh jawab ni. Kitakan dah lama berbesan, takkanlah tak kenal lagi kot :)

      Delete
  19. ini kite dah baca MD..nk ikut 100% mmg tak dpt la..tp akan diusahakn utk jawab soalannya..tq sudi tag besan..soalan kacang ke ni.hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kisah line tenet slow merayap lah ni kan, PK. Sampai tertekan 2x. Hahaha ....

      Delete
  20. owh! bunda baru perasan MD ada tag bunda...terima kasih...
    InsyaAllah yer...internet bunda tengah slow giler ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau free tu bolehlah join sekaki, Bunda. Takda tempoh tamat :)

      Delete
  21. Gigih nak buat soalan kalau betul2 join kan.. alahai.. seronok membaca rantaian jawpan yang ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat tu tensi rasanya. Tapi part baca jawapan tu, memang tersenyum sumbing ajelah :)

      Delete
  22. banyak kali singgah sini, rupa2nya tak drop komen, hihi
    anak bongsu 10 beradik....anak manja tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat juga ya Anim :)

      Thanks sebab sudi join. Saya dah baca tapi belum sempat komen lagi. Nanti saya baca dan komen berjemaah macam selalu ya :)

      Delete

Post a Comment