Kisah makan ...

Salam sayang kawan-kawan!

Konon ceritalah, I ni sebenarnya nak berdiet. Nak menjauhkan nasi dari my plate. Tak mahu beri peluang nasi terhidang dalam my plate. Itu autanya tapi faktanya memang susahnya alahai ...

Baru 2 hari menjauhi nasi kegemaranku tetiba Hubbydearie beri suggestion sikit punya baik,

Jom kita pergi Al-Rawsha!

Maka, tanpa apa-apa bantahan mahupun perdebatan hebat, I yang merupakan isteri mithali ni menurut kata aje dengan senyum lebar di bibir sambil dalam hati berkata - 'Punahlah dietku kalau gini ...'

Maka kami empat beranak pun pergilah menjamu selera di restoran Al-Rawsha.  Lihatlah muka-muka happy bila dapat makan sendiri ....



Makanan di sini memang sedap untuk my tekak ni. Portionnya besar, so kami tiga beranak berkongsi makan Chicken Mandy (RM20) dan Hubbydearie dengan bangganya makan sendirian dengan aman Beef Kabsanya (RM27).



Air pulak Abang dan Daddydearienya  ni memang tak jauh dari iced lemon tea (RM6 satu) cuma Mommy yang kononnya nak diet sangat boleh order Coke (RM4) dan Adik of courselah dengan 'milo ai satu' (Milo Ais) yang berharga RM6 juga. Kalau buat kat rumah ni, memang berjuglah rasanya, free aje Mommy buat kat dapur ya anak-anak dan suami ...

Ramai yang tahu tentang restoran Al-Rawsha ni kan tapi pada yang tak tahu, inilah alamatnya :

Restoran Al-Rawsha
8, Jalan Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
(berhampiran bulatan Kampung Pandan) 

Restoran ni ada delivery service juga dan cawangan terbarunya di I-City, Shah Alam.

Yang ini hari lain pulak. Jomlah kita ke restoran Jom Bali. Ni memang antara favorite restaurant my family. 



Selalunya kalau ke sini si Abang mestilah nak makan nasi lemak ayam dan pilihan Hubbydearie ialah Nasi Goreng 3 Rasa Ayam Goreng.


Gambar dari website Jom Bali

I pulak mestilah nak yang pedas-pedas dah namanya tekak Melayu. Pernah juga cuba Kuey Teow Goreng Basah. Not bad rasanya. Kalau order Mee hoon Siam tu, memang penuh plate dan boleh share tiga beranak juga. 

Tapi selalunya bila ke mari I akan order  Nasi Goreng Kampung aje...



Restoran Jom Bali ni pun ada banyak cawangannya antaranya di Aeon Big Wangsa Maju, dan Tesco, Damansara. Kalau berminat, bolehlah check website www.jombali.com.my/

Inipun memang rajin juga I menyinggah bila lapar ... 


Namanya seperti yang tertera -Restoran Mi Kari Udang Galah RHS. Memanglah istimewanya restoran ni terletak pada udang galahnya. Semuanya berkaitan dengan udang. Boleh pilih nak mi kari biasa, mi kari udang atau pun mi kari udang galah. Of course harga tentulah berbeza.


Kalau mi kari ni memanglah I tak nafikan sedap sehingga nak jilat jari. Kalau simpan sehari dalam fridge lepas tu panaskan lagilah pekat melekat sedap gitu kuahnya. But, menu lain-lain tu kira okaylah kalau dah lapar sangat sampai merangkak nak masuk restoran. Portionnya pun agak besar ya. Kalau order tu, janganlah terasa tamak haloba nanti tak terhabis pulak.

Mi kari biasa

Nasi Goreng Cili Padi

Restoran ni terletak di alamat berikut :

Restoran Mi Kari Udang Galah Resepi Haji Shahrudin
No.18, Jalan Dwitasik (Dataran Dwitasik)
Bandar Seri Permaisuri
56000 Cheras

Dan lebih kurang seminggu lepas terasalah nak makan sate. Maka kita tapau ajelah di Satay Station.

Gambar dari sataystation.blogspot.com





Memang tak dinafikan,  untuk tekak my family ni sate di sini sedap. Besar pulak tu. Memang terasa puas ketika menikmatinya. Kalau mak mentua lalu, memang buat tak peduli aje. Lantak ler nak kena sound ke apa *__*

Tapi al-terkejutnya I bila tengok harga sate ni sekarang. Dulu kalau tak silap, secucuk sate ayam RM1.20 dan sate daging RM1.30 Tapi sekarang ni, cuba tengok harganya ...


 Terharukan ....  kenalah 'rehat' makan sate mahupun order sate dari sini untuk apa-apa family gathering *sigh* *ah-kak-tak-mampu*

Akhir sekali, you all dah rasa ke oat choco yang jadi kegilaan sekarang ni?



Ahkak sudah....dah tiga kali membelinya. Anak-anak kurang minat tapi makpak yang lebih-lebih pulak!




















 







Comments

  1. Hooonooo.... Station Station dah naik harga... Sentap. Taknak kawan sate station.

    MD, u sama cam i la... diet nasi tapi nasi ni sangat berantu.. Susah nak dilupakan. Hahah. Ari tu u tanya pasla diet i tak makan nasik, tpi lelain carb i makan je. Biasanya kalo i skip nasik ganti dgn mee atau benda2 lain, akan susut sikit tau. Utk org lain tak tau la. Tapi susut sikit je la. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahalkan skrg. Ni first time makan sate dari Satay Station tahun ni. Mungkin ayam dan lembu yang diternak untuk buat sate tu high demand part food mereka kot, itu yang mahal jadinya!

      I ikut youlah ni. Cerita cenggini. Konon nak diet nasi je ngan minuman manis. Nak tengok berapa turun. Kalau tak turun gak, barulah nak diet extreme sikit.

      Delete
  2. Restoran Al-Rawsha kat I-City tu saya pun dah pernah p. tapi cam tak sama dgn kat kg pandan.btam taule tekak orang lain. I mean mandy@kabshah. Tapi kalu mixed grilled di superb la. Restoran lain yg.MD tunjuk tu tak oernah jejak...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cawangan di I-City tu saya tak sampai lagi. Tapi ikut kata HD, kat sana makanan lebih murah harganya dan rasanya setakat bolehlah untuk melepaskan rasa lapar :)

      Delete
  3. Assalamualaikum...

    Arghhh gambar nasi goreng kampung tuh sangat menggogdanyaaaa

    regards,
    Triplesmiley


    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Napa? Nak sikit ke? Nanti lain kali akak tapau dan tolong makankan ya :)

      Delete
  4. Alahai adik.. adik... kalau macam ini punya hidangan sah-sahlah punah-ranah semua impian nak berdiet. Memang kakak ketawakanlah kalau mampu tak sentuh nasi yg sedap-sedap semuanya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ke Al-Rawsha tu baru dua hari diet nasi, kak, dah tergoda. Camna? Rasa nak nangis je ....

      Delete
  5. Sejak dah berkilau kilau ni takut pulak nak makan udang tak hengat dunia....katanya kolestrol hehe...tp ingat lagi masa zaman muda dulu kalau makan hotel ( bukan sendiri pergi pun....biasanya contractor belanja...mmg balun semacam hehe)

    Lagi dulu teringin nk gi Al Rawsha tu tp tak sampai sampai lagi....tunggu dululah tekak teringin tahap gaban ...baru nerangkak ke sana...

    Jom Bali tu nampak mcm mengghairahkan lew....kat mana tu Md...alah cakap aje le...sajalah tu nak suruh klik website dia pulak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap okje seafood ni.... selagi leh makan jomlah kita melantak. Pesanan penaja tak ingat dunia nak berakhir. Hahaha...

      Al Rawsha kalau ikut tekak saya ni not badlah tapi kena gi yang kat Kampung Pandan tu. Ayamnya alahai lembut sopan santun gila. Sedap je masuk mulut. Memang terbanglah bab-bab diet ni.

      Jom Bali tu kita dah habaqkan kat Aeon Big Wangsa Maju ada satu dan Tesco Damansara dekat The Curve sana pun ada gak. Yang kat Setapak saya tak pernah sampai ler. Tapi tengok gak kot siapa chefnya. Ada sekali pergi nasi goreng 3 rasa tu berbeza betul rasanya di dua cawangan berbeza.

      Delete
    2. Hehe...mak terlepas kaca matalah tu tak perasan rupanya hang dah habaq mai....sowi...

      Delete
    3. Dah kena pakai spek mata tebal ni OKje... kalau tak kena buat LASIK terus :)

      Delete
  6. kihkihkih.....biase la tu kak...di saat kite berkobar2 nak diet...time tu laa dugaan menimpa2 hahaahahah...lieya pun selalu kene mcm akak nie...adoiiiii nak tolak tak kuat iman...lagi2 peberet foods kan...so kasi bedal jek laaa heheheeh...org kate rezeki depan mate jgn ditolak kan kak....rugi tak sudah nanti ...

    tu la kak, portion nasi arab ni besar kan kak....mmg boleh sgt2 share.... lagi pun kalo share leh order lain2 jenis...so dpt laa rase mcm2 jenis....lieya kalo makan nasi arab gileee suke ngan lamb mandy atau lamb kabsah kak...lieya ni pencinte lamb kak...mbekkkkkkkkk heheheheeh

    kemain anak bujang akak..sampai menjilat sudu hah...sodap sgt ler tu!

    ramai kate satay station sedap kak...lieya takpenah lagi rase..selalu makan satey willy jek...kat food court sg ramal tu...sedap jugak tu kak...dagingnye lembutttttt....

    lieya kurang minat oatchoco tu kak..ramai dok ckp sedap2..try le beli ...tersadai lambat nak abis kak hehheehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Lieya..selalu aje hangat-hangat tahi burung merpati bila bab berdiet ni. Kalau kita bersungguh, ada pulak yang tukang mengapi-apikan baranya :)

      Akak suka Satay Station ni walaupun mahal tapi tulah rasa cam tak berbaloilah harganya. Banyak sgt komplen kang orang suruh buat sendiri, mahu nangis pulak akak. So terpaksalah redha aje :)

      Akak pernah pergi yang kat Cyberjaya tu tapi terlupa nama restoran Pak Arab tu. Tapi okey aje pada akak walaupun ramai yang kata kat Cyberjaya lagilah best giler... Akak bukan pencinta lamb Lieya. Kalau tak tahu, akak tibai. Kalau tahu, akak sembur habis keluar semua. So, kalau akak termakan lamb, kasi senyap semua orang sekeliling biar tak tahu :) Akak ni bukan kenal sometimes lamb ngan beef. Kesian alahai selalu tertipu ....

      Delete
  7. klu mcm tu diet time puasa je nnti kak...
    senang tak sape nak hasut makan siang.. tapi berbuka kena jaga2 lah erkk.. takut overload ahahahah

    ketiga2 tempat tu langsung tak pernah pegi. sbb iolss jenis masak 7 makan dirumah.. sesekali jer mkn luar...
    o

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dapatlah Lyn. Seingat akak tak pernah pulak akak turun 10-20kg masa bulan puasa :) Setakat sekilo dua tu mungkinlah...

      Dah tua gini demand masa berbuka dah kurang sikit tapi of courselah lemak pun dah tebal. Hahaha ....

      Delete
  8. Nak diet ke MD? Alahai.. ni yang buat saya nak kembali diet nasi. Paling tak pun tak nak makan nasi waktu malam. Tapi tak jadinya..

    Kalau saya jumpa nasi arab, mmg tak hingat. Selalunya saya boleh habis. Hihi. Entah kenapa perut kecil ni kalau dgn masakan nasi arab cukup rasa sesuai..

    oatchoco tu saya beli baru 2 kali. Bagi saya ok je. Tapi taklah nak makan banyak2.. bg anak2 jelah..

    Kalau bawa naim makan satay, mmg kena order banyak. Boleh dia sorang makan 12 cucuk biasanya. Kalau tapau lagi, pun boleh habis dia makan. Mamanya makan 3 atau 4 dah rasa cukup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat diet nasi 2 hari aje lepas tu kebaboom, celah belum aje dietnya. Susah betullah nak mendisiplinkan diri ni, tak kuat iman. Tapi bila tengok orang diet dan hasil ohsemnya, cemburu pulak rasa hati :)

      Saya ni part makan suka sangat keterlaluan. Kalau dah suka nasi lemak, nasi lemak ajelah sampai jemu. Kalau dah suka nasi arab, rasa macam nak makan nasi arab je sampai jemu. Susahlah gitu gayanyakan kalau nak berdiet :(

      Oh, Naim suka satay ya? Superheroes tak suka satay. Makanan luar ni makpak aje yang selalu lebih-lebih. Superheroes biasa-biasa aje. Adakalanya kalau tak suka, jeling pun mereka tak sudi, AN...

      Delete
    2. Memang suka satay, Naim ni. Tapi dengan syarat jangaan beli selalu. Dua minggu sekali atau sebulan sekali okla. Dapatla tgk dia makan banyak. Kalau tak dia makan 2 atau 2 je. Mmg jenis payah sikit makan Naim ni kalau nak banding dengan adiknya.

      Delete
  9. Entry saya pasal shopping mall tu jangan terasa ya. Saya tak maksudkan sesiapa. Saja merepek sambil menanda papar exm. Saya sdiri pun insaf, mmg setakat ni banyak bawa anak2 ke shopping mall je. Ke singai pun baru pertama kali. Nak cuba baikilah bahagian tu, masa cuti sekolah jelah dpaat cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....don't you worry! Kita ni hati kental. Tak terasa pun walau kena 'smash' baik punya. Takpa AN...takda apa-apa. Tapi betul gak, memang itu ajelah tempat yang kerap dibawa Mommy kalau keluar berjalan dengan superheroes. Itu aje yang Mommy tau, nak wat camna :)

      Delete
  10. Portion nasi arab mmg besar.. Eh, harga tu nak sama dengan harga kat sini, sini harga nasi arab dan half chicken dalam GBP5+… Kalau kami makan kat luar, nasi arab kena order dua pinggn utk kami lima beranak… Tu pun kadang2 jenuh nak habiskan ayam2… Biasa si abah yang jadi mangsa kena habiskan semua tu… hihihi
    Laju2 scroll down baca entry ni….. Nanti jalan-jalan belah sana, boleh rujuk semula entry ni…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya juga, Nur. Kalau nasi Arab ni kami order dua pinggan aje. Saya sharelah dengan superheroes. Daddy makan dengan aman sendirian. Kalau tak habis, boleh aje tolak ke Daddy :)

      Delete
  11. memang tak dapat la acik nak merasa makan di restoren tu..kalau dalam Kl..kampoung Pandan tu KL la kan MD..suami acik..awal Bismillah lagi nak menolak..dia akan kata..nasi arab mana2 pun sama..sabo je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat nak makan kena drive ke KL ni Acik memanglah kena berkira-kira juga tu :) Kalau orang yang memang suka cari tempat makan merata, maybe oklah.

      Saya dan HD pun kalau jauh sangat takdalah sengaja nak datang makan je....malas ler.

      Delete
  12. Sedap smp menjilat sudu. Diet coke ek MD? Choco oat yg jdk fenomena tu pun sy dh mkn byk kali dgn lain2 brand. Kedai borong pun dh pandai markup harga. Dah mahal dh skg. Huh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diet Cokelah kononnya...ada gak dietnya kan :) Oat choco chocolate tu saya rasa sedaplah buat kudapan. Saya beli sepeket RM13 daripada kawan anak saudara. Katanya ada juga yang jual RM11 ya.

      Delete
  13. ehh kita dh baca cuma dtg nk komen je ni.hiks..

    fulamak sedapnya nasi arab..sy smp skang tak pernah mkn.kesian kan en suami tak habis2 bawak pegi makan tempat yg sama.lgpun area sp ni tak tau sgt nk cari tempat mkn yg best.huhu..

    sate skang mmg mahal..selalunya warung biasa standart harga 60sen 70sen secucuk..klu restoren up sikit la kan macam tmpat MD pegi ni..tp kt pasar malam sini ada lagi secucuk 30sen tau MD..boleh tahan sedap n isinya banyak juga..boleh dikatakan stiap minggu en suami beli.kami mmg puas makan sate dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak hari-hari masak sedap PK, oklah tu. Tak payah susah-susah makan di luar sebab tulah en suami tu tak mahu gi buang masa cari tempat makan dah isteri tercinta masak macam-macam :)

      Ada lagi sate 30 sen? Macam tak percaya aje ... Kami ni makpak je yang makan sate. Saya suka ayam, HD suka daging. Superheroes tak heran tengok sate. Kalau makan pun cuit sikit-sikit aje ...

      Delete
  14. daku jugak baru merasa..
    tp mcm dah pernah makan oat tu zaman muda2..

    btwn dah dapat resipi buat oat tu..
    campur nestum+oat+coklat putih cair. beku je MD.
    apa kata Md buat. nanti kita try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ke? I check belakang tabir, eh bukan, bukan, bukan...belakang label katanya dengan bangga 'Made in PRC' .Duh, produk Cina gak ke ni....

      Alah, PB, mood memasak dah merundum sekarang. Masak ala kadar jek. Apa kata PB buat, pastu hantar pakai sebesar bekas polisteren kat kita tanpa caj, lagi baik kot idea ni? Hahaha ....

      Delete

Post a Comment