Abang oh Adik!

Salam sayang kawan-kawan!

Sejak dua menjak ni memang rajin bawa superheroes keluar berjalan menemani Mommy bershopping sebab Hubbydearie takda. Selalunya kalau HD takda, memang my eldest sis akan jadi pengganti. Sejak Adik Cute dah besar sikit ni, tak sukar nak bawa mereka berdua jalan-jalan tapi I rasa tak syok pulak kalau takda geng. My sis memang pelawa aje, mesti sanggup turut serta. Kalau I ajak keluar sehari suntuk pun, memang sanggup punya *___*

Maka hujung minggu kami memang jaranglah dapur berasap. Nak masak pun tak cukup korum nak makan berempat. I memang sedihlah kalau kena makan tiga beranak without Hubbydearie. Yalah tu, percaya ajelah ya!

Sebelum tu marilah layan model tuala keluaran terbaru rumah MD (Eh, eh, ini bukan tuala baru tapi entah mengapalah si Adik ni nak suruh ambil gambar dengan towel ni pulak...)



Yang ini pula gambar akhir bulan April. Superheroes ni kalau ke sini, mana ada perasaan jemu. I baru perasan ada satu permainan baru, macam simulator juga. Si Abang dan Adik bukan main excited nak cuba tapi bila tekan button 'start' mengagau-gagau Adik nak pegang Mommy manakala Abang pulak dah terdiam seribu bahasa. Takutlah tu ... 



Kalau dah ke sini, memang kena sediakan duit banyak-banyak untuk ditukarkan kepada token. I rasa kat sini still ok lagi. Takdalah mencekik darah sangat. Tak macam di KLCC, satu permainan pun sampai RM4. Sama aje bendanya I tengok ...


 Adik sekarang memanglah rajin berposing untuk Mommy. Entah mengikut gene siapa pun tak tahulah. Mommy memang sejak azali tak suka bergambar. Tak kiralah masa sebelum berblog mahupun selepas. 



Si Abang pulak sekarang ni kalau suruh posing masih ikut kata. Belum lagi pandai nak mengelak 'permintaan' Mommy. Tapi itulah kadang-kadang memang nampak dalam penuh keterpaksaan dan keletihan melayan kerenah Mommy ni.

Kalau mereka berdua ni ada di rumah, memang havoc sepanjang masa ya! Macam-macam hal yang mereka buat. Ada-ada sahaja nak suruh Mommy tegur. Tengoklah apa mereka buat ... 



I know, I know... gambar tu bukan I yang snap. Bukan juga I teringin sangat nak anak perempuan. Superheroes berdua ni memang suka buat entah apa-apa kat rumah tu. Seorang ambil shawl sepupunya dan seorang lagi ambil 'serkup kepala' tokmaknya. Kalau Daddydearie nampak, memang kena marah superheroes berdua ni 'bergaya' begini. Memang kena warning kaw-kaw nih!




Comments

  1. hehehe... anak2 pun dh faham emaknyer blogger tegar siap psoing bagai bergambar utk blog mummy nyer yer.. tp pic plg bawah tu mmg x menahan lah MD... done nuffnang yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian gak kat anak-anak blogger ni ek. Memang terima nasib beginilah agaknya :)

      My niece/nephew suka betul ambil gambar superheroes aksi gini. Kalau dah bertutup litup gini memang orang kata mcm gegirl dah!

      Delete
  2. betul2.

    md sekarang asyik shoppong je.. md mesti guna alasan nk beli barg nak masak lah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada PB. Itu bermusim aje - kalau HD takda :) Kalau tidak, I ni memang isteri mithali habis ler ...

      Delete
  3. tau tau..acik tau MD..memang budak2 comel 2 orang tu yang nak bergambar macam tu kan hi hi
    tapi kan..MD masih ada peluang nak dapat anak yang pakai tudung nanti..sebab muda lagi..acik memang tak de harapan dah dah expired hi hi
    nak menunggu menantu pun belum nampk bayang..mau tahun depan kalau bayang2 tak muncul jugak acik kena buat iklan..mencari menanru la nampak gayanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaa... Acik tak percaya ke bukan saya suruh? Betul ni. Kalau gambar gini memang mereka posing untuk sepupu sepapat yang suka betul tengok aksi cam ni. Kalau Daddynya nampak, memang nak kena 'babat'. Kan dah kata anak lelaki mesti tough, takdanya nak sweet-sweet bersimpuh bagai :)

      Nanti kalau iklan dapat sambutan, cepat-cepatlah tetapkan tarikh. Jangan lupa jemput saya ya...

      Duh, Acik... kilang dah tutup. Cukuplah dua hero, 2 menantu pompuan. Hahaha....

      Delete
  4. Hehe kemain comey dedua ni tau...geram jek nengok gelagat dia..kesian md hd takder yer...kira makan tak lalu mandi tak basah la yer hikhik...waa kemain lg dedua ni yer abang tu pakai serkup kepala tu mmg sebiji gegirl....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul tu Lizz... makan tak lalu, mandi tak basah, tidur tak lena. Tapi masa HD takda tu saya tidur berdengkur lagi, mandi sampai 20 minit sebab tak berebut dengan HD dan makan main order kedai aje...licin semua :)

      Huhuhu...Abang tu sebiji ikut muka saya ya :)

      Delete
  5. amboi..kemain p shopping ya...saya pun ada sekeping dua gambar hero-hero pakai tudung tapi masa kecik la..la ni kalau suruh pun, xdenya diorang nak...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka-suka aje simpan gambar ni. Banyak jugalah budak berdua ni disuruh bershawl bagai oleh anak-anak saudara saya. Sampai kadang-kadang saya pun naik geram. Dah macam perempuan melayu terakhir dah nih ...

      Delete
  6. mcm2 ragam anak u kak. biasalah budak2.. klu tak senyap pulak nnti..
    ermmm dah pic omaknya takde, jadi anak2 lah kena interprem lebih.. betul tak?? (jgn mare kak, nnti kena jual hahahah)
    pic last bebetul mcm girl.. ku doakan nnti dpt girl yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda maknanya Lynn. Kilang dah tutup. HD pun kata oklah ada dua superheroes. Hahaha...selamat!

      Delete
  7. Abang behave ok lagi MD tapi adik tu cute sangat. Keletah dlm gambar pun dah buat kakak senyum sendiri. Senyum dia dah menggoda mak-mak org tau:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, kak... Abang ni kalau kat rumah tak payah pakai microphone macam Mommynya juga... Ligat dan lincah. Bercakap tak ingat dunia. Si Adik tu memang lagi teruk keletahnya. Bukan kita marah dia, dia marah kita sesaja.... Kak, jangan tergoda...susah nak bagi pinjam hantar ke JB. Eh, sanggup ke saya? Kakak saya nak bawa balik kampung seminggu pun bermacam alasan saya bagi :)

      Delete
  8. Abang tu malas nak dengar mummy dok suruh berkali2 tu yg whatever la mummy... terpaksa pun ambik ja la... he he

    Memang dah nampak gurlgurl sangat dengan shawl & serkup tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kurang macam tulah makchaq... Mommynya ni memang suka 'ugut' Hahaha...Terpaksalah posing aje tanpa rela. Tapi kadang-kadang kita tak suruh, mereka yang excited lebih-lebih pulak!

      Delete
  9. gmbar adik dengan towel macam bersimuh penuh gaya perepuan melayu terakhir.comel gila la..suka depa nak benda pusing2..kira sama macam aiman dedulu gak..mengagau tgn sbb takut.huhu..

    kemain pakai serkup n shawl...baru nk komen cantik sungguh anak dara MD...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada empat different posing ala-ala bersimpuh tu, PK. Dengan senyum melirik menggoda gitu, tak jadi saya nak marah Adik menyepahkan rumah. Terus snap photo .... Anak-anak dah tahu kelemahan Mommy mereka :)

      Aiman nak ke kalau kena 'serkup' ni? Hahaha....Boleh pulak Abang kata... Mommy, rimas betullah benda hitam nih!

      Delete
    2. Aiman masa kecik2 dulu rajin gak pakai serkup maktok dia pastu inner syria ibu pun dia belasah...ada dalam entry lama2 klu digodeh2.huhu

      Delete
    3. Kecik-kecik pakai gitu comellah. Kalau dah besar, nak pakai mahu kena kejar dengan parang :)

      Delete
  10. lama QV dok perhati , tul ker yang pakai serkup kepala tu abang ... heheheee . best kan bila ada geng join shopping . QV pun klu shopping dgn kakak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....kalau tak beritahu memang tak tahu kan... Nasib baik Abang pakai t-shirt dengan seluar pendek. Kalau si Adik dulu masa kecil, walaupun pakai t-shirt dan seluar ada juga orang dok tanya saya - Kak, sapa nama baby girl ni? Duh, tarik nafas sekejap!

      Delete
  11. hahaha comel sangat, since muka sweet sangat, memang dah nampak xak gugirl pun bila berscarf tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Si kecil tu sukalah menggayakan shawl dan tudung Mommy tapi si Abang tu memang tidaklah. Entah napa hari tu boleh pulak nak berposing dua beradik ala-ala gegirl melayu terakhir ...

      Delete
  12. cute pulak bila adik kenakan shawl..sekali pandang cam gegurl..
    abang behave sangat:-))

    p/s please emelkan address MD ke hanim_rahmat@yahoo.com.my..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anim, jangan percaya dengan ke-behave-an (hah, amik perkataan) Abang tu. Kalau Anim jadi cikgu Abang, memanglah dia very the behave boy. Cuba lepa kejap, satu sekolah tu boleh dengar suaranya!

      Nanti saya emailkan address. Eh, ni untuk apa ek?

      Delete
  13. singgah pepagi nak meroyan.. hehehehe
    xlist ada pitcher superheroes menghiasi entry MD.
    itu pasai pitcher mknan byk mghiasi netry saya.. boleh la kan dri xda gamba, ye dak !!!!

    serius pitcher last, ommmey anggat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda anak, nak anak. Ada anak lelaki, nak anak perempuan pulak. Hahaha....saja je statement ngengada. Cukuplah dua boys ni. Nak luruh jantung saya dikerjakannya... Aksi gegirl melayu terakhir namanya tu, Ciksu!

      Delete
  14. wei.. mana pigi komen kita tadi.. sedang taip tiba2 hilang.......wuuuuu sedihnya saya...

    kena la tulis semula. saja nak kena puji isteri mithali ni dua kali ya.. saya kata MD ni isteri mithali sebab takleh makan selesa kalau HD tak ada.. kalau saya ok je, sb suami jenis selalu ada.. hihi

    kira untung juga gitu, boleh MD keluar shopping dan window shopping, di samping anak2 pun happy boleh main2...

    ha, nak repot dgn HD, apa jadi dgn anak2 jantan dia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen oh komen! Come to Mommy! Huhuhu....mana pigi? Saya pun tak tahu AN ...

      Hahaha...itu cuma perumpamaan aje AN. Kalau HD takda, mandi basah lencun, makan sedap sehingga menjilat pinggan dan tidur pun lena sampai berdengkur :)

      Pergilah report...saya dah siap dah hantar report itinerary saya hujung minggu tanpanya... Hahaha...HD yang suruh saya call kakak saya ajak jalan-jalan sebab kesian kakak tolong jagakan anak-anak masa hari bekerja :)

      Bab superheroes tu, memang HD tak suka tengok gambar begini. Saya pun kadang-kadang geram gak sebab my niece/nephew suka betul ambil gambar posing ala-ala gegirl melayu terakhir nih...

      Delete
  15. Assalamualaikum wbt..

    Hahahaha yelah kak..sofia pun pnh kne marah kaw2 sbb pakaikan chibby tudung dlu...abah tuh takut terlekat ank die sorg tuh jd auwwwww~~~ hehe

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hah tulah pasal. Kecil-kecil tu oklah buat aksi manja gini. Kalau besar sikit mahu akak pun lepuk dengan rotan kalau berani nak beraksi begini. Memang tak senonoh. Tapi tak sukalah juga kalau ada niece/nephew suka suruh mereka buat begini selalu.

      Delete
  16. lor, sekali sekala letaklah juga mummy dearie punya gambar..nak kenal..kot-kot selisih bahu bolehlah bertegur sapa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...buat masa ni taklah kot Ema :) Saya rasa belum pernah lagi saya terserempak dengan kawan-kawan alam maya di blog saya ni. Ari tu pergi Top Steak House teringat gak kat Ema. Manalah tahu terjumpa di situ....

      Delete
  17. Semalam sebenarnya dah baca tp mcm tak biasa.....jiran sebelah katanya...suka hatilah mak nak dtg bila bila pun tengok xboc ke tengok bawah tudung saji ke ye dak....
    Nape tak ambik gambo simulator tu nak gak tengok macamana.....ni kat IOI Mall Puchong kan...
    Dulu dulu selalulah ....kalau dtg sini mesti naik kuda...la ni mrreks dah besar omak eh nak naik macamana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ambil gambar simulator tu sebab seorang dah pegang tangan, seorang lagi dah putih muka ketakutan... takdalah suspens sangat tapi sebab saya tak duduk sama jadi tak tahulah feelnya macamana ...

      Kalau ikutkan hati nak juga main sama tapi mmg confirmedlah terlebih tinggi, berat dan saiz bagai :)

      Delete
  18. mmg havoc i ketawa tgk gmbr last skali tu. macam2 anak teruna 2 org ni. terhibur betul baca kisah mereka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada 2 superheroes di rumah, macam nilah, Lyd. Memang sentiasa dalam 'kekecohan' aje hidup you. Tunggulah bila Luth besar sikit dan mana tau ada adik lagi (Insya Allah) memang gila meroyan dibuatnya you kat rumah nanti. Tapi yang penting di akhirnya, you rasa happy gila dengan keletah anak-anak :)

      Delete
  19. Layankan jelah si hereos ni ms kecik. Dh bsr nnt rindu pulak time2 dia org kecik dulu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Sejak Mommynya dah pandai berblogging, memang semua pengalaman pun masuk dalam bloglah nampaknya :)

      Delete

Post a Comment