Bestnya alahai ...

Salam sayang semua!

Hari ni memang takda mood rasanya. Kenapalah bila hari Khamis aje mesti rasa macam Jumaat. Nampak benar tak sabar nak tunggu hujung minggu. Walhal hujung minggu pun kadang-kala bukan buat apa-apa pun tapi excitednya lain macam. Yalah, dapat lepak kat rumah dengan anak-anak dan suami. Siapa yang tak suka, kan?

Oh, alahai... alangkah indahnya kalau dapat duduk di rumah aje goyang kaki ... mesti seronok! Yalah, sejak dah berbelas tahun bekerja rasa macam teruja betul bila dengar perkataan 'surirumahtangga' ni. Walhal, memang dah tahu pun perangai sendiri. Tak mungkinlah I boleh merasai nikmatnya jadi surirumahtangga sepenuh masa ni.

Mehlah, I senaraikan carta hati mengapa dan kenapa I rasa kehidupan sebagai seorang surirumahtangga itu amat indah sekali *feeling tengah baring atas kerusi malas sambil menghirup jus oren yang ada payung kat gelas tu*

a) Tak perlu lompat kijang katil setiap pagi. Bangun setakat solat Subuh pastu terbongkang balik, ikut suka bila nak buka mata ... Buat kerja rumah pun bukan susah mana *__*




b)  Boleh mengulit anak-anak siang malam tanpa jemu. Bukan ke masa berkualiti bersama anak-anak itu penting dan tak mungkin akan berulang lagi?

c) Kalau I di rumah, memang 'berkilau-kilau' semua barang.  I ni kan spesies rajin. Makanya kitchen ware ke, lantai ke, perabot ke mesti bebas habuk punya. Tak sempat nak singgah, I dah get ready dengan tuala kecil di bahu. Lap mana yang patut ...



d) Kalau I di rumah aje, memang hari-hari ada menu istimewa. Takda maknanya Hari Ibu ke, Hari Lahir ke, Hari Ulangtahun Perkahwinan ke, Hari Guru ke, semua hari pun akan ada special menu I buat khas untuk keluarga tersayang.



e) Bolehlah I lebih kerap 'melawat kawasan'. Sure best, masa orang sibuk bekerja di pejabat, I sibuk mengukur keluasan shopping mall. Oh, indahnya duniaku saat itu!


f) Tak perlulah setiap kali start enjin kereta kena menempuh kesesakan jalanraya ... Tak payah pening-pening nak fikir budget makan tengahari, pakaian kerja, make-up,  kasut dan beg tangan baru, serta minyak kereta untuk pergi balik kerja.


g) I teringin sangat nak hantar dan ambil anak balik sekolah setiap hari, lepas tu hantar pergi kelas tuition itu, ini. Kalau boleh waktu recess tu pun, I nak jenguk-jenguk dari luar sekolah walaupun anak-anak tak mengharapkan pun Mommynya datang waktu tu. Sambil-sambil tu, bolehlah gi melawat kawasan lagi *__*



h) Takda bos yang perlu dihadap lagi. Takda kerenah yang menyakitkan hati dan tak perlu nak bermuka-muka dengan insan-insan yang tak senang dengan kita dan kita pun tak senang juga dengan mereka. Faham-faham ajelahkan kalau dah berkerja makan gaji dan dikelilingi office mates yang ada tu baik, ada juga yang macam pijak semut pun tak mati-mati semut tu ...



i) Bila ada banyak masa free yang tak dihabiskan atas jalanraya dan pejabat, bolehlah I sambung hobi yang I suka. Baca buku cerita 2,3 buku sehari, membelek majalah-majalah yang selalu beli tapi tak baca-baca sampai ketinggalan zaman, tengok drama-drama kegemaran yang makan berpuluh episod nak habis. Pendekata boleh buat apa sahaja yang  terfikir di hati. Takda kengkangan masa, takdalah nak menyalahkan 'kesuntukan masa kerana bekerja' 24-7.



j) Kalau rasa nak travel aje, tak payahlah bersusah payah nak apply cuti yang seciput tu. Pastu bila tak cukup cuti, kena tolak gaji pulak. Bila terasa nak berjalan makan angin, kemas beg dan chow-chin-chow! Cubalah bayangkan, orang sibuk bekerja kita pulak sibuk menikmati percutian sambil berselfie-selfie lepas tu tempek dalam fesbuk kasi orang jeles tak sudah. Oh, bestnya gaya gitu!


Tapi itu cuma khayalan seorang pekerja pejabat yang merasakan menjadi surirumahtangga di hujung minggu amatlah indah. Bila diteliti baik-baik, I pun mengumpul sebab mengapa I tak boleh lagi jadi surirumahtangga sepenuh masa :

a) Kalau tak kerja pun, tetap kena bangun pagi menguruskan suami dan anak-anak.  Yalah, takkan kita nak sambung tidur masa anak-anak sibuk nak ke sekolah. Mestilah nak sediakan sarapan pagi, sediakan keperluan suami dan anak-anak juga.

b) Baru jaga anak-anak sepenuh masa pada hujung minggu, dah gegak-gempita rumah dibuatnya, Kalaulah duduk seharian di rumah dengan mereka, of courselah gembira tak terkata. Tapi, dah tentu BP pun naik dengan gembiranya dek keletah mereka yang tak reti diam seharian.

c) Kalau 24-7 buat kerjarumah pun rasanya lagi penat. Kalau bekerja, duduk goyang kaki di workstation sambil mata tajam merenung komputer. Takdalah susah mana pun sebenarnya kerja ni ...



d) Bila dah masak untuk sarapan+tengahari+malam, tentulah otak ni tak leh fikir nak masak special menu selalukan. Silap haribulan, walaupun tak kerja tetap juga suami dan anak-anak makan menu yang sama dirotate seminggu sekali. Cuma sesekali ajelah dapat menu istimewa. Takdalah beza kalau I bekerja dengan tidak kalau cam ni ...

e) Kalau hari-hari dapat 'melawat kawasan Parlimen 007 -KLCC' mahupun mengukur keluasan shopping mall, memanglah ohsem gila. Tapi lama-lama jemu juga. Nak cari apa ya? Takkan hari-hari nak beli beg, make-up, pakaian dan kasut sedangkan tak perlu pun jika duduk di rumah sahaja, bukan nak pergi kerja. Yang penting, kalau tak kerja, gaji takda. Mesti nak 'menagih simpati' pada yang sudi aka Hubbydearie. So, mana mahu dicari ongkos untuk menjaga kawasan Parlimen ni???

f) Hari-hari bawa kereta pun boleh sesat barat, kalau tak bawa memanglah berkarat skill memandu dan dah tentu lebih jauh kesesatannya. Yang sedih, perlu mendapatkan budget lebih untuk minyak kereta dan ongkos bersangkutan jika hendak ke mana-mana.

g) Melalui pengalaman lalu, bila bercuti panjang dan duduk di rumah, takdalah juga apa yang nak dibuat, mampu dilakukan. Biasanya memang malas akan menguasai diri. Silap haribulan, kejadian seperti ketika belajar di uni dulu akan berulang kembali -baca buku sambil baring lepas tu terhempap buku sendiri. Pendekata memang marbeleslah kalau dapat tidur aje bila ada masa free ni.


I know, I memang tak layak pun nak jadi surirumahtangga sepenuh masa. Dah biasa pegang duit sendiri, bila takda lagi merana rasanya. Dah biasa sibuk, bila kurang sibuk makin bertambah-tambahlah nampaknya sifat malas. 

Kesimpulannya, memang I tak akanlah berhenti kerja buat sementara waktu ni. Memang satu impian yang tak tahu bila boleh jadi kenyataan *long sigh*

Nota kaki : Gambar semuanya pakcik google tolong snapkan










Comments

  1. set kita md.

    aku tiap pagi nakbangun g kerja selalu terbayang bestnya jd suri rumah. wat air nescafe kat laki nak g kerja.. pas tu smbng membuta nga luth. Aku peram luth sampai kut 11 ke 12 ke..ha..ha.. pastu bgun cr nasik.
    tp kalau laki aku x de, aku mals nak masak. jad aku mask bila ptg laki aku balik..
    oh mesti kurus aku dgn luth..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Membayangkan tu tak sama dengan melaluinya, PB. Of courselah yang indah-indah aje kita bayangkan, ya dok? Buat kita peram anak harap-harap dia bangun kul 1-2 petang, tetiba 7 pagi dia dah menjerit-jerit nak bangun, camna?

      Eh, I pelik ler... belum pernah lagi berat kita jatuh sekilo duas, hanya semata-mata penat buat kerja rumah! Kalaulah betul, hari ni gak nak tender resignation!!!

      Delete
  2. salam kak... wah, sangat detail entri ini dan sangat kena dengan situasi saya jugak..hihi. terutama yang (h) tu. ni wajar jadi calon artikel best minggu ini... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fand,

      Thanks sudi singgah :)

      Hehehe...ini baru introduction. Belum tengok yang lain-lain. Yang sebenarnya memang tak pernah pendek entri di sini :D

      Delete
  3. dulu bercita2 nak berhenti kerja bila dah kawin.. tp tgk lah sapa pulak calon nya nnti.. klu kaya raya boleh gak benti.. hahahaha..
    tapi semua angan2.. klu dah kwin nnti pun ttp akan berkerja. dah biasa pegang duit sendiri.. takkan sikit2 nak mintak laki kan.. mau kena syarah.. dah lah kita ni suka shopping... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu-dulu Lyn langsung tak bercita-cita nak kerja. Sebab boyfriend 14tahun kan ada. Tanggunglah kita seadanya. Ingat nak jadi surirumahtangga sepenuh masa aje. Tetiba putus, hahaha...padanlah muka. Kenalah cari duit sendiri, makan gaji sampai la ni. Dah terbiasa bekerja kalau tak kerja, rasa cam lain aje. Walaupun rasa sangat ohsem kalau dapat duduk rumah aje tak payah gi kerja :)

      Delete
  4. lain orang lain pandangannya...ada buruk ada baiknya juga... duduk di KL sorang saja yang kerja memang susahlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya dua-dua pun sama, ada baik buruknya kan. Cuma kita ni yang hari-hari keluar pergi kerja, terasa nikmat alahai kalau dapat duduk kat rumah aje. Yang di rumah pulak, mungkin meronta-ronta nak keluar bekerja :)

      Delete
  5. hehehe... mmg sama2lah angan2 kita, dan memang sama sagtlah sebab musabab angan2 tu akan terkubur begitu saja buat masa ni hahaha!.. nuffnag da yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak buat decision. Nak kerja malas, tak kerja pun lagi malas nanti ....

      Susah ... susah....

      Delete
  6. aduh kak...lieya bace sambil sengih2...sbb ape yg akak list ni laa semua idaman wanita kak.... kalo boleh lieya pun nak mcm ni....syoknye lahai boleh belek anak2 betul2 sehari suntuk....

    tapi lieya mcm akak dah biase pegang duit sendiri...lgi pun sayang nak benti keje...dok umah pun takut bosan kak asek buat bende same... skrang punye kehidupan lieya okey dah...ade life dgn keluarga, kawan...so balance....yg penting kite enjoy!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau duk rumah cam mak datin, oklahkan Lieya. Ni dengan berlengas badannya, dengan kerja rumah tak siap-siap dari buka mata sampai tutup mata, aduhai....

      Kalau hubby akak kata I bagi you 'gaji' bulan-bulan, barulah akak on kot ..hehehhee...

      Delete
  7. Ini juga impian akak MD... bila akak cuti anak2 akak suka sangat.. boleh jemput balik sekolah, makanan dah tersedia.. sampai mereka kata "mama tak payah kerja lah" huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya si Abang tu kalau saya ada di rumah bukan main suka lagi. Katanya best kalau Mommy kat rumah. Memanglah meronta-ronta rasanya nak duduk di rumah aje tapi kalau tak bergaji ni lain macam pulak rasanya kena meminta-minta selalu :)

      Delete
  8. seronoknya baca angan2 MD..masa muda boleh la layan angan2 macam tu MD..dah tua macam acik ni lain pulak angan2nya..nak cepat pencen..nak pi belajar tambah ilmu agama..dah tua2 ni bila balik kerja..pergi pulak malam2..cepat je mata nak lelap..tapi acik pergi jugak hi hi..semalam rupanya acik terlelap sementara tunggu suami..sampai ada yang bagi tau kat suami..smpai tertidur acik tunggu dia..adui malu..camana la rupanya acik terlelap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau boleh Acik, sekarang pun saya nak 'pencen'. Yalah, Acik kalau muda-muda dok kat rumah best juga. Selain duniawi ada banyak masa nak memikirkan hal-hal bersangkutan dengan pahala dosa ni. Lagi cepat dapat singgah masjid, Acik...

      La itu mesti dah kepenatan sangat tu. Kalau saya nampak orang tertidur gitu, tentu saya datang kejutkan. Manalah tahu, kotnya nanti jadi orang terakhir keluar masjid..kesian pulak!

      Delete
  9. ada satu ketika SA memang rasa nak berhenti kerja sebab macam dah penat sgt...tp fikirkan komitment loan rumah dan kereta..terus x jadi berenti..nak2 plak SA ni sensorang..ibu tunggal kan...nak bergantung kat sapa plak nanti...anak sekolah plak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh faham keadaan SA tu. Kalau kita sorang membesarkan anak, lagilah banyak nak kena fikir SA. Tapi salute juga kat ibu-ibu tunggal ni yang berjaya membesarkan anak-anak sendirian. Entahlah, susah nak dibayangkan...

      Kalau muda single mingle, memang saya rajinlah tender 24hr notice aje :)

      Delete
  10. tengah kite semangat nak bw time ni la line semput..dh byk kali dtg sini setiapkali entry cuma tak dpt nk komen je...asik keluar The server closed the connection without sending any data.hangin je besan.hehe..

    mmg best klu dpt dok rumah mengulit laki n anak 24jam...tp tu la kan ada pro kontranya macam MD senaraikan tu benar2 belaka.boring la pulak hari2 dok hadap kerja rumah yg takpernah habis..

    lg pulak sy selalu fikir,klulah one day suami kita tinggal kita or jadi perkara yg tak diingini,pada sapa kita nk bergantung harap klu tak keja n takde duit sndri?mmg la tak mintak,tp ujian dtg bukan kita boleh tepis..at least kita ada kerjaya yg boleh bantu kita besarkan anak..klu tidak pun lepaslah utk diri sendiri..bab shopping tu perkara kedua la kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tirulah saya...line tenet office saya waduh kencang sekali :) Huhuhu...

      Ish, PK... ulit laki? Auw, kena rated PG13 komen ni. Hahaha ....
      Hubbydearie dah kata saya ni memang tak layak jadi full time housewife. Mulut tak reti tutup. Berleter aje kerjanya. Pastu semua nak ikut cara kerja saya kat rumah tu. Hah, tak larat 3 superheroes nak berganding tenaga menolong saya, makanya itulah punca mereka suruh saya jadi bibik sorang-sorang kat rumah. Panas telinga mereka katanya....

      Sedihkan...kita nak berkhidmat untuk keluarga sbnrnya rupanya mereka tak suka. Yalah, kalau dah penat mestilah nak sound kaw-kaw pakai loudspeaker. Bernanah ooi hati kalau buat kerja mulut senyap aje :)

      Betul kata awak tu, PK. Itulah juga yang saya selalu fikir. Lagilah berkahwin orang jauh gini. Kalau berlaku apa-apa, dan kita pun ada pendapatan tetap, takdalah gusar manakan ... Hopefully tiada kejadian tidak diingini seperti yang dibayangkan, ya!

      Delete
  11. angan angan tak salah
    keduanya ada baik n buruk
    kalau yg dah biasa pgg duit mmg tak bolrh dok umh saja la.tapi kalau nak benti selain nak jaga anak anak dan buat bisnes sendiri in shaa Allah pasti tak bosan..

    duit masyuk, anak anak pon terjaga ..

    ***mommy, i pi ch msa cuti sklah bulan mac hri tu.. itu yg ramei benor manusia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masalahnya Ciksu. Otak dah tepu tak tahu nak buat bisnes apa :(

      Kalau saya pandai berbisnes, memang lama dah saya berhenti kerja. Apa kelas makan gaji, lebih baik berniaga. Ya tak? ^__^

      Delete
  12. Benda yg tak de depan mata...itulah yg sering kita angan2kan..
    Kalau ada depan mata, mungkin lain pula kisahnya kan..
    Saya sendiri selalu terfikir nak bersara awal tapi ayat2 di atas itulah yg dimotivasikan oleh Encik Suami..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, Anim. Sebab kita berbeza keadaan sekarang, makanya kita nak merasa keadaan yang lain pulak. Kalau dah mengalaminya, lain pulak ceritanya. Berangan ni memang indah belaka tapi bila melaluinya, tak tahu pulak yang mana indahnya :)

      Delete
  13. Saya tak pernah berangan nak jadi suri rumah.. tapi berangan nak duduk rumah, main dgn anak2 jer.. kerja rumah orang lain tolong buat…. hahahaha, sah2 jenis pemalas nak kemas rumah…
    Tapi cuti bersalin dua bulan pun dah rasa gatal2 tangan nak pergi opis… Tak dapat pegi opis, suruh student datang rumah…. hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak tak pernah berangan nak jadi Mem. Lecehlah, asyik kena join hi class socialites gitu :) Best kalau dapat duduk rumah tak buat apa-apa. Yang itu, memang sesiapa pun sukakan. Kalau dok rumah jadi bibik pun, cam tak feeling best aje :)

      Delete
  14. nak meronda kawasan tu plg md suka yer ... heheheee ... dok umah ni x dpt pegang duit sendiri ... tu yg krg best . ada kekurangan dan kelebihannya sendiri . lagi best klu jadi bos dan arah pekerja buat itu dan ini . bos kira duit saja ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah QV, takda duit sendiri mengharapkan simpati suami aje nanti. Itu paling tak suka. Dah berbelas tahun dok pegang duit sendiri kan. Tapi kalau duduk rumah berehat aje, buat apa suka, hah itu memanglah ohsem :)

      Delete
  15. Ye....masa kita kerja mmg itulah impiannya....mcm mcm nak dibuatnya tp bila dah berhenti kerja 2 bulan pertama mungkin berkilau kilau le kabinet tv tu ...lepas tu...faham sendiri sudah....apa tah lagi melawat kawasan dlm alamaya ni yg mmg tak habis habis....syok baca cite org...mmg byk benda yg tergendala!
    Tp tak dinafikan jadi surirumah mmg best sebab kita ada masa kita sendiri....sesuka hati nak buat apa...itulah yg best walaupun tak berduit...Alah nak beli apa lagi kalau dah berkilau kilau ni....cukup apa yg ada ajelah....redho! hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh my own sweet time selalu, kan... menunggu juga pendapat OKje ni, ya maklumlah awak kan surirumahtangga sepenuh masa. Kalau OKje kata memang 24-7 marbeles, feeling ohsem aje...memang kacau bilau juga hati saya ni nanti :)

      Tak buat memanglah kalau boleh 1 jam sekali nak mengilatkan seisi rumah. Bila dah dapat buat, hah masa tu banyaklah alasan tak mahu buat sebab penat dah!

      Delete
    2. Tunggu pendapat kita ker....masa kerja dulu selalu cakap nak berhenti kerja umur 40....akhirnya Allah makbulkan sebelum umur 40 dah berhenti.... Moga diberikan kesihatan dapat buat ibadat dan jaga anak anak dan suami.
      Tapi masa muda muda dulu tak delah pulak nak berhenti kerja Semangat je walaupun macam macam problem Tapi sejak dah senjakala ni selalu berangan kalaulah diberi pilihan nak kerja ke nak duk rumah.... memang duk rumahlah yg Okje pilih.... boleh buat apa yg kita nak sesuka hati, sambil masak cincai cincai, kemas rumah...tp jangan ada pulak task lain yg kena buat.....yang tu... ohhh tidak hehe...

      Delete
    3. Memang betul tu OKje .... Saya pun setuju. Baru borak dengan HD pasal hal ni. Katanya kalau saya duduk rumah aje, mahu kerja makan dan membiakkan lemak ajelah. Tapi kata saya, kalau duduk rumah kita ada own sweet time more than orang bekerja cumanya yang tak best of courselah takda duit sendiri . Nak tunggu duit kat bank penuh sampai dapat beli kapal mewah ke, jet peribadi ke..mmg kena kerja sampai melebihi umur pencenlah tu :)

      Delete
  16. Haha.. kembali ke alam realiti ya. Kalau fikirkan stress kerja dan perasan keibuan yg membuak2 biak dalam darah ni mmg asyik rasa nak jadi ibu dan surirumah sejati je... tapi itulah.. rasanya ibi yang bekerja lagi sesuaila. Macam2 yanh baik tu kita boleh juga sama2 imbangkan walaupun bekerja kan. Saya pun risau takut bosan kalau dah tak kerja. Tapi saya harap takla krja lama sangat.. usia 50 ke nak resign.. ok tak? Masa tu nak relax dah. Uruskan anak dan rumah je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu pun cam tu, AN. Bila nak pergi kerja especiallylah. Rasa macam bestnya alahai kalau jadi surirumahtangga. Tak payah tempuh jem, tak payah dress up, tak payah ngadap boss. Tapi bila fikir balik, aduhai siksanya kalau jadi bibik free. Kalau dok aje kat rumah melayan anak-anak takpalah jugakan...Ini kerja rumah memang never ending storylah senang kata ...

      Saya kalau boleh nak kerja sampai 45 tahun aje. Lagi boleh kan :)

      Delete
    2. Amboi.. awal sangat tu.. time 45 dah nk resign. Nati cepat bosan tau.. anak2 dah mula masuk usia ke u masa tu.. sibuk depa..

      Delete
    3. Eh..silap kita cikgu Bm ni. Kalau 45 tahun anak2 saya di sekolah menengah lagi.. 50 tahun umo saya tu baru anak saya di u. La, abis saya nak resign bila? Takkan 60? Oooh tidak...

      Delete
    4. Resign umur 40 lah.... macam macam yg boleh dibuat hehe...

      Delete
    5. Resign umur 40-an, badan kuat lagi :) Banyaklah yang dapat dibuat. Kalau kena kerja sampai 60 mahu nangislah ...takdalah dapat pahala lebih nampaknya. Masjid pun makin jauh rasanya....

      Ofis saya ni umur pencen 62 tahun. Tak sangguplah saya tangan dah terketar-ketar still nak bekerja lagi. Oohhhh, minta-minta dapatlah rehat awal sikit dari kerja nih...

      Delete
  17. Dalam list tu kan... saya nak tambah, kalo saya la... kalo saya jadi surirumah, saya nak buat home schooling utk anak. Pastu boleh la menjahit dengan suka-suka ati ai aje. Tapi sama la mcm MD fikir, kalo betul2 jd fulltimer, tak boring ke nanti? Setakat ni bila cuti smeinggu jaga luth, tinggla berdua dgn dia, rasa mcm okay je. Tapi ada gak rasa boring sbb dok je kat umah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau sehari dua duk di rumah, memang suka aje. Tapi kalau dah berhari-hari tu terasa penatnya melebihi kerja di pejabat. Nak kata boring dengan anak-anak takdalah dalam kamus, ya tak tapi boring sebab tak buat apa-apa yang bermanfaat pun kat rumah walaupun banyak masa. Lagipun fulus enggak ada dalam tangan dan mengharap simpati tu memang bukan my type juga. Nak tunggu sendiri jadi jutawan, entahlah pulak bila baru dapatkan ... Kalau ditakdirkan saya menang competition dan jadi millionaire, hari itu juga saya letak jawatan :)

      Delete
  18. Sy fully hswife. Dulu kerja jgk. Tp dh 7 thn berlalu kan. Pernah la terpikir nak kerja tapi syg plk nk tgglkan bdk2 ni. Dh mmbesar dpn mata kan. Mmg kerja rumah tak prnh hbs pn. Ada je menunggu. Tp ai ok je. Husben ckp kaau tak larat buat la skt2. Kakau mls nak masak kita beli. Heaven kan? Haha...

    Tp msk sbb anak2 lg suka mak msk dgn suap nasi ke mulut dorg. Kalau mak suapkan mmg mkn byk. Mak mkn la sesuap dua. Lps tu kenyang sbb dok lyn anak2 mkn je. Send dorg pegu school, blk amk. Hari2 pesan ibu yg amk. Tak nak abah.

    Bab duit belanja ttp dpt tiap2 bln. Tp akak ni bkn la jns nak sopping memanjang kan. Stkt kuar2 bli bnd mkn tu biasa la. Lau keluar sefamily pn jrg la beli bnd2 utk diri snd. X tau la kenapa. Untung la dpt sy yg bkn berbelanja bkn2 nih. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam best ajekan kalau jadi full time housewife ni. Itu saya yang rasalah. Kalau dah dapat jadi housewife sepenuh masa, lain pulak impiannya....

      Anak-anak saya pun gitu, kalau makan bersuap memang banyak yang masuk mulut. Kalau tidak, banyaklah kerja extra Mommy kena buat.

      Ya, betul tu Sal...untung suami awak dapat awak. Kalau sayalah rasa cam patah sayap je bila tak bergaji nih.

      Delete

Post a Comment