Cuti Hari Pekerja

Salam kawan-kawan!

Ada yang bersambung cuti sampai ke Ahad ke ni? Wah, gila jealous rasanya sebab  I tak dapat join sekaki. Maklumlah, tengok bilangan hari cuti kat form tu macam dah semput sangat. Sekarang ni baru masuk bulan Mei. Mahunya kena potong gaji lagi tahun ni kalau kehabisan cuti.

Terima kasih kepada geng meroyan yang dah hantar alamat. Minta maaf ya, penghantaran mungkin ambil masa sebab barang-barang belum cari lagi. Nak cari barang mestilah ah kak kena keluar masuk shopping mall 24-7 cam ni. Maklumlahkan ...

Oh, ya! Teringat kat kawan seorang ni. Dia ni memang kental juga semangat mengomen kat blog MD ni. Mungkin masa sibuk sebelum mentido dalam train, dia baca entri MD kot, itu yang terus terlajak tertidur dalam train.

Katanya, blognya terkoma sekejap. Padanlah bila I ketuk pintu rumah asyik takda orang. Heran juga kalau ada anak-anak kecil ni tapi rumah sunyi-sepi. So, I pun selalunya baliklah dengan penuh kehampaan sebab tak dapat bergosip.

Apa-apa pun, welcome back tukang masak penuh bergaya, Chef Lizz dari MC blogging yang panjang. Katanya lepas ni rumah akan menerima kunjungan tetamu tak kira siang-malam mahupun ketika waktu tidurnya...Psst, bolehlah jumpa dalam mimpi ya!

Back to my cuti Hari Pekerja ...

Hubbydearie bab-bab cuti kat Malaysia, beliau memang tak peduli sangat. So, bila Hubbydearie tiada di rumah, isteri mithali ni tentulah panjang langkahnya. Calling-calling my sister untuk tetapkan plan ...

La bukan pergi mana pun. Mulanya ingat nak ke KLCC, pastu ke Sogo, pastu balik ke Sungei Wang, pastu Lot 10, pastu gi Aeon, pastu jalan lagi mana dapat. Baru nak gerak, baru teringat pasal orang ramai nak berkerumun tu. Makanya terbatallah hajat island shopping mall 'hopping' tu ...

Maka kita ke Ampang Park aje kerana my sister kononnya nak melawat kawasan. Yalah, kesian kat my sis ni. Beliau kena menjaga my mom yang kurang sihat jadi memang tak boleh gerak ke mana pun. Bila si adik gediks ni free, kita berjalanlah ya!

On the way nak ke Ampang Park, tengok jalan lengang aje. So, oklah tu. Mungkin 'perarakan' tak jadi kot. Dalam Ampang Park pun lengang aje. Dengan I sekali terjebak sama membeli. Maklumlah baru dapat 'bonus' dari Hubbydearie. Segeralah kulangsaikan apa yang patut. Memang nafsu serakah betul isterinya ini ...

Ni, ni, ni...ada satu seller ni. Bukan main menipu lagi. Katanya blouse yang dijual ada diskaun. Harga biasa RM79.90 tapi sebab ada diskaun, dia bagi RM55. Padahal, kalau kat tempat lain blouse tu sebenarnya memang RM55 pun sebelum berbargain bagai ya...

Kalau ya pun nak menipu, tengoklah dulu siapa ...

Of course, of course I tak termakan tipu muslihatnya. I berlalu pergi aje with my sister dan anak-anak.

Bila berjalan dengan superheroes, memang macam biasa banyak pit stop nya. Kejap nak Coolblog, kejap nak McD, kejap nak jajanlah... Penat melayan mereka. So, kalau pulang dengan tangan kosong, memanglah lagi penat I rasa.

Selesai di Ampang Park, ingatkan nak makan lewat tengahari di KLCC. Dah lama tak pekena seafood spaghetti di situ. Rindu pulak rasanya. Baru masuk aje parking KLCC tengok banyak kereta dah menempek kat tepi-tepi. For surelah parking dah penuh ni. Kita pun u-turn nak keluar. Ingatkan tak perlu bayar parking. Sampai aje dekat exit, palang tak naik ya.

I pun punyalah gelabah nak mengundur kereta sampai nak  tekan lampu signal emergency pun 'blank' tak tahu macamana...Boleh gitu ya...Ini baru kes kecil. Kalau kes yang lagi serius, memang lebih teruklah paniknya I nih...

Tak pasal-pasal kena bayar RM4 semata-mata 'melawat parking area KLCC'. Padanlah muka!

Agak dah lepas nak keluar, HD pun called. Katanya kenapa ke KLCC, dah orang ramai penuh berarak. HD pun baru aje keluar dari KLCC dan sedang menuju ke Aeon bersama kawannya. Oh, tak bolehlah nak pergi Aeon cam ni! Kalau HD nampak I jeling-jeling kat barang-barang mahu kena lepuk kang!

Balik rumah hari nak hujan, kita rehatlah sekejap. Kasi hilang segala lenguh di kaki. Superheroes memang dah penat dah. Letih mengikut orang dewasa gi shopping *___* Memang taubat tak mahu pergi kalau diajak, kalaulah mereka tahu ...

Ingatkan nak pergi makan kat Wang Solo, tapi fikir-fikir balik teringat pulak kat restoran yang Ema pernah blogkan ni. Nak try juga. I pun tell-tell lah good story kat my sis. Rupanya my sis lagi advance... She and her sons dah pernah sampai sana without me... yes, without me!

Maka kita pun geraklah ke sana petang tu. Boleh tahanlah makanannya. Nak kata sedap hingga terjilat-jilat jari kaki dan tangan tu takdalah jugak. 

Ini kes photographer cikai malu-malu nak snap gambar. Jadi hasilnya memang sentiasalah tak semegah mana pun ....






Oh, lupa pulak nak beritahu nama restoran. Ini restoran bernama 'Top Steak House' di Sungei Besi sana. Don't ask me macamana nak  tuju, I bab jalan ni ada 'bebal' sikit, ya. Kalau ikut arahan I, pasti sesat jalan ~__^

Alamat pun I google ajek :

Top Steak House 
No.2, Jalan Tasik Utama 10,
Medan Niaga Tasik Damai,
Sungei Besi
57100 Kuala Lumpur 
(nearby Lake Fields)

Itu ajelah cerita hari cuti pekerja. Balik rumah, dua bakul baju menunggu untuk dilipat. Nangis-nangis I melipat pakaian tau ...

 

 



 





Comments

  1. hahaha...berjalan waktu cuti memang sangat memenatkan sebab nak kena bersesak ngan org...saya pun melipat kain tapi tak nangis sebab satu bakul je..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Asyik berjalan aje sampai dua bakul baju tak berlipat. Excited cuci pakaian punya pasal. Mesin basuh pun dah pening-pening lalat dengan tuannya!

      Delete
  2. assalam MD..acik memang seronok betul semalam..dah cuti hari pekerja kan..acik memang cuti sungguh2.masak pun tidak hi hi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Saya cuti masak aje, Acik. Lain-lain masih lagi memberikan perkhidmatan dengan sepenuh jiwa raga :)

      Delete
  3. tak habis2 dengan shopping ye..tak kira masa MD ni tau..nikmat hidup kan..:)

    nmpk menarik juga restorennya,tp klu rasa biasa2 saja better masak sendiri kt rumah..kemut katanya.muahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada shopping, PK... window shopping aje :)

      Dah terlanjur nak mencari barang tu, jeling-jelinglah apa yang ada. Susah pulak rasanya tak tahu nak bagi apa. Boleh gitu... Hahaha..

      Saya rasa tempat yang saya pergi selalu tu lagi marbeles tapi tekak masing-masing punya, masing-masing nyer citarasalahkan... Kalau PK, memang dibuatnya kat rumah sesaja. Rajin tak pa...

      Delete
  4. rajin.. rajin sunggguh shopping ke sana... tapi md memang biasa area situkan.. KLCC punya parking mahalnyer yerk... untuk melawat2 gitu punkena 4 ringgit... ha.. ha.... memang tahap orang kayajer singgah sinini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kawasan Parlimen saya tu, Cho. Mestilah nak kena melawat kawasan selalu :) Ish, KLCC tu setakat window shopping tak perlu jadi orang kaya, Cho. Insan marhaen cam saya pun leh pergi..kui3x.

      Tapi part parking RM4 tu memang melampau saya rasa. Tak berjaya saya nak rembat handbag sebab dah kurang RM4 dalam beg tau!

      Delete
  5. haaaa... merata jalan!
    tadi silap baca. ingat ampang point... ampang park rupanya.

    kot2 la nampak kat ampang point =)

    seronok kan berjalan2 ngan anak2. memang feveret!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best memang best, kerenah pun boleh tahan juga. Kalau tak kuat iman, memang jadi monster sekejap tapi takut pulak kalau marah anak in public kang kena penjara 18 bulan :)

      Saya dah lama tak gi area Ampang Point. Dulu rajin gak gi main bowling bawa si Abang.

      Delete
  6. kita pun sama sambung cuti sis...
    nak simpan cuti ni hah...
    lepak kat rumah tgk tv jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, awak pun cuti rupanya. Ingatkan tadi kat ofis. Cis, very the cembulu one like this!

      Takpa, takpa dah kul 3 lebih. Kejap lagi boleh balik, ulit anak, melantak, tengok TV dan peluk cium bantal busuk! Duh, hari ni kena tinggal HD lagik :(

      Delete
  7. Kenapa Bubbly abang ketawa tapi mcm meneran jer nengoknya...Penat yeh ....sian....dapat tak benda yg dibawa balik tu abang? Kalau tak memang sia sia ajelah ngikut mummy hehe....
    Boleh tahan jugak yer mengukur jalan kekdahnya dari satu mall ke satu mall menyinggah ....
    Kita jarang ngukur area KLlah beb....tak tau nape....jemu tu jemu jugaklah asyik gi AEON Balakong jer..... nak nengok apa lagi pun tak tau....

    Memang sah sahlah tak pernah sampai restoren tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mommy nak ambil gambar, so itu senyum dalam keterpaksaanlah tu :) Adik langsung tak nak berkerjasama kali ni....

      Ini kira dah slow downlah OKje sebab dah tua. Kalau zaman 20-an dulu lagi hebat mengukur jalan... Kita pun sebenarnya jemu gak dengan Aeon, Aeon Big ni tapi itulah yang paling senang nak tuju bila tak tahu nak ke mana :(

      Delete
    2. benar sesungguhnya benar belaka....hehe..OKje lagilah buta jalan awak tu oklah jugak sampai ke KLCC

      Delete
  8. Hai kawan.. induksi tu siapa yang dimaksudkan ya? Kena saya terasa pulak ni? Adeh, ada persamaan gitu. Berharap nk cuti sampai hari Ahad, tertidur dlm train? Eh bukan no no no.. dlm bas je kalau saya.. haha..

    Bestnya hari pekerja MD. Jalan tak cari makan sedap ya.. berani budak kedaitu nak jual baju kononnya murah ya? Dia tak tahu costomer dia jenis bijak mcm MD mana senang ditipu.. semua tempat dah biasa jelajah..

    Betul, saya setuju. Kalau keluar tu, bab makanan tak berkira sgt dgn anak. Alasannya sebab kalau diorang dah kenyang balik takkan buat hal.. kalau tak mama yang stress bila balik..

    wei, kat atas tu maksudkan siapa tu? Saya ke? Wah...ada orang rindu... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, AN. Sibuk betul rupanya cikgu seorang ni. Hujung minggu baru nampak hah...Anyway, thankslah sebab sudi lagi datang menyinggah, mengkhatamkan mana yang patut. Bukan senang tu nak baca entri panjang-panjang :)

      Itu cuma plan aje, AN tapi tak dapat pergi sebab perhimpunan tu. Just jalan-jalan kat Ampang Park aje pastu gi makan. Tapi memang sejak HD sibuk aje, hujung minggu memang lenjan berjalan dengan my sister. Puaslah meng-qada' mana yang patut :)

      Kalau dah biasa ke sini tetiba hilang, no komen-komen as usual, mestilah rindu AN. Maklumlah geng meroyankan ....

      Delete
  9. mmg pergunakan hari pekerja utk berfoya2 sepenuhnya… bagus2, mmg pekerja mithali… saya juga dah tiga tahun tak celebrate hari pekerja… pegi pukul 9, balik pkl 7… nasib baik pkl 7 pun masih terang benderang skrang ni :)

    Abang tu mcm senyum paksa jer.. tapi tetap nampak comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpa Nur. Next year dah boleh celebrate Hari Pekerja :) Bersabarlah, habiskan pelajaran tu dulu ...hehehe....

      Abang memang terpaksa senyum sebab Mommy nak snap photo. Nak wat camna dapat Mommy yang gini gayanya ...

      Delete
  10. Anak2 bunda pun tak dapat sambung cuti hari jumaat semalam...frust jugak dorang...ingat nak pergi kenduri arwah kat kampung...sabtu pun tak boleh jugak yang kakak tu kerja jugak...
    closing account katanya....biasalah keje bank...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak cuti boleh saja, Bunda tapi cutinya pulak tinggal sikit. So sayang nak bercuti setakat nak duduk di rumah aje :) Kalau cuti banyak, memang saya kerja ambil cuti ajelah ...

      Delete
  11. akak pn sama, kalau bab2 jln mmg fail nk ingat...he3x.....
    kalau bab2 melipat baju pn akak alergik....maunya rasa nk meraung....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya punya ingatan tang jalan-jalan ni memang sangat teruk. Kalau jalan yang saya tak biasa, memanglah havoc jadinya. Kalau shopping mall tu, hah boleh tanya saya :)

      Oh, akak pun alergi kat lipat baju ya? Sekarang ni kan dah ada servis melipat baju :)

      Delete
  12. nak tipu kaki sopping memang tak pat lah kan...jhhheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, payah, payah nak tipu den! Tapi sebenarnya saya rajin gak tertipu sebab tak dapat mengawal nafsu :)

      Delete
  13. hehehe... shopping ajelah kerjanyer yer MD... eh skang ni bab2 western2 ni KA x g terjah dah mana restoran , suh Angah buat , x reti suh dier gogle2 cari, kan mak mitahli, kena watlah kerahan tenaga tuk anak2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah KA ada anak yang boleh berwestern kat rumah. Simpatilah kat saya ni. Saya nak mengharapkan siapa untuk masak di rumah? *nangis-nangis sambil lap hingus kat lengan baju kurung*

      Delete
  14. Assalamualaikum..

    Perghhh kak!!! serious rajin gile akak melawat kawasan..byk + time cuti yg mmg sure ramai org..kagum sofia akk rajin nk drive waktu2 cmtu

    regards,
    Triplesmiley

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam,

      Hahaha...mesti silap bacaan ni, Sofia. Itu plan dalam kepala aje tapi tak dapat nak dilaksanakan dek kerana perhimpunan tu. Masuk KLCC tu pun dapat bayar parking kerana jenjalan 'makan angin' cari parking jek....

      Takpa, ada satu lagi hari cuti minggu depankan. Kita jenjalan lagi. Nak ikut ke atau dah selamat masa tu balik Muo?

      Delete
  15. bagus la md ni ghajin pi melawat kawasan parking.hihi.

    hari pekerja x ke mana.sibuk menanti utk tadah air.huahua.

    boleh la crik kalau tersesat ke sg besi sana :)

    sian md.sampai nangis ye lipat kain.nak saya tlg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni dah ok kan Ciksu air di rumah. Bolehlah gi jenjalan dengan cik abe.

      Oh, saya bab melipat baju ni tak pakai agensi :) Biasanya sebakul sehari tapi dok sibuk berjalan sana sini, dua bakul sekali ambil time melipat dah nak tengah malam. Meleleh gaklah air mata ni sebab tak cukup tidur :)

      Delete
  16. wah ! letih mengukur shopping mall masih ada tenaga nak lipat pakaian ... klu sales raya pun sama . mrk naikkan harga seratus peratus pastu letak tag diskaun ... huhuhuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah kalau macam kat Sogo tu, kita rasa pelik gak discount sampai 70,80% kan padahal harga sebenar tu tapi kata diskaun. Macam tak logik aje tengok kualiti dengan harga sebelum diskaun tu.

      Lipat baju tu my favorite. Haruslah buat walaupun penat. Cuma minggu ni entah kenapa sekali basuh 2 bakul. Main campak baling kot superheroes kat rumah ni.

      Delete
  17. sampai hati klcc cekik darah cas parking walaupun tak parking. senang la derang buat duit kalo gitu...
    i tahu, wp u penat melayan super heroes nak jajan dan mekdi, tapi hati u hepi sbb dpt hepikan the superheroes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Mommynya lagilah hepi, Lyd!

      Superheroes kalau lama tak keluar dan dapat berjalan walaupun menemani Mommy gi shopping, tetap terasa gembira. Mommy pun dalam pandai shopping menyambil juga belikan apa yang superheroes nak. Lagilah mereka 'I lap U, Mommy' 18kali sehari :)

      Delete
  18. Gelabah ye MD. Haha... Nsb baik x lggr palang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah, tetiba blank. Puas fikir mana nak tekan signal emergency tu :)

      Delete

Post a Comment