Salam sayang kawan-kawan!
Mood bekerja a bit kedaung disebabkan cuti sekolah. Walaupun takda plan apa-apa tapi boleh pulak nak moody malas nak gi kerja, ek. Macam-macam hal. Mengalahkan budak-budak aje mak budak yang satu ni.
My babysitter aka eldest sis tak balik lagi dari kampung. Ingatkan seminggu aje, rupanya dah masuk dua minggu my sis dan mak duduk di kampung. Wah, excitedlah tu agaknya sebab katanya di kampung semua pun murah!
I lah yang tak tentu hala sekarang ni kerana ketiadaan babysitter. Minggu lepas I cuti beberapa hari termasuklah cuti sakit dek terjelepuk. Memang timing baik betul, masa my sis takda, masa itulah nak jatuh.
Minggu ni pulak I kena bergilir-gilir dengan my niece. Nasib baik dia ada. I dah sound berterus-terang kat my boss kemungkinan besar this week I memang kena cuti setengah hari sesaja. Maklumlah nak menghabiskan cuti yang seciput tu. Risau kalau leave form tu takda big zero tau yang sebenarnya dalam hati dah gundah gulana sebab baru nak masuk setengah tahun cuti dah habis bersepai.
Semalam Adik Cute ikut my niece pergi officenya sebelah petang. Bukan Adik tak biasa dengan his favorite cousin ni, tapi boleh pulak semalam my niece kata dah sampai pejabat Adik tak mahu masuk. Kenalah I pujuk melalui telefon...
Mommy! Adik tak nak asuk! Adik nak bayik. Mommy amik pastu pi umah Apiq ehhh ....
Adik masuklah. Ada tab. Men apan-apan (upin ipin) eh... Nanti Mommy amik gi umah Apiq eh...
Macam tulah ya nak melayan si superhero yang dah petah berborak ni sekarang!
Bila start cuti sekolah nanti, memang no choicelah. I mungkin kena ambil cuti. Abang dan Adik memang tak boleh bertemu. Kecoh memanjang. Kalau dua-dua ikut my niece ke pejabat, mahu pengsan melayan kerenah mereka berdua.
Baru-baru ni bila bawa mereka keluar berjalan, terjumpa jam tangan ni. Nampak menarik pulak. Murah aje lalu I belikan untuk superheroes berdua.
Yang Abang punya, belum sampai rumah dah tercabut tali kecil tu. I terus pergi kedai jam tukarkan tali. Tahanlah untuk beberapa lama. Siap nak bergaya lagi pakai ke sekolah.
Sabtu lepas, dok asyik Abang 'mengerjakan' jam murah tu, terbarai semuanya. Habis dah selamat masuk dalam tong sampah.
Adik punya 'jam kereta' masih ok lagi. Kalau ditekan 'enjin' kereta tu, akan terkeluarlah jam digital di dalamnya. Mulanya ingat tak mahu Adik tahu macamana nak tekan. Sekali dia nampak, asyiklah menekan tak kira masa. Tercabut terus spring di dalam tapi jam masih elok dan boleh pakai lagi. Cuma tak boleh tekan selalulah, mahu tercampak body kereta tak tahu kat mana nanti...
Adik sekarang kalau keluar berjalan, ikut mood angin timur selatannya. Kalau rajin, dia nak bawa beg sandang ni. Kalau tidak, minta maaflah tak kuasa nak ke hulur ke hilir dengan beg ni. Jenuhlah Mommy bawa air bagai dan barang spare Adik dalam handbag besar Mommy pulak...
Kalau hujung minggu aje mestilah nak beli stok aiskrim superheroes (termasuklah aiskrim buat makpak juga ya ...) Kali ni kita tukar yang ini sampailah mereka jemu. Bila dah jemu nanti, cari aiskrim lain pulak ...
Mommy! Tadi Abang dah makan satu zebra, Adik pulak dah mamam tiger satu!
Ini pulak makan tengahari Mommy bila selalu aje kena melawat kawasan Parlimen berdekatan ya ...
Bayangkan mak kita dulu handle berapa anak? Kita ni anak 2-3 dah macam-macam hal. Kakak rasa dulu kita kalau ada barang pun boleh turun pada adik ke anak saudara ke tapi anak kita pula satu barang sekejap dah terbarai. Worst thing nak di'operate' sebab nak tahu isi dlm mainannya..
ReplyDeleteRespek sama emaklah. Baru dua anak dah rasa terkejar sana-sini, tak cukup masa. Kalau 10 anak, mahu tak sempat jaga diri sendirilah nampaknya!
Deletekena try dulu md beranak 10. <-kata orang
Deleteinsyallah ada jalan..
huhu..
Tak dapatlah nak try, PB. Kilang dah nak tutup operasi ni. Hehehe...
DeleteLaaa...... ye ke tak balik lagi kesian nyah hehe.....Jiran sebelah ni memang tak boleh diharap, nama je jiran sebelah hehe....
ReplyDeleteYour niece tu keje sendiri ke MD....senang pulak boleh bawak bebudakkan..... Nasib boss ok ......kita ambik cuti selalu....mcm company OKje dulu susah sikitlah.... walaupun kita jaga anak kat hospital....tu yg kadang ada sikit rasa serba salah....
Tengok eskrim ni teringat eskrim durian kat fridge yg dah lama beli...sat lagi nak makan jugak ni....
Itulah segan nak singgah rumah jiran sebelah, nak tumpangkan anak-anak :( Kalaulah jiran offer, dah lama den hantar siap dengan bekalan seminggu lagi tu :)
DeleteKat sini cuti oklah. Walaupun boss geleng kepala tapi no worries, mesti lepas. Yang sedih cutinya ciput sangat. Mak-mak budak, memanglah ada aje emergency kan... Memang tak merasalah nak bercuti obersi kalau takat ngabiskan cuti dengan emergency je gaya gini ...
Tengok expiry date dulu OKje sebelum makan. Dah berapa lama eskrim durian tu dalam fridge? Kalau nak yang baru, gilah rumah kita. Baru semalam kita tapau kat kat supermarket :)
Psstt... hari ni den cuti lagi setengah hari!
mmg terasa tunggang langgang idop kita yg bekerja nih klu xde pengasuh. Rasa mcm nk jd sotong je kan..sini sana nak kena buat. Keja opis, keja umah, anak2..mmg pitammmm.
ReplyDeleteamboi..!! stok eskrem x leh kurang eyh kat umah. Anak2 mak pun suka gak eskrem ni gak tp laki mak lak x bg wat stok kat umah. Kalo taim teringin nk eskrem br gi beli.
Whoa... rasa nak nangis tersedu-sedu pun ada ni. Apalagi bila apply cuti tengok baki cuti dah semput sangat. Nak bantai cuti apalah lagi lepas ni....setengah tahun tu ada lagi .... Napalah company ni taknak bagi cuti 40 hari setahun. Senang sikit kerja mak-mak macam kita nih ....
DeleteStok sentiasa ada. Stock up hujung minggu tapi depend gak superheroes ni nak makan ke tidak. Kalau balance tu banyak, memang tak belilah utk stok minggu ni :)
adeh...camne ek cuti dh nk abis tu....nk wat camne kan dah xde pilihan...
ReplyDeletePotong gaji dengan penuh bergayalah nampaknya, kak ....
Deletememang kelam kabut MD apatah lagi keluarga tinggal berjauhan,,
ReplyDeletenasib baiklah your niece tu ada..
dan the best part, boss MD yg sporting morting tu..hee
Syukur sangat sebab kakak ada membantu tapi bila kakak nak balik kampung dengan mak, masa tu memanglah mengelabah habis. Saya kalau bab anak-anak, kerja pun saya tolak tepi.
DeleteBoss saya memang nampak sporting tapi Jap tetaplah Jap, kan :)
kita ni tak mcm org dulu2 erk kak.. baru anak sikit dia punya kelam kabut rasa nak tercabut rumah.. tapi mak2 kita dulu.. anak 10 pun selamba jer handle..
ReplyDeletetapi zaman dulu tak sama dgn skrg.. dulu mane tab internet segala ni.. anak2 sume behave jer. skrg ni jgn ckp lah
Dulu mungkin mak kita surirumahtangga je. Kerja urus rumahtangga dan jaga anak-anak sebaik mungkin. Anak-anak dulu pun senang nak jaga, cabaran tak banyak. Sekarang ni macam-macam ada. Nak tinggal anak sendirian takut, nak tinggal dengan orang pun takut. Kita pulak kerja makan gaji...lagilah susah :(
Deletebest la dpt mommy rajin beli eskem...hhee
ReplyDeleteSiap stock up lagi. Superheroes saya ni Msred, kalau dah jemu mereka takkan meminta lagi. So kita bagilah sampai dah jemu. Nanti tak payah nak beli stok simpan kat rumah lagi :)
Deletetulah anak-anak dah start cuti esok, kesian cuti sekolah mereka kena stay dengan pengasuh..mamanya tak dapat nak apply cuti lagi...nasib baik si kakak dah selamat sampai kampung..hari ni dah ponteng sekolah ikut tokma nya balik....seronoklah dia.
ReplyDeleteSaya ni Ema, kakak dah pesan nak bawa je si Adik tu balik kampung. Saya pulak tak bagi. Macam-macam alasan saya beri. So, kenalah tanggung masalah sekarang. Nasib baik ada niece yang boleh gilir-gilir tolong jagakan. Kalau buat kakak saya nak extend sampai minggu depan, aduh memang terjelepuk lagilah saya!
Deleteheepppi la dierang dapat makan eskrimmm...yer...
ReplyDeletelizz kalo time coooti begini dah ssh hati bebudak ni tak tau nak duduk mana hehe...maklumla bila sekolah adik satu hari di tadika adik abanglak di sekolah...bila time coooti kena la carik tempat untuk adik n abang huhu.... sib baik ada tempat 2 minggu abang n adik tusyen pagi sampai petang hehe...kalo tak tak tau nak duduk ngan saper hehe sekolah adik pun takder jagaan time cooti ginih....
Oh, nak pulak ya Lizz anak-anak pergi tempat baru untuk 2 minggu ni? Saya memang pening kepala sikit bila dua-dua ada di rumah dan takda orang nak jaga. Memang susah hatilah memanjang.
DeleteHari ni pun cuti sebab menjaga Adik lagi ke?
ReplyDeleteLawanya jam kereta tu. Mana beli tu? Saya nak cari juga buat Naim ni. Dia kalau benda berasaskan kereta mmg cukup gemar. Seronok sakan kalai dapat beli barang untuk anak kan..
Stok ais krim ada banyak lagi ni kat rumah. Saya cuba nak elakkan diornag makan supaya tak selerak melekit atau comot. Tapi mana boleh ditahan2..
Jam tu saya beli kat Aeon. Murah je RM10. Adik punya bertahan lagilah, Abang punya pulak yang bersepai. Aktif sangat mengodek jamnya.
DeleteStok tu simpan aje tapi satu hari sekali je boleh makan... Lebih-lebih nanti memang Mommy naik suara lagi :)
kesian adik takde pengasuh..klu kita ni berjiran boleh la adik dok rumah bakal mak mertua main sama bakal isteri.hakhak..
ReplyDeletebyk adik abg makan aiskrim.ttiba rasa kejam plak sbb sy jarang bagi anak makan aiskrim..hehe
comey jam adik abg..:)
Kalaulah dekatkan PK ...boleh juga mengeratkan silaturrahim. Hehehe ...
DeleteSusahlah kalau my sis takda. Saya ni nak main hantar tempat sembarangan, anak tak kisah saya yang banyak kisah. So kenalah tanggung nak pilih anak ke atau nak pilih gaji...Sedih!
Stok memang sentiasa ada tapi sehari sekali aje makan. Lepas pukul 11pagi sebelum pukul 8 malam. Hehehe .... Mereka berdua ni kalau dibeli selalu benda yang sama cepat je jemu. Nanti-nanti takdalah dok pandang aiskrim macam tak pernah makan...
Adehh... Br nak komen ngntk plk. Mcm mana tu? Haha... Dh tu komen pepagi buta. Nganyuk la kan?!
ReplyDeleteHahaha....bukan wajib pun Sal. Pergi tidur, pergi hantar anak sekolah dulu pastu bila free datang balik. Hahaha...
Deletemcm2 hal ni !
ReplyDeleteBiasalah tu Angah...supermak... hehehe ....
Deletesaya wpun still single tapi bila tgk my kakak dgn anak 5 org n 6 coming soon , dinding umah pun malas nak cat . asik jadi taska jer ... adeh ...
ReplyDeleteHahaha...saya baru 2 aje superheroes tapi kelam kabutnya macam ada anak 10 tau :)
DeleteSyabas adik kiut sbb buat drama kat ofis feveret kazen dia sampai mummy dia tak keruan seminit. Hehehe.. Dgn ckp pelat tu mmg comel sgt aku bayangkan.
ReplyDeleteYang eskem tu sedap ke, zebra perisa apa, tiger perisa oren la kan. *see, part makanan je yg menarik perhatian aku nak komen.
Adik kalau babysitternya 'hilang' memang merana Mommy memikirkan bagaimana, sampai habis cuti tahunan kukikis!
DeleteZebra tu walaupun belang hitam putih tapi sama rasa cam eskrem Solero tu.
Ni sah-sah baca sambil main tali skipping nih! Novel cinta tak boleh jump-jump to the conclusion, nanti tak khusyuk tau!