Tuesday, June 30, 2015

Jauh bezanya berpuasa dan berhari raya di dua negara...

Salam 13 Ramadhan kawan-kawan!

Kali ini marilah kita bercerita tentang pengalaman Mami berpuasa di Malaysia. Pada yang tak tahu ini adalah kali pertama Mami berpuasa dan mungkin akan berhari-raya di luar negara. Sebenarnya until now I tak tahu bila Mami akan pulang ke Uzbekistan. Tak akanlah I nak suruh HD tanya, nanti tak pasal-pasal kecil hati pulak. Cuma setahu kami, memang mereka boleh tinggal di sini selama 30 hari tanpa visa. Kalau ikut congakan I, mungkin 20hb tarikh terakhir Mami kena pulang ke negaranya. Tapi tak tahulah kalau Mami berniat nak pulang awal dan beraya bersama Dada dan keluarga abang ipar I di sana!

Manakala I tiga beranak pula (tak termasuk Hubbydearielah ya), memang kami tak pernah berpuasa mahu pun berhari-raya di Tashkent (nasib baik, kalau tidak lagi panjang tangis hibanya jadi anak perantau ~_^)

Seperti yang I beritahu sebelum ini, berpuasa di Tashkent jauh lebih sukar daripada di Malaysia. Untuk tahun ini, mereka berpuasa 17 jam, dari pukul 3 pagi sehinggalah 8 malam. Cuaca di sana pun sekarang ni tengah panas membahang yang amat (Yang ditunjuk dalam satu rancangan di TV AlHijrah tu pulak tak tahu tahun bila sebab musim salji tu...) Memang terasa dahaganya kata Mami. 

Bagi mereka, bulan Ramadhan sama sahaja dengan bulan-bulan yang lain. Tiada yang istimewa. Masa berbuka pun makan macam biasa. Tiada buffet Ramadhan di hotel-hotel besar (Eh, ada hotel besar ke kat sana? Last time I pergi memang takda. Yang I tahu Uzbekistan Hotel jerk di Tashkent *_*) mahu pun Bazar Ramadhan seperti di negara kita. Semuanya seperti biasa, tiada apa pun yang mencerminkan bulan itu adalah bulan Ramadhan yang mulia...

Cuma bagi yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam, mereka akan lebih beramal demi mendapatkan lebih pahala di bulan Ramadhan ini. Pada yang tak tahu, Uzbek sepatutnya Muslim (mereka merupakan pengikut mazhab Hanafi) tapi ramai juga yang mengaku Muslim tapi tak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya. Alahai, samalah juga macam negara kita. Beria-ia mengaku Islam tapi hampa aje... 

Hari Ahad lepas semasa my kakak datang bertandang ke rumah, sempatlah Mami bercerita tentang sambutan hari raya di sana (dengan bantuan ahli penterjemah terkenal dalam rumah kamilah ya ~_^)  kata Mami, perempuan Uzbek memang banyak tanggungjawab terhadap keluarga. Pendekata memang beratlah. Kalau nak kahwin, satu isi rumah tu kena bagi. Takda hantaran dalam wang ringgit tapi hantaran dalam bentuk kelengkapan rumah. Lagilah sekarang ni lelaki dah makin kurang, yang cun melecun di sana pun sanggup aje kahwin dengan lelaki yang tak berapa comel kekdahnya... Tapi nak kena tau jugalah, Uzbek ni memang lebih suka berkahwin dengan lelaki/perempuan sebangsa walaupun di mana mereka berada. Akan pulang ke kampung halaman juga bila nak kahwin ~_^

So, berbalik pada kisah hari raya, kata Mami bila tiba hari raya perempuan yang baru berkahwin pada tahun yang sama (pengantin barulah senang cerita) kena menjamu para tetamu baik saudara-mara mahupun jiran tetangga. Walaupun perempuan selepas berkahwin akan tinggal dengan keluarga lelaki (makpak mertua dan kalau nasib malang, adik beradik suami yang belum kahwin), ibu kepada si perempuan kena menyediakan makanan (hingga penuh meja) dan menghantar ke rumah besan.

Orang Uzbek ni kalau makanan tak penuh meja ketika menjemput tetamu, matilah kena kutuk. Nasib baiklah makanan tu tak macam style kita orang Melayu. Asal penuh meja aje. Letaklah makanan tradisi mereka seperit pilov, segala macam roti, kek, manisan dan buah-buahan asal penuh meja! Mujur jugalah tetamu dijemput berperingkat-peringkat. Maybe sekali datang sepuluh orang, lepas tu next trip lagi sepuluh orang and so on. So, bila tetamu grup pertama datang, si perempuan tadi akan pakai pakaian baru yang cantik-cantik untuk melayan tetamu. 

Balik aje grup pertama, si perempuan kena tukar baju lain pulak untuk melayan grup kedua and begitulah seterusnya. Bab pakaian ni pun adakalanya sampai 20 pasang kena sediakan, itu pun selalunya mak si perempuan yang sediakan walaupun jamuan dan jemputan datang ke rumah keluarga lelaki di mana menantu tinggal! (Sungguh tak adil... mak mertua goyang kaki je lepas tu komplen! Ish, ish, ish....)

Mengikut pengalaman, Mami terpaksa menyediakan makanan dan pakaian untuk salah seorang anak perempuannya (adik perempuan HD, anak ketiga dalam keluarga). Mujur juga anak perempuan Mami berkahwin dan tinggal berdekatan satu kampung. Kalaulah berbeza kampung atau bandar, teruk juga nak mengangkut makanan dan pakaian ke rumah keluarga besan! Adik perempuan HD yang bongsu 'terselamat' kerana selepas berkahwin terus mengikut suaminya ke US pada tahun yang sama. So takdalah kena melalui  tradisi 'dinilai' oleh orang kampung dan sanak-saudara (yang buat gini perempuanlah, lelaki tak kisah pun nak komplen pasal menantu perempuan orang lain!)

Kata Mami memang teruklah kalau nak kahwinkan anak perempuan. Dahlah jadi menantu perempuan di rumah mertua memang 'tersiksa jiwa-raga'. Tapi takpalah dah tradisi mereka, maka semua pun survive aje. Pada yang tak survive hidup berumahtangga dalam keluarga mertua memang something wrong, somewherelah tu...

Makanya kita beritahulah kat Mami, hari raya bagi kita di sini adalah tentang makan, makan, dan makan makanan khas untuk hari-raya dan juga bertandang ke rumah sanak-saudara dan handai-taulan. Memang jauhlah perbezaannya dengan tradisi berhari-raya kaum Uzbek yang sepanjang masa sebenarnya terlalu prihatin perihal menantu perempuan orang!

Nanti kita cerita pengalaman Mami iftar di hotel pulak ya.... ~_^


















Kisah suka-duka di harijadi

Salam 13 Ramadhan kawan-kawan!

Eh, eh... mentang-mentanglah harijadi MD semalam siap ada sambungan cerita lagi hari ni ~_^ By the way, tak sangka pulak TMJ sambut birthday 30hb Jun. Terus I gelap mata kegembiraan. Hahaha...

Biasalah, orang kalau kuat perasan memang macam inilah gayanya! Feeling macam orang nak sangat ambil tahu kisah hidupnya tau! Sila jangan terasa nak muntah kaler-kaler. Batal puasa nanti sesuka hati nak muntah sebab meluat kat MD ^_^

Semalam tengahari my sister called beritahu yang my another sister yang superwoman tu (I pernah cerita tentang my sis ni dalam blog once upon a time dulu-dulu) nak belanja iftar. Di mana? Nanti kita habaq sat gi yerk *_*

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang (Eh, betul ke ni? Ke I pepandai buat pepatah-petitih baru? I ni memang expert bab-bab merosakkan bahasa jiwa bangsa!) kami pun setuju ajelah tanpa fikir panjang. Sebabnya, air masih takda lagi di rumah! Haruslah nak berbuka di luar.

So, kali ini my sister ajak berbuka di Bagan Seafood nun jauh di Tanjung Harapan, Port Klang sana *_* 

I pun apalagi, startlah menggoogle. Maklumlah kalau ada Mami ni, nak makan di mana-mana kena tengok lokasi dan kebersihan tempat makan. HD cerewetlah kalau Maminya ada. Kalau tidak, mana-mana pun boleh lepak!

Duh, google punya google punya google, asyiklah nampak signboard sebesar-besarnya tulisan Cina! Wah, kejang terus otot mulut I! Hilang selera nak berbuka. Dek kerana rasa tak puas hati, I calledlah my sister berkali-kali dok tanya di mana lokasi sebenar!

Eh, dia ni kan... dahlah orang nak belanja makan! Cerewet pulak tu! Letuk kang baru tahu!

Minta maaflah yerk! Bukan sengaja cerewet. Kalau tanpa mak mertua, mana pun I pergi tapi honestly speaking, Chinese food memang I tak berapa suka nak melahap sebenarnya. My brother in law yang satu ni memang suka bangat dengan Chinese food! Itu yang lagi buat I terasa nak pitam. Yalah, buat silap restoran, mahu kena amukan ablasa dengan suami sendiri. Maklumlah masa-masa macam ni, kepentingan ibunya harus diutamakan daripada segala apa pun!

Balik petang semalam I lewat sampai rumah. Kebetulan pulak my kawan suruh datang officenya yang sekangkang kera aje dari my house. Ambil hamper raya katanya... So, I pergilah! I dah informed HD tengahari tu yang I akan ke sana dulu sebelum pulang ke rumah. Okey katanya....

Tiba-tiba, baru nak melabuhkan punggung di pejabat my friend ni, dah bertubi-tubi call masuk! Mulanya HD. Tanya kenapa lambat sangat sebab budak-budak tak bersiap lagi menunggu I balik! Oh, gitu gaya! Seingat I my sister kata nak in-charge tukar pakaian my superheroes! Baru letak telefon, my sister pulak called marah-marah. Tanya bila nak balik, nak tunggu jalan jem baru nak gerak ke apa! 

Aduhai.... susah tau jadi orang tengah macam ni! Pening kepala!

I pun minta maaf dengan my friend, ambil hamper terus bergegas pulang. Memang tak senonoh langsung tau, cepat-cepat say thank you and bye bye and jumpa lagi bila free nanti! 5 minit aje pun nak sampai rumah... 

Kami memulakan perjalanan dari rumah pukul 5.30 petang. My sister dan anaknya dah gerak dulu dalam pukul 5.15 petang. Takut jem teruk katanya. Jauh tu Port Klang dari my rumah! Tengok jalan yang jem pun rasa nak pitam. Nasib baiklah I tak memandu. Kejap masuk highway, kejap lagi macam keluar highway. Masuk jalan kampung pastu tetiba nampak highway balik. Bayar tol aje I rasa 5 kali kot. Mana ada short cut, bukan main lagi my suami melenjan! Kalau I yang bawa kereta, haruslah sampai Pulau Ketam rasanya. I memanglah tak familiar tempat -tempat yang jarang pergi. Yang biasa pergi pun adakalanya sesat barat juga ~_^

Bila dah sampai di depan Muara Seafood tu barulah I teringat bertahun-tahun sudah, I pernah sampai ke sini bersama dengan my family ~_^ 

Sebaik aje sampai depan Muara Seafood tu, kami dah hilang punca di mana lokasi sebenar Bagan Seafood ni. My sister and family yang dah sampai terpaksalah suruh my brother in law keluar mencari kami. 

Wah, memang terperosok restoran ni! Kalau tak pernah sampai, memang pitamlah nak mencari! My eldest sister's family pun sesat-barat tak jumpa jalan walaupun guna Waze katanya. My sister yang keluar rumah dulu, kami yang sampai dulu ~_^

Itu pun my another sister dari Putrajaya yang dijemput sama, sampai pukul 8.30 malam pun tak sampai sebab sesat dan akhirnya terpaksa pulang ke Putrajaya tanpa join kami makan di sini.... Kesian mereka tiga beranak. Tentu berbuka dalam kereta aje sedangkan kami 3 keluarga bermewah-mewah makan makanan laut yang sedap-sedap.

By the way, my sister belanja iftar ni bukan sebab harijadi I. Kebetulan sahaja. Itu pun my anak buah bawa juga cup cakes kononnya pengganti kek besar yang tak dapat dibeli sebab my eldest sister menegah, takut my mother in law nampak pulak kita potong-potong kek sedangkan harijadinya sehari sebelum my harijadi takda siapa pun kata apa. Yalah, dah mereka tak sambut even saling mengingati hari ulangtahun pun tidak, bukanlah salah I dan keluarga *_* So, takdalah merasa kek yang katanya disuruh beli oleh my anak buah@Afiq di Kuwait nun...

Itu pun bila Bubbly Abang dok nyanyi happy birthday dalam versi English and Mandarin sambil cium pipi berbelas kali, I dah mula cuak. Tapi malaslah nak berlakon lebih-lebih sangat. Buat penat aje. This is me, suka tak suka I pun tak boleh nak buat apa lagi dah...

Bab makan-makan, I memang tak ambil gambar langsung kerana mood rosak dek sesuatu. Lagi pun ramai keluarga yang ada, malaslah I nak terkinja-kinja ambil gambar makanan. Kalau I letak pun, haruslah terliur. Butter prawn aje besar-besar dan sedap pulak tu. Memang penuh meja dengan makanan aje. Kiranya kenyang bawa sampai ke sahurlah. Itu pun saki-baki ikan kerapu dan jenahak kami tapau masuk dalam peti sejuk rumah I dan my eldest sister ~_^

Balik rumah, terus 'sado' lengan dua belah mengangkat air dari lori Syabas! Tak sia-sia makan butter prawn banyak-banyak tadi ^_^ 'Kakak sado' terlentang kepenatan lepas buat 4 trips dengan dua baldi di kiri-kanan. Aha...jangan ingat I sentiasa jadi perempuan Melayu terakhir yang bersopan-santun jerk!

Awal pagi barulah dengar air pili menitik slowly-slowly dan makin lama makin laju. Of course, I lompat katil bila dengar bunyi air macam selalu! Lega... Alhamdulillah!

Itulah kisah sehari di harijadi tahun ini... 

Moga tahun depan, Insya Allah lebih banyak memori indahnya ~_^








 

Monday, June 29, 2015

Today is the day... my birthday ~_^

Salam 12 Ramadhan kawan-kawan!

Hmmm.. begitulah alkisahnya... 

Hari ini bertahun-tahun sudah, my emak melahirkan I ke dunia ini, nun di Batu Pahat sana ~_^ Comel aje budaknya; dari bayi sampailah dewasa bertahan kecomelannya. La ni sejak jadi emak budak, tak tahulah ada lagi bersisa comelnya ke tidak ~_^

Sumber dari pokcik Google

Oh, memang I perasan! Macamlah tak tahu lagikan. Maka dengan itu, biarlah I ucap selamat ulang tahun kepada diri sendiri yang dah besar panjang, yang dah makin kurang umur dan susut nilainya... Sungguhpun begitu, I tetap gembira kerana hidup terasa lengkap dengan kehadiran suami dan anak-anak ~_^

Kalau tahun lalu, hari lahir I jatuh pada 1 Ramadhan, maka tahun ini jatuh pada 12 Ramadhan pulak. Silap haribulan, kalau dipanjangkan umur InsyaAllah, tahun hadapan pun jatuh dalam bulan puasa lagi tapi makin nak dekat rayalah ~_^

Makanya, macam selalu, tiadalah sambutan gempak ke apa. I memang low profile tak mengharapkan apa-apa dari sesiapa pun. Kalau ada, I senyum gembira. Kalau tiada, I okey sahaja ~_^

Lagi pun knowing my husband, memang kami suami isteri ni kalau ada hati nak menghadiahkan sesuatu kepada pasangan, memang tak tunggu sampai harijadi, hari ulangtahun perkahwinan mahupun hari apa-apalah. Nak bagi, beli dan bagi. Tak kiralah hari itu jatuh hari Krismas ke, Wesak ke, Deepavali ke, Hari Ibu tapi bapa yang dapat hadiah, Hari Guru, Hari Wargatua dan sebagainya ~_^

Hari-hari adalah hari berkasih-sayang katanya.... 

Tapi sekurang-kurangnyalahkan ucapan tu biarlah datang tepat pada harinya. Ya tak? Kalau dah wish pun main bantai bila-bila nak wish, lagilah haru rasanya... Oh, haru jugalah! Pandai jugalah terasa *_*

Tahun ni, yang rasa kelakar sebab Hubbydearie wish me dua hari terawal! Bukannya HD tak tahu bila my ulang tahun. Itu yang buat kelakar rasanya. Hari Jumaat lepas, masuk aje pukul 12 tengahmalam tetiba HD nak berjanji-manis dengan I sambil ucap selamat ulangtahun! I pun selamba aje jawab dalam mengantuk,

Not today, Dear! Earlier than my actual date!

Aku maafkan kamu.... Kah!

Semalam pun I tidur awal sebab penat membasuh di rumah my sister dan tolong angkat air kerana air takda! Pagi tadi bila bangun sahur I pun komplenlah kenapa  takda orang pun (orang di sini merujuk kepada HDlah...) wish me happy birthday! Kata HD, tepat pukul 12 tengah malam dah ucap selamat ulang tahun buat I. Takkanlah I tak sedar!

Yalah, isteri mithali ni kalau dah tidur, memang tak sedar apa. Kalau nak suruh I sedar, haruslah kejut sampai I menyahut. Kalau tidak, jangan haraplah I tahu apa berlaku! 

Sebab sekali lagi jatuh bulan puasa, takdalah nak potong kek bagai. Lagipun Mami ada di rumah. Malaslah nak nampak-nampak sangat ada jamuan makan-makan sempena harijadi. Ke patut kami makan-makan kemudian, sekali harung dengan HD pada bulan Ogos nanti? 

And by the way.... tarikh lahir Mami pulak jatuh pada 28hb Jun!

Manalah menantu Melesya dan mak mertua tak ngamkan.... selang sehari je lahirnya walaupun jauh berbeza  tahun ~_^

Dah cepat-cepat ucap selamat ulang tahun buat I, kalau tak, I merajuk nanti! Kena ingat, I ni kan kuat perasan dan kuat dilanda perasaan ~_^





Gangguan bekalan air

Salam 12 Ramadhan kawan-kawan!

Serius perkara yang paling digeruni berlaku lagi! Walaupun katanya setakat 2 hari sahaja, I dah rasa tersangat fobia bila tengok takda air keluar dari pili.

Alkisah, hari Sabtu lepas kami berbuka di luar. Itu cerita kemudianlah ya ~_^ Mari berkisah tentang ketiadaan air di bulan Ramadhan dahulu ^_^ Balik aje ke rumah, terus terjah masuk bilik air. I ni pula memang ada satu habit, kalau keluar berjalan walau terasa nak terkucil macamana sekali pun, kalau boleh tahan I akan tahan sampai balik rumah.

So, bila sampai aje ke rumah memang I lah orang pertama yang akan terjah bilik air ~_^ Masuk-masuk aje dalam bilik air, takda bunyi pun air menitik masuk tangki. Oh, suspense thriller sungguh! Segeralah I pulas pili air to the max, memang confirmlah takda air menitik!

Sumber : dari sini

Rasa macam nak menjerit sambil pukul dada aje tau bila kerisauan I menjadi kenyataan!

Dahlah, dalam kelam-kabut mengemas rumah ketika menunggu kedatangan Mami habis semua air dalam tong-tong yang I simpan dah dibuang. I kalau simpan air memang lama (tukar jugalah bila sampai masa) Tak kisahlah tentang aedes membiak ke apa, tapi bila kata mak mertua nak datang, habis semua I belasah kemas. Kononnya nak rumah bersihlah. Menyemak aje tong-tong bersusun di belakang. Itu pun nasib baik I tak buang tong-tong yang ada. Kalau ikut nasihat my sister, disuruh buang aje sebab dah lama kita tak 'ketandusan' air pili!

Jadi malam kelmarin, memang takda air langsunglah di rumah. Cuma ada setengah tong plastik hitam yang besar itu aje. Nah, kalut terus dalam kepala! Rasa macam nak pitam. I berharap sangat sekejap aje air takda maka macam biasa I pun lewatlah tidur dengan harapan air pili akan ada. Hampir 3 pagi baru terlelap dengan penuh kehampaan. Masa bangun sahur pukul 5 pagi pun masih takda air...

Keesokannya, kami berkemas-kemas nak tumpang mandi rumah saudara mara. Ingatnya air adalah petang-petang nanti, makanya setakat bawa badan dan pakaian untuk ditukar selepas mandi. Tadah jugalah dua tong air untuk dibawa pulang. Untuk buat minum, kami beli aje di Aeonbig.

Petang tu berbuka di rumah my sister di Putrajaya. Nak tak nak, kenalah singgah PARAM di Putrajaya sana. Takkanlah nak datang berlenggang kangkung aje anak beranak. Malu pulak... Habis duit RM50 beli di PARAM. Sedap ke tidak? Hmmm...macam biasalah, memang tak sedap. Tukang masak bukan pro macam I ni pun masak lagi sedap rasanya...

Kami ke sana bukan setakat bawa makanan dan air kelapa dua plastik, I siap bawa satu beg IKEA tu isi baju kotor. Dua kali jugalah membasuh di rumah my sister sebelum waktu berbuka. Siapkan anak-anak mandi bagai dan tadah lagi air dua tong buat bekalan terdesak. Selesai berbuka, bergegas pulang ke rumah.

Harap-harap tengah malam tadi air datanglah kembali tapi hampa. Entah mengapa, I selalu tunggu air ada bila tengah malam tau. ~_^Macamlah ada perjanjian dengan syarikat bekalan air supaya  bekalkan kembali air tepat pukul 12 tengah malam!

Pagi tadi bangun sahur, terasa hampa lagi. Nasib baiklah kami ni waktu sahur jenis yang tak makan berat. Dapat minum semug air pun dah cukup. Sebelum pergi kerja  tadi, tenung juga pili air dengan penuh debaran. Malangnya, hampa sekali lagi...

Tahun ni I menyambut hari lahir tanpa airlah.....




Friday, June 26, 2015

Buku Laporan tahunan Bubbly Abang

Salam 9 Ramadhan kawan-kawan!

Wah..dah nak dekat ni! Dekat sangat dah ni! Walaupun tinggal 3 hari saja lagi, I punya terujanya mengalahkan anak-anak. Tapi, macam biasalah bukan ada apa-apa yang istimewa pun terjadi. Just ucapan dan maybe makan luar. Lagilah mak mertua ada di sini, lagilah tak boleh buat apa-apa!

Tak tahu I berbicara tentang apa?

Ehem, ehem! Tentang 29 June lah ~_^

Semalam Hubbydearie telefon I dan satu aje soalan yang terpacul dari mulutnya...

Hari pertama bersama tetamu Ramadhan???

Oh, pokcik tengah menggoogle something tetiba redirect masuk terus blog isterinya. Makanya habislah dibaca dan dikutuk kaw-kaw ~_^

Pesanan penaja - Jangan cakap bukan-bukan, jangan cerita bukan-bukan. Bukan main ramai yang komen. HD, MD, blahblahblah....

Itu aje dah menyebabkan I merah muka dan berusaha keras untuk menukar tajuk cerita @_@

Berbalik kita kepada tajuk entri...

Seperti yang I kata dalam entri ini, Sabtu lepas I kena ambil report book si Bubbly Abang di sekolahnya.  I pergi sendirian aje. Tak bawa pun Bubbly Abang kerana dia masih lagi demam ketika itu. 

Itu pun ikut bijak pandai I je mana nak tuju berdasarkan surat yang diberi oleh pihak sekolah. Bubbly Abang tak datang ke sekolah dua hari sebelumnya, maka tak tahu apa cerita terbaru. Nak mengesahkan sekali lagi, malas pulak nak telefon sekolah. Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan kerani sekolah. Dah diberi surat masih lagi tak faham ke maknya....

Duh, jauhnya kena naik sampai tingkat tiga! Cikgu kelas menunggu di kelas murid Tahun 6. Seriau I tengok ke bawah. Gayat pulak rasanya. I ni bab ketinggian memang banyak gayatnya. Tak akan I sesaja nak bersandar di tepi-tepi koridor tu semata-mata untuk merasa enak ditiup hembusan angin ~_^ Oh, tidaklah! Mulalah I fikir yang bukan-bukan bila tiba masanya anak I naik Tahun 6. Dah tentu kelasnya di tingkat ini. Mulalah pasang agenda nak pindahkan anak sekolah supaya tak perlu panjat tangga tinggi-tinggi ~_^ Eiii....gayat ler!

Waktu yang ditetapkan dari pukul 8 pagi sehingga 11.30 pagi tapi I sampai sekolah sekitar pukul 9.30 pagi. Itu pun dua, tiga kali cari parking tak dapat. Aha, terlanjur bercerita pasal parking. Mari kita corner baring sikit ^_^


Kali ke tiga I pusing kawasan sekolah, nampaklah satu makcik dan anak lelakinya ni menuju ke kereta. I syak memang nak keluarlah  tu. Makcik tu asyik bercakap di telefon, begitu juga anaknya. Bila I nampak, I teruslah bagi signal kononnya nak menunggu makcik dan anaknya keluar lantas I pulak ambil port parking tu.

Mula-mula si anak buka pintu kereta. Cucuk kunci kereta di tempatnya dan start enjin. Lepas tu sambung bercakap di telefon di luar kereta. Lepas tu emaknya pulak buka pintu kereta, tapi masih berdiri di luar bercakap di telefon. Kejap lagi sambil bercakap di telefon, anaknya keluarkan karpet kereta kebas-kebas pulak. Lepas tu buka pintu belakang driver, entah apa-apa lagi dibuat. 

Tiba-tiba kereta di belakang hon my car. Yalah jalan sempit, tak lepas nak lalu. I ni terpaksalah  jalan dengan harapan takdalah kereta lain yang ambil tempat tu. I pusing satu round lagi. Eh, tak siap-siap lagi mereka ni anak beranak. I pun cari sipi-sipi tempat untuk parking kereta sementara menunggu mereka keluar. Tempat lain memang takda langsung. Itulah spot paling dekat dengan pintu sekolah! Lama jugalah I  tunggu barulah mereka beredar. Duh!

Okey, patah balik cerita pasal Abang ~_^

Nasib baiklah waktu menunggu tak lama. Lepas seorang emak dan anaknya bertemu cikgu kelas, my turn pulak! 

Abang dapat tempat pertama daripada 35 orang murid dalam kelasnya. Tapi itu tak berapa penting bagi I. Kedudukan dalam kelas takda maknanya setakat ini. Yang penting peratusan setiap subjek. Sebenarnya I dah tau sikit-sikit tentang keputusan peperiksaan daripada kertas exam yang dibawa pulang. Memang ada sedikit kemerosotan markah. Tapi berbanding dulu, kedudukannya dalam seluruh Tahun 3 meningkat. Itu maknanya memang susahlah kot exam kali ni... (nak menyedapkan hatilah tu  kenapa keputusannya merosot sikit)

Menurut kata cikgu kelasnya, kelakuan Abang bagus. Tak nakal dan ikut kata. Adakalanya cikgu minta dia mengajar murid lain terutama budak Melayu dalam kelasnya. Dulu pun I pernah tanya pada ustaz yang mengajarnya (dah tiga tahun dah pun ustaz ni mengajar si Abang) tentang kelakuan my anak. Katanya Abang memang tak nakal dan tak banyak cakap dalam kelas. Yalah, cuba suruh cikgu jenguk rumah masa prime time, menangis cikgu dengar suaranya membebel, memekak together-gether dengan si Adik Cute!

I pun cakap dengan cikgu yang anak bujang I ni memang jenis tak lasak pun kalau di sekolah. Apa yang I suruh tanya cikgu selalu aje tak kesampaian. Memang Abang tak akan tanya. Banyak betul alasannya. Kalau jumpa cikgu masa nak masuk sekolah pun bukan main tunduk malu, cakap pun perlahan aje. Kalau nak dengar desibel suaranya, mai lah ke rumah!

Bila balik rumah, I tengok rumah senyap aje tau. I pun pelik. Langsung tak teruja ya my anak ni nak tahu keputusan examnya. Hati dah sedikit panas. I cari Daddy mereka dulu. Suruh HD teka anaknya dapat apa. Kasi suspense thriller sikit-sikit. I tanyalah mana si Bubbly Abang, main komputer ke apa. 

Rupa-rupanya, dia bersembunyi dalam bilik. Bila dengar kereta Mommy dah sampai terus sembunyi. Takut sangat. Berdoa dalam hati supaya tak kena marah!

So, bila disuruh teka, HD of course teka the worstlah. Abang dah pucat lesi muka. Maka I unjuk aje report book pada Daddynya. Daddy tengok tersengih-sengih (hai, berair nampak mata? jarang berlaku ni tau...) 

Daddy tunjuk pulak pada Abang. Abang pun capai dan tengok. Lepas tu tanya,

Betul ke ni, Mommy?

La.... sendiri pun tak percaya! 

Bila I angguk betul, barulah tersengih. Terus dia beritahu,

Abang berdoa tak henti-henti tadi tau sebelum Mommy balik. Harap sangat dapat nombor 1. Mommy tak happy ke?

Happy ke apanya, kalau markah merosot daripada tahun lepas!

Tapi, I congrats him jugalah sambil kucup dahi!

Itulah kata Daddy...

Ini langsung tak belajar, Abang. Cuba fikir kalau Abang belajar betul-betul macamana keputusan examnya!

Kita tunggu pulak what will happen next exam... dah dekat rasanya nih!



 





Thursday, June 25, 2015

Kisah Ramadhan kami lagi...

Salam 8 Ramadhan kawan-kawan!

Nampak gaya sepanjang Ramadhan ni kalau tak bercerita tentang kisah seharian pada bulan Ramadhan, mungkin kisah Mamilah paling banyak ya! Maka, bertabahlah duhai kawan-kawan ~_^

Semalam kami berbuka simple aje. Tunaikan jugalah kemahuan Hubbydearie yang menyuruh I buat mi goreng pedas untuk juadah berbuka. Untuk Mami sebenarnya sebab HD tau Mami memang suka makan mi goreng yang I buat. Bukan ada apa pun yang special. Mandrem-mandrem pun takda ~_^ Doa supaya Mami sayang menantu Melesyanya lebih sikit pun tak sempat! Terlupa ^_^

Togel aje yang sebenarnya tanpa sayur pun sebab selalunya I buat mi goreng ni untuk Bubbly Abang. Di samping itu I tanak juga nasi dalam 2 pot dan grill ayam sebanyak 8 ketul *_*  Tekak I sendiri di bulan puasa ni kalau boleh nak nasi aje ketika berbuka. Maklumlah tekak orang Melayu. Walaupun bila dah berbuka, sikit aje makannya tapi nikmatlah bila bertemu nasi putih ni.... I pun suka tau makan nasi 'berlaukkan' mi goreng aje. Best gitu... 

Kalau tengok pada menu simple semalam memanglah macam orang takda mood nak memasak tapi yang sebenarnya I malas nak membazir. I tahu dah nak bajet supaya jangan ada makanan yang tersimpan lebih dari 2 hari ~_^ 

Gambar makanan memang takdalah ya sebab bila berebut-rebut di petang hari macam tu dan memandangkan Mami ada di rumah, takdalah I teruja nak snap gambar. Pelik pulak Mami kalau I yang terlebih-lebih pose di dapur padahal nak ambil gambar makanan aje, bukan gambar selfie I sendiri ^_^ Nanti kalau I terkinja-kinja snap gambar di dapur, tentu Mami dok tertanya-tanya pada Hubbydearie, sawan apakah yang terhinggap di badan isterimu itu. Hahaha!

Setakat ni memang mudah betullah nak memenuhi kehendak suami dan anak-anak. Syukur alhamdulillah.  Adik Cute asal ada sup aje, dia dah happy menghirup sambil ucap thank you duplohlapankali sebab Mommy sayang padanya!

Bubbly Abang pun bagus. Walaupun puasa, tak pernah minta apa-apa pun untuk berbuka. Apa yang I sediakan untuknya (of courselah ayam goreng mesti ada), itulah yang dimakan tanpa jemu. Langsung takda keinginan nak kuih muih ke, air itu ini mahu pun suruh masak macam-macam ikut tekak orang yang berpuasa! Masa sahur pun tak banyak kerenah. Kejut-kejut manja, bangunlah dia sambil mata tertutup tak boleh nak buka. Dapat minum Milo pun dah cukup. Makan-makan ni most of the time setakat ni memang dia tak mahu.

My dearest suami pun sama juga. HD tengah terkilan ni sebab kata Mami takda pun nampak HD makin susut. Macam biasa aje. Padahal, HD beria-ia diet rakus demi nak dapat pujian Mami. I pulak yang Mami kata susut sikit! I nak gelak besar aje tapi Mami ada, so tak jadilah! Puas hati I dok sakat HD sampai merah muka menahan marah! Boleh katanya yang Mami tak dapat melihat jelas kerana mungkin mata dah rabun. Keh3x... kesian sungguh I mendengarnya!

Waktu berbuka HD takdalah makan banyak mana, nasi pun tak usik sebenarnya. Meratah lauk-pauk mana sukanya aje. Waktu sahur pulak memang HD tak makan juga. Setakat minum air segelas. Pendekata memang senanglah hati I di bulan puasa ni walaupun kena bangun 30 minit lebih awal daripada biasa ~_^

Selalunya di bulan puasa ni my sister's family and mine akan berbuka di luar pada hujung minggu. In fact, my sister dah berpuluh kali bertanya soalan bila kita semua nak makan luar!

Kau cakap, minggu ni jadi tak nak makan luar? Kalau tak jadi akak nak balik kampung berbuka kat rumah Chik. Minggu depan anak akak takda. Bila kau nak pergi nih?

Beria-ia nak confirmation ya!

Yang sebenarnya I susah hati pasal mak mertualah. Takut-takut kalau Mami tak suka makan di luar. Kalau hari-hari biasa pun, Mami lebih suka makan di rumah. Kalau keluar makan, nampak sangat Mami tak selesa. I tak tahulah kerana tahap kebersihan atau pun harga yang buat Mami kurang selesa. Kalau diketahuinya harga setiap buffet, lagilah. 

Sebenarnya, HD memang dah lama terniat nak bawa Mami makan buffet Ramadhan. Setiap kali kami berbuka di luar sebelum-sebelum ini HD mesti cakap pada I,

Kalaulah Mami dan Dada ada di sini, tentu seronok mereka makan!

Setiap kali makan macam ni, I mesti teringat Mami dan Dada. Mereka tak pernah bermewah-mewah makan buffet Ramadhan macam ni! Manalah ada di Tashkent buffet Ramadhan ni semua!

Nanti kalau ada peluang Mami berpuasa di Malaysia, I nak bawa my mother merasa makan buffetlah!

Nampak gaya, tahun ni doa murni HD dimakbulkan Allah rupanya....

Yalah, di sana manalah ada pesta-pesta makanan semasa bulan Ramadhan macam ni. Makanan ruji pun bukannya nasi putih macam kita. Bazar Ramadhan pun jauh sekali. Pendekata, sambutan hari raya puasa di sana pun tak meriah mana. Setakat makan besar bersama keluarga lepas tu habis. Takdanya nak ziarah menziarahi berhari-raya macam kita di sini. Marhaban dari rumah ke rumah pun takda!

Makanya, I baru aje booked buffet Ramadhan untuk keluarga my sister, my mother and my family. Harapnya Mami tak akan terkejut bila tengok hidangan buffet  yang melimpah-ruah, tak tahu macamana nak makan, mana satu nak makan dulu ~_^ 

Tapi I dah boleh agak dah, tentu Mami akan tanya pada anak lelakinya,

Kenapa membazir makan macam ni?

Oh, well.... kita tunggu dan lihat ajelah ya!

 

 





 


Wednesday, June 24, 2015

Hari pertama bersama tetamu Ramadhan....

Salam 7 Ramadhan kawan-kawan!

Sekejap aje masa berlalu. Pejam, celik, pejam, celik, asyik berbuka dan bangun sahur tau-tau dah seminggu kita di bulan Ramadhan ya! Masa memang pantas datang dan pergi. Lainlah kalau takda kerja dok menghitung hari. Itu memanglah terasa lama sangat jarum jam saat nak bergerak dari sesaat ke sesaat ~_^

Seperti yang I maklumkan semalam,  berdebar rasa hati nak pulang dari pejabat. Kalau boleh, memang nak lambatkan masa sampai ke rumah. Berharap sangat jalanraya sesak teruk semalam, jadi bolehlah lambat sampai!

Tapi, sebelum pulang dah dapat panggilan dari Hubbydearie. Minta pulang awal. Dalam pada tu, minta dibelikan plain yoghurt untuk Mami. Dalam banyak-banyak perkara yang kami teliti buat untuk menyambut kedatangan Mami, boleh terlupa pulak tentang ini. Memang biasalah bila sampai aje ke Malaysia, Mami cari plain yoghurt untuk dimakan. Kenapa? Janganlah tanya pada I yang tak tahu menahu ni...

Dek kerana itu, tahu ajelah I nikan. Nak cari plain yoghurt, mestilah nak singgah Aeon. Bila dah singgah, tak akanlah setakat nak beli plain yoghurt aje~_^

Balik aje rumah, Mami dah menunggu. Memang Mami tau I akan pulang ke rumah around that time. Sebaik aje beri salam, teruslah dipeluk Mami yang bercakap macam nak menangis! Ah, ini yang I lemah sikit! Walaupun tak faham kenapa (I guess Mami rasa happy sebab dapat bertemu semula dengan anak, menantu dan cucu-cucu di Malaysia), I tetaplah terasa emo. Maklumlah, kaki emo terlebih memang benda kecil pun nak rasa syahdu macam tak dapat balik raya!

Sempatlah borak-borak sekejap sambil diterjemah oleh sang penterjemah yang setia, bukan Mak Jemah ya kawan-kawan!

Kedatangan kali ini akan menjadi pengalaman pertama Mami berpuasa di luar negara. Kata Mami, di Tashkent sekarang cuaca terlampau panas dan mereka berpuasa dari pukul 3 pagi sehingga 8 malam. Bila Mami sampai di KLIA, kata Mami cuaca di sini elok sungguh. Langsung tak terasa panasnya macam di Tashkent sekarang.

Oh, Mami  tentu akan rasa seronok sebab Ramadhan di negara kita ni memang seronokkan! Mami kata bestlah kalau puasa di Malaysia ni sebab ada solat tarawikh di masjid, boleh dengar azan (especially Maghriblah ketika bulan puasa nikan) berkumandang di TV dan di masjid berdekatan serta bebas menjalani ibadah. 

Pada kita, ini semua satu kebiasaan. Bukan sesuatu yang pelik pun tapi pada mereka yang tak bebas mengamalkan ajaran agama, tentu saja ini peluang yang tak boleh disia-siakan!

Macam selalu, Mami bawa 'buah tangan' yang banyak untuk anak lelakinya, hadiah kain ela dan tudung untuk I, pakaian untuk superheroes berdua dan sedikit hadiah untuk my emak dan kakak. Lepas selesai 'sesi beramah-mesra dan penerimaan buah tangan' tu, I  terus minta izin nak solat Asar, singsing lengan dan terus kelentang-kelentung di dapur (sesaja nak  tunjuk skil memasak ala pro gitu...)

My rumah ni sejak bulan puasa, memang kalau I memasak ada aje baki lauk-pauk yang masuk peti sejuk. Yalah, setakat I, HD dan Bubbly Abang manalah larat nak makan semua. Masak bukan banyak mana sebenarnya tapi sebab dah kejang perut minum air, memanglah tak boleh masuk banyak makanan. Sahur pulak kami tiga beranak memang tak makan dah! Makanya baki lauk-pauk kena habiskan hari kedua, kalau tidak memang pembaziranlah - ke tong sampah nasibnya. Kalau simpan lagi dan makan pada hari ketiga, ada pulak yang keracunan makanan nanti  ^_^

So, semalam punya cerita adalah berbaki lauk sardin dan kacang panjang goreng kentang dan suun. I cuma tanak nasi, masak sup cendawan, ikan masin masak lemak cili padi (nenasku habis semalam...), goreng telur bersosej dan ayam goreng yang memang tak pernah  tinggal untuk Bubbly Abang. Lepas tu I panaskan dua lagi baki lauk semalam. Letak jauh sikit dari Mami supaya tak dimakannya lauk semalam *_*

You all tahu apa yang Mami makan sampai bertambah nasi?

Mami berselera sungguh makan ikan sardin yang pedas tu kerana I tambah cili kisar, cili merah dan cili padi ikut sukahati aje nak buat orang sakit perut! I yang makan pun, pijar lidah tergigit cili padi! Maka I cakaplah kat HD boleh tahan ke Mami ni makan cili padi sebab ini first day di Malaysia. Sakit perut nanti of courselah I tak bertanggungjawab dan mengaku salah I si tukang masak ~_^

Bila HD beritahu Mami, Mami kata 'ada kukisah!' (Hah! Pepandai I je, si tukang translate tak bertanggungjawab. Mami tak kata begitu pun *_*) Mami kata inilah masanya nak makan pedas-pedas macam ni. Best..... 

Mami tanya HD ' Macamana agaknya si isteri kamu ni buat macam ni pedas ya???'

Ahhhh..... terbatuk-batuk gatal tekak pulak bila seronok tengok Mami makan bertambah ~_^ Itu baru lauk sardin. Kalau masak asam pedas ikan jenahak, dah tentu-tentu lambat solat Maghrib anak beranak ni... ~_^

Tapi HD selamba aje beritahu Mami - 'Alah... sardin dalam tin aje tu!'

Weyh, I bukan tuang sardin dan panaskan dalam kuali. I tambah itu, ini lagi tau. Susah tau... *_* HD ni langsung tak menyokonglah!

Kami berhenti sekejap untuk solat Maghrib. Lepas tu HD dan Mami sambung makan dan berbual lagi sebelum pergi solat tarawikh. Menantu Melesya tidaklah duduk semeja. Banyak kerjalah nak kena buat! 

HD siap pesan semalam suruh I buat mi goreng aje hari ni. Pedas sikit... 

Tapi kesian pulak pada si Bubbly Abang kalau berbuka dengan mi goreng aje. Mestilah nak up dengan yang lain-lain jugakan.  Hai... tetiba aje rasa nak masak pagi petang siang malam bila sesekali kena puji melambung macam ni tau ~_^

Berbalik pada my superheroes pulak memang teruja betul dengan kedatangan Mami. Tapi malang, mereka main angguk-angguk, geleng-geleng ajelah. Bubbly Abanglah yang paling ceria.

Katanya -  ' we look like one complete and happy family when buvi-jon is here!'  

Yalah, Abang.... 

Abanglah yang paling banyak berborak dengan Buvi-jon walaupun Mami tak faham apa ke bendanya yang dia bercerita. Si Adik Cute pulak buat hal sendiri. Bercakap sorang-sorang, syok sendiri memanjang. Bila Mami solat, dia boleh duduk sebelah tengok aje neneknya solat. Macam satu kepelikan pulak. Kata Mami, jauh beza Adik Cute dibandingkan dengan ketika Mami datang ke Malaysia Disember 2013 yang lalu. Jauh lebih tinggi dan lebih banyak bercakap. Of courselahkan... dah besar dah my superhero cilik ni...

Balik sahaja Hubbydearie dari solat tarawikh, kami masuk tidur. Mami memang selalu tidur awal.  Cuma I ajelah yang berjaga sampai pukul 12 tengah malam. Waktu sahur pukul 5 pagi kami macam biasa aje walaupun Mami ada. Sungguh senang hidup I kalau macam ni tau, tak payah susah-susah menyediakan hidangan itu, ini ketika bersahur. 

Itu sahajalah kisah hari pertama bersama Mami di Malaysia. Kami ada 29 hari lagi ya bersama Mami. Ahah, wish me luck supaya terus-terusan menjadi isteri, ibu dan menantu mithali gitu ~_^









Cita-cita

Salam kawan-kawan! Alkisah   cuti extra   yang I dapat tu sempena 'terbekerja' pada Hari Pertabalan YDPA Isnin lepas, ada syara...