Thursday, June 25, 2015

Kisah Ramadhan kami lagi...

Salam 8 Ramadhan kawan-kawan!

Nampak gaya sepanjang Ramadhan ni kalau tak bercerita tentang kisah seharian pada bulan Ramadhan, mungkin kisah Mamilah paling banyak ya! Maka, bertabahlah duhai kawan-kawan ~_^

Semalam kami berbuka simple aje. Tunaikan jugalah kemahuan Hubbydearie yang menyuruh I buat mi goreng pedas untuk juadah berbuka. Untuk Mami sebenarnya sebab HD tau Mami memang suka makan mi goreng yang I buat. Bukan ada apa pun yang special. Mandrem-mandrem pun takda ~_^ Doa supaya Mami sayang menantu Melesyanya lebih sikit pun tak sempat! Terlupa ^_^

Togel aje yang sebenarnya tanpa sayur pun sebab selalunya I buat mi goreng ni untuk Bubbly Abang. Di samping itu I tanak juga nasi dalam 2 pot dan grill ayam sebanyak 8 ketul *_*  Tekak I sendiri di bulan puasa ni kalau boleh nak nasi aje ketika berbuka. Maklumlah tekak orang Melayu. Walaupun bila dah berbuka, sikit aje makannya tapi nikmatlah bila bertemu nasi putih ni.... I pun suka tau makan nasi 'berlaukkan' mi goreng aje. Best gitu... 

Kalau tengok pada menu simple semalam memanglah macam orang takda mood nak memasak tapi yang sebenarnya I malas nak membazir. I tahu dah nak bajet supaya jangan ada makanan yang tersimpan lebih dari 2 hari ~_^ 

Gambar makanan memang takdalah ya sebab bila berebut-rebut di petang hari macam tu dan memandangkan Mami ada di rumah, takdalah I teruja nak snap gambar. Pelik pulak Mami kalau I yang terlebih-lebih pose di dapur padahal nak ambil gambar makanan aje, bukan gambar selfie I sendiri ^_^ Nanti kalau I terkinja-kinja snap gambar di dapur, tentu Mami dok tertanya-tanya pada Hubbydearie, sawan apakah yang terhinggap di badan isterimu itu. Hahaha!

Setakat ni memang mudah betullah nak memenuhi kehendak suami dan anak-anak. Syukur alhamdulillah.  Adik Cute asal ada sup aje, dia dah happy menghirup sambil ucap thank you duplohlapankali sebab Mommy sayang padanya!

Bubbly Abang pun bagus. Walaupun puasa, tak pernah minta apa-apa pun untuk berbuka. Apa yang I sediakan untuknya (of courselah ayam goreng mesti ada), itulah yang dimakan tanpa jemu. Langsung takda keinginan nak kuih muih ke, air itu ini mahu pun suruh masak macam-macam ikut tekak orang yang berpuasa! Masa sahur pun tak banyak kerenah. Kejut-kejut manja, bangunlah dia sambil mata tertutup tak boleh nak buka. Dapat minum Milo pun dah cukup. Makan-makan ni most of the time setakat ni memang dia tak mahu.

My dearest suami pun sama juga. HD tengah terkilan ni sebab kata Mami takda pun nampak HD makin susut. Macam biasa aje. Padahal, HD beria-ia diet rakus demi nak dapat pujian Mami. I pulak yang Mami kata susut sikit! I nak gelak besar aje tapi Mami ada, so tak jadilah! Puas hati I dok sakat HD sampai merah muka menahan marah! Boleh katanya yang Mami tak dapat melihat jelas kerana mungkin mata dah rabun. Keh3x... kesian sungguh I mendengarnya!

Waktu berbuka HD takdalah makan banyak mana, nasi pun tak usik sebenarnya. Meratah lauk-pauk mana sukanya aje. Waktu sahur pulak memang HD tak makan juga. Setakat minum air segelas. Pendekata memang senanglah hati I di bulan puasa ni walaupun kena bangun 30 minit lebih awal daripada biasa ~_^

Selalunya di bulan puasa ni my sister's family and mine akan berbuka di luar pada hujung minggu. In fact, my sister dah berpuluh kali bertanya soalan bila kita semua nak makan luar!

Kau cakap, minggu ni jadi tak nak makan luar? Kalau tak jadi akak nak balik kampung berbuka kat rumah Chik. Minggu depan anak akak takda. Bila kau nak pergi nih?

Beria-ia nak confirmation ya!

Yang sebenarnya I susah hati pasal mak mertualah. Takut-takut kalau Mami tak suka makan di luar. Kalau hari-hari biasa pun, Mami lebih suka makan di rumah. Kalau keluar makan, nampak sangat Mami tak selesa. I tak tahulah kerana tahap kebersihan atau pun harga yang buat Mami kurang selesa. Kalau diketahuinya harga setiap buffet, lagilah. 

Sebenarnya, HD memang dah lama terniat nak bawa Mami makan buffet Ramadhan. Setiap kali kami berbuka di luar sebelum-sebelum ini HD mesti cakap pada I,

Kalaulah Mami dan Dada ada di sini, tentu seronok mereka makan!

Setiap kali makan macam ni, I mesti teringat Mami dan Dada. Mereka tak pernah bermewah-mewah makan buffet Ramadhan macam ni! Manalah ada di Tashkent buffet Ramadhan ni semua!

Nanti kalau ada peluang Mami berpuasa di Malaysia, I nak bawa my mother merasa makan buffetlah!

Nampak gaya, tahun ni doa murni HD dimakbulkan Allah rupanya....

Yalah, di sana manalah ada pesta-pesta makanan semasa bulan Ramadhan macam ni. Makanan ruji pun bukannya nasi putih macam kita. Bazar Ramadhan pun jauh sekali. Pendekata, sambutan hari raya puasa di sana pun tak meriah mana. Setakat makan besar bersama keluarga lepas tu habis. Takdanya nak ziarah menziarahi berhari-raya macam kita di sini. Marhaban dari rumah ke rumah pun takda!

Makanya, I baru aje booked buffet Ramadhan untuk keluarga my sister, my mother and my family. Harapnya Mami tak akan terkejut bila tengok hidangan buffet  yang melimpah-ruah, tak tahu macamana nak makan, mana satu nak makan dulu ~_^ 

Tapi I dah boleh agak dah, tentu Mami akan tanya pada anak lelakinya,

Kenapa membazir makan macam ni?

Oh, well.... kita tunggu dan lihat ajelah ya!

 

 





 


28 comments:

  1. saya pula tak reti buka dengan nasi
    dapat air aje pun dah cukup
    menu pun tak adalah susah sangat, janji ada aje udah lah kan

    afif pun tahun ni baru betul berpuasa
    tak banyak songeh sangat, tapi semalam minta murtabak =)

    wah, baguih cita-cita HD
    tunaikan ajelah, jangan bagi Mami HD tahu harga berapa
    pastu ajak saya sekali, saya memang confirm tak pandang harga
    suka kalau orang nak belanja ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya saya memang tuju air dulu. Paling kurang 2 mug teguk air. Punyalah haus. Rasa macam dah setahun kat padang pasir tak jumpa lubuk air. Hahaha...

      Lepas tu bila nak makan memang mencari nasilah. Lain-lain tak berapa minat. Kuih-muih pun memang setakat ni takda dibeli apatah lagi dibuat.

      Untunglahkan anak-anak kita tak banyak kerenah berpuasa. Tunggulah bila Aisyah start berpuasa. Memang banyak songehnya, sama aje macam si Adik Cute nih!

      Insya Allah! Tercapai hajat tu nanti dah terlanjur Mami di sinikan...

      Ehem, ehem...terbatuk aje sejak dua menjak ni bila orang offer diri 'bawa daku pergi ke makan' macam ni ~_^

      Delete
  2. Ida kalau buka pun kena ada nasi, tapi tak la makan banyak...makan sikit je..lagipun mr hubby nak kena ada makanan berat waktu berbuka..

    sekali-sekala bawa makan mami di luar ok je rasanya tapi tu la kan...takut juga nak mendengar apa pandangan dia tentang kita di Malaysia ketika bulan Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun selera sekarang nasi aje. Makan sikit lepas tu solat dulu. Lepas tu menyesal sebab tak dapat sambung. Segan pulak nak makan lagi depan mak mertua. Tapi mereka anak beranak memang sambung makanlah...

      Kalau Mami tengok penuh hidangan buffet, tentu-tentu dia geleng kepala. Memanglah takda di sana sebab itu kita nak dia mencuba rasa di sini. Pengalaman berbeza tu :)

      Delete
  3. dah dapat agak yg mami akan datang membaca entry yg sebelum ini..seronoknya dpt berpuasa..buka n sahur sama mami..sy yg Boleh dikatakan setiap bulan jumpa mak mertua ni pun setiap kali mak datang rasa happy gila..ahad ni nk blik a.star pastu abah kata nak ikut lagi datang rumah.Afia pun Sekarang asik sebut tok dah...wan mat..tok dah wan mat.hehe...

    bab membazir tu mungkinlah akan keluar Dr mulut mami..tapi takpelah bagi mami rasa pengalaman baru..bagitahu yang orang Malaysia ni kaya dan mewah dengan Makanan..haha

    lama ke mami kt sini?smp raya ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, awak aje yang suka dikunjungi mertua ya, PK! Saya dengan neighbour sebelah ni selalu aje takut kalau mak mertua kata nak datang! Awak lainlah, satu-satunya buah hati mertua. Satu-satunya menantu perempuankan!

      Saya ni bila mak mertua ada cukup takut kalau mak saya pun ada sama. Yalah manalah tahu layanan kita terlebih ke arah mertua, tentu kecil hati emak. Tapi emak saya pun bukan ingat sangat apa-apa sekarang ni...

      Kita memang mewah dengan makanan. Asal aje ada baki makanan lepas berbuka, Mami mesti nak tahu ke mana arah tujuan makanan itu nanti. Ke tong sampah ke apa! Huhuhu....

      Kalau boleh tinggal sebulan maknanya memang sampai rayalah. Mami sampai 23hb hari tu...

      Kami takdalah tanya bila Mami balik. Ada yang kecil hati nanti ^_^

      Delete
  4. Assalam Kak Ton....apa kabo? Maklum ler dah lama tak datang hihi......kena tanya kabo tuan rumah dulu lebih afdhol ...hihi...
    Eh? Nape bila baca entri ni nampak mcm baik ar? Nampak macam penuh sopan santun gitu....Sebab Ramadhan ke? Sebab mami ada? hihi....

    Kak Ton cakap pasal mee, mak pun nak nak goreng kuey teow ler ptg ni.....teringin pulak! Betul sangat dah tu, takkan nak tunjuk pulak sawan menyenap depan mami pulak kan kak Ton. Taulah mmg bersawan, depan mak mertua lagilah kena cover hihi...
    Kak Ton ni cepat perahsan betullah.....mami puji tu, ambik hati jer tau bukan betul betul pun kak Ton susut...Hish... Dah dah...jangan perasan lebih lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikum salam, Mak!

      Wah, bunyinya tu macam bertahun tak jumpa padahal WA selalu pun kan...

      Yalah, yalah.. dah lama tak datang, jemputlah masuk. Pintu rumah ternganga luas aje tu. Pandai-pandailah menjemput diri duduk atas sofa. Alah, buatlah macam rumah orang yerk ~_^

      Mak memang. Orang nak buat kuey teow, dia nak buat. Orang masak sardin bagi mak mertua, dia pun nak masak bagi makpak mertua. Pendekata memang suka sangat pada jiran ni, asyik meniru je tau *_*

      Yalah, Mak. Sebenarnya Kak Ton pun rasa macam Mami nak ambil hati je tu. Tang mana yang susut pun Kak Ton tak tahu. Tapi kalau pakai baju kelawar memanglah tak koyak dari celah ketiak sampai paras paha, Mak. Keh3x....

      Delete
  5. Ha...nanti jangan lupa ceritakan reaksi mami bila berbuka di luar tu, ya...

    Kakcik pun rasanya makin hari makin kurang makan nasi. Puas cuba masukkan ke tekak tapi macam ditolak-tolak keluar balik je. Wah...boleh kurus kalau macam ni - berangan je la...

    Jangan habis bulan Ramadhan ni esok berganda2 pulak kakcik makan! ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah! Nanti saya ceritalah kalau berkesempatan menaip entri tentang berbuka di luar tu.

      Saya ni tak pernah bulan puasa turun berat. Jangan harapkan kilogram, gram pun takda. Makan tak makan, sama aje!

      Delete
  6. Cakap pasal mee goreng pedas tu......yang tu belum buat lagi..kena buat nampaknya sebab terus terbayang2 mee goreng pedas lepas baca entry ni..

    Raya kat sana tak meriah ke?MD pernah raya sana tak??kalau setakat makan sama lepas tu habis memang tak syok la..Raya kena la ada jalan2 rumah orang..kan??duit raya pun tak de la ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni di rumah saya semua pun dipedaskan. Memanjang campak cili padi *_* Tapi ada jugalah makanan untuk anak-anak. Pedas-pedas nanti kesian pulak si Abang nak tahan berpuasa. Si Adik pun walau makan pedas juga takdalah tahan mana...

      Memang tak meriah mengikut kata Hubbydearie. Kami tiga beranak tak pernah beraya di sana. Kalau tak dapat balik kampung masa raya, rasa satu macamlah tak bestnya. Walaupun hari-hari biasa adakalanya dekat setahun tak balik kerana emak saya ada di KL ni.

      Itulahkan...memang raya di negara kita ni lagi meriah!

      Delete
  7. Menantu malaysia mithali..sesuai untuk MD..mak mertua pun mak jugak kan MD..kena layan baik2 sampai dia tak mau balik negara sendiri senab sayang nak tinggalkan.menantu kesayangan.
    Cucu pulak comel2 bertuah MD.acik dulu sekejqp sangat ada mak pak mertua..meninggal selang 100 hari dua2 dah tak de belum 2 tahun pun kawen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... yang mananya sesuai Acik? Tapi serius tau Acik, memang rasa janggal bila mak mertua ada di rumah. HD tu memanjang suruh saya tunjuk muka manis, senyum selalu. Padahal saya bukannya masam muka tapi bila dah penat, memanglah tak boleh senyum. HD tak suka tunjuk muka penat ke, muka tak boleh senyum ke, depan emaknya. Takut emaknya kecil hati pulak.

      Delete
  8. saya berbuka, apa aja terlintas nak masak. tapi banyak minum air sebenarnya.haus..nasi berlaukkan mi goreng tu cam nasi ambeng jek MD..
    nanti kalau mami dada datang time ramadhan bolehlah bawa gi buffet ramadhan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok memang rasa nak masak macam-macam tapi bila dah masak, lauk-pauk yang biasa juga yang kena masak! Betul tu, Mar. Saya pun capai air dulu. Legakan kehausan. Kalau tidak, rasa macam apa aje hausnya. Dapat 1,2 mug lepas tu dah tak boleh makan banyak. Kalau kata nak kurus dah boleh dah tapi tak juga!

      Oh, saya tau nasi ambeng tu.. Paling saya suka suun+tempe+ikan masin. Semalam pun macam nasi ambeng juga berbuka di rumah saya - kueyteow+nasi+kentang goreng suun dan ikan bilis pedas-pedas!

      Delete
  9. mubgkin Buvijon akan kena kejutan budaya sekejap, tapi takpe nanti boleh cerita dengan orang-orang di Tashkent..pastikan jangan membazir, nanti dia tak nak ikut berbuka kat luar lagi dah.

    Cakap ngn HD, baguslah tak susut.kalau susut nanti orang kata menantu kesayangan dari Malesya tak jaga anak dia plak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, itulah pasal! Kalau Mami tau buffet bayar mahal dan makan berlebihan macam tu, takut tak mahu pergi lagi. Tak merasalah. Dari satu segi, baik juga takdalah membazir duitkan. Dari segi yang satu lagi, rugilah tak merasa makan buffet Ramadhan tahu ni *_*

      Delete
  10. Senangnyaa kerja akak kalau macam tu sebab semua tak cerewet bab makan. Hihihi. Nanin ni kejap kang terliur air tebu lah mangga lah apa lah itu lah ini lah. Adoii. Ada je benda yang terliurnya. Hahaha. Bila pegi buffet ramadhan memang macam macam lah benda adanyaa. Patut hari ni gi buffet ramadhan kat bangi tetiba cancel pulak last minute sebab pak cik ajak berbuka rumah dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak cerewet tapi masing-masing ada 'taste'. Itu yang kena masak berjenis-jenis lauk sekali masak. Bab bersahur memang mudah sungguh. Jadi takdalah akak tension kena bangun awal pagi sangat ~_^

      Oh, Nani nak pergi buffet Ramadhan kat Bangi tu tang mana? Manalah tau terserempak nanti, boleh akak sembunyi bawah meja buffet tu *_*

      Delete
  11. saya pun teruja nak tahu reaksi Mami. saya ni tak biasa MD nak berbuffet2 ramadhan. encik suami memang tak galakkan punya, haha..

    mungkin lihat MD dan yang lain tak membazir, tengok gelagat oranglain dia terkejut pulak kan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak makan banyak memang sayang pergi buffet ni, Anim. Keluarga kakak saya pun begitu tapi sesekali teringin nak makan di luar bersama keluarga. Kami pergilah...

      Nantilah saya up entri tentang kami berbuka di luar bersama Mami, emak saya dan keluarga kakak saya ya!

      Delete
  12. since mami ada kat sini, takpelah nak bawak kan. Hahhh terkejut sbb mahal & melimpah ruah lauk pauknya. hehehe
    Buffet Ramadhan kat sini mmg skrg melampau pulak harga nya. bkn lah kedekut or berkira nak pergi kak. tapi tak berbaloi. makan nya secoet tapi harga nya masyaAllah. so lebih baik berbuka dirumah jer. Simple & tak membazir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru bawa Sabtu minggu lepas. Nanti akak up entri ya ~_^ Dalam kepala ni banyak pula idea keluar. Lagi pun today is my day... Kenalah keluarkan entri syok sendiri dulu ~_^

      Delete
  13. hihihihihi ai is tak zabarrrr nak baca entry yang tu kak. mohon update cepat sikit hewhewhew. kot ada bergambar sekali ke kan hihihihi. kira pun tak pernah berbuka buffet ni. spesies yang tak reti nak makan banyak2 rasa macam membazir pulak kalau bayar mahal2 tapi tak dapat nak makan banyak2. makanya kita berbuka dirumah sajo. tapi teringin tu ada jugak hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum berupdate lagilah, Kira. Banyak pulak entri lain nak menyusul tak sabar-sabar. Tapi itulah kali ini akak memang malas nak snap gambar. Yang itu pun sebenarnya memang takda gambar makanya tak dapatlah cuci-cuci mata tengok kemewahan makanan yang ada :)

      Delete
  14. satu ketika dulu , saya mencuba tak jamah sebutir nasi pun di bln puasa . masuk raya , berat badan mmg turun . sampaikan sudara mara yg dtg tanya ' ko mkn apa ? " . sejak tu sampai la ni , saya dapat maintainkan badan wpun saya ni x lah pernah gemuk pun . saja je nak cuba teori tu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, saya ni masih teringin lagi nak makan nasi. Nafsu nampak nasi tak boleh reject tu masih menebal lagi dalam diri :) Cuba jugalah nak buat macam tu tapi selalu aje gagal tau, Vee!

      Alahai, Vee ni tang manalah gemuknya sampai nak berdiet bagai! Okey aje nampak awet muda *_* Eh, btw, berapa umur Vee pun saya tak tahu. Main sedap cakap aje awet muda. Ke memang muda lagi nih ~_^

      Delete

Nak kahwin lagi...

Salam kawan-kawan! Amboi, tajuk! Seram membacanya! Siapalah gamaknya yang nak kahwin lagi ni? Yang sebenarnya, tak tahulah hari...