Thursday, June 11, 2015

10 liter

Salam kawan-kawan!

Ahah, pendek tak tajuk? Pelik tak?

Apanya yang 10 liter ni?

Mehlah kita bercerita...

Sejak baca kat blog Fiza si Supermom  tu, I teringin sangat nak buat kerja ni ^_^

Kerja apa tu?

Kerja pam minyak!

Eh, bukan! Bukan! Bukan I nak jadi attendan kat stesen minyak! Tolong orang pam minyak kat situ! Oh, no, no, no... salah pemahaman tu namanya!

Selalunyakan kalau pergi pam minyak, kita isi dengan nilai RM, ya tak? Kalau minyak kereta kosong aje, bergegaslah pergi ke stesen minyak. Cakap kat kaunter yang selalunya dijaga abang Bangla tu, kita nak isi minyak RM10 ke, RM20 ke, RM30 ke atau penuh terus sampai melimpah ruah keluar dari tangki kononnya....

I pun macam tu. I memang tak tahu ada cara lain nak isi minyak kecuali dengan cara ini ajelah. Rupa-rupanya according tu Fiza, kita boleh aje pam minyak dengan berapa liter yang kita mahu. Contohnya, 1 liter (Oit sikit sangat ni! Ini bukan mutubike Adik Cute yang jalan-jalan dalam rumah jerk!) 10 liter, 20 liter gitu ^_^

Eh, ada beza tau kalau pam minyak dengan RM dan liter ni! Kalau spesies driver yang asal minyak penuh aje dia sesat utara, selatan, timur, barat (Maknanya kereta dia tak gerak langsunglah, statik je kat tengah-tengah arah angin. Keh3x...gurau!), memang ada bezanya.

Kalau dibuat pengiraan, memanglah nampak sikit perbezaannya. Tapi kalau 10 kali teruja nak pam minyak sehari, memang banyak jimat. Sekarang ni kan zaman kita belajar berjimat-cermat, salah satu cara menyahut cabaran Pak Menteri katanya...  

Jadi, selepas membaca entri Fiza tu, I memang teruja nak menukar cara tapi selalu terlupa. Lagipun I ni baik. I tak mahu menyusahkan cashier di pagi hari kononnya. Since I clever katanya in Maths, maka I nak siap-siapkan exact amount bila membuat pembayaran! Sebab itulah I selalu terlupa bila berada di stesen minyak *_*

Kebetulan, semalam minyak I dah blinking-blinking non-stop (tapi sempat juga terjah KLCC dulu baru pam minyak sebelum balik pejabat waktu lunch break *_*) I nak isi penuh, tak tahu pulak berapa liter diperlukan. Takut melimpah-ruah keluar tangki nanti, I juga yang rugi. Hasil berjimat cermat isi minyak ni boleh beli benda lain kalau dikumpulkan sedikit demi sedikit tau ~_^

Makanya paling mudah I cubalah isi 10 liter aje (itulah punca jadi tajuk ya kawan-kawan ~_^) dengan bersiap-siap duit RM20.50 masa membayar di kaunter ~_^ Sebenarnya I cuak juga kalau cashier kata tak boleh buat macam tu (sebab dia malas nak kira, sebab dia takda calculator masa tu dan macam-macam sebab lagi!) Tapi, sepanjang jalan pulang dari KLCC ke stesen minyak berhampiran,  I dah siapkan plan nak menjawab balik kalau dia kata tak boleh! Hehehe.... havoclah hang ni, MD!

Sampai kat kaunter, I terus cakap nak isi minyak 10 liter. Belum sempat cashier Bangla tu keluarkan calculator, I dah hulur kad keahlian stesen minyak dan duit secukupnya, 

Nah, RM20.50 kan!

Oh, hebatnya rasa masa tu macam Hang Jebat di zaman Melayu Melaka menang bertarung aje ~_^

Itu aje ceritanya. Bukan awesome mana pun... 

Tapi sebab dah berjaya isi minyak 10 liter, I sengih sorang-sorang dalam kereta sampailah ke pejabat *_*

Pagi tadi I top up lagi minyak kat stesen berdekatan dengan my rumah supaya nampak penuh bar yang ada tu. Sebab terlupa, I minta lagi RM40 minyak ~_^

Kehkehkeh....



 

 


24 comments:

  1. Cewah.. siap up 2 entry sekali tu..tadi nampak ada lagi satu ye.. haha..saya dah lupa pasal isi minyak ikut liter ni.. mula2 hari tu ada gak beberapa kali isi ikut kiraan liter. Rasa dah hebat sangat sb bg papa N kagum tetiba bini pandai bab kiraan ni.. tapi lepas tu dah lama tak buat. Haha..

    Haha.. jimat la sangat ya bila isi ikut kiraan liter ni.. tapi ok bila kira jangka panjang memang dah ok kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mencukupkan kuota hujung minggu katanya...

      Saya pun baru tahu, dalam tahun nilah. Tapi tak pernah praktik sampailah semalam. Kira banggalah tu walaupun 10 liter jer yang berani pam. Nak pam penuh tak tahu berapa liter semuanya.

      Jangka panjang jimatlah walaupun berapa sen aje. Simpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Asal jangan guna sudahlah yang berapa sen jimat tu ~_^

      Delete
  2. tak mau komen pasal kejayaan MD isi minyak 10 liter tanpa menyusahkan abangla kira .. nak komen nampak macam ada banner nuffnang.. baru nampak ke baru letak ke tak tau la tapi baru perasan ia wujud... kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya ke? Dah lama sebenarnya tapi baru perasan semalam dah beberapa menghilang banner tu. Hahaha!

      Errr...kalau dah nampak tu apalagi...silalah jalankan kewajipan sebagai kawan-kawan alam maya katanya ~_^

      Delete
  3. Patutlah asyk tersedak² jer. Nama diseru...hehehe...

    Fuiyooooo...mudah keja abam cashier petrol sbb tak payah buat kira² lagi. Kekadang kita pon terlupa gak isi pakai liter. Especially klo dah lambat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... Yalah, first time baca kat blog youlah, Fiza! Dah lama nak buat tapi tak terbuat-buat. Yalah takut menyusahkan cashier nanti nak dok mengira dan nak pulang duit ringgit dan sen. Saya ni pun bukan suka menyusahkan orang. Hahaha....

      Delete
  4. Boleh yeh....motifnya apa nak isi minyak pakai liter tu? Saja ar nak guna duit sen yg melambak dalam bag tu yek...

    Mak tak pernah cuba pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Motifnya dalam jangka masa panjang, akan jadi lebih murah. Kalau simpan dalam tabung anak baki penjimatan kos itu, akan dapat beli rumah!

      Rumah mainan untuk anak-anaklah ~_^

      Delete
  5. Saya tak pernah cuba. Nampaknya nak try dan buat perbandingan. Mana yg senang nak buat dan attendan pam minyak nak faham...
    Maklum pekan kecil ni, jangan le nak buat benda yg luarbiasa..hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya penjimatannya tak nampak banyak mana. Tapi kalau long term pengiraannya, memanglah ada perbezaan.

      Kalau kat pekan kecil, Anim siap-siapkan dulu duit nak bayar. Takdalah cashier kalut nak capai kalkulator bagai *_*

      Delete
  6. isi minyak ikut liter ke ikut RM ke sy tak pernah isi minyak sendiri..diva tak kite?muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awak tu memang. Bidadari sangat tau! Mentang-mentanglah suami yang tukang isi minyak. Ish, ish, ish... tak independent langsung (yang sebenarnya cemburu terbit dalam hati) ~_^

      Delete
  7. selalu isi minyak ikut RM jer.. malas nak pikir ikut liter.. dasar pemalas kan.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun gitu. Inilah first time. Lepas tu kalau tengok dompet takda duit nak bayar exact amount, pam guna RM balik *_*

      Delete
  8. dulu kan. dulu2 masa tengah viral pasal isi by liter ni pun selalu gak isi liter2 tu tapi sekarang dah malas. mintak aje berapa puluh nak isi. dasar tak tetap pendirian kan hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak selalu aje tak tahu apa yang viral. Viral dah surut, barulah akak tahu. Hahaha.... Tapi yang ini pernah baca dalam blog Fiza lama dulu cuma sekarang aje dapat mengaplikasikannya. Wah, tengok tu bahasa! Kagum tak? Hahaha!

      Delete
  9. Akak dah lama gunakan Litre bila isi minyak petrol MD..
    Masa ada geng hantar kat FB..
    Memang berbaloi bila menggunakan litre ni..
    Jimat pun jimat..
    Tapi tu lah.. mula-mula nak tukar RM ke litre tu yg selalu tersasul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baca komen CH dalam salah satu entri sayalah tu baru teringat nak cuba guna liter. Padahal dah baca dalam blog Fiza lama dulu. Saya siapkan duit siap-siap, Senang terus bagi. Jimat dalam jangka panjang. Jangka pendek memang tak berapa nak nampakkan, CH...

      Delete
  10. baru cadang nak komen
    sekali tengok dah banyak entry...rasa baru 2 hari tak singgah
    ni bersungguh nak kasi 30 entries sebulan ni
    i like semangat tu =)

    besok ajelah sambung komen...jenuh nak baca semua kasi habis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah, kan dah gerun! Hari tu mencabar bukan main lagi. Ini memang disebabkan cabaran getir yang diterima dari YY dan juga nak capai targetlah. Inilah jadinya....So, belajarlah serik untuk menyuruh saya giat menaip entri yerk ~_^

      Delete
    2. hehe...ni kisahnya tercabarlah ye =)
      takpe...kita tunggu, lama lagi nak sampai hujung bulan ni...hehe

      eh yang bab liter tu, saya tak penah buat gitu
      pakai ringgit pun, sebab apa? saya takde kereta! wahaha!
      selalu melanyak keta suami aje. main jalan aje
      minyak ada ke tak ada ke, hentam aje! hehe

      Delete
    3. Yalah, yalah... kita tunggu sampai hujung bulan berjaya ke tidak. Yang sebenarnya, sebab bulan Mei tak berjaya, harapnya bulan ini berjayalah sebab ini bulan harijadi saya. Bulan depan dah ulang tahun blog ke-2 pulak. So kalau nak mencipta hattrik macam orang tu, boleh sangatlah mencuba!

      Untunglah naik kereta main drive aje. Minyak ada tak da pun tak peduli. Bukan kereta dia....

      Delete
  11. klu x biasa mmg mcm tu lah jadinya . gelak i baca you . tak pe . awal2 mmg selalu lupa . lama2 nanti akan jadi biasa lah . boleh je tanya pekerja kat situ klu penuh tangki berapa liter atu cari je kat google pun boleh ikut brand kereta ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sempat dan ada duit tepat dalam tangan aje baru isi ikut liter. Kalau tidak, RM juga tersembur dari mulut. Hahaha...

      Semangat memang begitu. Awal-awal aje bukan main tinggi, lama-lama back to perangai lama *_*

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...