Tuesday, June 9, 2015

Cancel last minute...

Salam kawan-kawan!

Sebenarnya hari Jumaat lepas rancangannya nak ke Floria di Putrajaya. Lepas tu bolehlah Hubbydearie dan Bubbly Abang bersolat Jumaat di Masjid Besi atau Masjid Putra manakala I dan Adik Cute melenjan sampai berpeluh ketiak di Alamanda atau pun IOI Citymall. 

Tapi kata orang, kalau dari awal ada aje aral melintang patah begitu, memang banyaklah halangannya nanti. Selesai menyiapkan diri, I pun called my eldest sister, tanya kalau-kalau my sis nak turut serta jelajah Floria. Tapi beliau ada hal, menunggu my mother sampai dari kampung. Makanya tak bolehlah nak turut serta, takut-takut kalau my abang dah on the way ke Kuala Lumpur untuk menghantar my mother sebab janji Melayunya sesudah Subuh nak bertolak dari Batu Pahat!

So, tak nak ikut pun takpalah tapi kami tetap ajak jugalah my sis ni pergi bersarapan bersama. Arah tujuan tentulah restoran kegemaran yang biasa dikunjungi (kita panggil Restoran B ya!) walaupun kita kena berpatah balik ke rumah selepas sarapan semata-mata nak hantar my sister pulang. Kalau tidak, boleh aje terus ke Putrajaya, dah satu jalan katanya...

Sampai aje di restoran, walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 10 pagi, kelibat makanan tak nampak pun terhidang. Restoran dah dibuka tapi kerusi meja belum tersusun elok. Makanya malas nak menunggu, kita pun patah balik ke kawasan rumah dan kononnya nak makan di restoran kegemaran yang lainlah, kita panggil Restoran A.

Hubbydearie ni kalau I yang ajak ke Restoran A memang beliau membangkang sesaja. Sebab katanya tak berapa selesa makan di sana dan semenjak diet rakus ni, memang semua sarapan pagi ala-ala Melayu, beliau tak mahu makan. Okey, fine! I tak kisah sebab setakat nak bersarapan di luar, I ada senarai restoran yang panjang berjela (tapi setiap kali nak pergi, selalu je kepala blank tak tahu mana nak tuju.... ~_^)

Disebabkan itulah I ajak bersarapan di Restoran B tadi yang agak jauh dan my sister sebenarnya tak berapa gemar sebab takda makanan yang menepati citarasa tekak Melayunya yang dahagakan pedas-pedas cili katanya... See, susahkan jadi adik dan isteri mithali macam ni! Kerat 18 pun belum tentu berjaya jadi adik/isteri yang baik. Hehehe....

Bila sampai di Restoran B dan kami nampak ia tak siap lagi untuk menerima pelanggan atau mungkin tak buka pun untuk breakfast, tetiba Hubbydearie boleh buat suggestion yang cukup berhemah sebagai adik ipar yang bersopan-santun, baik budi pekerti lagi prihatin (Grrrr... I is geram sebenarnya!) Boleh pulak suami tersayang mencadangkan agar kita patah balik ke kawasan rumah dan singgah makan di Restoran A yang cukup tak disukainya itu semata-mata demimu, kakak iparku (kata Hubbydearielah ya...)

Boleh pulak sampai di Restoran A tu, Hubbydearie makan dengan bahagianya nasi goreng+mi goreng+telur+sardin tanpa bertanyakan pada I berapa agaknya kolesterol, lemak tepu, lemak tak tepu, gula, carbo dan sebagainya.  Kalau tidak, suruh merasa makanan pun bukan main tak boleh. Takut tergelincir diet rakus kononnya!

Yalah, yalah... berlakonlah depan kakak iparmu. Maklumlah satu-satunya adik ipar 'asing' yang baik ^_^

Selesai menghantar my sister pulang ke rumah, kami pun bergerak ke Putrajaya. Again, macam I kata sebelum ini, I memang tak hairan pun dengan Floria ni sebab I tak suka pun 'munge-munge matahari...' Ini semua kerana nafsu bunga Hubbydearielah. Nasib baik mak mertua I takda sama. Kalau tidak, memang tak boleh bangkang langsung. WAJIB kena pergi tengok Floria nih! Kalau tak nak, silalah berpanas tunggu kat depan kaunter tiket sampai mereka dua beranak habis explore Floria. Jangan harap nak duduk dalam kereta, dalam erti kata lain 'membantah secara penuh diplomasi'!

Dah katanya aral melintang patah bagai, sampai aje di sana tetiba tengok ada kaunter tiket! I pun pergilah tinjau dengan mata rabun ni berapa harga tiket. Oh, tak mahal pun! RM5 untuk dewasa (RM10 untuk HD) dan RM1 untuk kanak-kanak. Tapikan, sajalah nak buat bertikam lidah manja-manja, I pun pergilah  tanya kat Hubbydearie nak masuk ke dalam ke sebab kena bayar kalau nak masuk!

I ni pun spesies kelakar juga. Kalau time kedekut sampai, 10 sen lebih pun tak mahu keluar duit. Kalau time kedekut tak singgah, RM100 lebih pun takpa ~_^ Bukan apa, I dok fikir, I dan anak-anak bukan suka pun munge-munge-munge ni, ralatlah nak bayar RM7 untuk kami bertiga! (Kehkehkeh...) 

Lagi satu sebab I tanya HD nak bayar ke tidak, sebab I ni isteri mithali ~_^ Beberapa hari lepas I ajak pergi ke Tasik Perdana naik tram yang bayar RM2 seorang jerk kalau tak silap dan ini jawab HD,

Kalau nak pergi tak payah naik tram. Dulu kita dah naik sekali. Kita jalan-jalan aje tengok kawasan sekeliling. Lagi bagus!

So, I dok pasak dalam kepala, mesti Hubbydearie pun 'kedekut' macam I jugalah hari tu. Maklumlah suami isteri sejati memang sama citarasa ~_^ Dah RM8 harga tram tak mahu bayar inikan pulak RM17 nak tengok Floria (Kehkehkeh lagi...) 

Dek kerana I dok sibuk sangat merungut pasal kena bayar nak masuk Floria yang entah apa-apa ni, makanya Hubbydearie sudah panas hati, ambil kunci dalam poket, suruh kami tunggu di situ dan terus pergi ambil kereta! Ahah, padan muka... ayok tak tahu, suami dah marah!

Sempat lagi tu beliau membebel dalam diam tapi biar I dengar kat telinga ni supaya terasa bersalah amat-amat,

Legoland yang nak kena bayar 7, 8 ratus sanggup! Ni nak bayar RM17 pun berkira!!!

Sepanjang jalan pulang masing-masing senyap, sunyi sepi membisu tau. Takut kalau buka mulut kena marah dengan Hubbydearie ~_^

Makanya kita tak sampailah Floria ni sebab tiket RM17 tu ~_^ Tapi takpa, petang tu pun Hubbydearie dah cool down sebab HD mogok lapar konon separuh hari tetiba terasa lapar nak makan. So, isteri mithali sudah masak sup untuk suami tercinta begitu untuk menambat balik hati dan perasaan serta meluahkan rasa kebersalahan yang  teramat kerana kedekut tak kena tempat *_*

Esoknya merancang nak ke FRIM sebab ada event di sanakan pada hari Sabtu, 6hb Jun yang lalu. Tapi kalau dah bangun tidur pukul 9 pagi, apa cerita. Event pulak bermula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang. Ada harapan kalau kami sampai sekitar pukul 11 lebih, buat penat badan aje.... Makanya kita cancel lagi plan. 

Hari Ahad pula sepatutnya Bubbly Abang dan Adik Cute ada rancangan yang telah diatur sejak dua minggu lepas tetiba cancel last minute juga. Bertapalah kami tiga hari di rumah dek kerana rancangan asyik aje terbatal last minute punya kerja...

Itulah sebab kami buat movie marathon. Buat hattrick setiap hari selama 3 hari bercuti. Untuk mengubat kelukaan di hati masing-masinglah kononnya.... Hehehe! 

P.S. Ini entri autopublished, lebihan idea semalam ~_^ Ingat nak keluarkan 3 entri semalam tapi cukup-cukuplah menyiksa jiwa-raga kawan-kawan, MD. Kalau depa dapat rabun dekat sebab baca entri panjang berjela, siapa yang nak bertanggungjawab? I jauh sekali.... Hihihi *_*



40 comments:

  1. Nani pun tak suka bunga bunga ni even tunang along berkali kali call ajak gi floria kat putrajaya. Hahahaha. Tak kena dengan jiwa betul bunga bunga ni. Amboii banyaknyaa HD ambik untuk sarapan. Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak memang surrender siap-siap Nani kalau bab bunga. Tak tahulah mengapa. Dulu zaman bercintan-cintun pun silalah jangan bagi bunga. Kubuang terus ke dalam tong sampah tanpa mencium bau yang katanya wangi tu....

      Itulah pasal. Katanya diet rakus, semua tak boleh sentuh, tak boleh makan. Tetiba depan my sister, bukan main lagi hebat makan sarapan kat restoran yang HD tak berapa suka katanya....Ish, ish, ish....tersentuh hati rasa nak mengamuk aje!

      Delete
  2. adoi mak sarapan pun dah berpusing Sana sini..saja suka habiskan minyak kereta ke apa.hehe

    kok kenapa tak minat munge2..sy ok je klu munge..tp klu bersesak dengan manusia takat nak tengok bunga je baik tak payah..adoii ni dah melebih ni MD punya kemut..dah boleh mengalahkan sy tahap kemutnya.hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita orang memang tak boleh pam penuh minyak kereta ni. Ke hulu, ke hilir aje kerjanya walaupun katanya keluar rumah tadi dah ada destinasi, hala tuju!

      Oh, serius I memang tak suka munge-munge, PK oiiiii.... Saya dengan bunga memang tak berjodohlah. Tak kira bunga palsu atau bunga betul. Saya alergi tengok bunga ni. Rasa nak ramas-ramas dengan tangan jerk!

      Hahaha...itulah pasal. Kemut tak bertempat! Itu yang HD bengang jerk. Yalah, salah HD juga. Ajak pi naik tram RM2 seorang tak mahu membazir katanya sebab dah pernah naik. Inikan pulak nak bayar RM17 tengok munge-munge matahari, lagilah membazir. Ya tak? *_*

      Delete
  3. Kite pernah p floria 1x.....tym tu nk buat esaimen....hi hi....suke tgk mcm jenis bunga...lawa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah tak tahu kenapa hati ni tak tersentuh gembira bila tengok bunga-bunga yang orang kata cantik tu.....

      Delete
  4. ayo...tak tahu...HD marah!
    tulah MD, semata-mata pasal 17 ringgit aje tak mahu kuarkan
    dah majuk HD tu, nasib angin ribut dia kejab aje =)

    ala...saya tak dapat p. kalau tak mesti dah tengok dah tengok keindahan bunga
    cehwah! minah bungalah katakan
    suka tengok aje sebenarnya, rasa nyaman mata.
    kalau nak menanam minta maaflah, bunga banyak keliling rumah pun bukan saya yang tanam =)

    cite atas sekali paling kelakar
    boleh plak HD dari tak nak kepada nak ye
    kalau tahu dari mula dah p dah kan
    tak payah bazir minyak keta yang makin mahal la ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. HD bantai mogok drive terus balik ke rumah. Saya nak mengajak pergi IKEA pun takut tau, YY. Kang kalau saya terbeli barang kat IKEA melebihi harga tiket RM17 kat Floria, ada yang kena sound system hak terbaik punya... Ngeri den... Kita bagi HD cooling period dululah *_*

      Oh, saya memang bukan minah bunga! Sila jangan ajak saya dating bawa Adik Cute dan jumpa YY and Aisyah di taman bunga-bunga matahari yerk. Cancel terus! Hehehe....

      Saya barang hantaran pun takda letak bunga-bunga tau. Pelamin pun jangan harap banyak munge-munge. Setuju? Kalau setuju, baru kita on majlis ~_^

      HD kan satu ajelah yang buat saya selalu menyirap. Selalu sangat 'bermuka-muka' depan kakak saya!

      Delete
    2. hehe...tu kalau ajak juga p IKEA
      memang saya cop tulis headline kat METRO... hehe

      abis kalau takde bunga kat pelamin nak letak apa? ekzos kereta ke?
      ishhh...tak boleh bayangkan keindahan pelamin tanpa bunga
      saya BANGKANG yanf arif!! saya NAK bunga juga! tak kira!

      bunyinya macam sama dengan mychintahati
      cuma dia dengan mak saya. kalau dengan saya elok kata tak nak
      dengan mak boleh pula tukar statement. dah nampak cam kita yang tak bagi
      sungguh geram!

      Delete
    3. Kalau pergi juga IKEA, spital dah lepas tu kena hemps dengan kerusi mahal kat IKEA tu. Hahaha! Sesuai sangat untuk suratkhabar Metro tau *_*

      Alahai, sekarang ni banyak benda boleh ganti bungalah. Kita boleh letak teddy bear ke, kita letak gambar-gambar pre wedding ke. Tapi kalau nak letak ekzos kereta pun saya okey jerk. Eh, awak pikir anak kita ni mekanik ke? Engineer F1 ler.... Hahahah!

      Oh, memang mereka ni macam ni kot! Suka sangat buat macam kita yang jahatkan...

      Delete
    4. hehe...boleh bayangkan situasi tu dan juga headline
      adeh...letih ketawa. terbayang headline astro kat facebook tadi
      "mak kau hijau" hehe...macam-macam.

      teddy bear? hek eleh...tak menarik langsung
      lemah semangat dengar...
      bunga juga tetap menarik hati ku ini!

      agaknyalah MD. menci tau!

      Delete
    5. Eh, kita bukan suruh awak menjawabnya. Kalau Aisyah suka teddybear atas pelamin, apa ke hal pulak emaknya nak masuk campur nih. Ish, belum apa-apa dah nampak sikap suka masuk campur urusan anak menantu tau. Hahaha!

      Bunga tu kalau nak letak biarlah berpada. Jangan penuh pelamin sampai pengantin pun duduk di sebalik bunga nanti. Oh, tak dapat dibayangkan....

      Delete
  5. bace tang sarapan tu dah tegelak lieya kak...adoiii.... berpatah2 balik haaa dibuatnyer....agaknye tensen kene patah balik tu yg tak ingat diet asal dah kak,....terus main bedal ajek heheeheh...

    tu laa bagus akak rajin dtg floria...lieya ni walo org putrajaya, duduk pun kat putrajaya tak penah langsung pergi sepanjang floria2 ni dibuat..... malas nak pikir parking...kene naik shuttle bas bagai...panas2....huaaaaaa...xdpt bygkan...almaklum laaa i kan puteri lilin sejati kahkahkahkah....muntah sebaldi bace ye kak heheeheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak kereta baru pam penuh, Lieya. Itu yang jadi begitu... Selalu pun akak ajak makan kat restoran tu HD tak mahu. Katanya tak bestlah, jemulah, orang pandang dia makanlah! Sekali bila dengan my sister, boleh pulak tu HD yang suggest patah balik pergi restoran tersebut! Oh, alahai....panas je rasa hati tapi kontrol marahlah...

      Akak sampai depan kaunter tiket Floria aje, Lieya. Tak masuk pun. Akak jenguk-jenguk dari luar macam tak best je pastu kena bayar tiket, lagilah malas. Itu yang HD bengang sangat *_*

      Awak memang, puteri lilin Putrajaya. Boleh jadi maskot untuk MOTN tahun depan. Kah3x.

      Delete
  6. memang sah la MD rasa bersalah..keran RM17 HD berkecil hati..sepatutnya tak tunggu raya tu MD..kena minta maaf terus dan kata..meh la kita pergi semula..dinda dengan sukarelanya akan memandu pulak untuk bawak kesana..he he..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... saya ni time kedekut sampai memang macam nilah. Lagi kalau saya rasa takda manfaat untuk diri saya :)

      Oh, HD marah sekejap aje, Acik! Lepas tu saya pujuk dengan sup kambing *_*

      Dinda ni handicap kalau depan suami. Tak reti nak drive kereta ~_^

      Delete
  7. rugilah MD tak suka munge-munge..bukanlah ia spesis yang cantik, dapat mengubat luka di hati..dan menenangkan jiwa raga..
    penat je drive, cari parking, bila dah sampai tak nak masuk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dekat tau rumah saya dengan Putrajaya tu. Kena bayar tol lagi. Itulah kedekut tak bertempat orang putih kata. Beginilah nasibnya. Saya sebenarnya memang tak suka pun tapi sebab HD nak pergi, kita ikutkan aje. Tetiba boleh pulak buat hal. Saya pun sekadar bertanya sebab HD tu lagi kemut oi daripada saya. Tak sangka pulak HD merajuk, bengang dok kena tanya pasal tiket murah tu aje dan terus ajak balik! Memang sia-sia duit minyak dan tol!

      Delete
  8. Ooo ini yang kes 3 hari maraton tgk movie ya..ada saja halangannya... ingatkan memang dah tetiba nak jadi penunggu rumah..

    Ayo..sampai hati Kak Ton kedekutkan rm17.. sian menantu pilihan eh adik ipar asing pilihan @kesukaan ramai tu.. bersungguh HD makan kat tempat yang tak suka sangat pun, tapi bila dah ke tempat yang HD nk g, bininya lak gitu...hahha.. mujur pagi tu HD dah makan banyak ya.. taklah panik orang tu mogok lapar setengah hari..masih maintain sado gagah perkasa lagi tu..

    Haha..masalah salah faham ni.. apa nak buat dah nak jadi gitu ya.. oklagi tu HD tak merajuk lama2..

    MD, hujung minggu ni jangan buat gitu lagi ye.. kalau HD ajak ke mana2..ikutkan je tanpa pikir lain ya..haha.. nasihatkan orang, i pun biasa buat gini.. huhu..insaf

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita ni buat sesuatu memang bermusim. Maklumlah orang tak fokus, AN. Hehehe... Kalau musim duduk rumah, duduk rumahlah kita. Kalau musim menonton movie, marathonlah kita empat beranak. Kalau musim berjalan, berjalanlah sampai penat!

      Hahaha..kejam tak Kak Ton? Tiket RM17 pun tak mahu bayar. Kak Ton rasa macam tak berbaloilah bayar dan masuk Floria ni. Kak Ton tak teruja. Tak sangka pulak HD boleh merajuk. Sampai katanya lain kali nak pergi mana-mana, drive sendiri! Oh, tersentap Kak Ton tapi tak menjawablah. Nanti panjang pulak cerita dukalaranya. Hehehe....

      Yalah, kita nak bayar RM8 untuk naik tram, HD kata tak payah, membazir aje sebab dah pernah naik. Lebih baik jalan kaki keliling taman. Inikan pulak nak bayar RM17, lagi mahal tukan, dua kali ganda. Hehehe....

      Oh, tak! Kalau HD ajak pergi panjat gunung Kinabalu sekalipun, I ikut saja tak banyak cakap. Tapi duit tak nak keluarlah. Pergilah uruskan sendiri semuanya. Hahaha!

      Delete
    2. Haha.. larat ke Kak Ton nak panjat Kinabalu, time lepas gempa lak ni? Jangan...kami tak bagi.. nati apa apa jadi,kami gak susah...

      Delete
    3. Hahaha...contoh jerk sempena berita semasa katanya *_*

      Oh, terharu Kak Ton bila ada yang prihatin pada keselamatan Kak Ton. Ohhhh.....

      Delete
  9. ish..ish..kalau saya memang dah masuk dah sebab saya memang jiwa lembut suka bunga.kira kalau merajuk pakwe bagi bunga memang terus cairlah..

    kagum dengan HD berpatah arang dengan diet demi akak ipar tersayang ye.hehehe, bagus betul adik ipar gini. tapi bayangkan kalau ibu mertua dari Tashkent tu ada, confirm jangan kata 17 hengget, 70 hengget pun takpelah janji diorang dapat tengok munge-munge.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, jauh berbeza dunia kita ni, Sal! Kalau akak dapat bunga, I campak terus masuk dalam tong sampah takda nak cium-cium macam dalam iklan atau filem!

      Wah, HD memang! Kalau depan kakak ipar bukan main baik budi pekerti. HD memang suka kalau kakak-kakak ipar kata sebenarnya adik perempuan mereka ni yang mengada-ngada! Nyampahlah sikap kepura-puraan yang ini tau....

      Huh, kalau mak mertua ada confirm tak boleh kata tidak, berkerut muka nak melawan kata ke apa! 10 kali ganda mahal pun kita masuk terpaksa rela aje....

      Delete
  10. Ohh....biasalah tu, ada kalanya mmg singgah sawan kedekut tu tetiba....hihi....lebih lagi kalau kita tak berapa nak suka tempat tu. Mmg sangguplah pertahankan sawan kedekut tu dpd keluar duit haha....Sama jer Kak Ton, tp tu dululah.....masa mak ada duit , la ni nak tak nak mmg pak Jilap yg kena keluarkan duit.... best jugak tau keadaan cenggini, muka toye tak yah keluar duit haha .........

    Alah.....mengalah ajerlah......katanya isteri mithalikan, habis tu kak Ton mskan apa pagi tu? Lontong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah3x. Masalahnya sawan kedekut RM17 tu yang tak boleh tahan. Manalah bapaknya tak marah dan bengang sampai merajuk masuk kereta ajak balik. Yalah, fikir-fikir balik penat juga HD dah jauh memandu kereta ke Putrajaya lepas tu isteri mithali buat hal. Sebenarnya HD memang tau saya tak berapa suka nak pergi Floria ni tapi itulah nak dijadikan gurau-gurau marah katanya....

      Oh, mana makan lontong! HD tak makan lontonglah! Kita buatkan sup kambing berminyak gitu. Hehehe..... Dah serta merta HD tak marah lagi. Malam terus downloadkan movie buat anak dan isteri *_*

      Delete
  11. bawak makcik2 boleh la pi tengok bunga..kita2 ni suka tengok kasut beg tangan..kan??lain la kalau bunga2 tu kita yang tanam..boleh la nak hadap..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. I lap you, bebeh! Memang pandai meneka. Siapalah nak tengok bunga-bunga tu semua. Dahlah kena berpanas, tengahari buta pergi ke sana. Kalau duduk dalam shopping mall time macam ni lagi bestkan...

      Delete
  12. Dulu2 free dua tiga kali kami g floria tu. merempit .. Pastu angkut ank2 pulak. Sejak kena bayar i yg kedekut ni terus x teringin nk g. Ekekeke

    Ayokkk HD dia dah marah. Mujur laju buat sup pujuk hubby dia ye? Ekeke.. Sorang cerita psl harga tram, terus2 si suami bandingkan dgn harga legoland ye MD? Klu LM kecut perut dah tu bila naik kereta terus balik. Hihihi... Tak dpt lah g alamanda ngan adik cute ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah first time kita nak masuk tengok Floria ni. Tinjau dari luar, macam takda apa-apa je. Itu yang malas nak bayar walaupun harga tiket RM17 aje. Dah sampai waktu kedekutnya, memang gitulah saya!

      Sayakan dah banyak kali cakap dengan HD nak bawa anak-anak pergi Legoland. Saya kata kalau HD angguk aje, saya terus beli tiket online. HD pun tanyalah tiket berapa? Saya kata dalam RM700 kot untuk kita empat beranak kalau beli yang setahun punya tu. Bolehlah turun JB melenjan selalu. HD tak mahu, katanya membazir.

      Itulah punca mengapa HD marah saya. Ratus-ratus sanggup pejam mata bayar tapi RM17 berkira, dok tanya puluh kali! Hehehe....

      Delete
  13. Hahaha beza pulak dgn CH, en suami pulak yg berkira pulak Kalau masuk berbayar ni.. CH okjer..
    Dah nak tengok kan, dah lah setahun sekali..
    CH dah pernah peegi Floria ni, pegi lepas maghrib sebab nak tengok bunga api Dan kereta berhias..
    sebelum mula tu jln2 tengok bunga ;
    Sama mcm CH Kalau en suami mula bising,masing2 senyap macam tikus hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya yang tak berkira sayalah, CH. HD ni yang terlebih berkira-kira gitu ~_^ Tapi entahlah, sebab saya tak minat bunga kot, itu yang saya rasa ralat walaupun nak membayar RM17 aje. Oh ada bunga api dan kereta berhias juga ya sebelah malam? Saya tak tahu pun....

      Saya sebenarnya nak ajak pergi IKEA lepas tu tapi bila HD dah marah, tak berani nak cakap banyak. Anak-anak yang selalu memekak dalam kereta pun senyap memanjang, takut Daddynya marah *_*

      Delete
  14. hahhhhh kan dah kena dgn HD. hehehhe
    tu lah kekadang tak berbaoi byr untuk tgk menda tuh.. tapi oklah lah kan byr RM17 dari byr mahal2 ke legoland tuh.. opsssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haipppp.... nak kena pancung dengan pedang samurai Jepun nih!

      Ni nak sokong siapa sebenarnya ni? Okey takpa... nanti kalau akak lepas ke Legoland, tak mahu bawak Lyn. Hahaha!

      Delete
  15. hahahaha tu kes tak suka sgt lah tu!!! tapi berbaloi gak kan gaduh sebab memang tak payah nak hadap bunga2 tu.

    iols pun tak suka bunga kahkahkah kecuali sakura!!! errrrkkkk :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahlah suami tu sesekali mengajak. Tiba masa isteri mithalinya buat lorat aje *_* Kesian, kesian. Tapi takpalah, dapat juga sup kambing malam tu *_* Kalau tidak, sup ke mana, kambing jangan tanyalah kat mana!

      Bagus ada geng. Tengok pada komen ni macam akak sendirian lonely, lonely je yang tak suka bunga :(

      Delete
  16. Haipppp...tak baik lukakan hati somi. Kan dah majuk tu,,,ekekeke...

    Kita tak pernah gi floria. Teringin gak nak gi tapi somi ku tu tak suka tempat yang sesak lagi menyesakkan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...tak sampai sehari pun dah kuubati luka di hati suami dengan sup kegemaran. Okeylah tu *_*

      First time Fiza saya nak pergi Floria ni walaupun tak minatlah bunga-bunga ni semua. Tapi itulah dah ditakdirkan nak ajak gaduh manja-manja katanya ~_^

      Delete
  17. blh thn juga keras hati dia ni ... heheheee ... suami isteri ada tolak tariknya ... saya juga selalu klu awal pagi ada masalah , sampai ke petang lah akan berjumpa mcm2 halangan . sbb dah biasa , jadi saya dah dapat agak cuma tak tahu dlm btk apa , bagaimana , sbb apa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Saya pun setuju. Kalau dah pepagi memulakan hari dengan langkah kiri, memang sepanjang hari pun mood spoil jadinya. Kalaulah kita tahu... senang nak mengelaknyakan, Vee ~_^

      Delete

Salam Eid Mubarak

Salam  kawan-kawan! Lamanya tak menjengah blog. Memang sengaja tak kemaskini blog sempena bulan Ramadhan kali ni. Ada banyak perkara ya...