Salam 2 Ramadhan kawan-kawan!
Baru aje masuk hari kedua bulan Ramadhan tapi I sudah diduga...
Tiadalah besar mana pun sampai terduduk tak tahu nak buat apa. Besar, kecil dugaan kenalah terima juga. Dah bahagian kita, kan...
Semalam I bekerja macam biasa. Lewat keluar rumah kerana Bubbly Abang tak ke sekolah dek demam dan sakit tekak. I rasa my son ni ada masalah resdung jugalah. Lain macam bunyi hidungnya tersekat-sekat, macam orang kena selsema. Tapi bila ditanya, takda pulak dia kata selsema! I dah bagi ubat demam malam Rabu sebelumnya bila tengok badannya dah mula panas selepas balik dari solat tarawikh. Ingatkan kebahlah demam keesokan harinya.
I berpesan, nanti lepas berbuka (semalam) I akan bawa dia berjumpa doktor. Betul-betul waktu lunch ketika di pejabat, my sister dah telefon. Biasalah my sister ni gegak-gempita marahkan I bila tak ambil tindakan sepatutnya secepat mungkin. I pun dah pening. Makanya, I minta izin cuti setengah hari semalam. Rugi sebenarnya. Sesi petang cuma dari 1.30 petang sehingga 4.30 petang. Memanglah teramat rugi. Tapi nak buat macamana, dah anak sakit.
I pun bila macam-macam dengar, hati dah tak keruan. Nasib baik jugalah di sini tak susah nak minta cuti. Mengejut pun takpa. Bos beri. Di belakang kita tak tahulah apa katanya. Nanti-nanti masa appraisallah baru tahu cerita...
Lagipun sekarang ni bukan mudah nak bercuti kerana tinggal I berdua dengan seorang Chinese colleague. Ya, ada back-up kalau berlaku apa-apa tapi tak seronoklah sebab tugasan itu memang urusan kami berdua aje sebenarnya. Tengah lunch semalam I pun carilah my colleague ni di pantry, nak beritahu okey ke tidak kalau I nak balik rumah, cuti setengah hari. Biasanya memang okeylah. Nak kata tak okey macamana. Kalau I yang kena pun memang okey juga jawapannya bila ditanya. Mujur juga semalam my colleague tak jadi keluar. Kalau tidak, I kena buat 'one man show' lagi semalam dan hari ini. Lega!
Sampai aje rumah terus check keadaan Bubbly Abang. Ya Allah! Penuh tangan dan kakinya merah. Nak kata takut campak, lain bentuknya. I bimbang takut denggi aje tapi Abang baru demam semalam. Rasa tak mungkin juga. I pun segeralah bawa Bubbly Abang pergi klinik.
Klinik belakang rumah ni doktornya perempuan Melayu. Kalau bukan bulan puasa memang tutup waktu tengahari. Tapi I terjah jugalah sebab last time I pergi nampak time table bulan puasa, rasanya takda break waktu tengahari. Ya, betul pun! Buka berterusan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang sepanjang bulan Ramadhan. Masa sampai pun cuma ada 3 pesakit menunggu. Kalau tidak memang ramai sentiasa. Alhamdulillah, lega tak perlu menunggu lama.
Bila doktor periksa rupanya dia ada tonsil, demam masih belum kebah dan juga alergi. Doktor terus beri MC untuk dua hari. Tak tahulah alergi kerana apa sebab seingat I, takda pulak Abang makan apa-apa yang tak biasa. Cumanya dia ada minum mango juice yang Daddynya beli di kedai Arab. Tak mungkin pula kerana itu sebabnya. Setakat ubat, memang Abang takda alergi selama ini. Kata my sis, mungkin juga masa solat tarawikh tu, keadaan karpet yang kurang bersih dan dia tak tahan. Itu pun I tak pastilah...
Semalam pun Abang masih lagi letih sebab demam tak kebah. Makanya kami tidur agak awal. I pun lepas aje Hubbydearie berbuka, teruslah terasa mata tak boleh nak buka kerana tak cukup tidur malam sebelumnya. I pun tidurlah sekejap lepas selesai uruskan rumah dan anak-anak. Sedar-sedar dah pukul 10 malam. Lepas tu, mata memang tak boleh nak lelap sampai dekat pukul 2 pagi. Hati pun risau sebab kejap-kejap dengar Abang merengek.
Bila tengok keadaan anak macam tu, I pun cubalah kejut. Pegang dahinya, nak kata panas sangat tidak juga. Masa nak kejut itulah I dengar dia meracau. Ingatkan dia bercakap dalam English, tapi I tak faham butir-butirnya. I pun kejut. Mata tak buka tapi dia sahut panggilan. Tetiba lepas tu bercakap dalam Mandarin pulak entah apa butirnya. I pun kejut-kejut lembut suruh bangun. Barulah dia buka mata. Hubbydearie pun tanya apa yang dia cakap tadi. Dia terpinga-pinga, katanya ingatkan tadi takda orang!
I syak mungkin dia panas dalam sehingga meracau. Abang kata sejuk suruh selimut satu badan. Memang kalau tak sakit, tak pernah Abang ni nak berselimut malam. I pun tuamlah kepala dan seluruh badannya walaupun bila pegang takdalah panas mana...
Disebabkan itu, dah tak rasa nak lelap lagi. Berjagalah entah sampai pukul berapa. Nak bersahur macam awal sangat. Nasib baiklah bila alarm berbunyi pukul 5 pagi tadi I mampu tersedar. Kalau tidak, memang teruslah tak bersahur!
Pagi ni ketika pergi kerja, I rasa lagi badan si Abang. Tak panas mana cuma alergi di kulit tu masih tak hilang. Risau juga nih....
Bila anak sakit, beginilah rasa hati tak tenteram memanjang! Terus teringat kata-kata I dua minggu sudah ketika Abang serahkan surat dari sekolah. Katanya 20hb Jun ni kena ambil report card di sekolah. I beritahu yang I malas nak pergi sebab keputusan Abang tak menepati piawaian Mommy. I pura-pura bertanya dengan Hubbydearie kalau-kalau Daddynya nak pergi. Memang tidaklah sebab segala urusan sekolah anak I yang selalu uruskan. Bila tengok MommyDaddy tak mahu pergi ambil report card, hati Abang dah sayu. Kembang kuncup hidung nak menangis hiba.
Nah, betul-betul rupanya bila tiba masa dia jatuh sakit. Entahlah tak tahu pun sama ada esok confirm ke kena ambil report card dah Abang tak datang sekolah dua hari. Itulah Mommy ni, kena berjaga-jaga bila berbicara hal anak-anak. Mulut tu masin sentiasa! Sayu pulak hati I bila mengingatinya semula!
Dugaan kedua agak istimewa sedikit. Walaupun belum terjadi, dah tahu kehadirannya. Makanya kena tunggu minggu depan pulak untuk berbicara!
Baru aje masuk hari kedua bulan Ramadhan tapi I sudah diduga...
Tiadalah besar mana pun sampai terduduk tak tahu nak buat apa. Besar, kecil dugaan kenalah terima juga. Dah bahagian kita, kan...
Muka budak sakit. Walaupun bambam, sayu pulak hati I tengok anak tak bermaya bila jatuh sakit. |
Semalam I bekerja macam biasa. Lewat keluar rumah kerana Bubbly Abang tak ke sekolah dek demam dan sakit tekak. I rasa my son ni ada masalah resdung jugalah. Lain macam bunyi hidungnya tersekat-sekat, macam orang kena selsema. Tapi bila ditanya, takda pulak dia kata selsema! I dah bagi ubat demam malam Rabu sebelumnya bila tengok badannya dah mula panas selepas balik dari solat tarawikh. Ingatkan kebahlah demam keesokan harinya.
I berpesan, nanti lepas berbuka (semalam) I akan bawa dia berjumpa doktor. Betul-betul waktu lunch ketika di pejabat, my sister dah telefon. Biasalah my sister ni gegak-gempita marahkan I bila tak ambil tindakan sepatutnya secepat mungkin. I pun dah pening. Makanya, I minta izin cuti setengah hari semalam. Rugi sebenarnya. Sesi petang cuma dari 1.30 petang sehingga 4.30 petang. Memanglah teramat rugi. Tapi nak buat macamana, dah anak sakit.
I pun bila macam-macam dengar, hati dah tak keruan. Nasib baik jugalah di sini tak susah nak minta cuti. Mengejut pun takpa. Bos beri. Di belakang kita tak tahulah apa katanya. Nanti-nanti masa appraisallah baru tahu cerita...
Lagipun sekarang ni bukan mudah nak bercuti kerana tinggal I berdua dengan seorang Chinese colleague. Ya, ada back-up kalau berlaku apa-apa tapi tak seronoklah sebab tugasan itu memang urusan kami berdua aje sebenarnya. Tengah lunch semalam I pun carilah my colleague ni di pantry, nak beritahu okey ke tidak kalau I nak balik rumah, cuti setengah hari. Biasanya memang okeylah. Nak kata tak okey macamana. Kalau I yang kena pun memang okey juga jawapannya bila ditanya. Mujur juga semalam my colleague tak jadi keluar. Kalau tidak, I kena buat 'one man show' lagi semalam dan hari ini. Lega!
Sampai aje rumah terus check keadaan Bubbly Abang. Ya Allah! Penuh tangan dan kakinya merah. Nak kata takut campak, lain bentuknya. I bimbang takut denggi aje tapi Abang baru demam semalam. Rasa tak mungkin juga. I pun segeralah bawa Bubbly Abang pergi klinik.
Klinik belakang rumah ni doktornya perempuan Melayu. Kalau bukan bulan puasa memang tutup waktu tengahari. Tapi I terjah jugalah sebab last time I pergi nampak time table bulan puasa, rasanya takda break waktu tengahari. Ya, betul pun! Buka berterusan dari pukul 9 pagi sampai 6 petang sepanjang bulan Ramadhan. Masa sampai pun cuma ada 3 pesakit menunggu. Kalau tidak memang ramai sentiasa. Alhamdulillah, lega tak perlu menunggu lama.
Klinik yang lengang. Biasanya memang penuh terutama dengan pesakit kanak-kanak. Hari Isnin lagilah penuh sebab ramai kot nak dapatkan cuti sakit *_* |
Bila doktor periksa rupanya dia ada tonsil, demam masih belum kebah dan juga alergi. Doktor terus beri MC untuk dua hari. Tak tahulah alergi kerana apa sebab seingat I, takda pulak Abang makan apa-apa yang tak biasa. Cumanya dia ada minum mango juice yang Daddynya beli di kedai Arab. Tak mungkin pula kerana itu sebabnya. Setakat ubat, memang Abang takda alergi selama ini. Kata my sis, mungkin juga masa solat tarawikh tu, keadaan karpet yang kurang bersih dan dia tak tahan. Itu pun I tak pastilah...
Semalam pun Abang masih lagi letih sebab demam tak kebah. Makanya kami tidur agak awal. I pun lepas aje Hubbydearie berbuka, teruslah terasa mata tak boleh nak buka kerana tak cukup tidur malam sebelumnya. I pun tidurlah sekejap lepas selesai uruskan rumah dan anak-anak. Sedar-sedar dah pukul 10 malam. Lepas tu, mata memang tak boleh nak lelap sampai dekat pukul 2 pagi. Hati pun risau sebab kejap-kejap dengar Abang merengek.
Bila tengok keadaan anak macam tu, I pun cubalah kejut. Pegang dahinya, nak kata panas sangat tidak juga. Masa nak kejut itulah I dengar dia meracau. Ingatkan dia bercakap dalam English, tapi I tak faham butir-butirnya. I pun kejut. Mata tak buka tapi dia sahut panggilan. Tetiba lepas tu bercakap dalam Mandarin pulak entah apa butirnya. I pun kejut-kejut lembut suruh bangun. Barulah dia buka mata. Hubbydearie pun tanya apa yang dia cakap tadi. Dia terpinga-pinga, katanya ingatkan tadi takda orang!
I syak mungkin dia panas dalam sehingga meracau. Abang kata sejuk suruh selimut satu badan. Memang kalau tak sakit, tak pernah Abang ni nak berselimut malam. I pun tuamlah kepala dan seluruh badannya walaupun bila pegang takdalah panas mana...
Disebabkan itu, dah tak rasa nak lelap lagi. Berjagalah entah sampai pukul berapa. Nak bersahur macam awal sangat. Nasib baiklah bila alarm berbunyi pukul 5 pagi tadi I mampu tersedar. Kalau tidak, memang teruslah tak bersahur!
Pagi ni ketika pergi kerja, I rasa lagi badan si Abang. Tak panas mana cuma alergi di kulit tu masih tak hilang. Risau juga nih....
Bila anak sakit, beginilah rasa hati tak tenteram memanjang! Terus teringat kata-kata I dua minggu sudah ketika Abang serahkan surat dari sekolah. Katanya 20hb Jun ni kena ambil report card di sekolah. I beritahu yang I malas nak pergi sebab keputusan Abang tak menepati piawaian Mommy. I pura-pura bertanya dengan Hubbydearie kalau-kalau Daddynya nak pergi. Memang tidaklah sebab segala urusan sekolah anak I yang selalu uruskan. Bila tengok MommyDaddy tak mahu pergi ambil report card, hati Abang dah sayu. Kembang kuncup hidung nak menangis hiba.
Nah, betul-betul rupanya bila tiba masa dia jatuh sakit. Entahlah tak tahu pun sama ada esok confirm ke kena ambil report card dah Abang tak datang sekolah dua hari. Itulah Mommy ni, kena berjaga-jaga bila berbicara hal anak-anak. Mulut tu masin sentiasa! Sayu pulak hati I bila mengingatinya semula!
Dugaan kedua agak istimewa sedikit. Walaupun belum terjadi, dah tahu kehadirannya. Makanya kena tunggu minggu depan pulak untuk berbicara!
kelas abang meracau cakap mandarin.. mimpi sekolah la kot. siannya abang.. bila anak sakit memang kita pun rasa macam sakit sama. risau tak payah cakap. kita lebih stress dari anak yang sakit. Hope abang cepat sembuh
ReplyDeleteHah, itulah! Ingatkan tersampuk apalah dek kerana pergi solat tarawikh aje malam sebelumnya. My sisterlah macam-macam tanya, parking kat mana, keluar ke mana! Pening nak jawab soalan!
DeleteBila tetiba dia cakap Mandarin tu dah syak memang budak ni panas dalam agaknya sampai meracau. Nasib baik lepas tu dia tidur elok sahaja walaupun ada juga dengar merengek sekejap.
kalau anak tak sihat , bila pergi kerja tak senang hati dibuatnya
ReplyDeleteMemang betul. Bila dengar anak tak sihat aje, kita ni mulalah susah hati. Macam-macam fikir!
DeleteSalam Ramadhan sis...kalau diorang tak sihat memang jadi kelam kabut sikit jadual kerja kita...semoga abang cepat sembuh ya..
ReplyDeleteSalam Ramadhan...
DeleteItulah sampai tak cukup tidur. Nak lelap pun tak boleh. Harapnya by this week hilanglah alerginya tu. Dah dua hari tak sekolah.
la demam pulak dia..semoga cepat sembuh ye..
ReplyDeleteTetiba demam sehari sebelum puasa. Kesian pulak kononnya dah teruja nak berpuasa. Semalam pun dah tak puasa sebab kena makan ubat untuk alergi dan tonsil tu.
DeleteMungkin juga jus itu jadi penyebab MD walau biasa tak ada masalah. Tapi itulah dikatkaan ujian. Yg kesian dah tak dpt berpuasa (geng dgn mummylah). Kalau demam panas sgt memang kadang boleh keluar ruam merah yg kita selalu fikir denggi.
ReplyDeleteHarap cepat sembuhlah abang ye..
Kalau makanan tu saya percayalah tapi jus mangga? Tapi memang itu aje kelainan yang berlaku hari dia jatuh demam tu. Nak kata makan McD sampai alergi tak mungkin pulak. Nak kata ubat demam pun, memang tak pernah dia kena alergi kerana ubat. Semalam memang tak puasa tapi hari ni tak taulah. Kalau demam ni, kita telefon pun tak larat nak cakap. Tekak pun sakit lagi katanya...
DeleteSaya ingat pun sebab demam panas, Kakzakie tapi banyak betul merata. Selalunya setakat tompok merah sana-sini sikit aje kalau pun ruamkan...
Minta-minta by this weekend, sembuhlah alergi ni. Tadi masa saya call tanya kakak, katanya masih ada lagi merah-merah tu tak susut pun. Risau dah ni...
saya rasa sebab carpet kot, macam yang kakak kak MD predict tu.logik jugak..
DeleteOrang teruja nak pergi solat tarawikh katanya.... mungkin jugalah tapi macam pelik sikit kalau karpet masjid tak bersih ni...
Deletekesian abang. lagi2 bila MD kata tak nak p ambil report card dia nanti. takkan sedih sampai demam.tapi manalah tau kan. mungkin juga kerana karpet masjid. kita yang tua pun kenkadang sensitif, hidung rasa semacam je. tapi dah tersurat kena tonsil, rasa lega sikit. don't worry bubbly abang..aunty pun dapat dugaan juga awal posa ni. kita serupa daa...
ReplyDeleteItu cerita dua minggu sudah. Saja menyakatnya. Sedihlah sebab takda siapa nak pergi ambil report card. Manalah tau tetiba dapat ujian. Betul-betul dia tak dapat pergi sekolah dengan Mommy ambil report card. Kesian pulak terlanjur bergurau begitu dengan anak...
DeleteBila dengar kakak kata, mungkin juga kot karpet kat masjid....
alahai kesiannya abang
ReplyDeletememang nampak sangat muka sakit tu
afif dulu kerap kena tonsil, doktor siap kata kalau berterusan kena operate buang
mujur hilang bila dia dah bersekolah.
masa tanya doktor tu salah satu faktor sebab dia tidur berdengkur
kuman masuk ke tekak, air cond pun salah satu sebabnya
abang kena macam minum ais, makan aiskrim, bagi kurangkan sakit pada tekak tu
tekak tu yang sebabkan suhu badan naik tetiba.
teringat afif dulu, allah, seksa sebab dia bising
dahlah payah makan ubat...
apapun get well soon ye abang
makan ubat tau, cian mummy risau
Ini baru kali pertama dia kena tonsil. Saya ni asal apa pun sakit, saya yang risau lebih! Oh, bab tidur berdengkur tu kalau dia penat sangat memang kuat bunyinya. Tapi yang saya tengah risau ni hidung tu. Bunyi satu macam. Macam orang selsema aje.
DeleteKakak saya kata suruh bagi aiskrim Vanilla. Ingat nak cari juga petang nanti. Kesian juga kalau masih lembik lagi dah masuk hari kedua ni. Abang pun susah hati juga kalau kena makan ubat yang pahit. Nak jumpa doktor pun tanya dulu agak-agak kena cucuk tak.. Harapkan badan aje besar si Abang ni...
Semoga Abang segera sihat sepenuhnya.
ReplyDeleteMemang bila anak sakit, sang ibulah yang lebih-lebih 'sakitnya'. Serba tak kena jadinya. nak buat kerja pun jadi tak tenang dan hati sentiasa berdebar-debar...
Betul tu, Kakcik. Memang kita yang rasa sakit sangat bila ada ahli keluarga yang sakit. Lagi-lagi anak. Hari pertama tempohari, HD dan Abang sama-sama demam. Cuma Adik aje yang happy terkinja-kinja, keluar masuk bawah meja makan!
Deletealo..lo..sedih plak si abg demam ya MD.. memang risau lah dibuatnya.. hati ibu mana yg boleh rileks klu anak sakit..pasti risau, cemas smcm... bagus juga rakan sekerja MD memahami ye dok.. boleh ambik cuti mengejut bila jd mcm ni... bos pun ok kan... syukur lah... harap abg cepat sembuh ya.. kena banyak minum air masak jg....
ReplyDeleteMasih tak hilang lagi alergi merah-merahnya tu. Tengoklah macamana, nak buat apa. Kalau tanya kakak, aduhai macam-macam versinya.
DeleteMinggu depan saya pulak kena kata okey dah kawan pejabat tetiba dapat panggilan mengatakan bapanya masuk hospital. Bekerja sendirianlah saya dua hari pertama minggu depan :) Kena give and take lah kan. Kalau tidak susah nak bekerja bersama-sama!
Niatnya macam tulah. Sekolah Abang ni tradisional sangat. Semua nak kena telefon sekolah. Kalau asyik telefon, kena marah pulak dengan kerani; macam dia aje yang ada anak belajar kat sekolah tu!
ReplyDeleteSaya main terjah ajelah esok. Kalau ada ambil report card, jumpa guru kelas dan terus bagi surat MC tu. Habis cerita.
get well soon abang..anak demam hati kita memang la tak tenteram..
ReplyDeleterisau banyak perkara..
Susah hati kalau anak-anak tak sihat. Takut berjangkit pun ya juga. Saya suruh si adik jangan terlalu rapat bermain dengan abangnya. Kalau tidak, aduhai... pitam Mommy bila semua dalam rumah tumbang!
Deleteklu setakat demam , masih ok lagi sbb tau apa nka buat . tapi kalau ada bintik2 merah tu , kena gak cek darah ... kalau meracau tu maknanya panas dalam , setahu sayalah ... kena sentiasa pantau tu ... semoga abang cepat sembuh dan dipermudahkan urusan MD ...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah sembuh. Dah pergi sekolah pun hari ni. Dua hari kena ponteng puasa sebab nak menghabiskan ubat yang diberi. Merah-merah di badan pun dah hilang sepenuhnya. Legalah sikit hati Mommynya ni...
Deletemerah-merah tu mungkin sebab panas sangat..lega dengar Abang dah sihat.patutlah kak ton tak update blog dengan kerap, sibuk jaga anak sakit.semoga Abang dapat habiskan puasa sampai 30 Ramadhan ye
DeleteAbang ni kalau demam memang lepak habis. Suakan laptop pun dia tak pandang. Sayu aje muka. Jadi sedih pulak hati kalau tengok dia yang bambam ni sakit.
DeleteSiannye abang. Hurmmm klu takat demam blh la mkn ni ada tonsil x blh mkn sgt.
ReplyDeleteMoga cpt sembuh abg. Sian mummy terpaksa cuti stgh hari demi ank tersayang.
MD, LM dah update cerita bibik yg MD tny td. Lupa sgt nk cerita dh selesa dia takda kan
Saya ni dahlah cuti nyawa-nyawa ikan aje tinggalnya, LM. Memang selalu pun habis untuk anak-anak. Makanya takdalah cerita nak jalan-jalan bercuti panjang macam sesetengah orang. Nanti-nantilah bila anak-anak dah besar sikit, kita plan elok-elok. Sekarang ni kerja ajelah elok-elok sampai tiba masa jadi surirumahtangga pulak ~_^
Deletesenang tonsil to kot dok menahan sakit tu yg demam..alergi sebab apa pulak..Kesian bubbly Abang sampai meracau tidurnya..get weel soon..anak2 bila tak sihat memang maknya meracau sama..cuti tu dah tentu..tidur pun tak menentu
ReplyDeleteMungkin juga tonsil penyebab temperature naik, terus demam. Saya pun tak tahulah nak kata apa bila doktor kata dia kena alergi. Tak pernah lagi Abang ni ada alergi ke apa. Memang kalau anak sakit, walaupun sikit, Mommylah yang meracau lebih-lebih :)
Deletetu la selalunya klu kita tahan sakit pun penyebab demam juga..cmna abg sekarang..dh ok ke?
DeleteAlhamdulillah, dah sihat sepenuhnya PK. Thankslah sebab ambil berat. Saya pun memang tak tahu dia ada tonsil pulak. Sekarang ni melepek juga sebab berpuasa. Mengalahkan tak cukup makan aje gayanya!
Deletebetul tu mommy dugaan semua ni
ReplyDeletesmga mommy dan keluarga jga tabah.
alahai siannya dgn abg. jd mcm rania last month. slps dmm kalau x salah. lupd dh kna tgk gambar blk bru ingt
btl tu mommy saya bru ada ank sorng bru tahu.
sllu dgr dan baca j orang ckp bila anak sakit mak pak risau skrg bru blh rasai
smga abg cepat sembuh
Alhamdulillah, dah sembuh sepenuhnya si Abang ni. Dah mula berpuasa sejak semalam. Macam itulah Ciksu bila ada anak. Anak-anak lebih utama. Kita ni dah jatuh no. 4 selepas anak-anak dan suami *_*
Deletemoga anak cepat sembuh. boleh sambung puasa.
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah sembuh sejak semalam. Baru start puasa semalam juga....
DeleteAlahai..siannya si abang ni kena demam masa puasa ni. Lambat saya mengomen ni.. insyaAllah rasanya Abang dah beransur sihat ya.. dah 4 hari ni...Patutla mommynya lambat balas mesej khamis tu. Saya ingat MD sibuk kerja. Agknya penat masa tu ea..
ReplyDeleteDemam tonsil ni lemah badan.. suami saya sebelum buang tonsil dulu hampir setiap bulan sakit.. sian tgk..
Lawa nampaknya susunan sofa kat klinik tu. Kalau anak2 saya ke klinik tu pasti dah melompat2 kat situ, lagi2 xda orang tu..warna pun dah buat budak2 teruja tu..
Alhamdulillah, dah sihat Abang ni. Kesian dua hari buang puasa. Baru together-gether dengan Mommy mula berpuasa semalam :)
DeleteSaya cuti setengah hari Khamis tu makanya memang tak berbalaslah komen ke apa. Dok fikir pasal nak uruskan anak yang sakit. Klinik ni kalau hari biasa memang ramai memanjang. Kalau kita masuk pukul 9 pagi mahu pukul 11 lebih baru keluar. Tapi nasib baiklah hari tu tak ramai. Takdalah menunggu lama sangat.
alahai kesiannya abang bambam.....moga cpt sembuh ye.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah sembuh sepenuhnya si Abang ni. Dah mula berpuasa sejak semalam lepas tiga hari tak puasa, sama macam Mommy :)
DeleteKesiannya tengok muka abang...dugaan tu abang...moga cepat sembuh yer..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah sembuh Abang sekarang. Terima kasih Bunda kerana mendoakan.
DeleteAllah. kesiannya abang demam sampai naik merah merah mcam tu. mungkin betul dah alergik karpet dekat surau tu ke. sebab nani pernah kena macam tu sampai bengkak bengkak muka. masa tu kena hama dekat surau.
ReplyDeleteMungkin kot, Nani. Mulanya macam tak percaya aje karpet masjid takkanlah tak bersih. Hama, mungkin jugakan...
DeletePenuh dua belah kaki dan tangan dengan birat merah ni tapi tak berbintik-bintik. Nasib baik alergi aje. Itu pun dah hilang by now. Lega akak...
Syafakallah..Semoga bubly abang cepat sembuh,
ReplyDeleteAnak CH yg sulung tu pun demam jugak
Dia demam sebelum puasa..
Masa tu CH baru habis solat Isyak.,
tengok ada miss call.. madrasah tertulis di skrin hp..
Terus call balik sebab petang tu CH call tak dapat cakap, kata nabilah tengah mengaji..
Ustazah kata, nabilah demam teruk, muntah2 ni..
Apa lagi berdesuplah saya ke sana utk melihatnya..
Nak tunggu en suami balik surau lambat..
Pergi aje berdua dengan jeeha..
Sampai madrasah terus terpa masuk.. kawan dia kata ada dalam bilik mak cik..
menonong CH naik ke atas.. tengok muka dah merah..
Bawa balik terus ke klinik.. sampai klinik pukul 9.30pm.. orang ramai pulak..
Badan panas 39c, doktor kasi MC dua hari..
Dalam pukul 10.30 baru balik.. nabil siap wasap tanya gi mana..
Hari pertama puasa dia tak puasa sebab masih demam lagi..
Memang susah hati kalau anak2 demam ni kan MD..
Betul CH. Kalau anak sakit, memang susah hati kita jadinya. Serba-serbi tak kena. Kadang-kadang tu sakitnya sikit aje, baru nak demam tapi bila dengar suhu badan anak naik, teruslah nak minta cuti, tak dan-dan nak bawa pergi doktor. Nasib baiklah pejabat saya ni senang nak minta cuti. On the spot pun dapat. Buat yang jenis company susah nak beri cuti, memang nangis-nangislah bawah meja mengenang nasib anak di rumah.
Deletealahaiiiii kesiannya abg tiba2 tak sihat. takpelah kak, dugaan bulan puasa pasti ada ganjarannya..
ReplyDeletein Sha Allah, tak lama lagi tu abg ok lah tuh. budak2 bila tak sihat, mmg kena beri perhatian lebih..
sapa tak sayang anak kan..
get well soon abg!!
Alhamdulillah, dah sihat sepenuhnya sekarang ni! Tapi melepek jugalah sebab bulan puasa. Asyik mengaduh tak tahan haus. Tak makan takpa katanya... Dah 9 tahun, no excuse-excuse nak ponteng puasa kecuali kalau sakit :)
Delete